CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
 Author| Post time 9-6-2004 09:13 AM | Show all posts
Mahkamah Syariah: Wanita mengandung dicekup dalam serbuan 態ar Korek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2004 09:18 AM | Show all posts
apa nak jadi dgn malaysia skrg ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2004 09:22 AM | Show all posts
macam tu la kuceku.... semuanya rasa macam tak selamat dah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2004 08:25 AM | Show all posts
DNA mayat tahanan, Francis tidak sepadan
Oleh Opat Rattanachot

KUALA LUMPUR 9 Jun - Polis mengesahkan ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas mayat seorang lelaki dipercayai melarikan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, 16 April lalu, tidak sepadan dengan G. Francis Udayappan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Bulat berkata, keputusan tersebut adalah analisis awal yang diperoleh daripada pakar patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.

Bagaimanapun katanya, polis kini memerlukan kerjasama daripada ibu mangsa, Sara Lily George untuk menghantar sampel darah bagi membolehkan ujian DNA berkenaan dijalankan semula.

``Sebelum ini, beberapa sampel telah diambil daripada bapa mangsa, tetapi keputusan yang diperoleh adalah tidak sepadan dengan profil DNA Francis.

``Oleh itu, mayat berkenaan kini tidak dapat disahkan dan kita memerlukan kerjasama daripada Sara Lily untuk menghantar sampel kepada pihak PPUM,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Sara Lily sebagai berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan PPUM dan polis kerana tidak membenarkan mayat tersebut dibawa pulang untuk urusan pengkebumian.

Menurut Sara Lily, mayat lelaki yang dipercayai anak lelakinya tidak dibenarkan dibawa keluar walaupun ujian DNA sudah dijalankan.

Abdul Aziz berkata, berdasarkan prosedur biasa, sesuatu mayat yang belum disahkan, tidak dibenarkan dibawa keluar dari bilik mayat sehinggalah identitinya disahkan menerusi kaedah perubatan.

``Kita sebelum ini telah meminta Sara Lily untuk menghantar sampel bagi membolehkan ujian DNA dijalankan. Bagaimanapun, beliau nampaknya agak keberatan berbuat demikian,'' jelasnya.

Katanya, polis juga memandang serius kes tersebut memandangkan ia melibatkan seseorang tahanan yang dipercayai telah melarikan diri daripada lokap.

Pada 16 April lalu, Francis, 23, dipercayai telah memboloskan diri dari lokap dengan melompat keluar dari tingkat satu balai IPD Brickfields dan melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai.

Bagaimanapun, pada 23 Mei lalu, polis menjumpai mayat seorang lelaki dipercayai Francis berdasarkan keadaannya yang memakai baju kemeja-T bertulis Lokap Polis Kuala Lumpur di Sungai Klang, berhampiran Taman Angkasa, Batu 6, Puchong.

Mayat tersebut kemudian dihantar ke PPUM untuk tujuan bedah siasat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2004 08:26 AM | Show all posts
Peniaga dituduh tembak pemilik kedai
KUALA LUMPUR 9 Jun - Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas tuduhan melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang pemilik kedai emas ketika merompak premis tersebut.

Hasarudin Hasan, 35, juga seorang broker bebas, didakwa melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol jenis .38 Smith & Wesson dengan niat hendak menyebabkan kecederaan atau kematian ke atas Buyung Enek Sidi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.40 tengah hari, 8 April lalu di kedai emas ANS di Lot 1592M-2, Kampung Tengah, Batu 6 1/2, Gombak dekat sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 itu dikemukakan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Ramle Bakar.

Jika disabitkan kesalahan, Hasarudin yang ditangkap pada 24 April lalu itu boleh dikenakan hukuman mati.

Majistret Nur Azhar Kassim tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada tertuduh kerana kes itu akan dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam kelak.

Beliau bagaimanapun menetapkan sebutan semula kes pada 16 Julai ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2004 08:27 AM | Show all posts
Gaduh: Lima warga Indonesia direman
KUALA LANGAT 9 Jun - Polis hari ini menahan reman lima rakyat Indonesia berketurunan Aceh yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di Bukit Kechil Sri Cheeding Ahad lalu hingga menyebabkan tiga orang terbunuh termasuk seorang bayi perempuan berusia satu setengah tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Supritendan Fauzi Nayan berkata, perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noridah Adam di Mahkamah Majistret Teluk Datuk pagi ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

``Mereka akan ditahan selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian pergaduhan di Bukit Kechil Sri Cheeding pada kira-kira pukul 7.30 malam Ahad lalu,'' katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, sekumpulan 50 lelaki warga Indonesia keturunan Aceh telah menyerang kawasan rumah kongsi pendatang keturunan Flores dan membunuh tiga orang.

Pergaduhan yang berpunca kerana tidak puas hati dan bermotifkan balas dendam itu juga telah menyebabkan tiga daripada 10 rumah kongsi serta beberapa buah motosikal milik keturunan Flores dibakar.

Ekoran itu, satu operasi bersepadu oleh polis, Pasukan Gerakan Am dan Rela telah diadakan pada pukul 7 pagi semalam di kawasan tersebut dan telah menahan 33 warga Indonesia keturunan Aceh, Madura dan Flores.

Menurut Fauzi, 28 lagi tahanan tidak akan direman tetapi pihaknya akan mengambil tindakan mengikut Akta Imigresen sekiranya betul mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Katanya lagi, pihaknya juga masih meneruskan usaha bagi memburu saki-baki warga Indonesia yang terlibat dalam pergaduhan tersebut yang kini dipercayai masih bersembunyi di kawasan sekitar Banting.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat di mana suku Aceh itu berada diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-6-2004 08:27 AM | Show all posts
Kassim mengaku tidak salah tuduhan cederakan adik ipar
KUCHING 9 Jun - Seorang penjual mi, Abdul Kassim Idris, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan mencederakan adik iparnya, yang sedang hamil tujuh bulan di Jalan Matang di sini, pada 25 Mei lalu.

Dalam tuduhan pertama, Abdul Kassim, 37, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kampung Selang, Jalan Matang pada kira-kira pukul 3 petang, menggunakan sebilah gunting hingga menyebabkan kecederaan serius kepada Masni Sapong, 21.

Dia juga menghadapi tuduhan kedua iaitu menikam perut Masni di tempat yang sama menggunakan gunting dan boleh menyebabkan kematian kepada mangsa dan anak dalam kandungannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi tuduhan kedua, Abdul Kassim didakwa mengikut Seksyen 326 kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda dan sebatan.

Hakim Yew Jen Kie membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 oleh dua penjamin serta menetapkan 7 Mac tahun depan sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Mohammad. Nor Halizi Awang manakala tertuduh diwakili peguam Anthony Tai.

Mengikut fakta kes, sebelum kejadian, mereka dipercayai bergaduh di rumah mangsa dan lelaki terbabit yang gagal mengawal kemarahannya dikatakan menikam perut, dada dan leher mangsa dengan gunting.

Mangsa sudah dibenarkan keluar daripada Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas menjalani pembedahan, baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2004 08:17 AM | Show all posts
Eksekutif bank lesap wang RM1.9j
Oleh Fazli Abdullah


SEPANG: Seorang eksekutif kewangan sebuah bank melesapkan wang seorang jutawan berjumlah kira-kira RM1.9 juta dengan melakukan lebih 100 pengeluaran secara tidak sah ke atas akaun peribadi mangsa dalam tempoh hampir tiga tahun.
I k l a n




Eksekutif berusia 31 tahun itu yang bertugas di cawangan Gombak, dikatakan membuat pengeluaran antara RM2,000 hingga RM355,000 ketika jutawan berkenaan ke luar negara sejak awal 2001 hingga September 2003.

Bagaimanapun, eksekutif itu yang sudah berkhidmat selama lima tahun di bank berkenaan, meletakkan jawatan dan menghilangkan diri sebaik kegiatannya disedari pihak pengurusan bank itu. Jutawan itu pula hanya mengetahui wangnya dilesapkan selepas dimaklumkan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Abu Bakar Mustafa, berkata polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

揝iasatan awal polis mendapati eksekutif itu mengeluarkan wang dengan memalsukan slip pengeluaran ketika pemilik akaun berkenaan ke luar negara,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2004 08:19 AM | Show all posts
Edisi Tengah: Peragut tikam pekerja kilang

Oleh Muhamad Safar Ahmad dan Sulaiman Salleh
[email protected]

SEREMBAN: Seorang wanita parah ditikam tiga kali dengan pemutar skru oleh seorang lelaki semata-mata kerana mahu mempertahankan beg sandangnya daripada diragut.

Mangsa, Ros Saliza Burhan, 23, pekerja industri di Senawang, dekat sini, pengsan akibat pendarahan yang banyak.

Menceritakan semula kejadian itu, beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 malam kelmarin ketika dia dalam perjalanan menunggu bas pekerja dari rumahnya di Taman Seremban Jaya, dekat sini.

Menurutnya, kira-kira 500 meter dari jalan besar, dia dihampiri dua lelaki menunggang motosikal dari belakang sebelum seorang daripada lelaki berkenaan meragut begnya.

揅ubaan pembonceng motosikal itu gagal kerana saya memegang erat beg. Dia kemudian turun dari motosikal dan merampas beg.

揝aya melawan lalu berlaku pergelutan sebelum rakannya yang menunggang motosikal memberi amaran akan melanggar saya jika enggan melepaskan beg itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2004 08:19 AM | Show all posts
Edisi KL: Pemuda warak positif dadah

Oleh Mohammad Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]

GOMBAK: Penampilan warak seorang pemuda yang didapati memakai kopiah dan baju Melayu ternyata gagal mengaburi polis apabila dia disahkan positif mengambil dadah.

Dia diarah menjalani ujian air kencing dalam operasi khas terhadap pengguna Lebuhraya Karak, pagi semalam.

Dalam operasi 揙ps Bersepadu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2004 08:21 AM | Show all posts
Edisi Selatan: 12 dibuang daerah

Oleh Efindi Badarudin
[email protected]

JOHOR BAHRU: Seramai 12 lelaki bookie judi bola sepak yang menganjurkan pertaruhan haram membabitkan berjuta ringgit di negeri ini dikenakan tindakan buang daerah minggu lalu.

Harian Metro difahamkan, 12 lelaki terbabit menjalankan kegiatan mereka sejak tahun lalu dan mengulanginya semula walaupun polis sudah mengenakan tindakan terhadap mereka.

Difahamkan, 12 lelaki itu yang menjadi dalang atau ketua sindiket pertaruhan haram berkenaan dikenakan tindakan mengikut Akta Kediaman Terhad selepas polis mendapat arahan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).

Ketua Polis Johor Datuk Mohammad Amir Sulaiman ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan polis sudah mengambil tindakan membuang daerah terhadap 12 lelaki berkenaan.

Menurutnya, semua lelaki itu dikenakan tindakan buang daerah minggu lalu selepas polis mendapat arahan daripada KKDN untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan sedemikian.

Katanya, kebanyakan mereka dikenakan tindakan itu melakukan kesalahan lampau dan tidak serik mengulangi perbuatan haram berkenaan dengan menjalankan semula kegiatan menyalahi undang-undang.

揚olis Johor memandang serius perbuatan jenayah seumpama itu kerana sindiket berkenaan seolah-olah tidak takut dengan undang-undang dan meneruskan kegiatan haram mereka.

揓adi bagi menghalang kegiatan haram ini berterusan kita mengambil tindakan buang daerah terhadap mereka,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2004 08:39 AM | Show all posts
Murid Tahun Enam dakwa dirogol bapa tiri


LUBUK ANTU (Sri Aman): Seorang murid perempuan Tahun Enam membuat laporan polis di sini semalam, mendakwa dirogol bapa tirinya Khamis lalu.
I k l a n




Murid berumur 12 tahun dari sebuah rumah panjang di sini hanya memberitahu kejadian itu kepada ibunya petang kelmarin, selepas beberapa kali didesak berikutan perubahan tingkah laku mangsa.

Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Tingau Luna, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, polis sedang menyiasat kes berkenaan. Belum ada Tangkapan dibuat.

Menurut sumber, selepas kejadian Khamis lalu, mangsa kelihatan murung dan enggan bercakap, yang menyebabkan ibunya yang mengahwini lelaki berusia 30-an mengesyaki sesuatu.

"Selepas didesak, akhirnya petang kelmarin, mangsa sambil menangis memberitahu, bapanya merogolnya," katanya.

Ibu mangsa membawanya membuat laporan polis di Lubuk Antu pagi semalam dan mangsadihantar ke Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk pemeriksaan lanjut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2004 08:39 AM | Show all posts
Bapa ayam 62 tahun ditahan


PONTIAN: Polis menahan dua wanita warga negara Thailand dan seorang lelaki rakyat tempatan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di sebuah rumah di Taman Sri Maju, di sini, malam kelmarin.
I k l a n




Bagaimanapun, seorang lelaki tempatan lain dipercayai pelanggan dibebaskan selepas keterangannya diambil polis, dalam serbuan kira-kira jam 7.30 malam itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Radzak Abdul Ghani, berkata serbuan dengan kerjasama pasukan Rela itu adalah hasil maklumat orang ramai.

揔ami berjaya menahan dua wanita yang mempunyai pasport Thailand berusia 29 dan 35 tahun, seorang lelaki tempatan dipercayai bapa ayam berusia 62 tahun dan seorang lelaki rakyat tempatan dipercayai pelanggan.

揃agaimanapun, pelanggan terbabit yang ditahan ketika bersama seorang wanita asing di dalam bilik dibebaskan selepas kenyataannya diambil polis.

揇ua wanita rakyat asing dan bapa ayam itu kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan polis.

揃apa ayam terbabit akan didakwa mengikut Sekysen 373(a) Kanun Keseksaan kerana melakukan kegiatan pelacuran.

揇ua wanita Thailand itu akan didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2004 08:40 AM | Show all posts
Pasangan kekasih dibunuh
Oleh Fazallah Pit


BANTING: Sepasang kekasih warga asing mati dibunuh dipercayai dipukul menggunakan benda tumpul di sebuah rumah di Jalan Mempelam, Taman Seri Jarum di sini, dalam tempoh 24 jam lalu.
I k l a n




Mayat Mad Sohel Abu Bakar, seorang warga Bangladesh dan pasangannya yang belum dikenal pasti identitinya, ditemui bergelimpangan dan berlumuran darah berikutan kecederaan teruk di kepala.

Pembunuhan itu hanya diketahui selepas beberapa jiran mangsa dikatakan nampak kesan darah mengalir dari pintu dapur, sebelum menghubungi polis, kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan Mohammad Mustafa Bidin, berkata mayat Mad Sohel ditemui di dapur manakala mayat wanita yang dipercayai warga Indonesia dijumpai di tandas.

Katanya, Mad Sohel dan wanita terbabit, masing-masing berusia lingkungan 30 dan 25 tahun itu dipercayai menyewa rumah dua tingkat itu kira-kira dua bulan lalu.

Beliau berkata, polis percaya rumah berkenaan turut didiami beberapa warga asing lain dan pihaknya sedang menjejaki mereka bagi membantu siasatan kes itu.

"Tiada kesan pecah masuk tetapi ia berkunci dari luar dan tiada kehilangan barang berlaku di rumah itu. Kita yakin pembunuhan itu dilakukan orang yang mangsa kenali," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mohammad Mustafa berkata, kedua-dua mangsa dipercayai pasangan kekasih berdasarkan tulisan dalam diari di rumah itu yang ada mengandungi perkataan `I Love You' (Saya Cinta Awak).

Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang senjata yang digunakan manakala motif kejadian belum diketahui berikutan siasatan baru bermula.

Ditanya sama ada wujud kemungkinan pembunuhan itu bermotifkan jenayah asmara, Mohammad Mustafa berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu tetapi teori itu belum dapat disahkan pada peringkat ini.

"Kita percaya kedua-dua mangsa sudah mati dalam tempoh 24 jam lalu dan mayat mereka dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat bagi mengetahui punca dan waktu kematian mereka," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2004 08:43 AM | Show all posts
Mangsa ragut koma -- Kes terbaru libatkan kerani wanita, selepas seorang mati bulan lalu
Oleh: JAAFAR AHMAD

JOHOR BAHRU 13 Jun - Kes ragut semakin menjadi-jadi di negara ini apabila seorang lagi wanita menjadi mangsa ragut dan kini sedang bertarung dengan maut kerana cedera parah setelah beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal di Taman Molek, di sini malam tadi.

Chong See Cheng, 37, kerani akhbar Nanyang Siang Pau di sini, dirawat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru dan dalam keadaan koma akibat cedera di kepala.

Sehingga malam ini, keadaannya dilaporkan kritikal dan bergantung kepada alat sokongan oksigen.

Kejadian berlaku kira-kira 7 malam, ketika mangsa bersama suaminya, Tan Fook Yee, 35, menyeberangi jalan untuk pergi ke sebuah kedai perabot di Jalan 1/9, Taman Molek.

Dua lelaki menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi bernombor pendaftaran Singapura tiba-tiba meragut beg tangan mangsa menyebabkannya terjatuh di atas jalan raya lalu pengsan.

Ini adalah kejadian kedua dan hampir sama, berlaku dalam tempoh tiga minggu yang membabitkan kematian dan kecederaan serius ekoran kejadian ragut.

Pada 23 Mei lalu, seorang wanita, Chin Wai Fun, 38, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas koma lebih 17 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan seorang penunggang motosikal yang cuba meragut beg tangannya di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur.

Insiden terbaru ini mengundang kebimbangan baru terhadap kes-kes ragut yang secara puratanya mencatat 15,798 kes sepanjang tahun lalu di seluruh negara.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 3,436 kes ragut dicatatkan.

Sementara itu, Fook Yee, seorang penyelia kilang cetak di Tampoi berkata, mereka ke kedai itu untuk mencari perabot bagi kegunaan rumah baru yang dibeli di Taman Desa Tebrau beberapa bulan lalu.

``Sebelum menyeberangi jalan saya ternampak tiga lelaki dengan dua buah motosikal berkuasa tinggi tidak jauh dari tempat kami meletak kereta di kawasan tersebut,'' katanya.

Menurutnya, kedua-dua motosikal itu kemudian menghala ke arah mereka yang mana salah seorang daripada penunggang motosikal itu meragut beg tangan isterinya.

``Kejadian itu berlaku sekelip mata dan saya hanya menyedarinya setelah ternampak isteri saya jatuh,'' katanya.

Beliau berkata, beg tangan isterinya yang mengandungi sejumlah wang tunai berjaya dilarikan oleh penjenayah terbabit.

Menurut Fook Yee, pada mulanya beliau membawa isterinya untuk rawatan di sebuah klinik swasta di Taman Johor Jaya tetapi kemudian mengejarkannya ke hospital atas arahan doktor.

Beliau berkata, sehingga petang ini kejadian itu belum dilaporkan kepada polis, tetapi akan dilakukan sedikit masa lagi.

Pasangan tersebut mempunyai sepasang anak berusia empat dan tiga tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2004 08:43 AM | Show all posts
Pelumba haram pukul suami isteri, terbalikkan kereta
IPOH 13 Jun - Berpuluh-puluh pelumba motosikal haram bertindak menyerang dan mencederakan sepasang suami isteri sebelum menterbalikkan kenderaan milik pasangan itu selepas satu kemalangan kecil di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi di Taman Ipoh Garden South, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Jalan Sultan Azlan Shah apabila sebuah motosikal secara tiba-tiba melanggar Perodua Kembara mereka.

Si suami yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo berkata, sejurus kemudian kenderaannya dikerumuni berpuluh-puluh penunggang motosikal dipercayai pelumba haram yang sedang berlumba di jalan itu.

``Saya dan isteri dimaki dengan perkataan tidak baik dan dipukul oleh pelumba-pelumba berkenaan. Malah sebahagian mereka bertindak memecahkan cermin kereta kami dengan topi keledar.

``Salah seorang daripada mereka telah membuka pintu sebelah pemandu dan melarikan beg saya. Kami telah merayu supaya mereka tidak memukul kami tetapi mereka tidak mempedulikannya,'' kata Khoo kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, akibat serangan itu, beliau dan isterinya mengalami kecederaan dan luka di kepala, tangan dan kaki.

``Mereka juga telah bertindak menterbalikkan kereta saya sehingga keempat-empat rodanya menghala ke atas. Kemudian barulah mereka meninggalkan tempat itu,'' katanya.

Khoo berkata, beliau dan isteri kemudiannya mendapatkan rawatan ke sebuah hospital swasta berhampiran sebelum membuat laporan polis.

Selain kerosakan pada kenderaannya, beliau turut mengalami kerugian wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas bernilai RM3,000 dalam kejadian itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supt. Abdul Rahman Hashim mengesahkan menerima laporan mengenai insiden itu dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tetapi sehingga pukul 6 petang ini masih tiada sebarang tangkapan dibuat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2004 09:47 AM | Show all posts
Mangsa ragut meninggal -- Keanggotaan polis dirombak pertingkat tugas banteras jenayah
WAJAH-WAJAH DUKA...Ching Fook Yee yang kematian isteri, Chong Fee Ching (gambar kecil) setelah koma akibat diragut, mendukung dua anaknya Lai Ting, 3, dan Soon Wei, 4, ketika menunggu bedah siasat mendiang di luar rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam. - Gambar ZAINI HUSIN.
--------------------------------------------------------------------------------
  


JOHOR BAHRU 14 Jun - Setelah lebih 36 jam bertarung untuk terus hidup dengan bergantung kepada alat sokongan oksigen, mangsa ragut, Chong Fee Cheng, 37, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Puteri pada kira-kira pukul 7.35 pagi ini.

Cara `pemergian' Fee Cheng, seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau itu bukan sekadar memilukan suami beliau, Ching Fook Yee, 35, yang sentiasa di sisi katil hospital untuk memberi harapan dan sokongan. Tragedi itu menggerunkan orang ramai kerana ia adalah kematian kedua seumpamanya dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas kes pertama di Kuala Lumpur 23 Mei lepas.

Lebih memilukan, mangsa yang koma, tidak sempat menatap wajah dua anak kecilnya Ching Lai Ting, 3, dan Ching Soon Wei, 4, yang dibawa dari Taiping, Perak sebaik sahaja dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Dua anak kecil itu masih tertanya-tanya apakah kesalahan ibu kesayangan mereka tempat mereka bermanja sehingga disakiti sampai tidak dapat membuka kelopak mata langsung, malah, terpaksa pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Dalam kes 23 Mei lalu, seorang wanita, Chin Wai Fun, 38, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah koma lebih 17 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut beg tangannya di Brickfields.

Ekoran kes terbaru ini, pelbagai pihak termasuk pemimpin negara dan polis memberikan reaksi sambil menyatakan rasa marah, kecewa dan sedih.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang ramai supaya membantu pihak berkuasa membanteras kes ragut dengan mengurangkan risiko terdedah kepada penjenayah.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar pula mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah kes ragut khususnya yang melibatkan kecederaan dan kematian mangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2004 08:45 AM | Show all posts
Peragut kecundang di tangan Polis Trafik wanita


KLANG 17 Jun - Kepekaan, tindakan pantas serta keberanian dua orang anggota Polis Trafik wanita berjaya membawa kepada tertangkapnya seorang peragut yang baru sahaja melarikan telefon bimbit milik seorang wanita di Pesiaran Perbandaran, Shah Alam, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Shah Alam, Supritendan Azisman Alias berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.20 petang itu, Konstabel Noor Halizani Ishak dan Konstabel Norazian Abdul Razak sedang membuat rondaan apabila terdengar jeritan seorang wanita.

Menurutnya, apabila terdengar jeritan dan terlihat sebuah motosikal seperti cuba melarikan diri, kedua-dua anggota itu bertindak segera menahan motosikal tersebut.

``Dalam keadaan panik apabila melihat kedua-dua anggota tersebut, penunggang motosikal itu gagal mengawal kenderaannya lalu terjatuh. Dia dan pembonceng cuba melarikan diri.

``Hasil bantuan orang ramai, penunggang motosikal tersebut dapat ditangkap oleh anggota Polis Trafik terbabit tetapi rakannya yang membonceng berjaya melarikan diri dengan motosikal yang sama,'' katanya di sini hari ini.

Azisman berkata, hasil soal siasat suspek yang ditahan itu, rakan subahatnya dikenal pasti.

Kata beliau, suspek yang berasal dari Jalan Kebun dekat sini dikatakan bekerja sebagai pendawai elektrik dan polis telah mendapat jaminan keluarganya untuk memberikan kerjasama.

``Mangsa ragut tidak mengalami sebarang kecederaan. Setakat ini, telefon yang diragut itu masih berada bersama suspek yang melarikan diri itu,'' katanya.

Mengenai kes ragut di Shah Alam, Azisman berkata, keadaan adalah terkawal dan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, tidak sampai 20 kes dilaporkan, iaitu yang terendah di Selangor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2004 08:46 AM | Show all posts
Kes ragut dah makin menjadi2 lak skang nih.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2004 08:47 AM | Show all posts
Edisi KL: Peragut terjerat


KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang merancang melakukan jenayah ragut di ibu kota diberkas selepas bergelut dengan polis selepas cuba melarikan diri dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Ampang berhampiran Wisma MCA di sini, semalam.

Kedua-dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 24 tahun itu sedang meronda dengan menunggang sebuah motosikal curi di jalan berkenaan ketika orang ramai berpusu-pusu pulang ke rumah selepas waktu pejabat, kira-kira jam 6 petang.

Jalan Ampang terutama berhampiran Menara Berkembar Petronas dan Stesen Transit Aliran Ringan (Star-LRT) yang terletak berdekatan memang sering menjadi tumpuan peragut.

Kedua-dua mereka yang bekerja di sebuah kilang di bandar raya dan berasal dari Kelantan dan Terengganu itu menjalankan kegiatan ragut sebagai kerja sampingan berdasarkan penemuan senjata tajam yang boleh digunakan untuk memotong tali beg wanita, mencederakan seseorang dan sebagai 憁aster key
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.550410 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list