|
Reply #1122 supernaturalee's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1123 AyieBoyZ's post
merembes kt sape?dior?:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
.: Assignment :.
REVIEW AyieBoyZ
Separuh Akhir Muzik-Muzik <Etnik Kreatif>
Lagu : Doa Dalam Lagu
Penyanyi : Mawi & Heliza
Komen :
- Muzik - Pengaruh yg kuat kearah muzik padang pasir. Sedikit sentuhan moden, namun sangat ringkas dan biasa. Kadangkala kedengaran muzik lagu yang diulang-ulang. Kurang daya kreativiti. Permulaan lagu - unik dan pengakhiran yang memuaskan. Percubaan yang agak baik dari Ajai, namun masih banyak yang perlu diperbaiki.
- Lirik - Lirik lagu ini mungkin membuatkan lagu ini menarik utk didengar. Tajuk lagu ini mengungkapkan keseluruhan maksud lagu ini - iaitu memohon dengan irama dan lagu. Petikan "Ya Rindu.. Ya Nyawa.. Ya Kalbu.." Cemerlang! Walaupun liriknya ringkas, tapi cukup untuk menunjukkan seorang perindu yang merayu kepada kekasihnya. Tapi, mungkin ada sedikit kekeliruan, kerana jika diteliti, lirik lagu ini mungkin lebih sesuai untuk lagu yang berentak perlahan. Walau bagaimanapun, ia tidak mencacatkan lagu ini secara keseluruhan.
- Vokal - Suara Mawi memenuhi kehendak lagu ini, walaupun kadangkala kedengaran agak mendatar. Heliza berjaya dengan lenggoknya. Permulaan lagu ini sangat cemerlang! Mawi dan Heliza membuktikan keserasiannya dalam lagu ini dari awal lagu lagi.
- Kelebihan utk ke AJL - Untuk mengekalkan rating, lagu ini berkemungkinan besar utk dipilih.
- Kelemahan - Lagu ini biasa saja jika dibandingkan dengan lagu-lagu padang pasir yang lain. Mungkin juga juri Muzik-Muzik kali ini mahu mencari kelainan dan keaslian irama etnik yang sebenar.
Lagu : Jarak Rindu
Penyanyi : Azfar
Komen :
- Muzik - Pertama kali mendengar lagu ini, saya sangat teruja dengan permulaan muziknya. Walaupun rancak, ia padat dengan irama melayu. Menarik! Muzik lagu ini menyelamatkan lagu ini. M.Nasir mungkin sudah menempah tiket ke AJL!
- Lirik - Lirik yang biasa dan ringkas. Namun, sesuai dengan irama lagu ini. Menceritakan mengenai sepasang kekasih yang berjauhan. Lirik lagu ini bergerak seia sekata bersama irama lagu ini.
- Vokal - Nyanyian Azfar seperti dia kurang selesa dengan lagu ini. Saya sangat terganggu dengan cara nyanyiannya, yang seperti menyebut satu persatu suku kata-suku kata pada setiap patah perkataan lagu ini. Namun, secara keseluruhannya, nyanyian Azfar dilihat berpotensi utk diketengahkan dalam genre-genre lagu sebegini. Walaupun kadangkala kedengaran sengau, dia menutup kelemahannya dengan suaranya yang mendayu.
- Kelebihan utk ke AJL - Irama Melayu yang rancak pada lagu ini mungkin dapat menarik perhatian juri.
Lagu : Puteri Tarian Kasih
Penyanyi : Anis Aneesa
Komen :
- Muzik - Lagu irama melayu yang agak cliche, namun agak menarik. Saya sangat sukakan selingan kompang / gendang dalam lagu ini. Sebenarnya, lagu ini agak kuat jika juri mahukan muzik melayu yang menebal. Kepelbagaian bunyi dalam lagu ini mengindahkan lagu ini. Cubaan berani dari Adnan Abu Hassan!
- Lirik - Liriknya ringkas, tapi sampai ke hati. Berjaya menceritakan raut wajah, kelembutan, tarian dan keperibadian Puteri yang digambarkan dalam lagu ini. Namun, tetap cliche dengan lagu2 irama melayu sebelum ini. Kurang originaliti.
- Vokal - Penjelajahan Anis Aneesa ke Pertandingan Realiti Sare Ga Ma Pa di India baru-baru ini nampaknya menambahkan kemerduan suaranya. Saya sangat sukakan suara 'manja' yang diserlahkannya dalam lagu ini. Kadangkala, suara terlalu meleret.
- Kelebihan utk ke AJL - Jika melihat trend pemilihan lagu berdasarkan Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun2 lepas, lagu ini mempunyai harapan yang cerah utk ke AJL.
Lagu : Pujangga Merindu
Penyanyi : Syura
- Muzik - Agak terkejut dengan persamaan lagu ini dengan lagu Maharaja! Cuba dengarkan part "Sebelum mata terpejam" dengan chorus Maharaja, hampir sama. Sekaligus, ia membunuh segala pujian saya utk muzik melayu yg menebal dalam lagu ini. Lagu recycle tidak sepatutnya terus jadi trend dalam industri muzik Malaysia. Namun, credit kpd Radeen Sri kerana terus mencipta muzik irama melayu yang asli.
- Lirik - Puitis dan indah. Itulah takrifan sebenar lirik lagu dalam irama melayu. Lirik lagu ini menepati ciri-ciri tersebut. Saya senang dengan liriknya. Unsur-unsur alam yang digunakan seperti bulan, bintang dan sebagainya mencorakkan lagu ini secara keseluruhannya oleh penulis lirik.
- Vokal - Syura sememangnya sesuai menyanyikan lagu-lagu begini. Suaranya lunak dan merdu, secantik lenggok tariannya dalam video klip lagu ini.
- Kelebihan utk ke AJL - Satu-satunya lagu dalam kategori ini yang mempunyai muzik melayu yang tebal.
- Kelemahan - Cliche.
Lagu : Songo
Penyanyi : Amy Search
Komen :
- Muzik - Muzik lagu ini penuh misteri. Alunan gong dalam irama lagu ini cantik! Tidak banyak yang boleh saya komen utk lagu ini.
- Lirik - Sekali lagi, lirik lagu ini penuh misteri, semisteri tajuknya. Sangat puitis, dan Ahmad Farid boleh diketengahkan.
- Vokal - Suara Amy kedengaran tiada klimaks. Mengundang kebosanan jika didengar beberapa kali. Amy dilihat kurang bermain dengan vokalnya.
- Kelebihan utk ke AJL - Unik dan baru! Lagu ini lain dari yang lain.
Lagu : Persoalan Cinta
Penyanyi : Farawahida
Komen :
- Muzik - Unik! Er Hu yang digunakan dalam lagu ini sangat sesuai dan menimbulkan kelainan dalam lagu ini. Cukup membuai jiwa. Namun, lagu ini lebih kepada ballad. Namun, satu 'effort' yang tidak kurang bagusnya dari Julfekar. Permulaan yang menarik dan saya sukakan akhir lagu ini, yang mempunyai effect bunyi seakan petir.
- Lirik - Liriknya biasa sahaja. Mungkin tujuan penulis untuk memudahkan pendengar memahami maksud lagu ini.
- Vokal - Sesuatu yang harus dibanggakan apabila Farawahida mencuba sesuatu yang baru dalam alunan vokalnya, terutama suara 'soprano' yang memuaskan. Kadangkala, mendengar lagu ini, teringat pula akan lagu 'Melankolia' dari Ning Baizura.
- Kelebihan utk ke AJL - Jika Farawahida menyampaikan lagu ini dengan baik, tidak mustahil lagu ini bakal tersenarai.
- Kelemahan - Kurang nilai etnik.
Lagu : Panas
Penyanyi : Ifa Raziah
Komen :
- Muzik - Irama lagu ini mungkin mahu menandingi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi, tapi tidak berjaya. Lagu ini kurang keaslian, kerana muziknya mempunyai persamaan yang agak ketara dengan lagu Ifa Raziah yang terdahulu. Intro lagu ini agak kreatif.
- Lirik - Lirik yang ringkas. Kadangkala agak lemah, lirik lagu ini jelas dan nyata tanpa dibayangi maksud yang tersirat. Mungkin lirik sebegini sesuai utk lagu-lagu berentak dangdut begini.
- Vokal - Ifa membawa lagu ini sesuai dengan tuntutan lagu ini - Seksi, rancak dan berani.
- Kelebihan utk ke AJL - Sudah agak lama AJL sepi dari irama dangdut. Mungkin lagu ini akan dipilih sebagai kelainan dalam AJL kali ini.
- Kelemahan - Sangat lemah jika dibandingkan dengan lagu-lagu yang lain.
Lagu : Dusta Berkalang
Penyanyi : Aiman
Komen :
- Muzik - Sejujurnya saya tidak pernah mendengar lagu ini sebelum ini. Permulaan Namun, secara keseluruhannya, muzik lagu ini sangat menarik dan kuat. Hafiz Hamidun berjaya menghasilkan sebuah lagi lagu yang berkualiti! Tahniah!
- Lirik - Kolaburasi Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri sangat cemerlang! Lirik lagu ini sama kuat dengan muzik lagu ini! Walaupun ringkas, namun padat. Frasa-frasa pendek dalam lagu ini sudah cukup puitis. Lagu ini sebenarnya menasihatkan pendengar supaya terhindar dari noda dan dusta dunia. Menghiburkan!
- Vokal - Melihat kembali video2 Aiman di Akademi Nasyid, saya merasakan suaranya lebih sesuai utk menyanyikan lagu berentak perlahan. Namun, dia berjaya memberikan keadilan kepada lagu ini! Vokalnya cemerlang dan energinya penuh sepanjang lagu ini! Moga Aiman dapat menyanyikan lagu ini dengan baik pada malam Separuh Akhir nanti.
- Kelebihan utk ke AJL - Lagu terkuat dalam kategori ini!
Lagu : Mengharap Sinar
Penyanyi : Dior
Komen :
- Muzik - Permulaan lagu ini MENGUJAKAN! Saya sendiri terkejut dengan kenyataan, bahawa lagu ini juga kuat dalam kategori ini. Rentaknya pantas, moden dan kreatif. Agak kurang 'kemelayuan' atau 'irama etnik', namun lenggok muziknya agak unik. Percubaan pertama Dior ternyata agak berkesan! Intresting song.
- Lirik - Liriknya puitis dan kena dengan perjalanan lagu ini. Sebagai penulis yang baru, ia sudah boleh dibanggakan. Saya tidak terkejut lagu ini berjaya di AJL!
- Vokal - Mungkin tuntutan lagu ini utk bersuara agak 'soprano', namun Dior tidak perlu terlalu mendayu dalam menyanyi lagu ini. Saya fikir, suara 'lelaki' seperti Mawi lebih sesuai utk lagu ini.
- Kelebihan utk ke AJL - Agak terkejut kerana saya tidak pernah mengambil perhatian pada lagu ini, tetapi percayalah, ada uniknya pada lagu ini utk melangkah ke AJL.
- Kelemahan - Kelembutann.... yang tidak diperlukan....
Lagu : Lambaian
Penyanyi : Fazli Zainal
Komen :
- Muzik - Biasa. Itu yang mampu saya katakan. Lagu ini boleh diindahkan lagi, mungkin dengan serunai, atau alat muzik yang lebih lembut. Tapi muzik lagu ini bergerak seiring dengan lirik lagu. Permulaan lagu ini sedikit menarik perhatian, namun muzik tiba-tiba menjadi mendatar ketika suara Fazli Zainal mula menyanyi. It's not that bad actually, kerana lagu dan lirik lagu ini seperti terjalin erat. Lagu yang baik tapi masih boleh diperbaiki.
- Lirik - Menujukan lagu ini untuk mangsa kebuluran di Darfur, Ahmad Fedtri sekali lagu membuktikan kredibilitinya dalam menulis lagu. Lirik yang puitis, mendalam tapi ringkas yang berjaya menangkap di kalbu! Saya dapat merasakan keperitan mangsa-mangsa di Darfur melalui lagu ini, jelas dan nyata. Kekuatan lagu ini terletak kepada liriknya.
- Vokal - Suara Fazli Zainal sangat berkesan. Bermula dengan nada rendah, dan semakin lama semakin tinggi.. simbolik kepada rintihan dan laungan untuk kemerdekaan dan kebebasan. Pilihan penyanyi yang tepat. Back up singer / Koir juga mencantikkan lagi lagu ini.
- Kelebihan utk ke AJL - Lirik lagu ini yang kuat dan terkesan.
- Kelemahan - Irama lagu ini yang biasa dan kurang 'irama etnik'.
KESELURUHANNYA - Kebanyakan lagu yang bertanding dalam kategori ini pada tahun ini agak unik, namun saingannya kurang, mungkin kerana kekurangan lagu yang betul2 kuat.
Yg Penat,
AyieBoyZ
[ Last edited by AyieBoyZ at 27-11-2008 12:00 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1126 AyieBoyZ's post
wow!bro ayie tlh menyiapkan 'assignment' nye dgn begitu pantas dan semerlang sekali.bg tacang utk diri sndrik!:flower:
anyway, komen bro ayie utk lagu dior tu membuatkan iols xsabar nkdengar lagu mengharap sinar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1126 AyieBoyZ's post
lagi satu lagu lambaian.1st time iols dengar lagu ni mase jomheboh lastweek.mmg sedap.lirik ngan vokal fazli bagus utk lagu ni.tp muzik die sgt kureng utk muzik etnik.kalo juri suker lepas le ke final.tp kalo masuk ajl, make sure muzik mlm tu bnykkan alat muzik etnik kalo nk menang.koir jgn lupe.menarikkan kalo koir dlm lagu etnik.bkn takat meriah cam lagu pak ngah tu jek.kasik moden kan lagi lagu etnik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1126 AyieBoyZ's post
Rajinnye berapa hari siap neh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1129 supernaturalee's post
hehe.. time kasih cgu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1130 supernaturalee's post
stuju! rugi r lagu lambaian tuh.. sbb lirik die da best da.. kene cantikkan irama jerp.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1134 AyieBoyZ's post
iols bukan mod kt sini uols.. tekan butang je klu nak pinat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1133 AyieBoyZ's post
laluan yg sukar utk ke final nanti.sbb juri nilai rekording dr cd lbh awal.mlm 1/2 akhir utk persembahan/vokal jek.tp kalo buat muzik live, ok la kot?tp mane penh 1/2 akhir muzik live kecuali band.(btl ke band bwk muzik live mase 1/2 akhir mcm estranged last year?) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1135 jac_diehard_fan's post
mod je kan blh kasi pinat?kalo mod sndrk kasi tambah pinat die blh ke?
[sya budak baru belajar ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1137 supernaturalee's post
taley |
|
|
|
|
|
|
|
latest info dr beberapa org. diulangi..sampai beberapa org. bukan sorg je.
AMY SEARCH TAK BOLEH NYANYI MASA SESI LATIHAN SEBAB X INGAT LIRIK. DIA SIAP BAWAK KERTAS ATAS STAGE DAN PEGANG. MMG 100% TGK LIRIK.. DGR CERITA, DIA X PNH NYANYI LAGU NI LIVE. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka baca review Ayieboyz...dasyat ek.. :re: |
|
|
|
|
|
|
| |
|