CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 4-12-2011 11:37 AM | Show all posts
minta maaf semua,hari ni kalau ada kelapangan saya bercerita lagi..banyak keja sikit hari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2011 11:45 AM | Show all posts
sebelum tu,saya nak tanya..minta chef ke kaulat ke kalau boleh jawab

betul ke jin syaitan ni semua takut pada daulat sultan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 12:18 PM | Show all posts
kalau tak silap daulat sultan pun ada sangkut paut ngan jin n syaitan gok
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 12:26 PM | Show all posts
sebelum tu,saya nak tanya..minta chef ke kaulat ke kalau boleh jawab

betul ke jin syaitan ni semua takut pada daulat sultan?oompa-loompa Post at 4-12-2011 11:45


لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله


mungkin la agaknya cthnya mcm Sultan Al-Ulama Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 03:53 PM | Show all posts
Reply 1123# tad2200


   maksud nye daulat tu datang dari jin/syaitan ey?bukan apa,saya ada dengar yang jin/syaitan ni takut pada daulat sultan..kiranya jin/syaitan xbuat kacau kalau sultan ada berdekatan,tapi tak tahu kesahihan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 03:59 PM | Show all posts
tuh nak kene pi cari benang pasal daulat la plak... ado kat cari nih eh.. saya pun dah lupa mana duduk dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2011 06:08 PM | Show all posts
Assalam TT n tetamu TT yg lain... ;) Saya jd SR je kat thread ni.. dh habis khatam baca semua post...Memang terbaik, semua maklumat, kisah dan story ada dlm thread ni... keep it up
  saya pun nak share crita pasal pad... hmm.. lokasi kejadian di Kem Terendak Melaka (ramai cakap kwsn tu mmg keras).. masa tu dalam tahun 2007 la kalau tak silap.... Kami wakil Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) ada kem kepimpinan, so wajib kena pergi ke Melaka...
   Hari pertama ok lagi, ktorg dipecahkan dalam dua kumpulan.. mcm biasa lelaki n perempuan... khemah just khemah kanvas... so tidur la berhimpit2 dgn yg lain... kem kali ni kem 1 Malaysia, sebab semua kaum ada, Cina, Melayu n India...
   Hari pertama malam, ktorg kena berjalan lebih kurang 7km... ni pun ada kisah, sorg drpd yg join kem, perempuan la dah kena angkut guna trak kecil jer, trak askar... saya n geng yg lain ingt maybe dia penat x larat... sebab pastu ramai gak lah yg kena angkut naik trak.. sampai je kat khemah pas penat berjalan mlm2.. ktorg dapat tau yg MTM perempuan pertama kena angkut naik trak tu masuk ospital kena tahan wad.. rupanyer kena sampuk.. sume yg dgr dh takut la.. sebab ktorg ada dua hari lagi nak kena stay kat kem..
   Masuk malam kedua, malam burung hantu.. ktorg kalau boleh x nak join tapi wajib.. kena la follow tali yg abg2 askar tu sediakan..spnjng tu mmg gelap sgt n ktorg nk jln bergantung pd tali je.. kalau lepas mmg habis la x tau nk jln arah mn.. sepanjng tu nampak la pocong buatan sendiri, kubur, kain putih yg kena gantung ats pokok.. semua selesai tanpa sebrg masalah.....
   So habis tu semua kena berkumpul kat depan khemah kwsn lapang sikit.. tiba2 dpt arahan tak boleh terus masuk tido.. semua MTM lelaki n perempuan kena lepak dgn ketua fasi.. Time ni x pikir ape lg la... panjang la cter fasi tu.. sampai mata ni dh x larat rasa nk tdo..
   Ada sorg geng ktorg ni..perempuan la.. mmg boleh nampak benda2 tu.. belakang ktorg berkumpul mmg byk dikelilingi pokok besar(kwsn hutal tebal lg kan). dia berbisik kat kwn sebelah sy jgn pandang pokok sbb dia dh nmpk pontianak.. tgk ada abg2 askar sibuk dlm 4 org g khemah perempuan tgh bincang dgn askar perempuan n fasi ktorg..
   ktorg dah pikir lain.. sebab tiba2 angin kuat sangat.. n tiba2 keluar banyak kera bergayut kat pokok2 n buat bising, yg x tau crita semua excited tgk kera mlm2 dok kuar.. sampai satu part, kwn ktorg yg boleh nampak benda ni kena panggil masuk khemah perempuan.. rupa2nye askar2 tadi dah siap kumpulkan pad budak2 yg period time tu..
   habis kumpulkan dlm satu beg, dua org askar ni  ready nk bwk pegi jauh pad2 tu, dorg lari laju sgt sambil jinjing beg berisi pad, yg lain just tgk dari jauh.. tp time tu la kera2 tu tambah bising n tmbh byk yg keluar (dari nenek, atuk, bapak, mak, adik beradik dia kot)..
   selesai je adegan tu, ktorg dh boleh masuk tdo.. esk tgh hari baru kwn crita rupanyer, yg kena sampuk kat ospital tu tgh period, parents dia terpaksa bwk blk rumah sebab makin teruk dan rupa2nyer lagi, ramai yg period n buang pad x cuci dulu... sampai ada kwn yg nmpak betul2 pontianak berdiri pandang dia yg time tu tgh temankan kwn ktorg berak..
   balik je kolej, semua yg mn nampak benda tu n period semua ada kesan lebam kat kaki n badan... Alhamdulillah saya tak kena.. tp sampai sekarang saya pesan kat kwn2 n adik2 kalau nak buang pad biar cuci dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 06:13 PM | Show all posts
Chef mmg terbaik.. n TT pun best sgt sebab buka thread ni
kepada ommpa... jgn risau Allah sentiasa bersama orang yg sabar... keluarga saya pun pernah kena buatan dengki org @ jiran sendiri... saya tahu macam mana rasa n keadaan tu bila menimpa kita...
   Nanti ada masa saya share crita pasal adik saya yg kena buatan org.. patut nyer nak kenakan mak abah saya tapi terkena kat adik bongsu saya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2011 08:24 PM | Show all posts
Nak menyampuk sikit. I ada baca komen kat belakang belakang esp from chef mizan pasal pasang kelambu ni.

I ni dulu duduk asrama sekolah harian di kuantan. Antara peraturan kat asrama tu ialah:

semua wajib tidur guna kelambu.
bila nak tidur baru holeh pasang
Kalau pasang awal tapi belum mahu tidur, kelambu kena singkap ke atas.
Adalah tidak dibenarkan sama sekali, turunkan tirai kelambu, tapi kita tak berada di dalamnya.

Bila tanya senior kenapa, mereka jawab itu amalan turun temurun. Kalau kita pasang kelambu, tapi kita tak duk kat dalam. Alamatnya malam nanti ada la makluk lain tido sama. Entahla, saya tak pernah cuba, saya ikut je...takut.

Pantang larang lain, biasa la...tak boleh basuh kain malam malam, dan tak boleh main batu seremban atau sewaktu dengan nya malam malam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 10:30 PM | Show all posts
Reply 1127# lilinputih


    Assalamualaikum lilinputih.. Selamat datang dan terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi thread ni.. Cerita anda memang ditagih disini sebab saya dan TT sebenar iaitu kaulat agak sibuk sikit dengan komitmen kerja.. Jangan malu jangan segan disini ye. Kita berkongsi apa sahaja yang boleh dan memberi manfaat pada pembaca..

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 10:38 PM | Show all posts
Reply 1122# oompa-loompa


    Setahu saya daulat sultan ni memang bersangkut dengan jin. Kesahihannya wallahualam. Tapi apa yang oompa bagitau tu memang ye,jin/syaitan memang takkan boleh menembusi daulat sultan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 10:42 PM | Show all posts
Reply 1129# hafisha


    Ye hafisha memang itu pantang larang kelambu. Kelambu ni sebenarnya digunakan sejak turun temurun dan antara penggunaannya seperti yang haafisha bagitau la. Cuma kalau kat sekolah saya dulu pelajar2 tingkatan 1 dan 2 sahaja diwajibkan guna kelambu. Yang lain2 terpulang hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 11:16 PM | Show all posts
Reply 1127# lilinputih


    Cerita pad ni dah biasa sangat sebenarnya. Manamana tempat mesti pernah melaluinya. Saya teringat 1 peristiwa dimana berlaku di sebuah sekolah agama di negeri kelahiran saya jugak. Bukan sekolah saya ye. Sekolah lain. Cerita seakanakan sama jugak la cumanya kali ni melibatkan seorang pelajar lelaki.

    Pelajar lelaki ni memang kuat skodeng@mengintai. Dikalangan kawan-kawan yang kenal memang mengenali sifat buruk dia ni. Then 1 hari tu dimana kebanyakkan pelajar boleh pulang ke kampung halaman. Tapi masih ada segelintir yang tinggal sebab mengikut jadual yang dah warden tetapkan. Yang tinggal kat asrama masa tu kalau tak salah saya tingkatan 4 dan 5 sahaja lelaki dan perempuan la kan. Malam tu dikhabarkan dia bagitau kawan-kawan dia nak pergi skodeng asrama perempuan. Tengah diorang duk lepak-lepak bercerita berlaku la cabar mencabar. So si pelaku ni tadi pun bila dah rasa tercabar dia janji akan buat.

    Sekitar jam 1 pagi macam tu la dia berjaya meloloskan diri masuk ke asrama perempuan. Masa tu kawan-kawan dia tadi stand by kat dalam kelas yang berdekatan dengan asrama perempuan tu untuk cover line dan tunggu arahan dia untuk masuk. Memang masa tu masing-masing berhajat nak masuk. Nak skodeng sama-sama la konon kan. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu sampai dekat pukul 4 si pelaku ni tadi tak panggil-panggil. Diorang pun mula berkira-kira si pelaku ni tadi makan sorang dan sebagainya. Pakat ramai-ramai balik tunggu je kat asrama.

    Sampai asrama dorang just lepak-lepak dalam bilik sehinggalah budak-budak bangun nak solat subuh. Lepas dah solat semua kat surau tengah baca doa tiba-tiba bunyi kecoh kat asrama perempuan. Jarak antara asrama lelaki dan perempuan hanya dipisahkan oleh 2 blok bangunan. Sekolah dalam bandar so kawasan agak terhad sikit. Tak macam sekolah saya. Lepas imam abis baca doa semua pakat keluar menuju ke pintu masuk asrama perempuan. Masa tu nampak la warden lelaki dan perempuan,pak cik guard semua ada. Rupanya ada pelajar jumpa si pelaku ni tadi pengsan kat atas siling sambil kepala terjuntai kebawah. Pak guard dengan warden lelaki dan beberapa ahli surau pegi la naik tingkat 3 untuk bawak turun si pelaku yang dah pengsan tadi. Sampai bawah ustaz jampikan air dan sebagainya baru la dia sedar. Punya la terkejut badak si pelaku sebab masa tu ramai yang mengerumuni dia. Ustaz pun tak tunggu lama tanya apa dia buat dalam asrama perempuan. Dia pun dah alang-alang orang tau bercerita la sambil tunduk malu.

    Masa mula-mula dia panjat pagar asrama tu dia dah rasa lain macam. Seolah-olah ada yang memerhatikan dia dari celahan ampaian asrama. Tapi sebab dah masuk dia pun teruskan je la. Menyelinap naik tangga sehingga ke tingkat 3. Naik tingkat 3 sebab last floor kan guna siling so ada ruang untuk dia menyorok. Naik siling dari hujung tangga merentasi beberapa bilik sehingga ke hujung bahagian toilet. Jenis asrama ni toilet dan bilik mandi digabungkan. Yang terpisah hanya bilik membasuh pakaian. Sampai kat hujung iaitu bilik mandi ni tadi dia pun bukalah salah 1 siling tadi. Buka abis dan alihkan ketepi. Masa mula-mula buka tu memang takde orang. Sampai la masa untuk dia bagi isyarat pada kawan-kawan yang lain untuk masuk ada 'pelajar' perempuan masuk toilet dalam keadaan berkemban. Dia tadi kata dah syok la kan ada mangsa. So perhati je 'pelajar' tadi masuk sehingga ke toilet paling hujung. Memang nampak jelas la sebab lampu toilet cerah dan kedudukan dia ditengah-tengah. Tiba-tiba pelajar tadi selongkar bekas sanitary yang simpan pad-pad yang dah dipakai. Dia terkejut tapi senyap je. Lama jugak la 'pelajar' tadi selongkar seolah-olah mencari sesuatu. Tapi yang hairannya setiap kali 'pelar' tadi jumpa apa yang dia cari,dia akan duduk dan bunyi seolah-olah sedang hisap sesuatu. Mungkin 'pelajar' tadi menyedari kehadiran dia,'pelajar' tadi terus hisap pad tu sambil pandang dia. Rupanya pelajar tu cik pon.. Yang dia ni tadi sebab terlalu takut agaknya terus tak sedar apa.

    Lepas bercerita tu pelajar tadi dikuarantin dalam rumah warden asrama lelaki. Esoknya pihak sekolah hubungi ibubapa dia untuk datang ambil. Isnin tu terus dia pindah sekolah disebabkan malu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2011 11:45 PM | Show all posts
Reply  lilinputih


    Cerita pad ni dah biasa sangat sebenarnya. Manamana tempat mesti pernah  ...
chefmizan Post at 4-12-2011 23:16



    chef, kalau cik pon ni dok hisap pad seseorang yang xdicuci bersih, ada apa2 kesan ke kepada orang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 12:04 AM | Show all posts
Reply  lilinputih


    Cerita pad ni dah biasa sangat sebenarnya. Manamana tempat mesti pernah  ...
chefmizan Post at 4-12-2011 23:16



    kurang asam punya budak...menyeSKODENG kejanya...org suh pi belajar...patut pindah sekolah memalukan jer........ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 01:08 AM | Show all posts
Reply 1134# miz_sunshine


    Rasanya yang dah bersih cik pon tak usik miz.. Sebab biasanya benda ni kan menerbitkan bau. Kalau cuci rasanya tak bau dah.. Wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2011 01:10 AM | Show all posts
Reply 1135# sofiera


    Itu la pasal kak.. Gempar jugak la semua sekolah agama negeri kelahiran saya tu bila tersebarnya berita ni hehe.. Macam2 perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 01:17 AM | Show all posts
Reply 1134# miz_sunshine


    Maaf miz.. Yang tak dicuci ye?.. Apa yang saya tau cik pon ni akan cari tuan kepada empunya pad tadi.. Apa yang saya tau cik pon akan cuba hisap darah dari kaki orang tu.. Samaada dapat atau tidak,timbulnya lebam pada kaki tu wallahualam.. Ada yang kata kesan lebam tu akibat darah dihisap.. Pernyataan tu saya kurang pasti dan kurang bersetuju..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2011 08:05 AM | Show all posts
Assalammualaikum...
Hmmmm lama tak up date thread....bercuti atas urusan kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 08:18 AM | Show all posts
waalaikumussalam bro kaulat...

selamat pagi kawan2 .. hest melapor diri.... ekekekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050510 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list