Statement dalam Oh Bulan & KOSMO..hehe..azlee highlightkan pasal FORUM
Oh Bulan
Lebih kurang sebulan yang lalu, nama Azlee Khairi yang agakjarang disebut sebelum ni secara tiba-tiba menjadi bualan para pengikutindustri hiburan tempatan.
Bukan kerana pelakon yang popular menerusi drama Love YouMr. Arrogant (LYMA) itu berkahwin senyap-senyap, tetapi disebabkan olehterbongkarnya rahsia Azlee yang sedang bercinta dengan seorang usahawan Brunei. Baguslah dapat jodoh jauh, kan? Tapi yang tak sedapnya, adapula khabar angin mengatakan teman wanita baru Azlee dikenali sebagai Liswatiitu cuba menjatuhkan kerjayanya.(Isu ni dijoyahkan oleh forumers di thread lama...hehe..ramai mengaku kena block dek mak cik lela)
Entah macam mana boleh timbul perkara tersebut. Namunmenurut Azlee yang ditemui di Majlis Ramadhan & Raya Media Preview anjuranMedia Prima, Liswati yang juga merangkap pengurusnya itu banyak membantumengendalikan jadual Azlee.
Kalau di forum, ramai yang kata manager atau girlfriend sayamenjatuhkan saya. Sebenarnya yang menaikkan saya adalah dia juga. Dia yangbanyak membantu saya dari segi jadual. Dalam masa yang sama, Azlee agak kecewa dengan sikapsesetengah pihak yang gemar mengeksploitasi keterbukaannya berkongsi halperibadi hingga timbul perkara tak benar.(BIG KANTOI...dlm utusan di thread lama..azlee cakap tak tau macam mana gambar selfie mendagu boleh tersebar..haha..sekarang ckp "keterbukaan berkongsi isu peribadi " pulak..choii sangat azlee oit..hahaha) Privacy saya dah turun jadi 0.01% daripada 99.99%. Bagilahsaya space. Janganlah sampai yang sebesar kuman tu pun orang nak langgar. Sayatak kisah berkongsi cerita. Tapi bila saya terbuka, orang eksploitasi benda tudan cuba buat cerita bukan-bukan. Saya takkan duduk diam, kena juga bagiperingatan. Kalau nak dibandingkan dengan 4.6 viewers saya sebelum nidengan berpuluh-puluh je dalam forum tu, pada saya tak memberiapa-apa kesan pun. Cuma mulut orang ni bila kita dengar banyak kali pun sakithati jugak. Saya pun rasa tak sedap bila dengar macam tu.(Statement ARROGANT tak ingat dunia!!)
Sementara itu, Azlee juga nampaknya tak kisah jikapopularitinya semakin merundum kerana kontroversi atau sekiranya dia berkahwinnanti. Saya bukan nak jadi artis. Allah bagi saya jalan untukbelajar dalam Seni Layar. Seni Layar belajar directing bukan acting. Tapirezeki terbuka pula untuk saya berlakon. Berlakon ni kira platform untuk sayajadi pengarah satu hari nanti. Besar cita-cita Azlee nak jadi pengarah. Tak mengapa, selagitermampu lebih baik kumpul ilmu dan rezeki banyak-banyak. Kalau orang dah bosannanti, duduklah belakang tabir pula.(hehe..dah ada gf kaya ..impian bakal jadi kenyataan tak lama lagi)
KOSMO pulak..23.6 .2014
SEBELUM ini ada yang mendakwa kekasih pelakon Azlee Khairi,Dayang Norlelawati atau nama ringkasnya, Liswati yang mengendalikan lamansosial pelakon itu dan membalas semua komen negatif peminat kekasihnya. Semuanya berikutan apabila timbul gosip mengatakan Azlee danZara Zya, pelakon yang bergandingan dengannya dalam drama popular, Love You Mr.Arrogant kini bergaduh. Gosip tersebut telah menjadi topik panas di laman-lamansosial. Bertemu dengan pelakon berusia 25 tahun itu pada majlisSeindah Ramadan & Anugerah Syawal di Hotel One World, Petaling Jaya,Selangor baru-baru ini, Azlee secara profesional menjawab tentang persoalanyang membabitkan kekasihnya yang berasal dari Brunei itu. Azlee berkongsi perincian lanjut mengenai hubungannya denganLiswati. Ikuti temu bual Azlee bersama Kosmo!
Kosmo!: Benarkah seperti dakwaan sesetengah pihak bahawakekasih anda, Liswati yang mengendalikan media sosial Azlee?(Isu ni dari forum)
AZLEE: Tiada maknanya dia (Liswati) hendak buka atau tengoklaman sosial saya. Saya sudah pesan dekat dia buat apa hendak sakitkan hatisendiri dengan tengok komen-komen negatif itu.
Mungkin pada tahap Azlee sekarang, ada yang cuba jatuhkananda?
Itu saya tahu. Setinggi mana kita capai (dalam kerjaya) akanada orang yang cuba hendak jatuhkan kita. Jadi, saya kena positif. Kalau sayaterikut-ikut, maknanya saya bodoh seperti mereka. Saya tidak pernah ambil tahutentang sesiapa jua yang cuba hendak menjatuhkan saya. Tetapi, saya akan terimasesiapa sahaja yang hendak kawan dengan saya. Daripada saya fikir sehinggasakit kepala, baik saya buat tidak tahu sahaja. (Azlee sakit kepala ke baca forum??)hehehe
Bagaimanakah pula perkembangan hubungan anda dengan kekasih?
Pemikiran dia yang matang banyak membantu saya. Mungkinkalau saya berkawan dengan wanita yang lebih muda berbanding Liswati, banyaktindakan saya yang tidak kena. Liswati banyak membantu saya. Kalau di laman sosial, ramai yang kata kekasih saya ini cubamenjatuhkan saya. Sebenarnya, tidak. Dia yang menaikkan saya. Malah, dia banyakmembantu saya dari segi menyusun jadual lakonan. Bila orang menyalahkan dia dengan mengatakan dia cubamenjatuhkan saya, pada saya tidak memberi apa-apa kesan pun. Tetapi mulut orangbila kita dengar banyak-banyak kali pun sakit hati juga.
Ada yang mengatakan kekasih anda seorang yang kaya.Benarkah?
Walaupun dia dari Brunei, negeri yang banyak duit, sayaterima dia kerana dia sanggup menerima baik dan buruk saya. Setakat saya muatnaik dua gambar bersama dia pun ramai yang hendak bising. Itu tandanya mereka(peminat) tidak boleh menerima diri saya dengan ikhlas seperti mana sayamemberikan kerja (lakonan) saya dengan ikhlas kepada mereka.
Liswati berusia 31 tahun, adakah anda memang menyukai wanitalebih berusia? Saya percaya pada qada’ dan qadar ketentuan Tuhan. Sebab itusaya tidak kisah. Dengan siapa Tuhan jodohkan sekalipun saya terima. Bilakah perancangan anda untuk mendirikan rumah tangga? Insya-Allah, jika segala perancangan berjalan lancar sayaakan berkahwin pada penghujung tahun ini.
Bagaimanakah hubungan anda dengan keluarganya?
Alhamdulillah. Keluarga dia menerima saya seadanya. Sayapuntakut status orang Brunei. Tetapi saya tidak pandang semua itu. Saya juga adaduit sendiri. Kalau saya kahwin dengan dia itu adalah tanggungjawab saya untukmenjaga dia. Takkanlah saya hendak jadi lelaki dayus.
Berapa lama hubungan anda dengan kekasih sudah berlangsung? Hampir setahun.(hmm..setahun yg lps azlee masih dgn zarina tau..)
Adakah anda akan bertunang terlebih dahulu? Kalau bertunang atau tidak orang tetap akan bercakap. Buatsahaja mana yang kita rasa termampu. Kalau ada kemampuan lebih kita buat majlispertunangan. Kalau tidak, kami akan terus berkahwin. Adakah anda risau populariti akan jatuh selepas berkahwin? Saya bukan hendak jadi artis. Sebelum ini saya seorangpemain bola sepak. Cuma kuasa Allah bagi saya peluang untuk belajar. Saya dapatbelajar di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan pengarahan. Alhamdulillah,selepas habis belajar saya dapat pula bekerja dalam bidang lakonan. Adakah anda mahu mengejar impian menjadi pengarah? Memang cita-cita saya hendak jadi pengarah. Berlakon sekadarplatform untuk saya jadi pengarah satu hari nanti.
iols tertarik nak share komen daripada porumer @zuri154
nk komen skit pasal statement putar belit azlee ni: 1- azlee dah pesan siap2 kt mokcik lela jgn tgk media sosialazlee, nnt sakit hati. setau iols ig azlee tu sendu yahamat... tang mana mokciklela sakit hati... ntah2 mokcik lela pi tengok ig fans yg suker tgk azlee &zara, lps tgk mokcik lela meratib 3 hari 3 mlm psl sakit hati. jenuh azleepujuk. tu yg azlee pi lahar fans kt ig fans pasal nk jaga hati mokcik lelapunya pasal. so apa lagi mokcik lela mau??? azlee nk buktikan mokcik lela lebihpenting dari segalanya. untung mokcik lela ada boifren sanggup buat apasajer... dulu dgn zarina pun apa kurangnya, sanggup gaduh dgn fans demi zarinatp kena tinggal jugak... hmmmm 2- azlee ckp ada org nak jatuhkan heols. nk muntah la dgnstetment ni. tinggi tahap mana azlee ni? kat sini ramai jer porumer tak cam ygmana azlee. kalo setakat drama LYMA jd kayu pengukur dgn penonton 4.6 juta,patut la azlee skrg dah jatuh. rupanya azlee ni layak dgn drama tema kawin2jer. lagi satu sape la nak jatuhkan azlee yg sememangnya dah jatuh tu.... hmmm 3- azlee ckp nk positip. tak nak amek tau sape yg cubajatuhkan heols tapi tengok stetment2 sblum ni bkn main salahkan porem cari.porem cari tu la. porem cari ni la. lepas tu ckp kalo pikir sangat nnt sakitkepala. maksudnya pernah pikir la sblum ni smpi sakit kepala... ada jumpadoktor tak???hahaha... 4- liswati byk membantu azlee sebab faktor umur yg matang.kalo kawan dgn wanita muda byk tindakan yg tak kena. bimbo la azlee ni. let saymakwe skrg ni muda pastu azlee ada buat salah, apsal nk salahkan org lain.azlee dah umur 25 tahun. patut dah bole pikir sdri mana baik mana buruk. tapiyg pelik masa gaduh dgn pokcik teksi xde pulak mokcik lela nk nasihat ygkatanya mokcik lela ada skali. ke masa tu dgn pompuan lain. hmmm 5- azlee ckp mokcik lela menaikkan heols. bantu dari segisusun jadual lakonan. ohhh ni ke yg dikata PA cemerlang. ohhh ni ke kayupengukur kecemerlangan mokcik lela sebagai PA. sadis sgt la kalo camni.ingatkan mokcik lela panjat sana sini cari job utk azlee. buat bengkel solek2pun gagal. hmmm 6- dlm artikel ni azlee mengaku pulak yg dia memuat naikgambo dgn mokcik lela dan peminat bising. aikkkk aritu dlm utusan tajuk AZLEEHANGAT BERCINTA DENGAN PENGURUS SENDIRI, kemain ckp tak tau camner gambotersebar, skrg lain pulak. ohhhh jadi betul la azlee guna ig iffah tu uploadgambo selfie dagu dgn mokcik lela plus buruklan zarina dgn reply you dont knowwho is she .... ko ni sadis la azlee. mulut hazab. phuiii sekian dari iols
Last edited by coklat_cadbury on 26-6-2014 10:22 PM
|