CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri

   Close [Copy link]
Post time 18-5-2011 09:34 PM | Show all posts
credit to TT.. penyampaian cerita sangat menarik.. garapannya sgt baik.. bukan setakat rasa mcm baca novel, tapi saya rasa mcm saya tgh menonton kisah benar ni depan mata.. bila part kelakar saya gelak.. bila part saspen, saya lak yg rasa x senang duduk.. bila part takut, saya rasa mcm nak tutup mata.. n bila part sedih saya x leh tahan sebak.. berjuraian air mata.. saya baru terbaca topik ni hari ni n saya akan jadi pengikut setia benang ni..
takpe TT.. take ur time.. bila dah free baru sambung.. saya n kwn2 lain akan setia menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 09:45 PM | Show all posts
Reply  honeybee1802

ehhe..kisah ni dah lama kan...kot2 diorang dah ada anak nama freddie ngn kam ...
putehh Post at 18-5-2011 08:38



Mula2 cm nk komen sikit2 je..tapi komen ni wat aku gelak kuat2...anak2 nama kamsia n freddie sempena kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 10:05 PM | Show all posts
tak sabar tggu sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 10:14 PM | Show all posts
Reply 959# hasmay


betul tu..semata-mata nak bace cite cik es ni gigih komen thread2 yang lain...apapun cite cik es mmg terbaiklah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:01 PM | Show all posts
at last..berjaya jgk smpai ke page 46 ni..gigih ku membacenye dr ptg td smpai la skrg..citer TT mmg best!!TERBAEK!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 11:08 PM | Show all posts
Sambungan ..

Aku terkedu mendengar ungkapan itu,sweetheart? Bukannya aku tak merasakan sesuatu yang lain dalam perasaan aku pada Danny, tapi entah lah, kadang2 aku rasa Danny treat aku seperti kawan saja, kadangkala, lebih dari itu. Atau.. mungkin aku yang perasan lebih kot, kadang2 ada ketika dan waktunya bila seorang lelaki beri perhatian yang lebih, disalah anggap sebagai menyimpan perasaan dan sebagainya, dan aku tak nak lah termasuk dlm golongan yang salah anggap tu. Aku buang jauh perasaan tu, mungkin hanya gurauan dari Danny je, bukannya dia tak pernah panggil aku sayang di saat aku marah, tapi semuanya mungkin hanya sekadar gurauan. Aku selesa berkawan dengan dia,seorang yang tak pentingkan diri dan sentiasa memberi keutamaan pada org yang lebih memerlukan. Jiwa nya sensitif,ya. Kadang2 mudah tersentuh. Mungkin pengalaman yang dilalui,membuatkan hatinya begitu.

Seperti yg dijanjikan, Danny menjemput aku di rumah. Kali ni,baju tak sama warna seperti dalam cerita aku yang sebelumnya, Danny agak lewat daripada waktu yang dijanjikan, singgah isi minyak kereta katanya. Danny yang aku kenal,seorang yang suka mengusik dan sukar untuk melihat mulutnya tu berhenti bercakap, macam bertih goreng bak kata org, tapi malam tu, Danny agak berbeza. Dia diam. PMS ke apa budak nih, aku pulak yang rasa tak selesa,sebab aku tak tau macamana nak mulakan perbualan dengan Danny,yang hanya membisu.

Danny berhenti memandu dan parking kat tepi jalan. Aku sedikit takut,dah membayangkan yang bukan-bukan.

"Just nak inform awak,tapi...jangan panic ya,please?" Danny memecah sunyi.
Aku agak tertanya-tanya kenapa Danny mcm ni, ini betul Danny ke atau.. ah sudah, perkara lain pulak terbayang dalam kepala otak aku nih.

"Sha.. tadi.." Danny agak sukar untuk teruskan.
"Awk cakap je kalau awk rasa awk perlu bgtau,tapi.. kalau awk nak simpan as privacy,sy faham. Awk tak perlu beritahu apa2 ok" aku cuba untuk redakan diri dia,yang nampak sedikit tak tentu arah. "Tadi sy nampak nenek berkebaya tu,duduk kat belakang" kata-kata Danny mcm halilintar je, telinga aku rasa berdesing. Danny tak menoleh ke arah aku, dan tak jugak menoleh ke belakang, cuma pandangan nya terus ke depannnn je,bulu roma aku meremang.

Perlahan-lahan,aku cuba melirik ke belakang. Tak tau kenapa aku mcm berani sgt lah konon, tapi bukan kah bila kita takut, kita memang selalu check apa yang ada di belakang kita kan? Ini lah yang berlaku pada aku.Mula-mula,aku langsung tak nak toleh. "Masih ada lagi ke err...dia kat belakang ni?" aku tak tau la nape aku ni jenis suka betul tanya soalan tak kena tempat.

Danny mengangguk dan melihat aku dengan menggunakan ekor mata nya je,tp langsung belom bergerak sangat. Aku menahan nangis. Dengan perasaan takut-takut berani,aku pusing kepala ke belakang..perlahan ya ampun,takutnya aku hanya Tuhan yang tahu.

Tapi....apa yang aku lihat...Teddy bear sederhana besar tengah duduk kat seat belakang, yang tengah pegang kad besar bertulis..

"Aishah..I never say I Love U,but I do.. -Danny- "

Aku kehilangan kata-kata. Marah, geram, gembira, malu bercampur-baur. Lepas baca ayat pada kad tu, aku pandang ke depan
semula. Secara jujur, aku tak tau nak cakap apa, tindakan Danny terlalu mengejutkan, dan macamana pulak aku boleh tak perasan
dari awal,teddy tu ada kat belakang,aku pun tak tau.

Danny diam. Aku pun sama. Agak lama.

"Kenapa tak nak gelak?Takut nenek gelak sama ke?" Danny dah mula balik perangai dia.
"Oho,April Fool dah lepas okay,tak lawak" aku cuba nak cover perasaan gugup.
"Sy suka buat lawak,tp rasanyaaa..belum pernah menipu lagi.. hehehe" Danny hanya senyum.

Danny mula memandu balik,selepas hampir 20 minit berhenti kat tepi jalan. Waktu Danny tengah memandu, aku cuba melihat ke belakang seat, niat asal, nak tengok teddy tu,sekali lagi. Nak menoleh ke belakang, segan pulak. So, curi2 lah tengok dari
cermin. Terkejut besar aku bila kelibat nenek berkebaya duduk di belakang,senyum pada aku. Aku terperanjat, menjerit sekuat
hati, tanpa aku sedar, aku hilang kawalan dan sekali lagi, aku kemalangan hanya kerana Danny tak dapat kawal kereta, bukan
sebab dia panic, tapi sebab aku yang pegang stereng kereta dan pusing ke arah kanan, aku tak tau kenapa aku buat mcm tu,
panic punya pasal.

Kereta yang Danny pandu, merempuh sebuah motorsikal dan sebuah kereta CRV milik orang brunei. Waktu ni, Danny dah berdarah hidung dia, tapi masih ok. Aku pulak tak tau apa yang berlaku sebab aku pengsan tak lama selepas tu..

Aku buka mata perlahan-lahan. Tengok keadaan sekeliling,aku kat wad rupanya. Cuba gerakkan tangan dan kaki aku,mana tau kot2 patah ke apa. Lega,sebab ok je boleh gerak lagi. Check kepala pulak, tak berbalut. Aku cuba ingat balik apa yang berlaku, bayangan nenek tu terlintas di fikiran,aku menjerit dan kami kemalangan. Huh,masih ingat! Fuhhh maksudnya tak le aku ilang ingatan kan.

Aku cuba bangun,tapi rasa nak pitam. Tak jadi,aku baring balik. Aku sorang je dalam wad, mana pulak family aku nih,takde jenguk langsung ke. Dorang dah tau ke tak ni? Aku belek baju aku, baju hospital. Jangan2 aku dah kat sini,beberapa hari. Tapi tak mungkin lah kot,bukannya cedera parah sgt pun aku ni sampai amik masa beberapa hari nak bangun. Berderau darah aku, Danny mana? Hidup ke dia? Selamat ke? Atau...? Aku tak sanggup fikir banyak. Aku panjangkan leher nak jenguk2 katil sebelah, ada banyak lagi katil dalam wad tu aku rasa tp semuanya dipisahkan dengan kain biru. Nak selak,tak larat lak nak bangun. Tapi keadaan yang sunyi sepi tu yakinkan aku, yang aku hanya seorang dalam wad tu.

Tekak rasa haus sangat, mcm dah lama tak minum air. Aku pejam mata,tunggu2 je lah, nanti mesti ada nurse datang jenguk. Tiba2 tangan aku dipaut seseorang, aku nak buka mata,tapi...tak mampu. Sedaya upaya aku nak buka mata,tapi tak jugak dapat. Tangan yang memaut tadi,makin erat, membantu aku untuk bangun dan aku rasa bibir aku seperti disuap sesuatu,basah. Air..aku teguk sampai habis sebab aku haus sangat.. lepas minum, baru aku dapat buka mata. Di luar jangkaan,sekali lagi, nenek berkebaya tersenyum pada aku,sambil memegang gelas yang airnya dah habis aku minum. Aku tak dapat buat apa2,kecuali melihat nenek tu yang hanya senyum dan perlahan-lahan hilang.. Aku terjaga, rupa-rupanya dah hampir 16 jam aku tak sedarkan diri. Waktu aku terjaga tu, keluarga aku memang dah ada di sisi,semua terkejut aku bangun macam bangun dari tido biasa je. Aku terpinga-pinga gak, nenek tadi tu datang dalam mimpi je ke atau betul2.. aku tak pasti..

Keluarga aku semua ada kat situ.. dan beberapa org rakan pun ada.. tapi, aku tak nampak langsung wajah Danny.

Aku menoleh pada abang aku.. "Danny ok ke?Dia kat mana sekarang?"..

Abg aku memandang aku lama,aku menanti jawapan dengan penuh sabar..

Bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2011 11:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by langit_biru18 at 18-5-2011 23:13

tq TT psl updatekan citer nie alamak wht happen to danny..suspen tul lah TT nie
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:15 PM | Show all posts
alallaaaaa...... dh stop ker utk mlm nie cik es?
tasaba plak nk tau psl si kachakss danny tuuu...

apakah yg terjadiiiiiii..... :mode bersabar:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 11:24 PM | Show all posts
adeh...harap danny tak apa2...huhu...akhirnya danny propose .. romantik
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:25 PM | Show all posts
Sambungan ..

Aku terkedu mendengar ungkapan itu,sweetheart? Bukannya aku tak merasakan sesuatu ya ...
cik_es Post at 18-5-2011 23:08



Erk. Bad feelings!
Harap nothing bad happened la pada Danny.
Seriau laaaa~~ muncul di mana2 plak nnk tu@_@
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:26 PM | Show all posts
oh,klu la aku yg berada di tmpt TT. .
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:31 PM | Show all posts
seram ok bila pandang belakaang nenek tu tgh senyum
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:35 PM | Show all posts
huhu..xsia2 aku tunggu sambungan...upenye betolla danny ngn cik es....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 11:37 PM | Show all posts
Aku sekarang nih ada masalah la, staff memang tak cukup sebab ada yang dah berhenti pegi PLKN pulak.. malam ni pulak, sorang lagi staff kena demam campak, kurang lagi sorang staff. Ada 6 orang je staff yang ada sampai hujung minggu ni, sedangkan yang ideal untuk bantu uruskan restoren adalah 12 orang. mati la aku hadehhh.. jadi oleh kerana ini, mungkin malam esok takde update kot, aku dah dapat agak mungkin esok aku nak terpengsan awal, penat gila woh... (punya la gigih nak cerita alasan takde update )

sekian utk malam ni,jumpa lagi mlm esok insya Allah kalau tak penat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:42 PM | Show all posts
mmg suspen..huhu..
cik_es ni naik keta bc doa tak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 11:44 PM | Show all posts
oh,klu la aku yg berada di tmpt TT. .
kajol77 Post at 18-5-2011 23:26


Agak2 ko dapat bertabah tak hadapi semua ni. Aku tak mampu tapi orang sekeliling yang buat aku mampu. Mampu ke?

alallaaaaa...... dh stop ker utk mlm nie cik es?
tasaba plak nk tau psl si kachakss danny tuuu...  ...
cikanggun Post at 18-5-2011 23:15


a'ah dah stop..tak dpt nak tulis panjang sebab aku mesti paksa diri untuk masuk tido pukul 12 malam. Kalau tak paksa diri, memang sampai ending cerita ni pun aku boleh habiskan menjelang subuh, tapi kang jadik panda lak gi keje.

huhu..xsia2 aku tunggu sambungan...upenye betolla danny ngn cik es....
llisamaisarah Post at 18-5-2011 23:35


eh sape cakap? aku takde mention yg aku terima dia kan? -> sengaja bagi korang speku lain plak haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 11:45 PM | Show all posts
baeklah cik es.... kami memahami... (walopong hatiku digaruk2 utk mengetahui kisah selanjutnyer...)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 11:47 PM | Show all posts
haih,aku terlupa pulak aku ada reserved kotak kat page 40,apsal aku update kat sini pulak. Hadeh sorry mod, pembaziran kotak telah berlaku. Haha.

p/s : pada sapa2 yang tak nak baca borak2 tu, skip je k, view author post. kesian pulak aku tengok forumer yang borak2 sini kadang2 kena sound, borak2 yang related dengan cerita,takpe kot kan mod? ampun kalau salah. bukan apa,terhibur bila baca korang nye respon & mcm2 spekulasi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:48 PM | Show all posts
korang jgn risau. danny selamat. sbb aritu ecah ckp dia nak ajak danny masuk thread ni skali. hehehe.. ecah keje kat restoren hape? promote la hire staf baru dalam porum ni. yg nick nenek_kamsia tu mesti apply punya sbb dia die hard fan ecah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:50 PM | Show all posts
uhh.. suspen mengalahkan nur kasih yg aku nak tgk esok...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.249097 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list