|
/ Presidential Suite 24/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
As Salam SHAHIRIANZ ![](static/image/smiley/grapeman/08.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Gud Morning Sha2 Sume ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: Razman Nordin
![](http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/205129_194532320585604_100000865131432_479154_312886_n.jpg)
![](http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/208520_194532167252286_100000865131432_479153_6452497_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
ok la.....cukup2 la tu mama meroyan sorang2.....![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sitoYoL at 4-4-2011 11:59
Apa Kata Sebahagian Pemenang ABPBH 2010 Yang Lain?
![](http://photo.murai.com.my/442011_pemenangabp22010%28a%29.jpg)
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2011: Anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berlangsung dengan penuh gemilangnya di Arena Of Starts , Genting Highlands telah pun melabuhkan tirainya pada malam semalam.
Pelakon Shaheizy Sam, 29, telah pun diumumkan sebagai Bintang Paling Popular bagi ABPBH 2010 setelah menewaskan nama-nama besar dalam industri hiburan seperti Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.
Manakala, sebanyak 16 anugerah kategori lain telah pun berjaya diraih oleh penggiat-penggiat seni lain yang telah berkecimpung dalam bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan TV serta penyiaran radio.
Bertemakan Moden Klasik anugerah gilang-gemilang itu telah pun dikemudikan oleh tiga orang pelawak sensasi iaitu Raja Azura, Sharifah Shahira dan Zizan Raja Lawak. Mari ikuti apa kata sebahagian pemenang serta artis yang lain telah merangkul kejayaan pada malam anugerah tersebut:
Shahir (Artis Baru Lelaki Popular) Terus-terang, saya sangat terkejut serta tidak menyangka dengan anugerah yang telah saya menangi ini. Saya bersyukur sangat kerana selepas saya menjalani pelbagai liku-liku hidup sebagai anak seni, saya masih lagi dapat meraih kejayaan yang cukup manis ini.
Mungkin bagi sesetengah orang, memenangi sesebuah anugerah adalah suatu kepuasan buat mereka. Tetapi bagi saya, sebagai seorang artis baru kejayaan ini merupakan satu pembakar semangat untuk saya jadi lebih kuat lagi untuk berada di dalam industri ini. Telah menjadi janji saya juga untuk membalas jasa-jasa peminat dengan memberkan yang terbaik kepada mereka sepanjang tahun ini.
Ana Raffali (Artis Baru Wanita Popular)
Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dengan kemengangan ini. Saya tak akan memegang trofi ini jika tiadanya sokongan daripada peminat-peminat saya yang telah banyak dan mengundi saya. Dengan kejayaan ini , maknanya orang sudah mula percaya dan nampak keseriusan saya untuk berada di dalam bidang ini.
Dengan kejayaan yang berganda pada tahun ini iaitu selepas saya memenangi Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, Insya Allah dalam masa yang terdekat saya akan adakan majlis kesyukuran dengan peminat-peminat saya kerana saya teringin sangat nak jumpa dengan mereka yang selama ini menyokong saya dengan begitu kuat dari belakang.
Faizal Tahir (Penyanyi Lelaki Popular )
Syukurlah dengan kejayaan yang saya kecapi pada malam ini. Sebenarnya saya tak rasa diri saya popular dan ianya tidak begitu penting untuk saya terlalu mengejar populariti itu. Ini kerana bagi saya apa yang paling penting, peminat sukakan muzik dan lagu yang saya bawakan bukan sebab diri saya semata-mata.
Apa-apa pun saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat saya yang selama ini mengundi serta menyokong karier nyanyian saya. Tanpa mereka saya mungkin tidak akan pergi sejauh ini.
Lisa Surihani (Pelakon Filem Wanita Popular )
Saya berasa mata bersyukur sekali dengan kejayaanserta rezeki yang diberikan oleh Allah Taala ini. Dengan title popular ini saya tak rasa pun diri saya ini layak dan atau hebat.Tetapi ini mungkin berkat kerja keras saya sejak dari tahun 2010 hingga kini yang tidak berhenti-henti serta back to back dengan berlakon filem.
Saya rasa kejayaan ini membuktikan orang di luar sana ingat akan diri saya. Bukan disebabkan popular semata-mata tetapi juga pada lakonan saya. Setakat ini, saya sudah pun membintangi 13 buah filem dan hampir sepuluh daripadanya sudah ditayangkan. Ada beberapa buah filem lain seperti Papa, I Love U, Sekali Lagi dan Ombak Rindu masih lagi belum ditayangkan. Terima kasih juga kepada Piere Andre yang telah membawa saya untuk berada dalam industri ini.
Zizan Raja Lawak (Artis Komedi Lelaki Popular)
Saya berasa bangga dan tak sangka pula bila diumumkan saya sebagai Artis Komedi Paling Popular kerana kalau melihat kepada calon-calonya seperti Johan, Angah, Along dan Nabil, ianya memang sangat sengit. Saya juga akui mereka antara yang terhebat.
Tapi, mungkin ini rezeki sayalah kerana bukan mudah untuk menggengam trofi pada anugerah berprestij yang nanya diadakan setahun sekali ini. Saya anggap dengan kemengangan ini, ia juga turut membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah mula menerima diri saya dalam industri seni ini.
Farah Fauzana ( Pengacara TV Wanita Popular, Penyampai Radio Wanita Popular)
Alhamdulilah, saya bersyukur sangat dengan kemenagangan ini. Saya pegang lagi kata-kata seorang rakan saya ini. Katanya, jangan kita cari popular biar popular ituyang cari kita. Saya bersyukur sangat kerana saya rasa Melodilah yang telah menaikkan nama saya sehingga dikenali ramai. Terima kasih semua! Malam ini juga merupakan malam terakhir saya tdiak bersama Melodi lagi. Saya harap anda semua akan terus memberikan sokongan terhadap program TV ini.
Remy Ishak (Pelakon TV Lelaki Popular)
Alhamdulilah, ini sudah kali kedua saya naik ke pentas ini dan menerima anugerah di majlis yang penuh berprestij ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluagra serta peminat saya yang selama ini tidak henti menyokong saya sehingga ke hari ini. Jangan lupa menonton filem Cun yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
Fasha Sandha ( Pelakon TV Wanita Popular)
Sebenarnya saya sungguh tak menyangka dengan kemenangan yang saya terima pada malam ini, biarpun ini adalah kali kelima saya memegang trofi ini. Kalau nak diikutkan finalis yang lain lain hebat-hebat belaka. Lisa Surihani adalah antara pelakon yang saya rasa sangat bagus tetapi mungkin kali ini rezeki berpihak kepada saya. Alhamduliah ini rezeki daripada Allah dan peminat yang selamai ini menyokong saya. Terima kasih kepada produser-prodouser drama dan filem yang masih mempercayai bakat lakonan saya.
Aznil Haji Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular)
Sementara saya mengharapkan pengacara lain untuk naik dan menerima anugerah ini, tak sangka pula orang masih lagi mengharapkan saya untuk menerima anugerah ini. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada semua yang telah mengundi saya.
Seniwati veteran, Datuk Rosnani Jamil (Pencapaian Sepanjang Hayat)
Terima kasih kepada pihak Berita Harian kerana sudi menyerahkan anugerah yang sungguh bermakna nini kepada saya. Nampaknya usaha saya untuk memartabatkan industri seni tanah air ke mata dunia telah disedari oleh pihak Berita Harian. Saya berasa amat berbangga dan terharu dengan anugerah ini kerana ini menunjukkan saya masih diingati. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]From Rizman Ruzaini's Twitter: 揁rizmanruzaini: Alhamdulillah.. Shahir menang best dress! Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 4-4-2011 13:06
Shahir Pakai Ala Urban Korean di ABPBH2010
April 4th, 2011
Credit: budiey.com
Shahir mengenakan fesyen terbaru rekaan Rizman Ruzaini yang bertemakan ala Urban Korean di Anugerah Bintang Popular semalam. Menurut Shahir, rekaan serba hitam ini memang sesuai dengan tema kali ini Moden Klasik.
ABPBH 2010 kali ini dilihat banyak 憁encuit?artis-artis yang hadir di mana setiap kamera akan difokus kepada pasangan yang pernah ada kaitan dengan mereka. Contohnya semasa Fasha menang anugerah, kamera telah difokuskan kepada Tiz Zakyah, Jehan Miskin (Jue Aziz), Juliana Evans (Sam Bunkface) dan Shahir (Rozita Che Wan).
Apa-apapun, tahniah Shahir sebab terpilih memenangi Anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABP2010. Budiey lihat setiap tahun, pastinya artis realiti TV akan menang kategori ini. Semoga Shahir terus cemerlang. Tak sabar nak tunggu FIlem Karak pulak lepas ni. Minggu ini, Budiey akan bertemu Shahir sekali lagi di Sidang Media FIlem Karak. Syabas Shahir!
![](http://farm6.static.flickr.com/5109/5587400365_d21f229f2f_b.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Shahir ! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|