|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
mrs_salvatore replied at 23-9-2022 11:20 AM
Bermalam Di Tundra Bahagian 2
Sedar tak sedar, dah sejam Ole berkelubung dalam beg tidur dia dalam ...
ingtkan john yg mesteri |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 25-9-2022 11:35 AM
Terima Kasih Sang Lipas
Bertahun-tahun yang lalu, aku rasa 15 tahun lepas camtulah, aku dalam perja ...
mgkin dulu2, pn dh ada human trafficking...kadang2 ketakutan kita boleh selamat diri |
|
|
|
|
|
|
|
suspen je citer akhir tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
jiwakacau06 replied at 26-9-2022 10:43 AM
mgkin dulu2, pn dh ada human trafficking...kadang2 ketakutan kita boleh selamat diri
Zaman perang jepun pon human trafficking ni cukup mengerikan. Comfort woman. Death labour di jambatan di burma. |
|
|
|
|
|
|
|
Bazubu
10 tahun lalu aku merupakan anggota tentera Marines USA dan masa tu aku ditempatkan di Kem Pendleton.
Masa tu aku dan kawan-kawan satu asrama ku yang lain muda belia lagi, dalam lingkungan 19tahun camtulah. Walaupun masa tu dah masuk 2010an dan telefon bimbit pun dah wujud masa tu, tapi masih tak sepopular sekarang ni. Jadi kalau hujung minggu, kitorang tak boleh nak pergi mana-mana, tak tau nak buat apa jadi kawan-kawan aku ni akhirnya cadang nak main papan ouija untuk menghabiskan cuti hujung minggu tu. Kawan-kawan aku ni ajak jugak aku main tapi aku menolak, lgpun aku ada Xbox360 aku sendiri masa tu.
Jadi kawan aku yang 4 orang ni pun, jam 3.33 pagi diorang lukis satu pentagram 5 bucu tu, pastu duduk dalam gelap dan hanya menyalakan lilin dan masing-masing pun duduk mengelilingi papan ouija di tengah-tengah pentagram tu. Aku pun tak pastilah kenapa kan diorang sampai macam tu sekali tapi masa kejadian tu aku pun ada dalam bilik tu sebab tu bilik aku. Aku cuma baring atas katil aku perati je apa budak berempat tu buat. Aku rasa macam kelakar pun ye sebab beriya-iya bebenor diorang ni nak panggil hantu.
30 minit bermain, barulah diorang berjaya 'menghubungi' satu entiti ni. Entiti tu menggelarkan diri dia Bazubu, ke camtulah. Aku pun tak nampak apa ejaan nama entiti tu tapi kawan-kawan aku yang lain panggil ia Bazubu. Masa ni aku cuba tahan gelak, dalam fikiran aku ah ni mesti salah sorang tu saja je gerakkan papan tu. Kawan-kawan aku pun bersoal jawablah ngan si Bazubu tu. Sampailah si Bazubu ni, dia cakap dia tak suka salah sorang budak lelaki yang tengah main sekali tu.
Budak lelaki tu biarlah aku namakan dia A.
Si A dah pucat, yang budak-budak lain pun dah menggelabah. Aku pulak gelak terbahak-bahak tengok budak-budak tu dah macam ketakutan, padahal kami ni anggota Marines gagah perkasa kot. Aku suruh diorang berhenti main dah masuk tidur jelah. Masa nilah ada 2 benda pelik terjadi.
Bilik aku ni ada 2 almari dengan lampu canggih, lampu tu akan terpasang sendiri kalau kita bukak pintunya atau kalau ia mengesan pergerakan. Tapi secara tiba-tiba, lampu-lampu dalam kedua-dua almari tu terpasang dengan sendirinya, dalam keadaan pintunya masih tertutup. Ni kitorang semua nampak sebab bilik tu kan gelap. Pastu baru kami teringat, tadi budak-budak tu ada tanya si Bazubu tu, ko duduk kat mana sekarang, dan Bazubu jawab dia duduk dalam almari.
Benda pelik kedua : Bahagian hadapan baju si A tu kena tarik, sampai teranjak badan dia ke depan. Semua orang pun nampak. A pun apa lagi menjerit sekuat hati dia dan berlari keluar dari bilik aku tu. Kitorang pun ikutlah dia kejar dia dan tenangkan dia. Masa nilah kami semua perasan di bahagian belakang kepala si A tu ada 3 kesan cakaran yang tak berapa dalam, tapi masih segar dari bahagian ubun-ubun dia sampai ke belakang dia. Kami semua kan tentera jadi kami diwajibkan untuk berambut pendek sebab tu kami boleh nampak kesan cakaran dari kepala dia tu.
Sejak daripada hari tu, dah takde sapa pun berani nak main ouija kat blok aku tu. Yang seramnya, sebelum ni blok asrama aku tu aman damai je, tapi lepas malam tu, ada je benda-benda pelik yang disaksikan oleh anggota marines lain kat situ. Sampai bertahun-tahun lepas aku keluar dari situ pun gangguan tu masih ada...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki Di Landasan Keretapi
Cerita ni terjadi pada kawan baik ayah aku masa orangnya masih remaja lagi. Sekarang ni masing-masing dah tua dan kawan ayah aku tu pun dah menjawat jawatan Hakim Mahkamah Tinggi jadi aku tak rasa yang kawan ayah aku ni saja reka-reka cerita. Aku namakan kawan ayah aku ni R jelah ye.
Di waktu cuti sekolah panjang, R akan bekerja sebagai pembantu konduktor untuk keretapi bawak barang. Keje R senang je, temankan konduktor utama yang tengah memandu keretapi tu dan pastikan dia tidak tertidur, tapi yang tak bestnya R kena duduk dalam keretapi tu sepanjang malam jelah.
Pada satu pagi-pagi buta tu, R macam biasalah sembang-sembang dengan pemandu keretapi tu. Masa tu cuaca tengah buruk, dengan hujan lebat guruh berdentum-dentum dan laluan keretapi masa tu adalah di kawasan luar bandar. Tengah syok bersembang tu, R dan pemandu ternampaklah pulak di hadapan mereka, di tengah-tengah landasan keretapi tu ada seorang lelaki sedang berdiri tegak.
Mereka berdua nampak dengan jelas perawakan lelaki misteri tu. Orangnya putih pucat dengan rambut panjang lurus yang basah melekap di badannya dek hujan lebat tu. Dah nama pun keretapi kan mana boleh nak elak, nak brek pun tak sempat, lelaki tu pun cuma berdiri tegak macam tak nampak keretapi tu je. Nak tak nak terpaksalah kena langgar jugak. R kata sebelum ni pernah je keretapi tu melanggar haiwan liar dan selalunya impak pelanggaran tu mesti akan ada rasa jugak, paling kurang pun bunyi 'thud' sesuatu dilanggar. Tapi yang peliknya R dan pemandu tu tak rasa apa-apa pun, tapi diorang tau diorang dah terlanggar lelaki tu.
Kalau korang perasan di sepanjang landasan keretapi kan ada penunjuk konkrit yang ditulis dengan nombor-nombor, petunjuk ni ditegakkan untuk membantu pemandu keretapi mengenalpasti lokasi mereka. R pun cepat-cepatlah catat penunjuk terdekat. Dan pemandu tu juga ambil keputusan untuk berhenti di stesyen terdekat walaupun stesyen tu bukan destinasi mereka. Dan sampai ke stesyen tu, pemandu tu suruh si R ni cari pejabat stesyen keretapi tu dan laporkan insiden tadi.
R pun berlari masuk ke pejabat stesyen tu. Yang bertugas pagi tu adalah seorang kerani wanita. Dalam keadaan menggeletar R pun ceritalah pasal lelaki misteri tadi, termasuklah lokasi penunjuk tempat kemalangan tu berlaku. Tapi kerani tadi buat acuh tak acuh je. Selesai je R bercerita, kerani tu cuma cakap kat R macam ni, 'malam ni je awaklah keretapi ketiga yang berhenti kecemasan di stesyen ni dan melaporkan benda yang sama'.
Jadi yang R langgar tadi adalah......?
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 1-10-2022 01:54 PM
Bazubu
10 tahun lalu aku merupakan anggota tentera Marines USA dan masa tu aku ditempatkan di Kem P ...
Macam manalah tempat yg dr asal aman damai tp bertahun2 ada gangguan, dah depa semua panggil hantu tu tp x sempat nak suruh balik |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri Kehilangan Pakcikku
Aku ada seorang pakcik yang aku tak pernah jumpa, sebab pakcik aku ni hilang sebelum aku dilahirkan lagi. Aku cuma pernah nampak gambar dia dan mengenali dia dari kisah-kisah yang diceritakan oleh ahli keluargaku. Tapi kehilangan pakcikku ini bukan biasa-biasa, ada kisah luar biasa di sebalik misteri kehilangan pakcik aku ni.
Di awal 80an dulu, pakcikku merupakan seorang pelajar universiti dan pakcikku ini juga merupakan ahli fraterniti (fraterniti ni macam sebuah rumah khas untuk pelajar universiti tu). Masa tu, pakcik aku merupakan pelajar tahun kedua ke ketiga camtulah, dan tahun tu mereka menerima 3 orang pelajar baru untuk masuk ke fraterniti mereka. Tapi nak masuk ni bukan boleh masuk camtu je, mana-mana pelajar baru dikehendaki untuk melakukan satu tugasan oleh pelajar senior dalam fraterniti tu barulah mereka boleh diterima masuk. Dalam bahasa kita, kene ragging dululah baru leh join.
Setiap tahun, diorang ni akan buat benda yang sama untuk semua pelajar baru, tak tahulah kenapa tahun tu acara tu bertukar tragedi.
Dalam beberapa batu dari universiti tu, ada sebuah rumah lama 3 tingkat rekabentuk Victorian yang dah lama ditinggalkan. Alkisahnya, rumah besar tu pernah didiami oleh satu keluarga ni, tapi pada satu hari, si ayah tu telah membunuh isteri dan 3 orang anak mereka dengan kapak, lepas bunuh tu si ayah gantung diri sendiri sampai mati dari tangga tingkat nombor dua. Jadi, di malam 'bertuah' tu, pakcik aku dan kawan-kawan fraterniti dia, masa tu ada 12 orang termasuk pakcik aku ni bawaklah 3 orang budak baru tu ke rumah tu. Tugasan diorang, setiap budak tu kene masuk ke dalam rumah tu dan menyalakan sebatang lilin di setiap tingkat yang ada di rumah tu. Selain daripada mancis dan 3 batang lilin, mereka bertiga turut dibekalkan dengan 3 benda lain. Yang pertama diberikan kapak, iaitu simbol senjata pembunuhan tu, yang nombor dua diberi tali simbol tali gantung diri tu manakala yang ketiga diberikan mancis ekstra, kononnya budak yang ketiga ni dah sampai tingkat atas tu dia tak boleh nak nyalakan lilin tu nanti.
Mereka berkumpul di situ pukul 2.30 pagi. Mereka berkumpul di depan jambatan kecil yang merupakan jalan masuk ke rumah lama tu. Lepas kasi taklimat apa suma, tepat pukul 3 pagi, pelajar junior pertama yang bawak kapak tu pun dilepaskan. Rumah lama tu ada banyak tingkap yang besar-besar, jadi bila pelajar pertama menyalakan api lilin di tingkat pertama, semua orang yang menunggu di depan jambatan tu nampaklah.
Diorang nampak pelajar junior tu kat tingkat dua pulak menyalakan api lilin kedua, tapi diorang perasan yang api lilin di tingkat pertama tadi dah padam. Masing-masing beranggapan mungkin dah kene tiup angin kot. Tapi diorang nampak pelajar tu bergerak pulak naik ke tingkat ketiga. Api lilin tingkat kedua pun dah terpadam, tapi kat tingkat ketiga langsung tak nampak pun api lilin. Walaupun begitu, pakcik aku dan kawan-kawan dia suruh jugak pelajar nombor 2 yang bawa tali tu masuk jugak. Macam tadi, pelajar no 2 tu berjaya hidupkan api lilin tingkat 1 dan 2, tapi bila dah naik tingkat 3, eh takde pun api lilinnya. Dan seperti tadi jugak, api lilin di tingkat 1 dan 2 tadi pun padam tiba-tiba.
Pelajar no 3 dan terakhir tu dah menggeletar ketakutan, dia rasa ada sesuatu yang tak kena bila tengok 2 orang pelajar tadi kenapa diorang tak nyalakan api lilin di tingkat terakhir tu? Tapi pakcik aku dan kawan-kawan dia tetap paksa jugak suruh dia pergi. "Ala takde mendelah. Aku rasa budak berdua tu tengah menyorok kot kat tingkat no 2. Tak berani naik tingkat atas tu". Lagi kecutlah budak tu tapi apakan daya dia cuma budak junior yang dikelilingi senior-senior jadi budak tu pun pegilah jugak masuk. Kejadiannya sama jugak macam tadi, sampai tingkat no 2 je api lilin berjaya dinyalakan, tapi kat tingkat 3 gelap gelita.
Pakcik aku dan kawan-kawan lain pun tunggulah budak-budak baru tu keluar dari rumah lama tu. Tapi diorang langsung tak nampak pergerakan atau dengar apa-apa jeritan minta tolong ke ape ke dari rumah tu. Lama jugak diorang tunggu, tapi tak nampak pun bayang budak bertiga tu. Ketua fraterniti tu dah bengang, dia rasa macam budak-budak junior tu tengah mempermainkan dia. Budak-budak junior tu mesti tengah tunggu pelajar senior tu masuk dalam rumah tu cari diorang, pastu kene terjah dengan budak-budak junior tu. Bengang punya pasal ketua fraterniti tu mengarahkan semua orang balik je tinggalkan budak-budak junior tu. Semua orang termasuk pakcik aku pergilah balik dan sambung tidur di rumah fraterniti mereka.
Keesokan harinya, diorang ingatkan budak bertiga tu dah balik, tapi takdepun. Risau punya pasal, diorang semua pun kembalilah ke rumah lama tu. Apa yang diorang nampak dalam rumah tu adalah sesuatu yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Ketiga-tiga pelajar baru malam tadi dah jadi mayat! Pelajar pertama ditemui mati di tangga tingkat kedua nak naik ke tingkat ketiga, kepalanya dikapak dan kapak tu masih melekat di otak dia. Yang kedua ditemui mati di syiling tingkat kedua, mati tergantung. Panik punya pasal, diorang pun telefon polis dan laporkan jenayah tu.
Pakcik aku dan kawan-kawan dia tak sempat naik tingkat ketiga, tapi dari siasatan polis, polis jumpa kesan tapak kaki naik ke tingkat tiga tu dan berakhir di sebuah tingkap yang terbuka. Polis mengesyaki pelajar nombor tiga tu suspek utama sebab dia seorang je yang hilang tanpa dikesan. Pakcik aku dan kawan-kawan dia dibebaskan dari menjadi suspek kes tu, tapi polis masih hairan sebab tiada motif untuk pelajar nombor tiga tu bunuh kedua-dua pelajar tadi. Tapi kes tu memang kecoh jugaklah sampai masuk suratkhabar, dan pihak universiti sampai keluar arahan untuk bubarkan fraterniti pakcik aku tu.
Sejak daripada hari tu, di hari ulangtahun tragedi itu, satu demi satu kawan-kawan fraterniti pakcik aku ditimpa tragedi, samada mati dibunuh, mati bunuh diri atau hilang tanpa dikesan. Tahun demi tahun, seorang demi seorang menjadi mangsa. Sampailah masuk ke tahun ke 12, tinggal pakcik aku seorang je. Pakcik aku ambil keputusan berhenti kerja, jual harta benda dia pastu dia mengumumkan pada ahli keluarga yang lain, dia nak pergi merantau. Pada awalnya, pakcik aku saling kirim poskad pada ibubapa dia, lama kelamaan takde dah kiriman poskad tu.
Keluarga pakcik aku pun buat report polis atas kehilangan pakcik aku tu. Tapi polis pun takleh nak buat apa sebab pakcik aku tu di luar negara. Cumanya, polis cuma dapat kaitkan pakcik aku ni dengan kes di rumah lama tu dan kes-kes ahli fraterniti yang lain tu. Sampai sekarang memang tak jumpa dah pakcik aku tu. Ni pun keluarga aku cuma tahu daripada rekod polis je. Kemanakah hilangnya pakcik aku tu tiada siapa pun yang tahu...
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 3-10-2022 12:15 PM
Misteri Kehilangan Pakcikku
Aku ada seorang pakcik yang aku tak pernah jumpa, sebab pakcik aku ni h ...
Misteri sangat...adakah mereka mati sebab trauma?? Tapi macam cerita final destination pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masya Allah... semoga dipermudahkan urusan uols dan keluarga
|
|
|
|
|
|
|
|
Mimpi Ke Roh Ku Yang Terbang?
Kejadian ni terjadi lama dah, tahun 1991. Ada satu malam tu, aku bermimpi yang aku tengah berdiri di ruang tamu adik perempuanku. Aku ingat lagi masa tu tengah malam, bulan mengambang penuh. Ruang tamu tu walaupun tak bukak lampu tapi masih terang dek cahaya bulan yang masuk melalui cermin tingkap rumah adik aku tu. Aku boleh nampak jam di dinding dah menghampiri 1 pagi. Kat lantai masa tu ada mangkuk plastik yang masih tersisa dengan biji popcorn dan susunan video jenis VHS tu. Aku terdengar ada bunyi jadi aku pun berpaling, rupanya anjing adik aku. Anjing adik aku ni jenis baik tak garang mesra dengan orang tapi anjing adik aku tengah menggeram sambil menunjukkan gigi taringnya padaku. Bulu di badannya tegang menegak dan ia dalam kedudukan bersiap-sedia nak melonjak untuk serang aku.
Sekali tu pap! Ruang tamu yang gelap tu jadi terang-benderang dan serentak itu juga aku terbangun dari tidur aku tu. Eh peliknya mimpi tadi tu. Tapi aku sambung je tidur dengan niat esoklah aku telefon adik aku tu cerita pasal mimpi aku ni.
Esok aku hubungi adik aku, belum sempat aku nak kongsi pasal mimpi aku tu, dia cerita dulu pasal kejadian pelik malam tadi. Adik aku cerita malam tadi dalam pukul 1 tiba-tiba anjing dia buat hal. Anjing dia macam nampak sesuatu kat ruang tamu tu, jadi laki adik aku ni ingatkan ada pencuri ke, diorang pun bangun dan capai senapang dan pergi ke anjing diorang tu. Tapi bila diorang bukak lampu je, anjing diorang kembali tenang dan dengan selambanya baring semula di katil dia macam takde apa yang berlaku pun. Adik aku dan laki pun periksa la rumah diorang bila dah yakin memang takde penceroboh, diorang pun masuk tidur semula.
Kitorang pun sambung membawang sekali tu adik aku ceritalah malam tadi dia layan video tape yang laki dia sewa dari kedai video tu. Aku sajalah tanya, malam tadi korang tengok video sambil makan popcorn kan?
"Aah, camne akak tau ni?"
"Eh akak agak je". Padahal masa tu dah tegak bulu roma aku sebab aku teringat dalam mimpi aku kan nampak mangkuk popcorn tu.
Mungkin korang fikir agaknya masa tu aku tidur berjalan kan? Rumah adik aku ni jaraknya 450 batu dari rumah aku ye. Macam mana aku boleh sekelip mata sampai rumah dia melainkan kalau aku melayang......
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman di Tasik Cermin, Utah
Terlebih dulu aku nak mintak maaf kalau cerita aku ni kureng sikit, sebab aku dapat cerita ni dari tenaga pengajar semasa aku mengikuti satu kem pengakap di Tasik Cermin ni bertahun-tahun yang lalu. Menurut tenaga pengajar tu, tasik ni dapat nama Tasik Cermin bukan semata-mata sebab pemandangan dia yang cantik je, tapi ada kaitan dengan benda lain sebenarnya.
Pengajar tu ada seorang kawan yang pernah berkhemah di tepi tasik tu 25 tahun yang lalu bersama-sama 2 orang kawan yang lain. Aku tak ingat pulak nama diorang tapi kita namakan dia Steve, Mike dan Jacob jelah. Diorang bertiga ni saja datang ke tasik tu untuk memancing je, bukan untuk berparti ataupun bersuka-ria jadi diorang memang tak bawak alkohol ke, bir mahupun dadah ke trip tu. Diorang kat situ adalah dalam 2-3 malam dan kejadian ni terjadi pada malam terakhir diorang berada di tasik tu.
Malam terakhir tu diorang tidur awal. Dalam tengah malam camtu, si Steve dan Mike ni dikejutkan dari tidur dengan bunyi haiwan yang bergema dari seberang tasik tu. Dah terbangun tu mereka mendapati yang Jacob takde kat tempat dia. Steve dan Mike tak fikir ape sangat, diorang sangka mungkin si Jacob ni pegi buang air kot. Diorang tunggu la Jacob ni balik tapi selepas beberapa minit menunggu si Jacob ni tak muncul-muncul pun. Steve dan Mike dah mula rasa risau jadi diorang pun pergilah cari Jacob.
Tiba-tiba, diorang terdengar bunyi pekikan binatang yang sangat mengerikan, diikuti dengan suara Jacob menjerit kesakitan. Steve dan Mike sangkakan ada serangan binatang liar kat situ jadi diorang pun berlari balik ke khemah mereka. Steve dan Mike saling berpelukan dalam khemah mereka, mereka berdoa semoga apa benda yang serang Jacob tu tak tau lokasi khemah diorang skrang ni.
Steve dan Mike pun bincang nak buat camna. Diorang pun ambil keputusan, malam ni diorang akan tidur bergilir-gilir sejam sorang dan bila hari siang je, diorang akan buat laporan ke pihak berkuasa untuk cari Jacob. Untuk beberapa jam awal tu, keadaan kembali tenang, jadi diorang pun mula rasa relaks tapi masih tak berani nak keluar cari Jacob. Kali ni giliran Steve pulak tidur, baring-baring je Steve terus nyenyak lena.
Tapi sekejap je Steve tidur. Steve terbangun sebab dia dengar bunyi kecah-kecah dalam khemah tu. Steve bukak mata nampak Mike tengah pakai kasut. "Wei Mike ko nak pegi mana tu?", Steve bertanya sambil tangannya mencapai bahu Mike. Mike pun berpaling, alangkah terkejutnya Steve bila nampak mata Mike terbuntang luas tapi pandangan Mike macam kosong. Bola matanya memantulkan sinar macam tasik cermin tu. Muka Mike macam orang kena pukau dan Mike membebel-bebel tak tentu hala, tapi yang Steve faham, Mike kata dia nak kena pergi tapi tak cakap nak pergi mana.
Steve ingatkan Mike pasal rancangan mereka, tapi Mike macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan je. Mike tetap nak keluar dari khemah tu sampaikan si Steve ni terpaksa peluk Mike untuk halang dia. Masa nilah diorang terdengar semula bunyi pekikan binatang yang diorang dengar sebelum tu tapi kali ni bunyinya macam dah dekat je. Dengar je bunyi tu, badan Mike mula menegang sekejap, lepas tu dia makin kuat meronta-ronta nak keluar jugak dari khemah tu. Steve dah mula panik, dah kenapa dengan si Mike ni? Kene rasuk ke? Tapi tenaga Mike memang luar biasa kuatnya dan akhirnya Mike berjaya jugak melepaskan diri dari pelukan Steve.
Mike berjaya bukak zip pintu khemah tu, Steve terkam Mike dari belakang dan tekup mulut Mike dengan tangan dia, takut Mike menjerit. Steve bertahan sedaya-upaya taknak lepaskan Mike, walaupun Mike bergelut nak lepaskan diri jugak. Steve pun dah tak tau berapa jam dia dalam posisi macam tu, Steve tak berani nak keluarkan suara dan mujurlah Mike pun tak boleh nak menjerit. Tau-tau je cahaya matahari subuh mula memancar, mata Mike kembali normal dan Mike dah tak meronta. Perlahan-lahan Steve turunkan tangan dia dari menekup mulut Mike. "Bro, tepilah! Ko buat apa peluk aku ni?", Mike maki hamun Steve. Steve tarik nafas lega bila tengok Mike dah elok. "Ko ingat tak apa yang ko dah buat malam tadi?", tanya Steve. Mike terpinga-pinga, Mike mengaku dia tak ingat apa yang terjadi malam tadi.
Bila Steve habis cerita je, dia dan Mike terus tergesa-gesa kemas khemah apa yang patut dan keluar dari tempat tu. Mereka berdua berjaya menghubungi polis. Tapi malangnya pengajar tu cerita tak habis pulak. Apa jadi ngan Jacob sebenarnya? Masih hidupkah dia? Dan apa pulak bunyi yang mereka dengar tu? Entahlah, aku pun menyesal tak tanya pengajar tu apa kesudahan cerita tu...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
best best .. sekali baca dapat 3 cerita
tenkiu TT
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Aku Di Pelantar Gerudi
Aku pernah bekerja di sebuah kawasan carigali minyak tapi tempat ni atas tanah bukan yang kat laut tu. Tempat ni memang terpencil jauh daripada mana-mana penempatan, boleh dikatakan cuma pekerja syarikat aku je yang ada kat sini takde manusia lain dah. Pada mulanya aku ditugaskan untuk shift siang sekali tu pengurus pelantar tu tukar shift aku ke sebelah malam pulak. Alasan bos aku, ada budak baru keje shift malam baru masuk, tapi budak ni tak dapat capai sasaran kerja dia jadi aku kenalah bantu dia memandangkan aku antara pekerja senior kat sini. Aku pun ikut jelah arahan bos dah aku pun keje makan gaji je kan.
Aku pun mulalah bekerja di sebelah malam berdua dengan budak tu. Sepanjang pemerhatian aku, aku tengok dia ni okey je. Ye memang dia masih baru dan muda tapi takdelah teruk sangat prestasi kerja dia macam yang bos aku cakap tu sampai nak kena ada aku untuk pantau dia. Disiplin dan etika kerja dia pun okey je aku tengok. Sehinggalah ada satu hari tu, kitorang berdua dah selesaikan kerja-kerja dalam pelantar tu, aku ajak dia jom kita pegi tukar minyak loader kat luar tu. Tapi budak tu mati-mati taknak ikut aku, dengan memek muka panik dan ketakutan, alasan dia taknak berada kat luar pada waktu malam. Ah sudah kenapa pulak? Aku pun agak terkejut sebab selama aku kerja dengan dia ni, dia jenis patuh segala arahan aku tapi kali ni je dia menolak. Aku pun tanyalah apa alasan dia macam tu. Dia pun ceritalah...
Sebelum tu, macam aku cakap tadi, gerudi minyak kami ni memang jauh terpencil nun di tempat jin bertendang nun. Takde orang lain saja-saja nak datang sini melainkan kami yang memang kerja kat sini.
Hari-hari sebelum aku ditukarkan ke shift malam bersama dia ni, dia memang kerja seorang diri. Pada satu malam tu, lepas habis kerja kat dalam, dia pun mulalah bergerak untuk bekerja di luar pulak. Malam tu dia bawak sekali bekal makan malam dia dan letak di atas bonet kereta syarikat. Bekal dia ada sebiji epal. Pastu dia pun tinggalkan bekal dan epal tu di atas bonet dan dia pun pergilah habiskan kerja dia dulu. Dalam beberapa minit tu dia pun berjalan balik ke kereta tu, niat nak makan malam. Bekal dia masih ada atas bonet tapi epal dia dah digigit orang.
Terpinga-pingalah budak tu. Eh dia sorang je kat situ ni sapa plak makan epal dia? Suluh punya suluh dia nampak ada kesan tapak kasut kat tanah dari trak dia menuju ke satu kawasan belukar yang berpokok ni. Kesan tapak kasut ulang alik. Maksudnya ada orang lain kat situ tapi siapa dan kenapa orang tu ada kat sini? Kalau ada orang tersesat mesti orang tu dah mintak tolong bukan sembunyi-sembunyi macam ni.
Jadi, aku pun terfikir. Mesti ada orang yang selama ni dok mengendap dia dalam kegelapan malam di sebalik semak-samun tu, dan hanya munculkan diri semata-mata nak takutkan budak ni. Kalau orang tu saja nak buat prank, memang mustahillah sapa pekerja syarikat yang sanggup duduk sini lepas habis waktu pekerja. Melainkan kalau orang tu sebenarnya psiko..... Apepun sejak malam tu, kalau kitorang nak kena buat kerja kat luar, sorang je yang akan buat, yang sorang lagi akan berkawal pegang spanar paip. Manalah tau kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 13-10-2022 02:13 PM
Rumah Pusaka
Kalau ikutkan aku ni seorang yang berfikiran terbuka. Aku bukanlah seorang yang skeptikal dengan benda-benda paranormal ni tapi aku juga berpendapat di sebalik benda-benda paranormal ni mesti ada penjelasan yang logik. Tapi untuk kisah aku nak mintak pendapat korang la atas apa yang terjadi pada kawan aku si Adam ni.
Adam baru-baru ni dapat harta pusaka berupa sebuah rumah antik model Victorian yang sebenarnya merupakan milik keluarga dia lebih 100 tahun yang lalu. Macam mana Adam boleh dapat rumah ni pun agak pelik jugak. Rumah ni adalah milik moyang lelaki Adam yang melarikan diri dan sejak tu tak pernah dah berhubung dengan keluarga Adam. Moyang lelaki Adam ni lari sebab beliau ada sejarah hitam dan sejarah tu ada sangkut-paut jugak dengan rumah tu.
Rumah tu asalnya merupakan sebuah penempatan khas untuk kanak-kanak cacat fizikal dan mental. Zaman dulu-dulu kan masa tu teknologi perubatan masih belum maju lagi, dan memiliki anak yang cacat merupakan taboo untuk masyarakat zaman tu, jadi moyang lelaki Adam dan isterinya dengan 'sucihati' tawarkan kepada ibubapa malang tu untuk letak anak-anak diorang kat rumah tu. Kononnya untuk merawat dan menjaga kanak-kanak kurang upaya ni, tapi lain pulak jadinya.
Moyang Adam akan menjalankan pelbagai eksperimen ke atas budak-budak tu padahal moyang Adam ni bukannya pengamal perubatan pun. Eksperimen-eksperimen tu termasuklah pelbagai jenis penderaan ke atas budak-budak tu, contohnya sengaja dibiarkan kelaparan, tak bagi tidur sampai berhari-hari, kasi makan ubat-ubat yang tak pernah diuji keselamatannya dan macam-macam lagilah. Moyang Adam ni percaya teknik mereka ni berkesan, tak taulah mana datangnya keyakinan melampau diorang ni sebab moyang Adam tak pernah pun belajar ilmu perubatan secara formal ni. Akibatnya, ramai kanak-kanak kat situ mati dan mereka ni terus dikuburkan je kat belakang rumah tu. Pada mulanya ibubapa mendiang budak-budak tu ada yang tak kisah dengan kematian anak mereka, mereka anggap tu adalah takdir je, tapi bangkai gajah mana boleh ditutup lama-lama.
Akhirnya perbuatan moyang Adam ni dapat dihidu pihak berkuasa, dan pihak berkuasa pun tangkaplah kedua-dua moyang Adam, tapi moyang lelaki tu dapat melepaskan diri. Semasa serbuan tu pihak berkuasa dapat rekod kematian mencurigakan 5 orang je, tapi mereka percaya yang tak berekod tu mesti lagi ramai. Dan kanak-kanak di situ ditemui dalam keadaan parah sebab didera, dah jadi mayat hiduplah kiranya.
Sekarang, rumah tu diwariskan kepada Adam beserta dengan wang yang agak banyaklah jugak. Pada mulanya Adam cadang nak gunakan duit tu untuk membaiki dan mengubahsuai rumah tu lepas tu dia nak jual je. Walaupun rumah tu dah memang rumah lama tapi keadaan rumah tu masih kukuh, cuma nak kena elokkan sana sini je.
Adam cuba nak cari pembeli untuk rumah tu, tapi isunya rumah tu dikatakan berhantu sebab sejarah silam rumah tu. Memandangkan dalam rumah tu ramai kanak-kanak yang mati terseksa, termasuklah moyang lelaki Adam tadi yang bertahun-tahun tak muncul tapi tau-tau dah mati bunuh diri dalam rumah tu. Adam ni tak percaya, bagi dia tu semua cuma khabar angin yang tak berasas je, mana ada hantu dalam dunia ni.
Sehinggalah satu hari ni Adam menjejakkan kaki masuk dalam rumah tu..
Selepas lawatan dia ke rumah tu, Adam terus berubah fikiran. Dia taknak dah jual rumah tu walaupun ada yang sanggup nak beli dengan harga yang lumayan.
Duit yang sepatutnya dia guna untuk ubahsuai rumah tu dia buat beli peralatan sekuriti, macam kamera, penggera, pagar elektrik. Semua peralatan tu jenis berteknologi tinggi yang bukan kaleng-kaleng harganya dan dipasang di rumah buruk tu. Adam siap tegak papan larangan tidak boleh masuk ke rumah tu. Pelik kan? Rumah buruk tapi nak dikawal sebegitu rupa.
Kalau ikutkan ramai penjejak paranormal suka masuk rumah tu tapi sejak Adam dah pasang kamera, dah takde sape dah boleh masuk. Setahun la jugak rumah tu dibiarkan, dan Adam dapat banyak permintaan dari penjejak paranormal ni untuk masuk ke rumah tu tapi semuanya Adam tolak mentah-mentah. Ada yang tawarkan duit tapi tu pun Adam tolak jugak.
Ada jugak yang berdegil dan pakai main masuk jugak, tapi sistem keselamatan yang Adam pasang tu canggih sangat, sapa-sapa menceroboh diorang akan terperangkap dalam rumah tu. Tunggu jelah sampai Adam lepaskan. Ha sampai macam tu sekali padahal rumah tu rumah buruk je pun bukannya ada benda berharga dalam tu.
Sebagai seorang kawan, aku pun tanyalah Adam. Sampai bila ko nak biarkan je rumah tu? Kata nak renovate tapi benda lain pulak yang dia buat. Adam pun berterus-terang pada aku. "Aku sebenarnya nak robohkan je rumah tu". Aku terkejut dengan rancangan dia tu sebab lain sangat macam yang dia rancang mula-mula tu. Padahal bukannya takde orang yang berminat nak beli.
Dalam masa 2 minggu, rumah tu akan dirobohkan. Ada saki-baki sikit duit Adam yang dapat tu akan digunakan untuk tujuan ni. Pastu Adam cadang tapak rumah tu dia nak derma je kat pihak majlis perbandaran. Pihak majlis pun sokong je cadangan Adam tu, sebabnya pihak majlis pun sebenarnya tak berapa suka rumah tu, rumah tu ada sejarah hitam jadi tak pasal-pasal nama bandar tu pun terpalit sama. Dan proses nak merobohkan rumah dan derma tanah tu Adam buat ikut undang-undang.
Aku pun hairan dengan keputusan Adam tu. Adam ni bukanlah orang senang, dapat rumah dan duit tu pun dah dikira rezeki terpijak untuk Adam sebenarnya. Adam ni sebenarnya masih seorang pelajar universiti, dia sambung belajar pun pakai pinjaman. Kalau dia ikut rancangan asal memang dia dah senang dah. Tapi kenapa Adam sanggup buat benda yang merugikan dia? Kalau taknak ubahsuai pun jual jelah rumah buruk tu sekali dengan tanahnya dengan harga murah sikit. Kenapa sampai nak roboh? "Rumah tu memang patut dimusnahkan", tu jelah jawapan yang Adam kasi bila aku tanya.
Dah ada orang sanggup nak beli, tapi kenapa Adam tolak? Keputusan dia memang bodohlah di mata aku. Tapi yang lagi peliknya, sejak dia memiliki rumah tu, Adam berubah. Adam sebelum ni seorang yang sentiasa positif dan ceria, tapi lepas tu dia berubah jadi seorang yang mudah tertekan dan cepat marah.
Jadi apa pendapat korang? Apa sebenarnya yang dah terjadi pada Adam? Aku risaukan Adam. Aku risau keputusan dia ni akan merugikan dia dan akan menekan lagi kehidupan dia. Apa yang patut aku buat sekarang ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 13-10-2022 02:10 PM
Rumah Pusaka
Kalau ikutkan aku ni seorang yang berfikiran terbuka. Aku bukanlah seorang yang skepti ...
mgkin dia nmpk bygan silam tok nenek dia dera bdk |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba-tiba Menjelma
Keluarga mak aku berasal dari sebuah negara kepulauan yang beragama Islam, jadi orang-orang kat situ termasuk keluarga mak aku percaya dengan kewujudan jin dan syaitan. Mak aku pernah kongsi satu cerita pada aku pasal pengalaman ayah dia ataupun datuk aku. Kejadian ni berlaku pada tahun 1970an, masa ni maaf cakaplah negara asal mak aku ni masih kurang membangun jadi pulau tempat keluarga mak aku ni memang agak ketinggalan sikit la.
Tapi sekarang ni mak aku pun dah tak duduk pulau tu, mak aku pindah ke ibunegara, berkenalan dengan ayah aku yang memang orang situ, berkahwin beranak-pinak dan terus tinggal kat ibukota sampai sekarang ni...
Masa tu, datuk aku ada memiliki sampan kecil untuk pergi ke pulau-pulau kecil yang tidak didiami orang untuk mengutip kayu api, petik kelapa dan sayuran lain. Datuk aku akan tambat sampan di persisiran pantai, lepas tu dia masuk hutan, kumpulkan kayu api dan sayur-mayur tu dalam bentuk berkas, pastu angkut satu persatu ke sampan dia. Kayu api dan sayur-mayur yang datuk aku jumpa tu dia akan jual di pasar setiap hari. Itulah mata pencarian keluarga mak aku suatu ketika dulu.
Sampailah satu hari ni.... waktu tu hari dah nak senja. Sepanjang hari tu datuk aku mencari kayu api, berberkas-berkas jugaklah dia kumpul. Bila hari dah nak gelap, datuk aku pun cepat-cepatlah punggah berkas kayu api tu ke sampan dia. Sampailah tinggal 2 berkas ni. Datuk aku mampu angkat seberkas kayu api je untuk satu-satu masa tu. Datuk aku baru nak berpaling dari sampan dia, nak masuk ke hutan balik untuk amek berkas terakhir tu. Alangkah terkejutnya datuk aku apabila dia nampak 'diri dia' tengah berjalan dengan seberkas kayu api di bahu dia menuju ke sampan dia! 'Orang' tu memang sebijik sebijan macam dia, muka, tubuh badan, pakaian. Cara jalan pun sama. Sah tu bukan dia. Datuk aku pun apa lagi cepat-cepatlah dia tolak sampan tu masuk ke air dan mendayung laju-laju tinggalkan pulau tu.
Dah agak jauh tu datuk aku pun berpaling. Dia nampak 'orang' tu masih berdiri di gigi pantai, dengan seberkas kayu api di bahu dia, dan 'orang' tu merenung tajam pada datuk aku sampailah datuk aku makin menjauh dan dah tak nampak 'orang' tu lagi....
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 15-7-2022 11:12 AM
Kisah Hantu Legenda Dari Jepun - Okiku, Orang Gaji Yang Terseksa
Kisah ni sebenarnya memang kisah d ...
Laa..dalam semua kisah tt, ni je yang lucu..mujur tok sami bijak |
|
|
|
|
|
|
| |
|