Mood masih sedih.
Selamat tengahari dan selamat berbahagia.
Dalam alam percintaan,perpisahan tu dah kira sebagai lumrah.
tapi,janganlah terlampau kecewa selepas gagal dalam bercinta.
Kat sini,nak kongsikan beberapa tips untuk kurangkan rasa kecewa
selepas gagal dalam percintaan.
1)FIKIR POSITIF DAN TERIMA DENGAN REDHA
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
pegang pada kata-kata ini
ia akan buatkan anda lebih berfikir positif dan boleh terima dengan redha
mungkin kita akan dapat yang lebih baik daripada si dia
cuba untuk berfikir positif walau agak sukar.
tak nafikan memang hati terluka dan mengambil masa yang lama.
tapi,cuba untuk mula menerima hakikat secara perlahan-lahan.
2)SIBUKKAN DIRI ANDA DENGAN PELBAGAI AKTIVITI
apabila anda sibuk dengan pelbagai aktiviti,masa anda adalah penuh
dan secara tak langsung,anda boleh cuba untuk lupakan dia dari semasa ke semasa.
anda boleh bersukan untuk tenangkan fikiran,lakukan apa sahaja yang anda suka
supaya waktu lapang anda diisi
bagi mengurangkan anda mengingati si dia.
3)CARILAH ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI UNTUK LUAHKAN PERASAAN
jangan pendam rasa sakit hati itu,kelak makan diri.
cari sahabat yang boleh dipercayai,luahkan apa yang terbuku di hati
biarkan menangis,biarkan air mata berlinangan
sekurang-kurangnya beban anda berkurangan
dan hati anda puas.
InsyaAllah,sedikit sebanyak,boleh lupakan si dia.
4) DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH SWT DAN MEMINTA DOA
Dialah yang Maha Mengetahui
Dia tahu apa sebenarnya sebab kita perlu berpisah dengan si dia.
Dia tahu segala-galanya.rapatlah dengan Allah SWT
minta doa kepada-Nya agar ditenangkan fikiran dan hati
dan tunjukkan jalan yang benar dan lurus.
mungkin apa yang terjadi sebenarnya untuk dekatkan diri kamu dengan pencipta.