|
Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiun fil ardi fis sama’ie, wahuwas sami’ul ‘alim
Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiun fil ardi fis sama’ie, wahuwas sami’ul ‘alim
Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiun fil ardi fis sama’ie, wahuwas sami’ul ‘alim
Rasanya gue pernah cerita pasal keris kayu ni, tapi malas nak kodek2 kat celah mana gue cerita dulu.
Masa tu gue sedang berkelah di hutan lipur ulu yam bersama wife dan rakan2 dan cosmos yg masih besar kacang peas (x tau pun dia ada time tu..hahhaha).
Tengah syok2 berkelah sambil mencari lokasi best untuk mandi manda, gue melilau kat celah2 tebing sungai tu (cari port berak kot). Gue naik syok pulak tengok buih2 yang kuar dari lubang2 mata air panas kat tepi2 tebing tu…sesambil tu gue rasa dah agak jauh dari port kitaorang parking berendam tadi tapi still kedengaran bunyik suara derang bergelak ketawa bersembang2.
Bila sampai kat tempat batu2 besar, gue rasa mcm ada something yg suruh gue patah balik, dah jauh katanya. So gue pun berundur..dan time tu la ada sebijik kayu, bulat mcm batu cincin bergerak melawan arus ke arah kaki gue..gue pun tebus dan amik kayu tu, mmg teras kayu apa jenis gue x tau la..gue belek2 dan gue tanya, “bro..lu pahal datang kat gua ni? Lu apa barang? Kalu lu rasa serasi ngan gue, lu tunjuk la” then gue pun letak la balik kat permukaan air tu..berdesup dia hilang dibawa arus air..pelik kan? Tadi baik punya terapung, bukan gabus..kayu…agak berat lak tu..
Baru gue nak melangkah, kaki gue mcm terpacak dalam pasir sungai tu..”ya ampunn…apa pulak ni?” Cantek je dia dtg, berkolek2 mcm belida melawan arus…dalam hati gue “berat ni!”
Bila dah dekat ngan kaki gue, baru gue nampak bentuk fisikal benda tu..kayu lagi? Bagi la emas ke permata ke? Duit jepun ke…ni kayu je?
Bila ingat kat pesanan paman gue, kalu dia nak dtg, dia dtg, kalu dia x nak dtg jgn berharap…so bila first time tadi gue reject dia hilang maknanya bukan gue punya, yg ni pun gue tanya juga…sebelum sempat gue nak pegang, dia pelan2 tenggelam ke dlm air, elok je terpacak..
Gue angkat dan teliti, bentuknya mcam keris, siap berhulu selengkapnya..tapi ni kayu bukan keris….kayu semata2! Gue pun bawak la balik, sampai rumah gue x bawak masuk dalam rumah untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. Mana lah tau ada setan yg duduk dlm kayu tu..gue biarkan kat luar rumah selama 3 hari 3 malam, sebab kalu ada apa2 atau pun milik sapa2 mesti dia datang minta pulangkan balik ketempat asal dia..tapi so far so good!
Malam ke empat, gue bawak tidur, letak bawah bantal…gue teringin nak tau apa isi dia, sapa duduk dalam itu kayu. Malam tu, dia datang tanpa segan silu…lembaga hitam besar tinggi melangit sampai gue x nampak muka dia. Kata dia, dia yang bagi aku kayu tu..zupp! hilang..duduk bersimpuh anak2 muda, 3 laki2 4 perempuan…bila aku tengok muka masing2 semua tertunduk diam. X de sepatah ayat pun keluar dari mulut derang..aku pusing keliling derang, senyap lagi…masa tu aku terus terjaga. Bila tengok kanan kiri semua ok, gue cuba sambung tido, tapi kali ni..derang start membebel, berdengung2 telinga aku..x paham pun apa derang cakap..mcm masing2 dok salahkan masing2..mcm bergaduh..ha! tu la ko punya pasal la ni, apa pulak? Dia la punya pasal..lebih kurang gitu la..
Aku tanya Wak Sarip, dia kata kayu tu x de guna…buang je la bagi dia jumpa orang lain..x serasi ngan aku katanya. Bila aku tanya apa guna dia, dia senyum je..”Allah..x payah tau…leceh la benda ni”
Aku pun dah lama x amik tau pasal kayu tu, Cuma kadang2 bila kaki terasa sengal2, aku urut pakai kayu tu…ok juga..
Then baru2 ni, aku bagi kayu tu kat jaga indon kat tempat aku ni, aku soh dia test kayu ni..kalau ada apa2 bagitau..2-3mlm lepas tu dia test, “ bang, kayu apa ni? Aku mimpi ada 5 orang, jalan macam x jejak tanah, berayun2 mcm kena tiup angin..mcm orang cacat! Dia marah aku sebab tengok2 diorang, bila aku bangun rasa macam ada orang sembang2 kat luar kongsi, aku tengok x de orang” jawapan aku..”padan la muka ko!”…kayu tu still ada kat dia…nanti aku amik balik..aku amik gambo aku tepek kat sini..sapa nak beli, aku jual RM5juta! Hahhhhahahhah.. |
|