|
♥Istana V Faizal Ramly♥ Disebalik tabir Momok The Movie @ Astro Ria
[Copy link]
|
|
Tak pe lah pok cik....insya'ALLAH rezeki dak ni akan ade.....kita doakan bersama |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua..................selamat deepavali.... |
|
|
|
|
|
|
|
huh... udah kebelakang ropernya thread nih... dah lama tak menjengah sini... salam semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Salammmmmmmmmmm semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa epi DISEMBER Dushummmmmmmm ujan ooooooo ujan..............banjirrrrrrrrrrrrrr yehaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
salam i malaysia...........MERRY CHRISTMAS!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
rindunya kat faizal |
|
|
|
|
|
|
|
salam warga istana,
Rindu teramat sangat kat kalian semua...tapi ape nak buat masa tak mengizinkan |
|
|
|
|
|
|
|
akak masih ade cuma sekarang buat event...silalah jengok kat akak nyer website...Twinslightbulb.com...kalau ade me |
|
|
|
|
|
|
|
latest article pasal Faizal.....enjoyzzzz!!
Rabu Disember 7, 2011
'Lena Di Khayalan' Pengubat Rindu Faizal AF4
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Faizal ketika mendendangkan lagu Watimang Landak di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa, Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Mohammad Faizal Ramly (Faizal AF4) yakin kemunculan lagu barunya berjudul Lena Di Khayalan pada hujung tahun ini bakal menjadi pengubat kekecewaannya.
Menurut Faizal, dia agak kecewa apabila lagu Watimang Landak yang pernah dipopularkan dalam album pertamanya kurang mendapat sambutan pendengar.
“Lagu Watimang Landak sudah lama berada di pasaran namun lagu itu kurang diputarkan di radio.
“Insya Allah, saya yakin lagu Lena Di Khayalan yang menjadi single terbaru saya pada hujung tahun ini akan mendapat sambutan,” katanya kepada mStar Online.
Lagu Lena Di Khayalan yang bergenre pop balada itu digubah oleh Awang BPR manakala liriknya ditulis oleh Alfa Booty.
Tambahnya: “Lagu Watimang Landak itu mungkin tidak menjadi tarikan di kalangan pendengar.
“Orang kata, kalau rezeki kita, tetap akan menjadi rezeki kita. Penyokong tidak tahu bahawa lagu tersebut telah diubahsuai kepada muzik country yang lebih menarik.
“Selepas lagu ini dipersembahkan di Konsert Akhir Reunion AF, maka terpulanglah kepada pendengar untuk menilai atau meminati lagu tersebut.”
Faizal yang memenangi Anugerah Komedi menerusi lagu Watimang Landak di Konsert Akhir Reunion AF di AEON AU2, Setiawangsa di sini, Sabtu lalu turut mengundang tiga penyanyi latar iaitu Falah Bassim, Fahd Ezuan dan Deen Hasumi untuk bersamanya.
Ketiga-tiga penyanyi itu yang juga berasal dari Terengganu turut menjayakan beberapa persembahan bersama-sama Faizal di negeri tersebut termasuk di Sabah dan Sarawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum Warga Istana...Lama den tak tinggal jejak kat sini...harap2 sihat2 semuanya... Den masuk sat tuk post artikel yang den jumpa setakat nih....Thanks Along for the previous artikel....
Sumber Harian Metro 07 December 2011
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekian...Selamat Berforum dengan aman... |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Berita Harian 06 December 2011
|
|
|
|
|
|
|
|
Published: Rabu Februari 8, 2012 MYT 2:35:00 PM
Updated: Rabu Februari 8, 2012 MYT 2:49:14 PM
Faizal (AF4) Menghilang Kerana Dikhianati Kawat Rapat
Oleh FARIK ZOLKEPLI
Faizal tidak tahan dengan tohmahan selepas dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Foto ZABIDI TUSIN
KUALA TERENGGANU: Juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Mohammad Faizal Ramly atau Faizal menjelaskan kehilangannya dalam industri seni tempatan sejak tiga tahun lalu adalah kerana dikhianati oleh kawan rapatnya.
Tanpa mahu menjelaskan apakah sebab itu, Faizal memberitahu ujian yang melanda dirinya merupakan satu pengalaman berharga untuk dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Saya menjadi lebih baik kerana kejadian tragis yang menimpa saya itu disebabkan perbuatan kawan rapat. Ia menjadi pelajaran berharga buat saya,” katanya kepada The Star di sini, Rabu.
Penyanyi berusia 28 tahun ini memberitahu, antara faktor lain dia menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan tohmahan selepas dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sedikit masa dahulu.
Walaupun tidak bimbang dengan dakwaan itu namun ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.
“Saya tidak nafikan sedikit tertekan dengan pelbagai dakwaan serta gosip tidak berasas namun saya mampu menempuhi ujian tersebut,” ujarnya.
Sementara itu Faizal yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia tidak pernah melupakan dunia seni serta peminatnya dan berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi.
Justeru dia sekarang sedang sibuk dengan pembikinan single terbaru bekerjasama dengan komposer Awang BPR.
“Saya akan memilih lagu terbaik yang akan dikeluarkan pada bulan April nanti,” katanya.
Ditanya adakah selama ini beliau lupa diri dan tenggelam dengan populariti dunia glamor, Faizal memberitahu apa yang penting selama bergelar artis dia sudah belajar bagaimana untuk mengendalikan tekanan hidup selain berusaha menjadi lebih matang sebagai seorang penyanyi.
“Yang pasti, saya akan kembali dan terimalah saya seadanya,” katanya.
Kali terakhir Faizal muncul menerusi filem Pulau Asmara yang ditayangkan pada 17 Disember 2009. |
|
|
|
|
|
|
|
dari Kosmo Online....
Faizal AF belum pupus
Oleh MUSTAPA LAKAWA
FAIZAL bakal muncul dengan tiga buah single pada bulan April ini.
MELIHAT sisi fizikal lelaki ini, tidak banyak yang berubah. Dari gerak tubuh sehinggalah kepada nada percakapannya, dia tenang berinteraksi. Seolah-olah tiada masalah yang dihadapinya.
Namun, dari sisi lain, pemilik nama Mohammad Faizal Ramly ini sebenarnya menyimpan seribu kisah. Kisah yang mungkin sukar untuk didedahkan kepada umum atas kapasitinya sebagai seorang suami dan seorang bapa.
Lantas, sikap rendah dirinya itu telah memakan diri. Dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghambur segala bentuk gosip semata-mata untuk mematikan aura juara program realiti Akademi Fantasia musim keempat itu.
Secara realitinya, Faizal tetap menerima hakikat itu dan mengakui personaliti kampung yang dipegangnya selama ini hampir sahaja membunuh kariernya sebagai anak seni.
Kini, selepas tiga tahun memendam rasa, penyanyi yang juga pelakon berusia 28 tahun ini sudah bersedia. Dalam erti kata lain, Faizal sudah cukup ilmu untuk berdiri di saf depan dalam misi menyambung perjuangannya sebagai seorang artis.
“Hilangnya saya tidak bermakna karier saya telah berakhir. Orang boleh bercakap apa sahaja dan menabur fitnah sebanyak mana, tetapi saya adalah saya. Saya tidak perlu menjadi hipokrit untuk berada di hadapan. Cukuplah selama ini saya bersabar dan hanya mampu mendengar cakap-cakap orang,” kata anak kelahiran Marang, Terengganu ini dalam satu pertemuan khas bersama Kosmo! di Hotel Sumai, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Berpaksikan niat untuk mencari rezeki yang halal, Faizal yang pernah muncul dalam filem Momok The Movie dan Pulau Asmara secara jujur mendedahkan yang dia begitu rindukan dunia hiburan. Rindu untuk bertemu peminat dan rindu untuk membuat persembahan.
Bagaimanapun, Faizal akui beraksi di lapangan hiburan ini ibarat bertempur di medan perang. Baginya, setiap kecacatan yang diperbuat pasti akan menerima kesan buruk daripada pihak lain.
Justeru, tempoh tiga tahun yang dianggapnya sebagai tempoh ‘berehat’ selama ini akan dipergunakan untuk dia tampil lebih bersemangat.
“Saya berada dalam lapangan ini atas kehendak peminat. Peminat yang julang saya sehingga menjadi juara. Bagaimana mungkin saya boleh lupakan kerjaya yang telah mengubah hidup saya.
“Tetapi untuk kembali selepas tiga tahun menyepi, ia bukanlah kerja mudah. Saya perlu lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi apa juga cabaran. Sebab itulah saya perlukan masa sebelum mengumumkan kehadiran semula saya dalam industri ini,” ujarnya jujur.
Ditanya persoalan ke mana menghilangnya insan bernama Faizal ini selama tiga tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Lihatlah ini tegas dengan pendiriannya bahawa apa yang dilakukannya selama ini adalah atas faktor peribadi.
Malah katanya, keputusan dirinya untuk tidak tampil secara terbuka di mana-mana persembahan mahupun sidang media bukanlah semata-mata mahu lari dari realiti sebenar, tetapi lebih kepada keputusan bijak untuk meredakan keadaan.
Kata Faizal, banyak perkara yang perlu diselesaikan selama tempoh rehat itu termasuklah menguruskan keluarganya bersama isteri, Nur Asyikin Mansor dan anak tercinta, Nur Alia Damia yang kini berusia dua tahun.
“Ada orang kata saya sengaja menghilangkan diri kerana terlibat dalam perlbagai perkara yang tidak baik, tetapi tidak sebenarnya. Saya hanya berehat dan mencari ilham untuk membuat lagu. Saya tidak lari ke mana-mana dan saya masih seperti dahulu,” katanya.
Justeru, Faizal menagih budi baik semua pihak agar tidak melabelnya sebagai artis bermasalah hanya kerana tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya.
Jelasnya, cukuplah selama ini dia berdiam diri tanpa memberi tindak balas di atas segala gosip yang menimpa.
“Banyak hati yang perlu saya jaga dan kini saya sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. Janganlah hanya kerana fitnah-fitnah itu, periuk nasi saya dalam industri terjejas,” katanya lagi.
Sebagai permulaan kata Faizal, dia kini lebih bersedia untuk bergerak solo tanpa bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman.
Perancangan awal katanya, dia bakal tampil dengan tiga buah lagu baharu yang mendapat sentuhan pemuzik terkemuka, Awang BPR dan Aidil AF.
“Tiga lagu ini yang akan dimuatkan dalam album single saya bakal menemui peminat pada bulan April ini. Ia berkonsep rancak, pop balada dan balada. Saya cuma berharap lagu-lagu ini akan diterima baik kelak,” katanya.
Dalam pada itu, Faizal juga menjelaskan dia sedia menerima persaingan daripada artis-artis muda sedia ada termasuk dari segi penampilan.
“Mungkin saya perlu mengubah sikit penampilan agar kehadiran saya ini diterima oleh orang ramai,” ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|