CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Post time 23-11-2007 10:05 AM | Show all posts

Reply #1159 fatz's post

Tahniah nabila... cantik budak ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 11:16 PM | Show all posts
Singapore News        
       


         

Budget carrier flights between S'pore and KL to take off by Feb

By Asha Popatlal, Channel NewsAsia | Posted: 23 November 2007 1833 hrs
         
         

SINGAPORE : In one of the most long-awaited announcements, low cost carriers (LCCS) have finally been given the green light to operate the lucrative Singapore-Kuala Lumpur route from 1st February next year.

However these will initially be limited to four flights daily - two from each side.

For over 30 years, the national carriers of both countries have monopolised what has become known as one of the most protected routes in Asia.

Passengers pay about S$400 return for a flight that only lasts about 45 minutes.

That should change now - for the better.

For the first time, budget carriers who have been lobbying to ply this route for years, will be allowed to do so - though on a limited basis initially.

But by 1st December next year, there will be full liberalisation which means airlines can operate as many services as they want.

This is in line with an ASEAN initiative to free up air links between ASEAN capital cities by December next year.

The decision comes at the end of two-day talks between Singapore and Malaysian air transport officials.

The thing to watch out for now is which budget carriers get these four flights.

Although Singapore's Tiger Airways and Malaysia's AirAsia have been widely tipped to get it, both carriers face competition - AirAsia from MAS subsidiary Firefly and Tiger from Jetstar Asia.

Jetstar Asia says it plans to apply for the rights, while Tiger has reiterated its interest, saying it would offer fares comparable to coach travel.

AirAsia's Tony Fernandes said just this month he could do the return fare for about S$130.

Officials agreed to meet again in January to discuss the further expansion of air services between Singapore and other cities in Malaysia. - CNA/ch
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 11:17 PM | Show all posts
Singapore News



BSA raises anti-piracy reward to S$50,000
Posted: 23 November 2007 1045 hrs





SINGAPORE: The Business Software Alliance (BSA) is increasing itsanti-piracy reward from S$20,000 to S$50,000 till end-January forreports that result in successful significant financial compensation byinfringing businesses.

Since the launch of BSA's anti-piracy hotline, more than 1,040calls have been received, and over 390 reports submitted via thewebsite.

This year alone, over 150 calls and 90 Web reports have been made to date.

The public can contact BSA at its hotline at 1-800-3333-999 or through the BSA website.

Under Singapore's Copyright Act, first-time offenders who commit awilful infringement of copyright to obtain a commercial advantage facea maximum fine of S$20,000 and/or a maximum jail term of six months.

According to the Fourth Annual Global Software Piracy Studyconducted by independent research firm IDC, Singapore had a softwarepiracy rate of 39 percent with losses amounting to US$125 million in2006. - CNA/ir


[ Last edited by  fatz at 23-11-2007 11:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 08:27 AM | Show all posts
Singapura : 24 November 2007         
         
LOGO 'BABI HALAL'

NTUC FAIRPRICE, MUIS AMBIL TINDAKAN TANGANI MASALAH

Oleh
Puad Ibrahim

E-MEL yang tersebar meluas baru-baru ini dengan gambar yang memaparkan kononnya terdapat 'babi halal' yang dijual NTUC FairPrice bukan saja tidak benar malah dianggap sebagai perbuatan nakal dan dipandang serius oleh pasar raya itu dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

NTUC FairPrice dan Muis telah pun mengambil langkah-langkah untuk menangani perbuatan tersebut.

Pasar raya tersebut telah melaporkan perkara itu kepada polis pada 1 November lalu.

Muis telah menghubungi NTUC FairPrice untuk mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan mengenai laporan polis itu.

Ia turut menjalankan pemeriksaan di lapan cawangan NTUC FairPrice dan tidak mendapati 'produk' seperti yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

Menjawab pertanyaan Berita Harian semalam, Muis menyatakan ia memandang serius sebarang perbuatan menyalahgunakan logo halal Muis.

'Perkara ini sedang disiasat polis. Muis sedang berhubungan dengan divisyen polis yang sedang menyiasat kes tersebut. Kami juga sedang mengawasi situasinya secara dekat.

'Kami berharap tindakan yang wajar dan mencukupi diambil terhadap pesalah yang bertanggungjawab bagi kesalahan ini,' tegas Muis.

Menurut Muis, ia sedang mengambil langkah susulan mengenai perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi kewibawaan tanda sijil halalnya.

Gambar bungkusan produk Pasar Fresh Pork itu, yang kelihatan mempunyai logo halal Muis, telah disebarluas menerusi e-mel sejak beberapa minggu lalu.

Dalam kenyataannya, jurucakap NTUC FairPrice berkata bungkusan asal produk itu tidak mempunyai pelekat halal.

'Kami memandang perkara ini serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil semua tindakan yang perlu untuk memastikan perbuatan itu dihentikan serta-merta dan tidak diulangi lagi selepas itu,' kata jurucakap tersebut.

Ketika dihubungi BH, polis menyatakan siasatan sedang dijalankan dan oleh itu tidak wajar baginya memberi komen atau mendedahkan sebarang butir.

Di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla), sesiapa yang menyalahguna tanda pensijilan halal Muis boleh dikenakan hukuman denda sehingga $10,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 08:32 AM | Show all posts
Singapura : 24 November 2007         

MUNCUL LAWAT IBU DI HOSPITAL SELEPAS DUA TAHUN MENGHILANG

Kali terakhir kunjungi orang tua semasa Aidilfitri pada 2005

HASRAT seorang ibu yang sakit untuk bertemu dengan anak bongsunya menjadi nyata apabila anaknya itu muncul di hospital tempat beliau sedang dirawat Rabu lalu.

Cik Sutinah Hussein, 32 tahun, muncul di Hospital Besar Singapura (SGH) selepas menghilangkan dirinya sejak November 2005.

Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan ibu Cik Sutinah, Cik Merdik Basari, 74 tahun, kini sedang mengalami pendarahan di otak dan berada dalam keadaan kritikal.

Ibu tujuh anak itu dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu.

Awal bulan ini, beliau pernah menyatakan kepada keluarganya agar 'bawa Tina pulang atau saya tidak akan maafkan kamu'.

Laporan ST semalam menyatakan bahawa kakak Cik Sutinah, Cik Asmah Hussein, 39 tahun, berkata adik bongsunya itu telah memeluknya buat tempoh yang lama semasa bertemu beliau.

'Beliau enggan melepaskan saya dan saya terpaksa memberitahunya agar duduk. Beliau juga kerap katakan beliau minta maaf,' kata penolong pentadbiran itu lagi.

Cik Sutinah yang mungkin agak kurang selesa dengan kehadiran pihak media enggan ditemu ramah.

Namun, Cik Asmah berkata adiknya itu menangis apabila melihat ibu mereka.

Malangnya, Cik Merdik terlalu lemah untuk berbual atau membuka matanya, tetapi berasa selesa mendengarkan suara Cik Sutinah.

Bapa Cik Sutinah, Encik Hussein Musdi, 84 tahun, bersikap tenang sepanjang tempoh pertemuan itu, kata Cik Asmah lagi.

Menurut laporan itu lagi, Cik Sutinah pernah disebut sebagai salah seorang daripada 50 orang yang paling menawan pada 2005 oleh majalah Female.

Beliau, yang pernah menjadi seorang eksekutif perakaunan dan kadangkala menjadi model, kali terakhir melawat orang tuanya di Jurong East semasa Hari Raya Aidilfitri dua tahun lalu.

Tidak lama kemudian beliau menukar nombor telefonnya dan menghilangkan diri.

Anak sulung Cik Merdik, Cik Omar, 47 tahun, yang ditemu ramah berkata beliau tidak marah dengan sikap adiknya yang menghilangkan diri sebelum ini.

'Kenapa perlu saya marah terhadap adik saya? Tidak baik untuk ibu atau keluarga saya,' katanya lagi.

Semasa hendak pulang, Cik Sutinah memberitahu keluarganya bahawa beliau akan pulang ke flat sewanya di Punggol.

Beliau juga berkata beliau mempunyai pekerjaan tetapi tidak menyatakan di mana.

Cik Asmah berkata:

'Saya tidak ingin banyak bertanya kerana enggan beliau bosan. Beliau tidak menyatakan sekiranya beliau akan kembali ke pangkuan keluarga, tetapi kami akan berusaha membawanya pulang secara perlahan.

'Meskipun beliau bermasalah, kami akan selesaikannya bersama.'
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 08:35 AM | Show all posts

Reply #1161 virgomal's post

Originally posted by virgomal at 23-11-2007 10:05 AM
Tahniah nabila... cantik budak ni...


Singapura : 24 November 2007         
         
KEPUTUSAN PSLE

PEMIMPIN MASYARAKAT AKUR PENCAPAIAN NATASHA AMAT MEMBANGGAKAN


Kecemerlangan satu lagi contoh kemajuan yang mampu diraih anak Melayu dalam pendidikan

Oleh
Hisham Hambari

PENCAPAIAN yang amat membanggakan dan merupakan satu lagi contoh kemajuan yang kini mampu diraih anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan.

Demikian rata-rata reaksi beberapa pemimpin masyarakat mengenai pencapaian Natasha Nabila Muhamad Nasir, 12 tahun, yang merupakan pelajar terbaik dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.

Malah dengan agregat 294 yang dicapainya, pelajar Sekolah Rendah St Hilda's itu telah menempa sejarah dengan mencatat rekod baru dalam peperiksaan tersebut.

Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohd Alami Musa, berkata jelas pencapaian Natasha akan menjadi dorongan kepada para pelajar lain.

'Saya yakin kelakonan cemerlang Natasha akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai dalam masyarakat kita untuk mencapai kecemerlangan yang serupa,' ujarnya.

Menurut Muis, Haji Mohd Alami juga bercadang menghantar sepucuk surat ucap tahniah kepada Natasha dan keluarganya.

Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), agregat Natasha adalah yang tertinggi dalam masa 17 tahun sejak sistem PSLE sekarang ini dilaksanakan pada 1991.

Agregat tertinggi sebelum ini dicatat pada 1993, apabila pelajar Sekolah Rendah Nanyang, Justin Lau Yang Zheng, memperoleh agregat 292.

Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pula menyifatkan pencapaian Natasha sebagai amat cemerlang kerana mengatasi dua pelajar yang mendapat agregat kedua tertinggi tahun ini dengan sebanyak enam mata.

Menurut Pengarah Eksekutif Angkatan Karyawan Islam (AMP), Encik Anuar Yusop, keputusan Natasha lebih bermakna lagi kerana dia datang daripada keluarga sederhana.

Ibu Natasha, Cik Zaharah Othman, 44 tahun, merupakan suri rumah, sementara bapanya Encik Muhammad Nasir Atan, 47 tahun, seorang teknisyen.

'Keputusan Natasha menunjukkan bahawa tidaklah mustahil bagi seseorang pelajar daripada keluarga sederhana untuk cemerlang dalam pelajaran.

'Apa yang penting ialah kemahuan pelajar itu untuk berjaya dan kesedaran ibu bapa tentang pentingnya pelajaran,' kata Encik Anuar.

Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Haji Wan Hussin Haji Zoohri, berkata pencapaian Natasha merupakan satu lagi contoh kecemerlangan dalam bidang pendidikan oleh anak-anak Melayu kebelakangan ini.

'Ini merupakan satu lagi tambahan kepada pencapaian anak-anak Melayu kita yang membanggakan.

'Ia juga jelas menunjukkan status ekonomi keluarga tidak menjadi penghalang kepada pencapaian pendidikan anak-anak,' ujarnya.

Timbalan Presiden Persatuan Persuratan Pemuda-Pemudi Melayu (4PM), Encik Mohd Fadil Supaat, pula menekankan pentingnya sumbangan dan peranan yang telah dimainkan oleh ibu bapa Natasha.

'Jelas ibu bapanya telah memberi dia dorongan dan sokongan, sambil memastikan sekitaran keluarga sesuai untuk pendidikan anak-anak.

'Ini menunjukkan bahawa walaupun ibu bapa sibuk bekerja, mereka perlu mendampingi dan memberi dorongan kepada anak-anak mereka,' kata Encik Mohd Fadil.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2007 06:34 PM | Show all posts
kanak-kanak hidapi barah orang dewasa


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2007 06:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 01:48 AM | Show all posts

Five bodies found in Cambodia after boating accident

By Hasnita A Majid, Channel NewsAsia | Posted: 25 November 2007 1318 hrs


PHNOM PENH: The bodies of all five Singaporeans were recovered from the Tonle Sap River in Cambodia's capital Phnom Penh on Sunday morning, following an accident involving a Singapore dragon boat team.

They have been identified as 20-year-old Chee Wei Cheng, 24-year-old Jeremy Goh Tze Xiong, 31-year-old Stephen Loh Soon Ann, 23-year-old Reuben Kee En Rui and 27-year-old Poh Boon San.

Their family members are presently in Cambodia.

The Foreign Affairs Ministry and Singapore's embassy in Cambodia will make the necessary arrangements for the repatriation of the bodies to Singapore.

The five men went missing after their boat capsized as it tried to dock on the Tonle Sap River after competing in a race during the water festival.

A holding area was set up outside the mortuary at the Calmette Hospital where the bodies were brought to.

Earlier, emotions ran high when family members went to identify the bodies.

The Singapore ambassador to Cambodia, Tan Yee Woan, and the president of the Dragonboat Association, Kwek Siew Jin, were on hand to render support to family members.

"We have provided facilities to try to help the families through this very trying time. I understand that they are in a very difficult situation. With the help of our ambassador here and the other embassy staff, together with support from many ministries back home, we will make all necessary travel arrangements," said Mr Kwek.

Deputy Secretary-General of Cambodia's National Disaster Management Team, Nhim Vanda, laid wreaths and offered prayers for the victims earlier in the day.

Cambodian Tourism Minister Thong Khon also came to render help to the families of the victims.

A representative from the Indonesian dragon boat team offered wreaths for the deceased as well. He said the Indonesian team was saddened by the accident and added that the dragon boat teams from various countries are actually one big family.

More than 200 Cambodian navy sailors and fishermen, joined by seven divers and a medic from Singapore, scoured the river over the weekend in search for the missing men.

The Singapore boat was carrying 22 men when it capsized. Seventeen Singaporeans were also injured in the accident, which happened on the first day of races.

These members are expected to fly home on Monday morning as scheduled.

Singapore's foreign ministry said in a statement that Cambodian Prime Minister Hun Sen had written to Prime Minister Lee Hsien Loong to convey his "shock and sadness".


- CNA/ir/so
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 01:53 AM | Show all posts
Tremors felt in parts of Singapore as quake hits Sumatra
By Hoe Yeen Nie, Channel NewsAsia | Posted: 25 November 2007 1309 hrs

SINGAPORE: Tremors were felt in several parts of Singapore on Sunday morning after an earthquake struck off the western coast of Indonesia's Sumatra.

Singapore's Meteorological Services said a magnitude-6.5 quake hit Sumatra in an area 560 kilometres away from Singapore at about 10.51am.

Indonesian meteorologists put the quake at magnitude 6.2.

The National Environment Agency (NEA) said there have been reports of shocks in Kampong Glam and Whampoa.

Callers to the MediaCorp News Hotline also said they felt tremors in the Central and Eastern parts of the island, including Farrer Road and Katong.


- CNA/ir/so
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 10:17 AM | Show all posts
Singapura : 27 November 2007         
         
TINJAUAN: S'PURA KE-9 TERMAHAL DI ASIA BAGI EKSPATRIAT


Oleh
Fadilah A. Majid

SINGAPURA menduduki tempat kesembilan sebagai bandar termahal di Asia bagi para ekspatriat .

Ini menurut tinjauan terbaru mengenai Kos Hidup oleh ECA International, penyedia huraian bagi sumber manusia.

Jurang kos hidup Singapura bagi ekspatriat juga kini semakin kecil berbanding bandar-bandar seperti Hongkong dan Taipei. Hongkong kekal di tempat kelima.

Bandar paling mahal di dunia adalah Luanda di Angola.

Pengurus Besar ECA, Encik Lee Quane, berkata kenaikan terbaru dalam Cukai Khidmat dan Barangan (GST) daripada 5 peratus hingga 7 peratus tahun ini, dan juga kenaikan kadar inflasi secara keseluruhan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI), telah menyumbang kepada kenaikan dalam kos kehidupan di Singapura.

Ini menyebabkan Singapura melompat 10 tempat ke atas dalam senarai itu sejak 2006.

'Dolar Singapura yang naik dengan kukuh sejak beberapa bulan ini adalah penyebab utama kenaikan kos kehidupan bagi ekspatriat.

'Sementara ia adalah berita baik bagi mereka yang menghantar pekerja ke luar negara, para majikan yang perlu menghantar pekerja mereka ke Singapura pula perlu mengambil kira kos kehidupan dalam indeks gaji mereka bagi menjamin kuasa membeli pekerja mereka di sini, ' ujar Encik Quane lagi.

Asia juga secara umum telah menyaksikan kadar inflasi yang lebih tinggi sepanjang 12 bulan lalu berbanding dengan rantau-rantau lain di dunia.

Seoul terus menjadi bandar Asia paling mahal bagi ekspatriat diikuti dengan Tokyo, Yokohama dan Kobe di Jepun.

India pula menjadi semakin mahal, dengan ekonomi yang berkembang lebih pantas, dengan Mumbai dam New Delhi naik masing-masing ke tangga 14 dan 16 dalam senarai itu.

Di China keadaannya juga serupa, dengan Beijing dan Shanghai masing-masing naik ke tangga 13 dan 23 di Asia .

Islamabad merupakan lokasi di Asia paling murah bagi ekspatriat.

Laporan ECA itu dijalankan dua kali dalam setahun dengan membandingkan 128 barangan pengguna dan khidmat yang selalunya dibeli oleh ekspatriat di 300 lokasi di dunia.

Syarikat-syarikat berbilang negara menggunakan indeks itu bagi menentukan gaji para kakitangannya yang bekerja di luar negara.

Kos kehidupan bagi ekspatriat terjejas oleh inflasi, kadar tukaran asing , yang secara keseluruhan boleh menjejas pakej gaji mereka.

10 BANDAR TERMAHAL

DI ASIA

1. Seoul

2. Tokyo

3. Yokohama

4. Kobe

5. Hongkong

6. Taipei

7. Beijing

8. Shanghai

9. Singapura


10. Guangzhou

DI DUNIA

1. Luanda, Angola

2. Oslo, Norway

3. Moscow, Russia

4. Stavanger, Norway

5. Copenhagen, Denmark

6. Kinshasa, Congo Democratic

7. Seoul, Korea

8. Libreville, Gabon

9. Geneva, Switzerland

10. Central London, United Kingdom

* Singapura di tempat ke-132 paling mahal di dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 11:18 AM | Show all posts

Five bodies found in Cambodia after boating accident

Singapura : 27 November 2007         
         
'USAH GANGGU SAYA'


HUJUNG minggu lalu merupakan yang paling hitam bagi jurulatih pasukan bot naga negara, Enck Nasiman Haji Karim.

Selepas lima anak didiknya maut apabila bot yang dinaiki mereka tenggelam di Sungai Tonle Sap di Phnom Penh, Kemboja, Jumaat lalu, bapa tersayangnya pula meninggal dunia pada hujung minggu yang sama itu.

Encik Nasiman, 60 tahun, telah bergegas pulang kelmarin seorang diri untuk menguruskan jenazah Allahyarham.

Bagaimanapun, usaha Berita Harian untuk menemui beliau di flatnya di Bishan tidak berhasil.

Beliau hanya berhubung dengan akhbar ini melalui SMS, merayu agar beliau tidak diganggu.

'Minta maaf saya tak ada maklumat, tolong jangan hubungi saya lagi,' katanya dalam SMS tersebut.

Jiran-jirannya berkata, bapa Encik Nasiman yang tinggal bersamanya meninggal kerana sakit tua.

Selain menjadi jurulatih pasukan nasional, Encik Nasiman pernah mewakili negara dalam sukan mendayung dalam tahun 1970-an dan 80-an.

Beliau juga merupakan sebahagian anggota pasukan bot naga pertama republik ini.

Antara perlumbaan yang pernah disertainya termasuk di Kejohanan Terbuka Hongkong pada 1980.

Selain melatih pasukan negara, beliau turut melatih pasukan bot naga Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Maktab Rendah Kebangsaan (NJC).
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 04:23 PM | Show all posts
Car ablaze after plunging into drain, charred body found
Posted: 27 November 2007 1241 hrs
          

SINGAPORE: A person was killed after a car plunged into a drain by the side of Jurong Town Hall Road and caught fire early Tuesday.

The Singapore Civil Defence Force (SCDF) said its personnel extinguished the fire immediately and found a charred body in the driver's seat.

The victim was pronounced dead at the scene. Police are still verifying the victim's identity.

There were no other casualties in this incident.

The cause of the fire is under investigation. - CNA/ir
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 11:29 AM | Show all posts

Reply #1159 fatz's post

Singapura : 28 November 2007         

ANUGERAH CEMERLANG TAHAP NASIONAL

Natasha pemenang pertama Anugerah Pencapaian Khas bagi Kecemerlangan Mendaki


Oleh
Soraya Salim

YAYASAN Mendaki akan memperkenalkan satu anugerah baru bagi mengiktiraf kejayaan pelajar Melayu/Islam yang muncul terbaik di kohort mereka dalam peperiksaan nasional.

Ini termasuk di peringkat PSLE, GCE peringkat 'O' dan 'A', Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti.

Anugerah Pencapaian Khas bagi Kecemerlangan itu bahkan sudah pun mengenal pasti penerima pertamanya - Natasha Nabila Muhamad Nasir - pelajar terbaik yang telah memecahkan rekod PSLE tahun ini.

Anugerah itu akan diberikan semasa majlis Anugerah Mendaki tahun depan.

Anugerah baru itu juga turut akan diberikan kepada belia yang berjaya dalam arena sukan dan seni di peringkat serantau dan antarabangsa. Penerima anugerah akan menerima baucar tunai dan sijil.

Butiran lanjut tentang kriteria kelayakan akan didedahkan Mendaki tidak lama lagi.

Ini diumumkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, selepas beliau melawat Natasha Nabila dan keluarganya di flat mereka di Pasir Ris Street 51, malam tadi.

Menurutnya, anugerah itu berbeza daripada pengiktirafan lain Mendaki, seperti Anugerah Mendaki dan Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong.

'Selama ini, kita mendapati bahawa ada beberapa anak Melayu yang muncul sebagai nombor satu di peringkat nasional. Ini menunjukkan satu trend baru di kalangan masyarakat kita. Kalau trend ini bermula, saya rasa adalah tanggungjawab Mendaki dan masyarakat untuk menunjukkan sokongan kepada trend sedemikian,' katanya.

Memuji pencapaian dan kepintaran Natasha, beliau berkata ia sesuatu yang tidak dijangka dan yakin dia akan meraih kecemerlangan di masa hadapan.

Katanya, sokongan ibu bapa Natasha juga penting dalam mengembangkan potensinya.

Ibu bapa Natasha, Cik Zaharah Othman, seorang suri rumah, dan Encik Muhamad Nasir Atan, seorang teknisyen Singapore Airlines (SIA).

Natasha, 12 tahun, berkata: 'Dr Yaacob telah menyampaikan nasihat berguna kepada saya antara lain supaya terus bekerja keras setelah melangkah ke sekolah menengah.'

Cik Zaharah, 44 tahun, menambah keluarganya rasa amat berbesar hati dan bertuah kerana menerima kunjungan daripada Dr Yaacob.

'Pelbagai persiapan yang saya buat, termasuk menempah makanan dan membersihkan rumah saya,' katanya sambil tertawa.

Agregat Natasha 294 adalah tertinggi dalam masa 17 tahun sejak sistem PSLE sekarang ini dilaksanakan pada 1991.

Agregat tertinggi sebelum ini dicatat dalam 1993 apabila pelajar Sekolah Rendah Nanyang, Justin Lau Yang Zheng, memperolehi agregat 292.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 11:31 AM | Show all posts

Five bodies found in Cambodia after boating accident

Singapura : 28 November 2007         
         
JURULATIH MASIH MENITISKAN AIR MATA

Mohon kerjasama tidak diinterviu dahulu kerana terlalu emosi


Oleh
Farid Hamzah

EMPAT hari telah berlalu sejak tragedi yang mengorbankan lima pendayung pasukan bot naga negara berlaku di Kemboja.

Namun sehingga hari ini, jurulatih pasukan, Encik Nasiman Haji Karim, masih menitiskan air mata setiap kali mengenangkan kejadian bot terbalik itu.

Meskipun beliau cuba menahan sebak, jurulatih berusia 60 tahun itu masih sukar mengongsi tragedi yang menimpa anak didiknya semasa ditemui wartawan di flat lima biliknya pagi semalam.

Dengan berkopiah putih, beliau, yang masih bertubuh tegap, berkata:

'Apa yang dikisahkan dalam akhbar tentang bagaimana ia berlaku adalah benar. Saya memang berada di atas bot itu.'

Beliau terdiam sejenak sambil mengesat air matanya.

Ditanya sama ada beliau telah bertemu dengan Majlis Sukan Singapura (SSC), beliau menjawab:

'Belum lagi.

'Bagi ibu bapa dan mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang berlaku, akan diadakan satu siasatan menyeluruh dan butiran lanjut akan dikeluarkan kelak.'

Ditanya pula sama ada menjadi amalan para pendayung tidak memakai jaket keselamatan, dengan tenang Encik Nasiman menjawab:

'Memang biasa untuk kanakkanak yang belajar mendayung bot memakai jaket.

'Tetapi kami di peringkat nasional, tumpuan kami lebih kepada pertandingan dan tiada lain.'

Beliau terdiam sekali lagi sambil mengesat air matanya.

Bekas pendayung negara itu kemudian meminta wartawan agar tidak menemu ramahnya buat sementara ini memandangkan beliau masih terlalu emosional.

'Saya akan berbual apabila saya lebih bersedia nanti,' tambahnya sebelum meminta maaf dan mengucapkan terima kasih.

Encik Nasiman, yang pernah mewakili negara dalam sukan mendayung dalam tahun 1970an dan '80-an, juga adalah sebahagian anggota pasukan bot naga republik ini.

Antara perlumbaan yang pernah disertainya termasuk dalam Kejohanan Terbuka Hongkong pada 1980.

Selain melatih pasukan negara, beliau melatih pasukan bot naga Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Maktab Rendah Kebangsaan (NJC).

Hujung minggu lalu, selain lima anak didiknya terkorban dalam kejadian itu, bapa tersayangnya pula meninggal dunia.

Semasa ditemui, salah seorang jirannya Haji Dollah Salim, 73 tahun, berkata beliau turut menerima berita tentang kematian bapa Encik Nasiman.

'Namun, saya tidak dapat pergi kerana saya telah ke Pontian menghadiri satu majlis perkahwinan.

'Saya perhatikan beliau terlalu sugul untuk banyak berbual, jadi saya pun enggan bertanya lebih tentang kematian bapanya mahupun tentang kemalangan di Kemboja itu,' kata pesara itu lagi.

Menurut Haji Dollah, jirannya itu sering menghadiri solat di Masjid An-Nahdhah hampir setiap hari.

'Saya selalu melihat beliau di masjid setiap subuh. Selepas itu beliau bergegas pulang, mungkin untuk menghantar anakanaknya ke sekolah.

'Tetapi beliau bertegur sapa apabila bertemu saya,' katanya lagi.

Haji Dollah menambah bahawa Encik Nasiman, yang mempunyai empat atau lima orang anak, menetap di blok tersebut sejak sekitar 10 tahun lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bot Naga Singapura (SDBA), Laksamana Pertama (Bersara) Kwek Siew Jin, semalam berkata Encik Nasiman telah menjadi jurulatih sejak 18 tahun lalu dan juga merupakan anggota kumpulan bot naga negara ini.

'Beliau, yang cukup berpengalaman, juga mengemudi bot naga itu dan duduk di bahagian belakang bot tersebut,' tambah beliau lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 11:41 AM | Show all posts
Singapura : 28 November 2007        
         
BONUS HUJUNG TAHUN SEBANYAK DUA BULAN BAGI SEKTOR AWAM

KAKITANGAN sektor awam akan mendapat bonus hujung tahun sebanyak dua bulan, dengan mereka yang menunjukkan kelakonan baik akan menerima jumlah lebih tinggi.

Ini menyusuli keputusan pemerintah untuk membayar Komponen Berubah-ubah Tahunan (AVC) hujung tahun sebanyak satu bulan dan Elaun Tahunan Bukan Pencen (NPAA), atau gaji bulan ke-13, sebanyak sebulan.

Kakitangan yang telah mempamerkan kelakonan baik pula akan menerima Bonus Pertumbuhan pada Mac tahun depan.

Ini diumumkan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD), Pejabat Perdana Menteri (PMO), dalam satu kenyataan semalam.

Mengenai Bonus Pertumbuhan, PSD berkata pekerja yang menunjukkan prestasi baik akan menerima bayaran tambahan antara 0.5 bulan hingga 0.8 bulan.

Bonus yang baru diperkenal itu diberi semasa ekonomi tumbuh cemerlang dan bertujuan memperkukuh hubungan antara kelakonan dan gaji pekerja.

PSD berkata ekonomi tahun ini menunjukkan kelakonan lebih baik daripada yang dijangka, dengan pemerintah meramalkan pertumbuhan antara 7.5 peratus dengan 8 peratus.

Pada Julai lalu, pemerintah memberi kakitangan awam AVC pertengahan tahun sebanyak setengah bulan dan bayaran tambahan $220.

Oleh itu, jumlah komponen berubah-ubah bagi 2007 adalah 2.5 bulan campur $220, tidak termasuk Bonus Pertumbuhan.

Dengan Bonus Pertumbuhan, pekerja boleh menerima bonus tiga bulan campur $220 tahun ini, berbanding 2.7 bulan campur $220 tahun lalu.

Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Halimah Yacob, berkata: 'Bonus lebih tinggi itu menandakan pengiktirafan kuat bagi kakitangan awam, yang telah bekerja keras, dan juga sebagai galakan agar mereka bekerja dengan lebih berkesan.'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2007 11:58 AM | Show all posts

Reply #1176 fatz's post

alhamdullilah... kayo makcik
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 01:01 PM | Show all posts

Reply #1169 fatz's post

Five bodies found in Cambodia after boating accident


one of the victims is my colleague's son
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 02:47 PM | Show all posts

Reply #1177 virgomal's post

alhamdullillah..rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 05:52 PM | Show all posts
Only biometric passport holders allowed visa-free entry into US
Posted: 28 November 2007 1635 hrs
         


SINGAPORE : The US embassy says passports issued or extended after 26 October 2006 must be biometric in order for Singaporeans to enjoy visa-free entry into the US.

Holders of non-biometric passports who wish to travel to the US can check directly with the US Embassy on their entry requirements.

Alternatively, they may consider applying for the biometric passport or BioPass to enjoy visa-free entry to the US.

Singapore started issuing biometric passports since 15 August last year.

ICA says non-biometric passports are still valid for travel. However, visa requirements are determined by the foreign immigration authorities concerned.

More information is available at ICA's website.

- CNA /ls
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.078130 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list