CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tanabe2287

:: TERENGGANU FOOTBALL CLUB (TFC) ::

[Copy link]
Post time 14-7-2012 08:13 PM | Show all posts
jangan main lari2 lagi ye
ahmad_fazill Post at 14-5-2012 16:36


sejak peter butler ambik alih nampak lagi jatuh ada la...sian mat zan pemain lemau,jurulatih disalahkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2012 12:54 PM | Show all posts
Coach’s No-Nonsense Ways Don’t Translate in Malaysia




By JOHN DUERDEN


September 17, 2012, 11:57 am



Peter Butler, a former West Ham United star, was a tough-tackling no-nonsense midfielder in the early days of the English Premier League, but he is taking on his biggest opponent yet — match fixing, corruption and unprofessionalism in Malaysian soccer. At least that is how he sees it. But not all in the country would agree.

He is an experienced coach in the region with spells in Singapore, Indonesia, Thailand and Myanmar. Now he is having quite a season with Terengganu in the Malaysian league. This month alone he has challenged two of his players to take a polygraph test and accused his goalkeeper of match fixing in the most public way possible.

Butler, an Englishman, does not stay in one job too long – this is his ninth position since arriving a decade ago in Southeast Asia, a fascinating if volatile soccer region — and perhaps a determination to speak his mind is a contributing factor. He has been warned not to cycle around Terengganu. How long he stays will depend on whether the management decides to take his side or that of the three players he has thrown off the team in recent days.

It all started in late August. The team was preparing for a vital Malaysia Cup match against Kedah. Terengganu had lost its previous two games in its group and needed a win if it was to have any hope of progressing to the quarterfinal. It ended, 1-1, but two of the team’s star players, Muslim Ahmad and Ismail Faruqi, both internationals, did not feature.

They had been kicked off the team. Butler accused them of breaking curfew and bringing women back to the hotel earlier that week.

The players, both internationals, deny the accusations. Muslim said he was out late to buy medicine for his sick teammate. “ We might have returned late to our room but those who say that we had girls with us are liars and they are out to humiliate us or get us into trouble, ” Muslim said. “ I am still single and perhaps this kind of news is not too damaging but it must be a different story for Ismail, who recently married. ”

Butler replied that it was not about the company they kept, but about the curfew that they did not. “I really could not care less about the girls who were seen with them in the corridor, but they can’t be doing it at 3 o’clock in the morning as they have a 10:30 p.m. curfew. ”

The players demanded an apology but received something rather different — a challenge from Butler to take a lie-detector test. “ I will take the polygraph as well to prove that I am no liar and I am sure the boys will have no objection to this proposal if they really have nothing to hide, ” Butler said. “As for the expenses, I will pay for their airfare, accommodation, the cost for the test and everything else. ”

If such squabbles are usual, they usually take place behind closed doors. If that was a public falling-out, it was nothing compared with what took place during the game against Kedah.

Goalkeeper Ahmad Sharbinee Allawee, one of the best in the country, fumbled a corner into his own goal to give Kedah an equalizer. Butler did not see it as an accident. Immediately, he substituted the player, giving him a shove in the back as he left the pitch for good measure. The message was clear and just in case there was any doubt, Butler dispelled it in his postmatch comments.

“ We don’t need such players. We only want those who put in an honest effort. I can safely say that he won’t feature in the team anymore. ”

Sharbinee was not a happy man. As he headed off for an unwelcome early bath, he spat and threw a water bottle in Butler’s direction. He then protested his innocence. “I have always accepted criticism, especially from the coach, but it was always in the dressing room. I admit I lost my temper as he also hurled curses at me. I couldn’t contain my anger and retaliated by throwing the water bottle.”

“ I want to clear my name. I have never sold a match and it saddens me that people have labeled me as corrupt, ” he told The Star.

The goalkeeper said he welcomed the investigation from the Malaysian Anti-Corruption Commission, which has taken statements from eight people at the club. If it has moved quickly, it has to. Match fixing casts a shadow over Malaysian soccer. A scandal in 1994 led to almost 200 players and coaches questioned, almost half of whom were suspended or fired. Earlier this year, the Football Association of Malaysia suspended 18 youth players and barred one coach for life.

At the moment, the atmosphere at the club is unsurprisingly uneasy. The club is trying to get to the bottom of the incidents.

Che Mat Jusoh, the team manager, chaired an emergency committee meeting which heard evidence from Butler as well as the three players. He cited these off-the-field distractions as contributing factors to an early cup exit, the first time since 2000 that the team has failed to reach the quarterfinal stage.

The results of investigations into the players will be disclosed on Sept. 17. Public comments made by the team manager have been mixed with messages of support for the coach as well as warnings that he should not get too emotional.

When contacted for this article, Butler said he could not comment any further, but he did write on Twitter, “ If I get brought down, so be it, but I’ll go down bringing the pack of cards with me. ”



- NY Times -


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 10:01 AM | Show all posts
PLAYER DAN PENGURUSAN MEMANG TAK PROFESIONAL
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 01:35 PM | Show all posts
Spekulasi Butler hijrah ke T-Team



2012/09/24 - 07:15:34 AM


Zainuddin Muhammad |

[email protected]



Bekas jurulatih Terengganu dijadual jumpa pengurus hari ini


Kuala Terengganu : Benarkah Peter Butler bakal menjadi jurulatih T-Team ?

Jurulatih Terengganu itu yang baru saja ditamatkan kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas digantung enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib persatuan, enggan mengulas mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, katanya, dia akan mengemukakan rayuan secara bertulis kepada PBSNT hari ini mengenai kes penggantungannya.

Katanya, langkah membuat rayuan itu juga bukan bertujuan supaya Terengganu mengambilnya semula sebagai ketua jurulatih, cuma dia tetap berharap rayuannya akan dipertimbangkan dengan sewajarnya.

" Penting bagi saya untuk mengembalikan kredibiliti sebagai jurulatih berwibawa selepas tindakan saya mendisiplinkan beberapa pemain dihukum berat dengan penggantungan dan penamatan kontrak.

" Saya juga mahu membuktikan PBSNT salah membatalkan kontrak saya selepas mereka sendiri menggantung saya selama enam bulan, " katanya.



- Berita Harian -



Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 11:53 AM | Show all posts
Butler tersentuh dengan sokongan moral penyokong skuad penyu



19 September 2012



KUALA TERENGGANU - Jurulatih Terengganu Peter Butler menyifatkan penggantungan selama enam bulan dan didenda RM4,000 yang dikenakan terhadapnya merupakan pertama kali dalam kariernya.

Jurulatih berbangsa Inggeris itu, bagaimanapun, berkata beliau tetap tersentuh dengan sokongan moral dan galakan yang ditunjukkan oleh penyokong skuad Penyu meskipun digantung daripada tugasnya.

" Bagi saya, negeri dan penduduk Terengganu amat saya sayangi malah mereka mempunyai semangat terhadap bola sepak, " katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini hari ini.

Sebelum ini, Butler dikenakan hukuman dan denda tersebut oleh PBSNT kerana memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran pihak pengurusan pasukan dengan menuduh dua pemainnya, Ismail Faruqi Asha'ari dan Mohd Muslim Ahmad melanggar disiplin ketika pasukan itu bertandang ke Kedah pada 27 Ogos lalu.

Selain hukuman dan denda itu, gaji beliau bulan depan turut dipotong 15 peratus kerana kesalahan memarahi dan menolak penjaga gol Sharbinee Alawee Ramli di khalayak ramai ketika perlawanan menentang Kedah, awal bulan ini.

Diminta mengulas hukuman itu, Butler berkata adalah tidak adil untuk memberi komen kerana beliau masih belum menerima surat rasmi daripada Jawatankuasa Tatatertib PBSNT.

Mengenai masa depannya bersama pasukan itu, beliau berkata terserlah kepada pihak pengurusan sama ada masih memerlukan khidmatnya atau sebaliknya.



- Bernama / Sinar Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 01:00 PM | Show all posts
Terengganu tolak rayuan Butler



Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
[email protected]



KUALA TERENGGANU - Usaha pengendali Terengganu, Peter Butler untuk membersihkan namanya menemui kegagalan selepas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menolak rayuan kes penggantungannya, semalam.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Mat Yusoff Mohamed berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti rayuan bertulis serta nota yang dihantar oleh jurulatih kelahiran England itu.

" Selepas membaca dan meneliti kandungan rayuan tersebut, kita berpendapat rayuan yang dikemukakan Butler adalah tidak berasas dan tidak mempunyai merit.

" Sehubungan itu, pihak jawatankuasa memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin (Tatatertib) PBSNT (berhubung penggantungan Butler) sebelum ini, " katanya semalam.

Jelas Mat Yusoff, pihaknya juga menasihati jurulatih itu supaya membuat rayuan terus kepada FAM dalam tempoh tujuh hari jika masih belum berpuas hati dengan keputusan itu.

Jurulatih berusia 46 tahun itu sebelum ini telah mengemukakan surat rayuan selepas digantung selama enam bulan selain berdepan tindakan pemotongan gaji dan denda sebanyak RM4,000 oleh PBSNT.

Ia ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh jurulatih itu kepada media berhubung dua pemain Terengganu didakwa membawa perempuan pulang ke bilik penginapan dan melanggar disiplin ditetapkan pengurusan.

Dia juga terbabit dengan pertelagahan dengan penjaga gol, Sharbinee Alawee Ramli yang dianggapnya bermain dalam keadaan meragukan.

Dalam pada itu, Butler ketika ditemui nyata begitu kecewa dengan keputusan PBSNT.

" Ya. Saya sangat kecewa. Ini sangat keterlaluan. Sudah beribu kali saya memberi kenyataan kepada media sebelum ini tetapi tidak ada apa-apa tindakan.

" Saya bersikap telus dalam hal ini dan akan beritahu apa yang mereka (media) nak tahu tentang pasukan.

" Bagaimanapun saya akan berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu sebelum membuat rayuan terus kepada FAM berhubung perkara ini, " katanya.



- Utusan Malaysia -





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2012 12:25 AM | Show all posts
teruk betul bola sepak ganu musim ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 06:08 PM | Show all posts
' Mesyuarat Agung Luar Biasa mampu selesai kemelut '



2012/10/04 - 03:24:52 AM



Kuala Terengganu : Mesyuarat Agung Luar Biasa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) adalah pendekatan terbaik menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan itu kebelakangan ini.

Perkara itu dicadangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid, bagi membolehkan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mendapat mandat baru untuk terus memimpin persatuan.
“ Ini adalah cara terbaik menghilangkan rasa tidak puas hati ramai penyokong bola sepak negeri. Melalui mesyuarat agung luar biasa, presiden PBSNT boleh mendapat mandat baru untuk terus memimpin persatuan dan ia adalah kaedah terbaik mengembalikan kepercayaan penyokong kepadanya, ” katanya semalam.

Beliau berkata, jika presiden enggan memanggil mesyuarat agung luar biasa, inisiatif itu boleh diambil ahli gabungan PBSNT supaya kemelut bola sepak ini dapat diselesaikan segera demi nama baik Terengganu yang tercalar sekarang ini.

Kemerosotan persembahan pasukan Penyu dalam saingan Piala FA, Liga Super dan juga Piala Malaysia mencetus kemarahan peminat sehingga ada kumpulan bertindak liar menyerang kediaman Presiden PBSNT.

Pemecatan ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris, Mei lalu selepas Terengganu kecundang di tangan Sime Darby di separuh akhir juga menempelak Che Mat walaupun Peter Butler menjadi ganti.

Butler yang tidak mampu mengemudi Terengganu ke pusingan suku akhir Piala Malaysia pula ditamatkan khidmatnya walaupun kontrak jurulatih berbangsa Inggeris itu masih berbaki 15 bulan lagi.

Yang terbaru, kempen ABC (Asal Bukan Che Mat) melalui laman Facebook dan penampalan poster gambar Che Mat yang dipangkah dengan dakwat merah terus berjalan selepas perhimpunan di Batu Buruk yang menyaksikan lebih 500 peminat meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepemimpinannya.



- Berita Harian -




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2012 01:52 PM | Show all posts
Persatuan perlu bajet besar bentuk skuad baharu Terengganu




KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memerlukan peruntukan besar bagi menyiapkan pasukan untuk mengharungi cabaran musim depan, dan mengembalikan keyakinan penyokong yang semakin terhakis.

Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan bagi mendapatkan pemain-pemain termasuk dari luar negara dan jurulatih ternama sekali gus memperbetulkan ketempangan dan memastikan skuad dapat bangkit semula.

" Secara umum, kita menjangkakan peruntukan akan mencecah kira-kira RM8 juta dalam mengharungi musim baharu kelak.

" Setakat ini, tujuh jurulatih tempatan sudah melahirkan hasrat untuk melatih skuad Penyu manakala terdapat beberapa bekas pemain Terengganu turut ingin menyertai semula pasukan," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jurulatih yang menjadi perhatian dan juga pemain-pemain yang dikenal pasti ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat tergempar PBSNT di Hotel Permai di sini, malam kelmarin.

Che Mat menambah, sebagai persediaan awal PBSNT juga akan mengadakan pemilihan pemain import baharu dalam masa dua minggu.

Selain itu, beliau memberitahu, terdapat pemain-pemain daripada pasukan lain turut melahirkan hasrat untuk menyertai pasukan Terengganu pada musim hadapan.

" Walaupun berdepan pelbagai kesukaran pada musim ini, masih ramai pemain dan jurulatih yang ingin menyertai Terengganu.

" Ia merupakan berita baik terutama kepada penyokong-penyokong bola sepak Terengganu, " ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai jurulatih Mat Zan Mat Aris, beliau memberitahu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meminta PBSNT berbincang berhubung masalah penamatan kerja dan imbuhan.

" FAM memberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah ini. Kita sudah berbincang dengan beliau (Mat Zan) dan akan memberi laporan kepada FAM dalam masa terdekat.

" Mengenai jurulatih Peter James Butler pula, kita hanya menunggu keputusan FAM. Kita akan akur segala keputusan yang akan dibuat FAM, " katanya.




- Utusan Malaysia -




Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 12:02 PM | Show all posts
Terengganu pilih Elavarasan





Oleh MANIRAH OTHMAN
[email protected]




SIAPA ketua jurulatih baharu pasukan bola sepak Terengganu akhirnya terjawab apabila E. Elavarasan diumumkan untuk menggalas tugas itu selepas kontraknya bersama Felda United tamat 30 November depan.

Biarpun skuad Penyu melalui tempoh sukar musim ini dengan pelbagai kontroversi termasuk penyingkiran khidmat dua jurulatihnya iaitu Mat Zan Mat Aris dan Peter Butler, namun ia tidak menggentarkan jurulatih kelahiran Klang, Selangor itu untuk menyahut cabaran.

Malah, bekas pemain Selangor itu menganggap tanggungjawab yang bakal digalasnya nanti sebagai satu cabaran dalam kariernya yang sebelum ini tidak berpeluang membimbing pasukan yang mempunyai nama besar.

" Ini adalah cabaran baharu untuk saya tetapi kita kena berusaha bagi mencapai prestasi seperti yang diharapkan, " katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri mesyuarat bersama pengurusan pasukan Terengganu yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan pengurus pasukan, Marzuki Sulung.

Menurut Elavarasan, beberapa pemain bimbingannya musim ini menunjukkan minat untuk mengikut jejak langkahnya bersama Terengganu, namun ia terpulang pada rundingan termasuk melibatkan pemain import pasukan itu.

Sementara itu, mengenai sikap penyokong Terengganu, beliau mahukan semua orang berusaha dan bersabar jika mahu memperoleh kejayaan dan ia tidak mustahil kerana pasukan Terengganu memang satu pasukan yang bagus.

Dalam pada itu, Che Mat memberitahu, Elavarasan dipilih berdasarkan rekodnya yang meyakinkan pihak PBSNT kerana sebelum ini jurulatih itu berjaya membawa Felda United yang dibimbing sejak tahun 2010 sebagai satu pasukan yang disegani.

" Kita yakin Ela (Elavarasan) dapat membimbing Terengganu dengan baik, " katanya.

Sementara itu, jelasnya, isu mengenai bekas ketua jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris dan Peter Butler, Che Mat menjelaskan, masalah dengan Mat Zan sudah diselesaikan cara baik manakala mengenai Peter Butler, beliau hanya memberitahu, semua masalah akan menemui jalan penyelesaiannya.



- Kosmo -




Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 12:06 PM | Show all posts
PBSNT enggan komen




Oleh Azlan Muhammad Zain
[email protected]



PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak mahu membuat kenyataan terburu-buru berhubung perbatalan hukuman ke atas Peter James Butler oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, semalam.

Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh berkata pihaknya akan menunggu surat rasmi daripada badan induk bola sepak berhubung perkara itu.


“ Tiada tindakan yang akan kami ambil ketika ini. Saya akan menanti surat rasmi terlebih dulu, ” katanya.

Menurutnya, surat terbabit adalah penting bagi memastikan sebab sebenar penggantungan itu tidak sah. Sementara itu, Setiausaha Agung FAM berkata kemelut itu perlu diselesaikan sendiri antara Butler dan PBSNT.


“ Kecuali tiada kata putus dicapai dan seandainya dirujuk kembali ke FAM, kami akan masuk campur, ” katanya.


Butler masih mempunyai kontrak sehingga November tahun depan.




- Harian Metro -







Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 06:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 01:14 PM | Show all posts
jebat_ensem posted on 23-10-2012 06:50 AM

gara2 cekmak la nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 10:44 AM | Show all posts
Ashaari pula mahu tinggalkan Terengganu

2012/10/24 - 04:18:25 AM

Kuala Terengganu: Selepas kapten Terengganu, Marzuki Yusof mahu meninggalkan skuad Penyu, seorang lagi tonggak penting pasukan itu, Mohd Ashaari Shamsuddin juga dikhabarkan ingin mengikut jejak untuk beralih angin musim depan.

Bagaimanapun, menurut sumber yang dipercayai, penyerang berusia 27 tahun itu yang dikenali sebagai ‘Saha’ juga senasib dengan Marzuki apabila masih mempunyai baki setahun kontrak bersama Penyu.

“Pemain ini dikatakan mahu berhijrah untuk menyertai pasukan berstatus kelab T-Team bagi kancah musim depan.

“Persetujuan sudah dicapai, cuma kontrak belum ditandatangani,” kata sumber yang ditemui di Kuala Terengganu.

Sementara itu, Saha yang dihubungi BH Sukan mengakui ada menerima tawaran daripada pasukan ‘adik’ itu, namun belum membuat keputusan.

“Niat untuk berhijrah itu ada kerana saya sendiri sudah lama beraksi dengan Terengganu... nak juga beralih angin tetapi perkara ini masih dalam perbincangan lagi.

“Lagi pun, saya masih lagi terikat dengan Terengganu dan rasa sayang pada pasukan Penyu masih tebal, jadi keputusan masih belum dimuktamadkan,” katanya.

Pemain kelahiran Rawai, Bukit Payong, Marang itu berkata, dia tidak mahu masalah perpindahan itu akan menjejaskan kerjayanya dan berjanji akan mempamerkan prestasi terbaik untuk pasukan yang diwakili musim depan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:16 AM | Show all posts
Terengganu FA (2013)








Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 06:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2012 02:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 10:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 03:13 AM | Show all posts


erra pun ada sama...

Anok Tranung FC
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 03:16 AM | Show all posts
ahmad_fazill posted on 3-1-2013 03:13 AM
erra pun ada sama...

Anok Tranung FC

silap thread pulok..ni jersi t-team
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053619 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list