CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: BEST PLACE FOR LEPAKING

 Close [Copy link]
Post time 31-10-2023 09:42 AM | Show all posts
page 58
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2023 04:24 PM | Show all posts
Tashu replied at 29-10-2023 06:07 PM
Mlm ni jom tgk gv matt.
Matt rasa sape bakalan tersingkir?

sya pun dah tahu kan
zamani yg tersingkir...


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 04:47 PM | Show all posts
Edited by tari at 31-10-2023 05:14 PM


Inspektor Sheila dilepas tanpa dibebaskan pertuduhan aib Lans Koperal
Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Selayang yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) pegawai polis tular, Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Inspektor Sheila atau nama sebenarnya, Sheila Sharon Steven Kumar, 35, dengan alasan tuduhan berkenaan tidak dibacakan terhadap tertuduh dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan majistret, mengikut undang-undang.

Bagaimanapun tiga lagi tuduhan yang dibacakan terhadap Inspektor Sheila dan diambil pengakuannya pada 26 Jun lalu masih kekal dan tarikh perbicaraan sudah ditetapkan selama tiga hari bermula 5 Februari tahun depan.

Difahamkan tuduhan yang tidak dibacakan itu berikutan terdapat masalah teknikal ketika kes didaftarkan di Mahkamah Majistret Selayang.

Pada 26 Jun lalu, pegawai polis wanita itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap tiga pertuduhan ugutan dan mengaibkan anggota bawahan serta orang awam.

Dia didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sheila Sharon juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; "You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu" mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi tuduhan ketiga, Sheila mengaku tidak bersalah menyebut pangkat Lans Koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya.


Disiarkan pada: Oktober 31, 2023 @ 3:18pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 04:49 PM | Show all posts

Tiada keperluan naik OPR[size=0.8][size=0.9]Fahmy A Rosli
[email protected]

Kuala Lumpur: Kerajaan berpandangan tiada keperluan bagi Bank Negara (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebagai langkah untuk memperkukuhkan nilai ringgit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini kadar inflasi dan pengangguran menunjukkan trend penurunan tatkala nilai pelaburan pula menunjukkan peningkatan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akui beliau bimbang dengan kenaikan OPR kerana ia boleh memberi kesan terhadap peniaga kecil.

"Kita hanya naik (OPR) apabila keadaan ekonomi menuntut sedemikian. Jadi sekarang ini tiada keperluan itu (menaikkan OPR), maknanya kesan keapda ringgit," kata pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berhubung langkah menangani penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Sebagai antara langkah untuk mengukuhkan semula nilai ringgit, Perdana Menteri berkata beliau yakin dengan pendolarisasi yang merujuk kepada langkah mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS dalam perdagangan.

Katanya, langkah itu adalah penyelesaian jangka pertengahan dan panjang bagi mengukuhkan semula nilai ringgit.

Pada masa ini, beliau berkata hampir 2.5 peratus perdagangan dengan China dilakukan dengan menggunakan ringgit dan renmimbi.

"Kita juga sudah berbincang dengan negara-negara Arab untuk memulakan pendolarisasi bagi mempertahan nilai ringgit," katanya.


Disiarkan pada: Oktober 31, 2023 @ 3:44pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 05:02 PM | Show all posts

Sedapnya Sukun Goreng Cicah Sambal Kicap, Rangup Krupp Krapp!

Petang-petang sedapnya kalau dapat makan sukun goreng cicah dengan sambal kicap. Kombinasi yang sangat sepadan!

Menu ini boleh dikatakan agak rare kerana buahnya sudah jarang ditemui di mana-mana kedai. Orang lama mungkin sudah biasa makan, tapi tidak bagi orang muda.

Buah ini mungkin agak sukar untuk ditemui, namun dengan kemodenan teknologi sekarang, anda boleh membelinya secara atas talian saja. Jom cuba!

RESEPI SUKUN GORENG
Bahan-bahan:
  • Tepung beras
  • Sedikit air kapur
  • Garam
  • Telur sebiji
  • Pewarna kuning
  • Air sejuk

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan. Pastikan jangan terlalu jangan cair atau pekat, sedang-sedang sahaja.
2. Celup buah sukun ke dalam adunan tadi. Goreng sehingga garing.


SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:
  • 10 biji cili api merah (goreng)
  • 5 biji cili besar (goreng)
  • 3 ulas bawang putih (goreng)
  • Jus limau nipis
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Sedikit air untuk kisar

Cara-cara:
1. Goreng cili api merah, cili besar dan bawang putih.
2. Kemudian kisar bahan yang digoreng tadi bersama bahan-bahan lain.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rata.
4. Kemudian masak seketika sehingga mendidih supaya sambal kicap tahan lama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 05:06 PM | Show all posts

Cara Buat Cili Jeruk Tanpa Masak, Hanya Potong & Gaul Saja Terus Siap!

CARA BUAT CILI JERUK

Bahan-bahan:
  • 20 biji cili hijau
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • Cuka secukupnya anggaran setengah sahaja dari cili tak perlu banyak

Cara-cara:
1. Cuci lada dan lap air untuk tahan lama sebab kuah tak perlu masak.
2. Potong cili mengikut saiz yang disukai. Masukkan dalam bakul dan goncang untuk keluarkan biji. Jika biji ada sikit-sikit tak mengapa.
3. Satukan semua bahan-bahan di atas, kacau sebati dan peram dalam bekas kaca yang sudah dibasuh dan dilap hingga kering. Siap.
4. Keesokan harinya, sudah boleh dimakan dan boleh bertahan selama berbulan-bukan jika simpan di dalam peti sejuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Helooo guysss. Teman janji lepas minggu ni, temannnnn akan sentiasa onzzzz kat sinii.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 07:14 PM | Show all posts


Intai kot ado nasio
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2023 07:16 PM | Show all posts
selamat petang semua
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 07:16 PM | Show all posts
mengantuk jer kerja satu hari ni
haha penangan Cdrama
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 04:54 PM | Show all posts

selamat petang
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 04:54 PM | Show all posts
masuk menolak            
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 04:55 PM | Show all posts

NASA kesan garam, sebatian organik di permukaan Ganymede
Los Angeles: Pentadbiran Aeroangkasa Dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) menerusi misi Juno berjaya mengesan kehadiran garam mineral dan sebatian organik di permukaan Bulan Ganymede yang mengelilingi planet Musytari.

Data bagi penemuan itu diperoleh menerusi spektrometer Jovian InfraRed Auroral Mapper (JIRAM) yang terdapat pada kapal angkasa misi itu, lapor Xinhua.

Saiznya yang lebih besar daripada planet Utarid, Ganymede adalah bulan terbesar bagi planet Musytari dan telah lama menarik minat para saintis untuk mengkajinya.

Pada 7 Jun 2021, Juno melintasi Ganymede pada ketinggian minimum 1,046 kilometer.

Instrumen JIRAM berjaya merakam imej inframerah dan spektrum inframerah di permukaannya.


Melalui misi Juno, para saintis telah mengesan dan menganalisis ciri spektrum unik termasuk natrium klorida, ammonium klorida serta natrium bikarbonat.


Disiarkan pada: November 1, 2023 @ 4:12pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 04:58 PM | Show all posts

Korea cipta exosuit untuk pelari pecut lebih pantas
Korea: Sepasukan saintis di Universiti Chung-Ang Korea Selatan berjaya mencipta exosuit ultra-ringan yang boleh membantu pelari memecut lebih pantas, lapor portal Oddity Central.

Junyoong Moon dalam kajian yang diterbitkan baru-baru ini berkata, hasil kajian mereka menjadi titik permulaan untuk penyelidikan yang tertumpu pada melebihi had keupayaan manusia melalui robot.

"Mereka mencipta alat yang beratnya hanya sekitar 2.5 kg (5.5 paun) tetapi boleh membantu orang biasa berlari pecut 200 meter hampir sesaat lebih pantas berbanding tanpa sut.

"Hasil kajian kami akan menjadi titik permulaan untuk penyelidikan yang tertumpu pada melebihi had keupayaan manusia melalui robot boleh pakai," katanya.

Apa yang membezakan exosuit khusus ini daripada hampir semua yang lain ialah reka bentuk yang ringkas dan minimalis.

Ia terdiri daripada beg galas yang mengandungi pek kuasa yang melalui kabel yang memanjang dari pek ke pinggul dan ke bawah setiap peha.

Semasa pemakai mengambil langkah, kabel yang dipasang mengecut, menarik kaki mengekor ke hadapan lebih cepat daripada biasanya.

Exosuit juga menampilkan beberapa penderia dan komputer yang menganalisis gaya berjalan pemakai sut dengan langkah orang itu.

Untuk menguji sut mereka, saintis menyuruh pelari amatur memakainya dan membuat larian 200 meter.

Kemudian, setiap pelari melengkapkan jarak yang sama tanpa sut.

Data menunjukkan bahawa exosuit itu membantu orang ramai meningkatkan masa mereka sebanyak 0.97 saat, yang mungkin tidak begitu banyak tetapi sebenarnya margin yang cukup ketara untuk pecut.

Kini penyelidik merancang untuk mengujinya dengan pelari pecut profesional.

Pada asalnya, exosuit ultra-ringan itu seberat 4.4 kg, tetapi pada masa kajian itu diterbitkan, mereka telah berjaya mengurangkan berat kepada 2.5 kg, tanpa menjejaskan prestasi.

Junyoong Moon berkata hasil kajian itu mungkin belum bersifat arus perdana namun ia membolehkan individu membawa beban berat dengan mudah serta membantu orang kurang upaya fizikal bergerak.


Disiarkan pada: November 1, 2023 @ 3:07pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 05:00 PM | Show all posts


Buku abad ke-19 kena curi


Warsaw: Kira-kira 80 buku berharga dari abad ke-19 di perpustakaan Universiti Warsaw dicuri yang membawa kepada pemecatan pengarahnya.

Pihak berkuasa universiti dalam kenyataannya berkata suruhanjaya akan ditubuhkan dan diberi mandat untuk menjelaskan keadaan termasuk melakukan audit peraturan, prosedur untuk kutipan pinjaman.

Universiti itu bagaimanapun tidak mendedahkan barangan yang hilang dan tidak menyatakan anggaran nilainya.

Namun pengarah yang dipecat memberitahu bahawa kecurian yang pertama kali dikesan awal Oktober lalu membabitkan buku penerbitan Rusia dari abad ke-19.

"Salah seorang pembaca meninggalkan muka depan dan salinan kosong sebagai ganti penerbitan asal," kata Anna Wolodko dalam satu kenyataan di media sosial, sambil menambah bahawa kira-kira 80 buku kini dipercayai hilang dicuri

"Kami mengesyaki kecurian dilakukan atas permintaan. Semua penerbitan yang dicuri adalah dalam bahasa Rusia.

"Karya jenis ini muncul dalam tawaran rumah lelong dan kedai antik yang beroperasi di pasaran Rusia," katanya, sambil menambah bahawa nilai barang yang dicuri "sangat sukar" untuk dianggarkan.

Dia juga berkata bahawa perpustakaan telah melaporkan kecurian kepada polis dan mengambil "semua langkah yang ada" untuk menyiasat kejadian itu.


Disiarkan pada: November 1, 2023 @ 2:20pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 05:02 PM | Show all posts

'Kenapa babitkan Singapura dalam kaji selidik air di Johor?'[size=0.8]Oleh Fahmy A Rosli - November 1, 2023 @ 4:47pm[email protected]

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air membangkitkan kegusarannya berikutan tindakan kerajaan memasukkan penyertaan Singapura dalam kaji selidik pengurusan sumber air di Johor kerana langkah itu berisiko mendedahkan isu keselamatan negara kepada pihak luar.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mendakwa pembabitan Singapura dalam kaji selidik itu melampaui had kerana sumber air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Saya melihat ada keperluan untuk pihak kementerian (Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) sama ada dalam bentuk makluman atau perbincangan untuk mendedahkan isu perjanjian air dengan Singapura, sebab ia makan masa 100 tahun dan beri kesan besar kepada negara.

"Ada dua perkara. Pertama membabitkan perjanjian dan keduanya, dalam kenyataan dibuat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), dia mencadangkan Singapura dibabitkan sama dalam kaji selidik pengurusan sumber air di Johor.

"Saya fikir ini sudah melampaui, melebihi had, (walhal) sumber air bidang kuasa negeri. Jika didedahkan (kaji selidik) ia isu keselamatan negara kita. Sepatutnya pihak luar tidak dilibatkan dalam kajian pengurusan sumber air di setiap negeri sebab ia membabitkan keselamatan negara," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mencelah Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad sewaktu menggulung perbahasan Belanjawan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, menjawab persoalan dibangkitkan Tuan Ibrahim, Nik Nazmi berkata, pembabitan Singapura dalam kaji selidik untuk melihat keupayaan membesarkan sungai dan kapasiti pengeluaran air di Johor tidak menggadaikan kepentingan negara.

Bahkan beliau berpandangan, tiada masalah dengan perjanjian terbabit kerana matlamatnya untuk melihat apakah penyelesaian terbaik antara kedua-dua belah pihak.

"Saya pun ada dalam lawatan atau pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura (baru-baru ini). Dalam soal air, sebenarnya sebelum ini kita pun ada perbincangan dibuat pada akhir 2019 atau awal 2020, iaitu status terakhir mengenai perkara itu.

"Maka kita berasakan penting sebab perjanjian itu, kita rasa tidak ada masalah dengan beberapa aspek perjanjian berkenaan. Kita nak lihat semua perjanjian dan melihat apa solusi terbaik. Ia bukan mudah sebab membabitkan dua pihak. Sebelah pihak, air mentah itu (dijual) ada harga murah. Pada masa sama, Johor juga ada ambil air yang diproses dari Singapura.

"Kalau ikut perjanjian asal, ada had. Jika lebih (dijual) pada harga lebih tinggi lagi, tetapi sekarang ada tolak ansur yang mana Johor dibenar ambil pada jumlah lebih tetapi pada kadar murah.

"Dalam keadaan itu, sebab itulah kita juga melihat Johor juga mempunyai keperluan air yang sangat tinggi. Maka perlu untuk kita mencari satu penyelesaian menyeluruh mengenai perkara ini," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 05:09 PM | Show all posts
Cara Simpan Daun Ketumbar Tahan Lama, 2 Minggu Pun Masih Segar Bugar!



CARA SIMPAN DAUN KETUMBAR SUPAYA TAHAN LAMA





Potong akar ketumbar letak dalam bekas asing, pastikan bahagian akar sahaja kena air. Kalau bahagian batang terkena air, akar ketumbar akan rosak. Tukar air bila warna dah berubah.



Daun ketumbar yang dipotong tadi masuk dalam bekas apa-apa pun boleh. Air letak bahagian batang sahaja jangan terkena air pada daun, nanti rosak.

Pastikan masukkan air dahulu sebelum masukkan daun ketumbar tadi. Untuk elakkan daun ketumbar terkena air, pastikan daun ketumbar kering. Balut dengan plastik dan letak dalam peti ais. Tukar air 2 hari sekali atau bila air dah berubah warna, lagi kerap tukar lagi bagus.”


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 05:11 PM | Show all posts
nebbit replied at 31-10-2023 05:56 PM
Helooo guysss. Teman janji lepas minggu ni, temannnnn akan sentiasa onzzzz kat sinii.

Petanggggggg

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 05:12 PM | Show all posts


nasio ooo nasio
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 05:12 PM | Show all posts

mcm ado tp xdo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 2.243680 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list