|
15,000 packets of contraband cigarettes seized from tour bus
By Gamar Abdul Aziz, Channel NewsAsia | Posted: 17 November 2007 0342 hrs
SINGAPORE : A total of 15,000 packets of duty-unpaid cigarettes have been seized from a Malaysian tour bus.
Four Singaporeans and one Malaysian, aged between 43 and 55, have also been arrested.
The contraband items are worth about S$135,000 while the duty and GST involved are estimated to be over S$115,000.
The bus was the target of a joint operation on Thursday by Singapore Customs and Immigration & Checkpoints Authority (ICA).
Officers suspected that the tour bus had been conveying contraband cigarettes after dropping off passengers along Beach Road area.
The bus was subsequently trailed to a heavy vehicle car park in Tampines. That was where officers raided the bus and caught three men who were in the midst of prising open the metal floorboards which had specially-constructed compartments under them. - CNA /ls |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysian delegation visits HDB flats along Sungei Api Api
By Lynda Hong, Channel NewsAsia | Posted: 17 November 2007 1939 hrs
SINGAPORE: Minister in the Prime Minister's Department Effendi Norwawi and Malaysia's Johor Chief Minister Abdul Ghani Othman Saturday led a Malaysian delegation to visit HDB flats along Sungei Api Api in Pasir Ris.
The aim of the delegation, invited by Minister for National Development Mah Bow Tan, is to better understand the cleaning and beautifying of Singapore's waterways.
The Malaysian delegation was also briefed on Singapore's plans to provide new waterfront public housing during the visit.
Besides Sungei Api Api, they also toured the Marina Barrage, Singapore River and the NEWater Centre.
The visit is part of the joint collaboration between Malaysia and Singapore in river cleaning, one of the key initiatives identified during the Joint Ministerial Committee for the Iskandar Development Region.
The meeting held in July this year was attended by both Mr Effendi and Mr Mah. - CNA/ac |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysian delegation visits HDB flats along Sungei Api Api
By Lynda Hong, Channel NewsAsia | Posted: 17 November 2007 1939 hrs
SINGAPORE: Minister in the Prime Minister's Department Effendi Norwawi and Malaysia's Johor Chief Minister Abdul Ghani Othman Saturday led a Malaysian delegation to visit HDB flats along Sungei Api Api in Pasir Ris.
The aim of the delegation, invited by Minister for National Development Mah Bow Tan, is to better understand the cleaning and beautifying of Singapore's waterways.
The Malaysian delegation was also briefed on Singapore's plans to provide new waterfront public housing during the visit.
Besides Sungei Api Api, they also toured the Marina Barrage, Singapore River and the NEWater Centre.
The visit is part of the joint collaboration between Malaysia and Singapore in river cleaning, one of the key initiatives identified during the Joint Ministerial Committee for the Iskandar Development Region.
The meeting held in July this year was attended by both Mr Effendi and Mr Mah. - CNA/ac |
|
|
|
|
|
|
|
Kindness is key to social harmony: Dr Vivian Balakrishnan
By Hasnita A Majid, Channel NewsAsia | Posted: 17 November 2007 1635 hrs
SINGAPORE: Launching the fifth World Kindness MovementConference, Minister for Community Development Youth and Sports DrVivian Balakrishnan said in a multicultural society like Singapore,kindness is key to its social harmony.
Kindness is a thread that runs through the social fabric and binds the community, he added.
He said the Singapore Kindness Movement has contributed much ofthese ground up efforts to promote kindness in its ten-year history byorganising projects such as the annual Kindness Week.
He noted that kindness is also important in promoting goodwill and understanding among all nations. - CNA/ac
[ Last edited by fatz at 18-11-2007 04:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Punggol waterfront promenade to be ready by 2010
By Hasnita Majid, Channel NewsAsia | Posted: 18 November 2007 1823 hrs
Artist impression of Punggol 21+ promenade
SINGAPORE: Exciting plans such as a 4.9km waterfront promenade from Punggol Point to Sungei Serangoon are in store for Punggol residents.
With the new waterfront promenade, residents can expect sea sport activities and dining facilities.
Punggol Point will also be transformed with a 0.6-ha park that includes facilities for cycling and jogging.
Visitors can also enjoy the scenery from a vantage lookout point at the tiered boardwalk.
Punggol Point is already a popular spot for recreational activities like fishing and camping.
With more facilities coming up, such as a food and beverage establishment as well as a horse-riding centre, more people are expected to flock there to enjoy its rustic charms.
The promenade will connect two proposed recreational clusters at Punggol Point and along Sungei Serangoon.
There will also be park connectors along Sungei Serangoon and Sungei Punggol.
Together, they will complete the entire waterfront promenade loop around Punggol |
|
|
|
|
|
|
|
Heavy rain causes floods, uprooted trees in Singapore
By Margaret Perry, Channel NewsAsia | Posted: 18 November 2007 2307 hrs
SINGAPORE : A heavy downpour on Sunday resulted in floods and uprooted trees in some areas of Singapore.
The bad weather caused a fallen tree along Joan Road in the Thomson Road area. Another tree fell along Hougang Avenue 8.
At Punggol Field Block 175, residents reported a car park flooded with water about five centimetres deep. - CNA/de |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 19 November 2007
ISTERI HADIRI DOA SELAMAT, TIBA-TIBA TERIMA BERITA...
Suami terkorban dalam nahas jalan raya ketika memandu bas privet
Oleh
Farid Hamzah
MAJLIS doa selamat ditukar menjadi doa arwah.
Begitulah yang dialami oleh Cik Rubiah Sakimin, 45 tahun, di satu majlis doa selamat yang dihadirinya apabila mendapat berita bahawa suaminya telah terkorban menyusuli satu kemalangan jalan raya.
Allahyarham Rais Hassan, 49 tahun, dilaporkan sedang memandu sebuah bas penumpang privet di laluan kiri Marsiling Road menuju ke arah Woodlands Centre Road.
Allahyarham dipercayai gagal mengawal kenderaan itu sebelum tersasar ke laluan paling kanan jalan raya.
Bas itu kemudian merempuh pembahagi jalan.
Kejadian itu berlaku sekitar 3 petang kelmarin dan bapa tiga anak itu kemudian disahkan meninggal dunia sekitar 3.25 petang itu.
Meskipun begitu, bas tersebut hanya mempunyai kesan perlanggaran yang sedikit di bahagian lampu hadapan sebelah kanan.
Semasa ditemui di flat lima biliknya di Teck Whye Lane, isterinya, Cik Rubiah, berkata beliau sedang menghadiri satu majlis doa selamat di rumah salah seorang saudaranya apabila mendapat panggilan tentang kejadian tersebut.
'Saya menggigil dan terpaku seketika, lalu beritahu para tetamu di majlis itu tentang berita yang saya terima.
'Mereka kemudian bersama-sama sedekahkan doa untuk arwah suami saya,'' kata suri rumah itu lagi.
Menurutnya lagi, beliau sekeluarga juga telah membuat rancangan untuk ke flat adik Allahyarham di Bukit Panjang untuk berkumpul bersama-sama saudara-mara mereka petang itu.
'Arwahnya telefon saya sekitar 1 petang untuk beritahu beliau akan ke sana, tapi nampaknya tak kesampaian,' katanya lagi dengan linangan air mata.
Beliau menambah, suaminya mungkin telah diserang semput semasa kejadian itu berlaku.
'Allahyarham baru sahaja kembali memandu bas selepas lama berihat kerana dimasukkan ke hospital akibat penyakit semput,' katanya lagi.
Anak sulung Allahyarham, Azizah, 18 tahun adalah seorang penuntut tahun pertama di Politeknik Ngee Ann (NP) sementara dua anaknya yang lain, Kamaliah, 15 tahun, dan Faiz Firdaus, 14 tahun, masih menuntut di sekolah menengah.
Polis merayu sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu agar menghubungi talian Polis Trafik (TP) di 1800-547-1818. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 19 November 2007
MELAYU DIGESA DAPATKAN BANTUAN PEMBANGUNAN DIRI SELAIN KEWANGAN
Oleh
Farid Hamzah
MASYARAKAT Melayu/Islam digesa supaya terus mendapatkan bantuan pembangunan yang ditawarkan pemerintah dan badan-badan Melayu/Islam.
Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata berdasarkan pengalamannya di sesi bertemu penduduk, masyarakat Melayu/Islam yang susah masih memerlukan bantuan berbentuk kewangan sebagai cara untuk keluar daripada masalah yang dihadapi mereka.
'Mereka perlu juga mendapatkan bantuan lain, termasuk bantuan pembangunan untuk anak-anak mereka dari segi pendidikan dan anggota lain keluarga mereka,agar mereka menjadi keluarga yang ingin terus membaiki diri.
'Bantuan kewangan sahaja tidak mencukupi. Kita perlu juga mendapatkan bantuan berbentuk pembangunan diri.
'Pucuk pangkalnya, cara untuk keluar daripada lingkaran susah ialah menerusi pendidikan,' kata beliau.
Dr Muhammad Faishal berkata demikian kepada Berita Harian semasa ditemui di akhir acara tahun akhir kanak-kanak prasekolah Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).
Di majlis itu, beliau menyampaikan sijil kepada 117 kanak-kanak tadika dua yang menamatkan pendidikan mereka di lima pusat pendidikan PPIS.
Para tetamu di majlis itu turut dihiburkan dengan persembahan menarik dan mencuit hati kanak-kanak tersebut.
Dalam ucapannya, Dr Muhammad Faishal turut menggesa masyarakat Melayu/Islam supaya meneruskan amalan gotong-royong dalam memastikan anak-anak mereka terus mendapat asas kukuh dalam pendidikan.
'Meskipun ia satu jalan yang panjang, pendidikan sebagai tambahan kepada usaha lain, telah terbukti adalah kunci utama dalam menangani masalah keluarga bermasalah,' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 20 November 2007
BEKAS PILOT DIDENDA $4,000 BUAT TEMPAHAN PALSU MAKANAN SEGERA
BEKAS juruterbang Singapore Airlines (SIA) didenda $4,000 kerana membuat tempahan palsu dengan restoran makanan segera untuk dikirimkan ke rumah rakan sekerjanya.
Looi Kang San, 53 tahun, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan itu, dengan dua lagi diambil dalam pertimbangan.
Dia membuat tempahan itu dengan Pizza Hut dan McDonald's pada 11 November tahun lalu untuk dikirimkan ke rumah Encik Steven Cameron Gillis, 57 tahun.
Hakim Daerah Eddy Tham diberitahu, sehari sebelum kejadian itu Encik Gillis membuat laporan polis kerana menerima panggilan gangguan menerusi telefon bimbitnya.
Encik Gillis memang mengesyaki Looi dalangnya kerana Encik Gillis telah memberi kenyataan terhadap Looi dalam satu aduan salah laku Looi kepada SIA.
Pada 11 November tahun lalu, Encik Gillis yang bersama isteri di kondominiumnya di Bayshore Road menerima panggilan daripada pengawal keselamatan tentang kiriman dari Pizza Hut sedangkan mereka tidak membuat tempahan.
Lima minit kemudian mereka menerima panggilan tentang kiriman dari McDonald's pula.
Dalam rayuannya, peguam bela, Encik Irving Choh, berkata Looi sakit hati dengan Encik Gillis selepas mereka bertengkar tentang pakaian Looi ketika mengendalikan pesawat bersama.
Menurutnya, Looi bertindak terburu-buru kerana tertekan dek masalah keluarga dan kewangan manakala seorang anak lelakinya menghidap keadaan autistik. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 20 November 2007
DIJEL SEBAB JADIKAN TEKSI KENDERAAN MEROMPAK
Oleh
Khalid Khamis
TERDESAK, seorang pemandu teksi yang berhutang dengan tailong $5,000 bersetuju untuk menjadikan teksinya kenderaan untuk melarikan tiga perompak warga Indonesia.
Akibat perbuatan melulu itu, Rosaidil Dollah, 41 tahun, dihukum penjara tiga tahun dan dikenakan 12 sebatan.
Di Mahkamah Rendah semalam, bapa dua anak itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Daerah, Encik Sarjit Singh, menjadi pemandu kepada perompak-perompak itu - Ahmad Yani, 41 tahun; Lutpi Amir, 39 tahun; dan Mohammad Rizky, 37 tahun.
Pada 5 Julai lalu, Rosaidil mengambil pencuri-pencuri itu dari Jalan Besar dan membawa mereka ke estet perumahan di Bukit Timah untuk meninjau rumah-rumah yang boleh dipecah masuk.
Keesokan harinya, Rosaidil membawa mereka ke Pasir Ris ke sebuah rumah sebandung di Riverina View pula dan merompak rumah seorang pengusaha, Encik Darren Ng Chih-Ming, 39 tahun.
Mereka melarikan barangan bernilai $84,418.
Dengan memakai sarung tangan dan topeng, mereka menceroboh masuk rumah itu dengan memanjat pagar belakang.
Bersenjatakan pisau, mereka mengugut dan mengumpul semua penghuni rumah tersebut dan mengikat mereka.
Rosaidil diberi upah $200 dan ditugaskan menjual semua barang kemas curi yang diisi dalam beg.
Hasil jualan barang kemas itu diberikan kepada Ahmad dengan keuntungannya dikongsi bersama tertuduh.
Ketiga-tiga perompak itu telah pun dihukum penjara empat setengah tahun dan dirotan 12 kali setiap seorang.
Seorang lagi lelaki yang juga menjadi pemandu kepada ketiga-tiga pencuri itu, Mohamad Hailmy Mohd Saad, 34 tahun, sebelum ini turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan 12 kali sebatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 20 November 2007
GINZA PLAZA UBAH WAJAH, NAMA
PUSAT membeli-belah Ginza Plaza bukan sahaja akan berubah wajah bahkan nama.
Far East Organization akan membelanjakan $26 juta bagi mengubah hampir keseluruhan wajah pusat membeli-belah itu yang akan dipanggil West Coast Plaza.
Menurut Presiden Runding Cara Far East, Cik Vivienne Tan, Ginza Plaza yang berusia 16 tahun itu pada awalnya didirikan bagi memenuhi permintaan ramai ekspatriat Jepun yang tinggal di kawasan itu.
'Kini, kita lihat ramai ekspatriat warga asing lain yang tinggal di sini. Penduduk rumah privet juga bertambah,' katanya.
Beliau menambah pusat itu akan mempunyai 188 kedai yang memenuhi cita rasa penduduk setempat, golongan ekspatriat dan pelajar yang menuntut di universiti dan politeknik berdekatan.
Kadar sewa dijangka dari $8 hingga $25 bagi setiap kaki persegi, berbanding $5 hingga$6 di Ginza Plaza. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 21 November 2007
DIJEL DAN ROTAN KERANA ROMPAK KLINIK
SEORANG lelaki dihukum penjara lapan tahun dan 24 sebatan rotan kerana dua kesalahan merompak.
Izam Abdollah, 34 tahun, mengaku salah melarikan barang-barang bernilai $1,600 dan memukul Dr Tan Boon Huat, 57 tahun, dalam rompakan di kliniknya di Bukit Timah Road 17 Disember lalu.
Dia juga mengaku mencuri $10 milik rakannya, Encik Ruhul Amir Ali, 33 tahun, di sebuah flat di Ho Ching Road, 1 September lalu.
Mahkamah diberitahu bahawa Izam bersama pasangan suami isteri, Muhammad Hairi Rahmat, 25 tahun, dan Hafizah Abdul Latiff, 26 tahun, membawa satu tin penyembur cat, pita, tali kabel dan stokin untuk merompak klinik Dr Tan.
Ketika pasangan tersebut kononnya berjumpa Dr Tan, Izam melompat ke kaunter ubat dan mengambil beberapa biji pil.
Apabila Dr Tan bersemuka, Izam dan Hairi membelasahnya hingga beliau rebah.
Hafizah pula menyembur cat hitam pada kamera litar tertutup di klinik itu sebelum mengikat mangsa.
Izam kemudian mengambil wang tunai $200, tiga kad bank dan telefon bimbit daripada Dr tan manakala Hairi mencuri jam tangannya yang bernilai $1,300.
Seorang pembantu jualan kedai 7-Eleven yang mendengar jeritan Dr Tan menelefon polis.
Pasangan berkenaan telah pun dikenakan hukuman sebelum ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Luar Negara : 21 November 2007
REMAJA MALAYSIA KETAGIH 'GAS KETAWA' PULA
KUALA LUMPUR: Segelintir remaja di Malaysia dikesan menggunakan ubat penyembur otot, yang biasanya digunakan atlit ketika mengalami kekejangan, untuk berkhayal dan melepaskan gian.
Ubat penyembur otot atau digelar 'gas ketawa' di kalangan remaja itu membuatkan penghidunya ketawa tanpa henti beberapa minit sebelum fikiran menjadi kosong dan khayal.
Malah, dalam beberapa kejadian, ada remaja yang khayal selepas menghidu bahan terbabit berubah perangai dan menangis teresak-esak apabila terlebih dos.
Difahamkan, ubat penyembur otot mudah didapati di kedai ubat dan farmasi dengan harga hanya RM17 ($7.30) untuk sebotol kandungan 100 mililiter.
Ubat penyembur otot yang dikenali sebagai 'Ethylchlorid Spray' itu kebanyakannya dihidu pelajar institusi pengajian tinggi, kononnya untuk menghilangkan tekanan ketika belajar.
Golongan berkenaan menyembur terlebih dulu cecair dalam botol pada sehelai kain atau tuala kecil sebelum menghidu bau yang dikatakan boleh mengkhayalkan.
Menurut seorang remaja yang juga penagih ubat kejang otot, dia serta beberapa rakan kolejnya sering menghidu ubat terbabit jika menghadapi tekanan, lebih-lebih lagi ketika menjelang peperiksaan.
'Ubat ini mudah didapati. Kami hanya membelinya di pasar raya atau farmasi dan tiada siapa mengesyaki ia boleh menyebabkan ketagihan dan membuatkan kami khayal.
'Selalunya, kami akan menghidu ubat berkenaan bersama rakan yang juga 'kaki lentok',' katanya. -- Harian Metro. |
|
|
|
|
|
|
|
Case of NSman who stole rifle to be heard on Nov 27
By Wong Mun Wai, Channel NewsAsia | Posted: 21 November 2007 1706 hrs
|
|
|
|
|
|
|
|
Shop operator jailed 6 months for selling counterfeit software
By Wong Mun Wai, Channel NewsAsia | Posted: 21 November 2007 1942 hrs
SINGAPORE : Shop operator Goh Hai Pah has been sentenced to six months' jail after pleading guilty to 10 charges related to counterfeit software.
The charges include selling pirated software worth about S$545,000.
In sentencing, Subordinate Courts District Judge May Mesenas also took into consideration 22 other charges.
Goh's shop at Block 726, Ang Mo Kio Avenue 6, was raided in early 2004. The total number of infringing Microsoft software seized was 816 copies.
Microsoft has said counterfeit software creates an unfair price advantage for distributors who sell their counterfeit products at artificially low prices.
Consumers can visit this website, www.microsoft.com/resources/howtotell, to find out how they can recognise genuine Microsoft software. - CNA/ms |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 22 November 2007
HAMPIR 4,000 KAMBING KORBAN DITEMPAH SETAKAT INI
JAWATANKUASA Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) telah mengesahkan jumlah pesanan kambing bagi ibadah korban tahun ini dengan menerima tempahan 3,739 ekor kambing sehingga semalam.
Jumlah itu merupakan 97 peratus pengesahan setakat ini daripada jumlah penuh tempahan oleh 45 buah masjid dan tiga institusi yang lain.
Sejauh ini secara keseluruhan JKMS menerima tempahan sejumlah 5,151 ekor kambing tahun ini.
Dalam kenyataannya semalam, JKMS juga menyatakan orang ramai boleh masih membuat tempahan sehingga hujung bulan ini.
Namun orang ramai diingatkan supaya membuat pendaftaran segera dan tidak menunggu pada saat-saat akhir.
Tahun ini sebuah syarikat swasta, Mini Environment Services Pte Ltd (MES), diberi kepercayaan mengurus dan mentadbir sepenuhnya urusan ibadah korban.
Harga kambing meningkat sekitar 8 peratus berbanding $270 tahun lalu kerana kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan mata wang Australia. |
|
|
|
|
|
|
|
Top PSLE student attains highest score in 17 years
By Hasnita A Majid, Channel NewsAsia | Posted: 22 November 2007 1620 hrs
Natasha Nabila Muhammad Nasir
SINGAPORE: St Hilda's Primary School has produced the top PSLE student this year.
Natasha Nabila Muhammad Nasir is also this year's top Malay student.
With an aggregate score of 294, the Education Ministry said she has set a record as having achieved the highest marks in the 17 years since the current PSLE system was implemented in 1991.
Natasha, daughter of a housewife and a technician, said her results are unexpected.
This is because she was studying in a hospital during the exam period as her grandfather was admitted to the Intensive Care Unit (ICU), just a day before her first paper.
Subsequent days were spent at the hospital after school hours. Her grandfather, who never recovered, passed away in the ICU recently.
The Gifted Education Programme student cited consistent work and love for reading as secrets of her success.
She said: "The secret of my success is reading. I have been reading since I was two years old and I think that has helped me a lot. Through reading, I gained a lot of knowledge."
Natasha also has good time management and a supportive home environment.
Her mother, Zaharah Othman, said: "When it's time to study, the TV will be switched off. The same goes for reading. We have reading time and usually before bedtime, she's free to read whatever she wants to read. I have been doing this for both my children."
This is the second time that St Hilda's Primary School has produced a top PSLE student. The first time was in 2000 when it produced the country's top student for that cohort, as well as the top Malay student for that year.
Students from neighbourhood schools also scored well.
One of the top Chinese students is Angela Leong from West Grove Primary School who scored 287, while the top Indian student with an aggregate of 285 is Vanessa Malishree Dharmaratnam from Raffles Girls' Primary.
"I'm very happy, quite surprised because I didn't expect to be the top Indian pupil in Singapore. I actually just hope to get into RGS, just above the cut-off point, so I'm very, very excited and I'm quite proud of myself," said Vanessa.
Santa Maria Priscilla Nicole from CHIJ Katong Primary clinched the top spot among Eurasian students.
And among the EM3 students, Ang Bing Jie from Mee Toh School and Rebecca Fan from Radin Mas Primary School are among those who scored Grade 1 for all EM3 subjects.
A total of 49,817 pupils sat for the PSLE this year |
|
|
|
|
|
|
|
dari Berita Harian....Singapura : 23 November 2007
KEPUTUSAN PSLE
MURID MELAYU MUNCUL TERBAIK
Pelajar Sekolah Rendah St Hilda's catat rekod baru dengan agregat 294
Oleh
Soraya Salim
SEORANG pelajar Melayu/Islam, Natasha Nabila Muhamad Nasir, muncul sebagai pelajar terbaik dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.
Dengan agregat 294 yang diraihnya, pelajar Sekolah Rendah St Hilda's itu mencatatkan rekod baru bagi peperiksaan tersebut.
Agregat tertinggi sebelum ini adalah 292, yang dicatatkan dalam 1993 oleh pelajar Sekolah Rendah Nanyang, Justin Lau Yang Zheng.
Natasha, 12 tahun, memperolehi empat A* dan Kepujian bagi Bahasa Melayu Lanjutan.
Kali terakhir pelajar Melayu/Islam muncul sebagai pelajar terbaik PSLE adalah dua tahun lalu (2005), apabila Adil Hakeem Mohamad Rafee dari Sekolah Rosyth meraih agregat 282.
Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) malah menyifatkan keputusan Natasha sebagai amat cemerlang kerana dia mendahului dua pelajar yang kedua tertinggi dengan sebanyak enam mata.
Para pelajar itu, Zou Yuhan dari Sekolah Rendah Geylang Methodist dan Rebecca Teng dari Sekolah Tao Nan, kedua-duanya memperolehi agregat 288.
Ketika ditemui di sekolahnya semalam, Natasha menceritakan bagaimana dia dikejutkan dari tidur pagi semalam oleh berita gembira itu.
'Saya terdengar ibu berbual di telefon bersama guru saya.
'Ibu terpekik kerana tidak dapat menahan kegembiraannya,' katanya, yang bercita-cita menjadi pakar pediatrik.
Ibunya, Cik Zaharah Othman, 44 tahun, adalah seorang suri rumah, sementara bapanya, Encik Muhamad Nasir Atan, 47 tahun, seorang teknisyen.
Murid Program Pelajar Bijak (GEP) itu turut mengongsi bagaimana dia menghabiskan masa sekitar lima jam setiap hari mengulang kaji pelajarannya.
Malah, Natasha sehinggakan belajar di hospital apabila datuknya jatuh sakit menjelang PSLE.
Menurut Cik Zaharah, anaknya itu memang telah menunjukkan kelakonan yang konsisten sejak di darjah satu.
'Setiap tahun, dia muncul sebagai pelajar terbaik dalam darjah,' katanya.
Empat lagi murid Melayu/Islam terbaik adalah Nur Aisyah Azman (Sekolah Rendah Jurong) dengan agregat 277; Herman Lin Yao Ahmad (Sekolah Tao Nan), 276; Adam Mohamad Rafey (Sekolah Rendah St Hilda's), 274; dan Mimi Amira Zainal Abidin (Sekolah Haig Girls'), 271.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, sejumlah 49, 817 murid darjah enam menduduki PSLE tahun ini.
Ini merupakan kemerosotan 1.6 peratus berbanding kohort 2006.
Daripada jumlah itu, seramai 48,665 atau 97.7 peratus pelajar dinilai sesuai untuk meneruskan pendidikan ke sekolah menengah.
Sementara 63.5 peratus layak ke aliran Ekspres, 22.2 peratus pula layak ke aliran Normal (Akademik) dan lagi 12 peratus ke Normal (Teknikal).
MOE menambah, terdapat 1,152 murid yang dinilai belum bersedia untuk ke sekolah menengah tahun depan.
Daripada angka tersebut, 1,122 akan diberi masa tambahan setahun di darjah enam untuk mengukuhkan kemahiran asas bahasa dan Matematik mereka.
Pelajar selebihnya seramai 30 orang, yang lebih umur atau telah menduduki PSLE sebanyak tiga kali, akan memasuki kursus latihan vokasional asas. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 23 November 2007
PEMANDU BAS DITUDUH SEBABKAN KEMATIAN
SEORANG pemandu bas warga Malaysia semalam menghadapi tuduhan menyebabkan kematian seorang warga China.
Lai Fook Siang, 41 tahun, yang tiba di Mahkamah Rendah semalam menggunakan topang ketiak kerana dia mempunyai hanya sebelah kaki, tidak membuat sebarang pengakuan.
Mahkamah diberitahu kemalangan pada 11 September lalu itu berlaku semasa Lai memandu bas tersebut menghala ke Johor Bahru.
Dia didakwa gagal memberi laluan kepada Cik Wang Rui Yun, 44 tahun, yang sedang menyeberang jalan di simpang Rochor Road dan Queen Street
Dia dikatakan sedang membelok ke kanan ke Rochor Road apabila basnya melanggar Cik Wang.
Lai berkata dia mahu mendapatkan khidmat peguam. Dia dibenarkan ikat jamin $5,000.
Satu sidang sebelum perbicaraan akan diadakan pada 12 Disember.
Jika didapati bersalah Lai boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|