|
[V78] ALL ABOUT FATTAH AMIN ~ CONGRATULATIONs : PELAKON FILEM POPULAR ABPBH32
[Copy link]
|
|
qwerty02 replied at 23-9-2019 09:22 AM
Ramai nau concern Fattah kahwin dgn Fazura. Hampir 2 tahun diorg kahwin pun masih ada yg persoalkan. ...
Agreed.... well said....those haters and pemenat melampau tu jealous... sbb we cannot deny that they are beautiful and handsome couple ....inside out... so ignore je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats All.
Next target pelakon terbaik pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2019 07:07 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Fattah terharu masih jadi pilihan
SELASA, 24 SEPTEMBER 2019 @ 12:00 PM
FATTAH menyifatkan trofi Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 32 sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik. Foto Nurul Shafina Jemenon
KUALA LUMPUR: “Secara peribadi, kemenangan ini saya anggap sebagai kejutan memandangkan finalis lain yang bersaing cukup hebat.
“Saya bersyukur kerana peminat masih ikhlas menyokong. Tidak kira apa juga keadaan, mereka sentiasa menjadi pendorong untuk saya terus kuat menghadapi cabaran dan bertahan,” kata Fattah Amin.
Dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Ahad lalu, Fattah turut memohon maaf kerana tidak dapat memeriahkan acara berikutan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.
“Saya tidak sihat dan kurang bermaya susulan jadual kerja yang dapat. Saya bagaimanapun, menghargai sokongan semua pihak kerana berada dalam senarai ABPBH 32 adalah penghormatan terhadap usaha keras selama ini.
“Pastinya, anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan persembahan terbaik. Setiap pengiktirafan datang bersama kepercayaan dan tanggungjawab yang harus dilunaskan dengan penuh amanah,” katanya.
Menerusi kategori itu, Fattah mengetepikan saingan hebat daripada Remy Ishak, Syafiq Kyle, Zizan Razak, selain Zul Ariffin yang pernah dua kali menjulang trofi itu.
Dalam perkembangan lain, suami kepada pelakon, Nur Fazura Sharifuddin itu sibuk dengan penggambaran filem Miimaland arahan Nevin Hiong, bergandingan dengan pelakon baharu, Sophia Albarakbah.
Hak Cipta Terpelihara 2019 - BH Online
New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CikJah87 at 24-9-2019 12:46 PM
Kenapa Fattah Amin Tak Hadir ABPBH 32? Ini Jawapan Empunya Badan, Rupa-Rupanya
Aktor Fattah Amin telah meraih trofi Anugerah Pelakon Filem Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) yang berlangsung malam tadi.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Fattah mengakui terkejut selepas mengetahui berita kemenangannya.
Walaubagaimanapun, Fattah menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang telah diberikan di samping tidak lupa dengan jasa peminat yang tidak pernah kenal erti penat mengundi.
"Assalamualaikum buat semua. Dalam kesibukan serta fokus dalam tugas lakonan saya dikejutkan dengan rezeki kemenangan Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular di ABPBH 2019 semalam.
"Alhamdulillah... Saya amat bersyukur di atas kurniaan rezeki Allah swt ini. Ucapan terima kasih saya juga buat semua peminat yang mengundi saya," tulisnya.
Tambah suami kepada pelakon Fazura ini, dia mendedahkan faktor kesihatan yang menyebabkan dirinya tidak dapat hadir di malam berprestij itu.
"Buat pengetahuan semua, saya masih lagi sibuk dengan penggambaran filem terbaru saya “Miimaland” disertai dengan pelbagai tugas-tugas lain.
"Jadual padat saya telah membuatkan saya kurang sihat dan tidak bermaya justeru tidak dapat hadir ke Majlis ABPBH semalam.
"Namun anugerah ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus bekerja keras dalam memberikan persembahan yang terbaik untuk filem yang ditugaskan sekarang dan masa-masa akan datang.
"Terima kasih buat semua warga @beritaharian, @tv3malaysia dan terutamanya semua peminat yang ikhlas menyokong saya dan kerjaya saya walau apa pun keadaan. Saya mendoakan semoga Allah swt merahmati anda semua," tulisnya lagi.
Pelakon dan pengacara Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 32.
BACA: Senarai Penuh Pemenang ABPBH 32: Mira Filzah Bintang Paling Popular!
Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein.
ABPBH 32 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Ismail Izzani, Sufian Suhaimi, Idayu, Liza Hanim, Ernie Zakrie dan ramai lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 24-9-2019 09:44 AM
Abam dh tan sket dh
Lama2 tgk, OK gak FA xde jambang with misai nipis.. Ehe! |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai Fattah pakai filter utk gambar ni... cantik
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-9-2019 09:39 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
CikJah87 replied at 24-9-2019 12:44 PM
Kenapa Fattah Amin Tak Hadir ABPBH 32? Ini Jawapan Empunya Badan, Rupa-Rupanya
B ...
Masih ramai yg sayang dan sokong FA seikhlasnya...kalau nak ikutkan, dia mana ada suruh fans vote pun......tapi tetap fans vote. Siap masuk top 5 lagi. Tahun lepas top 3. Alhamdulillah...rezeki ni ada dlm byk bentuk...ada peminat yg setia pun rezeki juga |
|
|
|
|
|
|
|
qwerty02 replied at 25-9-2019 09:22 AM
Pandai Fattah pakai filter utk gambar ni... cantik
To me this heroine lagi cantik and attractive dari hannadelicious tapi somehow I tak pernah sedar kewujudan dia sebelum ni |
|
|
|
|
|
|
|
Fattah belanja team Miimaland makan sempena kemenangannya dlm ABPBH yg lalu. Semoga murah rezeki, Fattah
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa yg berkelapangan boleh jumpa Fattah Sabtu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
MentariSenja replied at 25-9-2019 03:24 PM
Masih ramai yg sayang dan sokong FA seikhlasnya...kalau nak ikutkan, dia mana ada suruh fans vote ...
Betol..kalau ada 10 orang pun cukup dah.. Ioll rasa memang dia tak jangka dia menang pun.. Sebabtu dia kata dia terkejut..Ramai still support karier dia.. Maybe sebab attitude dia dan cara dia layan dan hormat fans.. Nak kata dia hadap fame memang tak laa.. Menyendukan diri adalah.. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
MentariSenja replied at 25-9-2019 03:26 PM
To me this heroine lagi cantik and attractive dari hannadelicious tapi somehow I tak pernah sedar ...
Samalah..pada mami muka dia lembut sket dr HD.. Mami pun x tau dia pernah berlakon.. Ke belum keluar lagi movies/dramas dia? |
|
|
|
|
|
|
|
qwerty02 replied at 25-9-2019 06:45 PM
Sesiapa yg berkelapangan boleh jumpa Fattah Sabtu ni
Lama betol kontrak dia dengan kingkoil yer.. 2017 lagi rasanya.. Masa tengah heboh nak kawin.. Teringat pulak dia sengih2 bila kena tanya pasal gosip kawin masa iv.. Punyalah nak simpan rahsia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga makin murah rezeki FA.. So far, FA mmg rajin belanja kat set kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
CikJah87 replied at 25-9-2019 08:41 PM
Lama betol kontrak dia dengan kingkoil yer.. 2017 lagi rasanya.. Masa tengah heboh nak kawin.. Ter ...
Tak silap 3 tahun. Alhamdulillah, rezeki kan |
|
|
|
|
|
|
|
qwerty02 replied at 25-9-2019 08:46 PM
Tak silap 3 tahun. Alhamdulillah, rezeki kan
Alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sophia ni pernah appear dalam MV Siti Bilang Cuti
muka dia dalam tu mcm Hanna Delish + Siti Saleha + Yasmin Hani
|
|
|
|
|
|
|
| |
|