Kicap doakan mek tahun depan dikurniakan rezeki di jemput Allah untuk tunaikan haji. Jangan lupa doakan kicap juga. Mmg nak pergi sangat ni, harap di mudah kan.
Author|Post time 21-7-2019 09:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Guys....Mek suka sgt bila tgok ramai sgt org kat Twitter share doa rezeki hajah!!!!!! Retweet and video pun bykk...
Alhamdulillah.....semoga hajjah dapat pahala dari ilmu yg dia share... Rasanya, ramai yg dah tahu pasal Naura Shares ni disbbkan hajjah...Dahlah tiket hari tu pun sold out dlm masa 2 jam disbbkan hajjah...and ramai yg tahu pasal Naura Share bila tgok igs hajjah ....
Ya Allah besarnya pahala hajjah...Mek rasa,pahala dia berjuta2 ganda lagi byk dari kita walaupun secara luaran kita nampak dia seolah2 byk 'dosa' berbanding kita..
Author|Post time 21-7-2019 11:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Inilah rahsia REZEKI TAK TERJANGKAU AKAL FIKIRAN HAJJAH ...
SAMPAI DPT TEMBUS LEVEL INTERNATIONAL...
Dia sering berdoa kpd Illahi tuhan Maha Pemberi Rezeki...
So jgn nak tuduh dia mcm2 ya.. Illuminati la apa la...Dia bukan mcm korg haters ni semua, duk sibuk goyg tel** kat umah main forum pastu nak jeles dgn rezeki Neelofa... stupido
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
PELAKON dan pengacara terkenal, Neelofa mengakui berasa sedih dan menangis setiap kali berdoa mengenai soal jodoh.
Neelofa, 30, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia mahukan bakal suaminya itu nanti bukan saja mampu menggembirakan dan membahagiakan dirinya, tapi juga semua orang di sekelilingnya.
“Saya banyak berdoa mengenai jodoh. Ada satu hari, saya duduk berdoa dan tulis doa. Saya suka tulis doa. Saya cakap, nak bersama seseorang yang bukan saja boleh gembira dan bahagiakan saya, tapi juga orang sekeliling.
“Ia termasuk yang mengenali, menyokong, media, peminat, pasukan dan semua. Jadi, ini yang akan membuatkan saya gembira dan bahagia,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Neelofa, doa itu memberikan makna tersendiri buat dirinya kerana bakal suaminya itu nanti turut menjadi perhatian semua orang.
“Kenapa doa ini, sebab saya banyak mata memandang. Contohnya, orang meletakkan saya sebagai orang dicontohi dan ikon.
“Sehinggakan siapa pasangan hidup saya pun akan memberi impak sangat besar pada orang ramai,” katanya.
Ditanya kenapa dia sedih setiap kali memohon doa mengenai jodoh, Neelofa tidak ada jawapan.
“Saya pun tak tahu kenapa boleh sedih dan menangis,” katanya ringkas.
Terdahulu, Neelofa yang terbabit dalam rakaman program Naura Shares semalam, tidak dapat menahan sebak hingga menangis ketika ditanya mengenai doa yang boleh membuatkannya menangis.
Neelofa cuba menjawab, namun gagal menahan emosi.
Tidak lama kemudian, Neelofa pun berkongsi mengenai perasaan yang dilalui.
“Memang saya akan sedih dan menangis setiap kali berdoa mengenai jodoh. Tidak kira masa dan di mana saja,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register