Post time 12-7-2017 05:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
1st ep. t tgk kjp la ok x drg blakon. Tp nk jodoh2 bodohkan drg mmg xla, muak haihh hajbir nih xsudah2 ngn jantan.
Lagi plak alep laki org so agt xsesuai nk # bagai. Ai masih ttp suka ngn dsh still xleh move on sb nana xde nk lebih2 ngn alep nmpak chemistry bkawan je, sb nana sedor diri kot. Anyway, sorry hajbir ai ttp prejudis ngn u sjk kes shmp n trulap.
Neelofa jangan bimbang, isteri Alif Satar restu OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Tuesday August 1, 2017
Neelofa akan bergandingan dengan Alif Satar menerusi drama ‘Red Velvet’. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Pelakon Alif Satar mengingatkan Neelofa agar tidak bimbang untuk digandingkan bersama dalam sebuah drama.
Pelakon drama Dia Semanis Honey berkata isterinya Sha Dila Halid sudah memberi restu, malah tidak kisah dengan siapa bakal digandingkan.
“Isteri saya sangat memberi sokongan, malah dia tidak kisah pun dengan siapa saya mahu digandingkan.
“Apa sahaja yang saya buat, saya dapat restu dan sokongannya. Itu yang membuatkan saya semangat untuk bekerja.
“Tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya kepada ProjekMMO menjawab kebimbangan Neelofa.
Pengacara MeleTop bulan lalu berharap tiada kontroversi timbul antara mereka berdua selepas bakal memasuki set penggambaran drama Red Velvet tidak lama lagi.
Neelofa, 28, berkata walau kagum dengan lakonan Alif, namun kontroversi dibimbangi mengganggu keharmonian rumah tangga penyanyi Jangan Nakal.
Alif mendirikan rumah tangga bersama Sha pada September 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Alisha Anugerah, 2, dan Ariana Mecca, lima bulan.
Ditanya sama ada lakonan bersama Neelofa mampu menandingi popularitinya bersama Siti Nordiana, Alif berkata ia bergantung pada profesionalisme pelakon.
“Dengan Siti itu pun kali pertama. Kami dapat keserasian di lokasi. Ia terpulang pada profesionalisme masing-masing.
“Tidak kira saya bekerja dengan siapa, ia harus dijayakan,” katanya.
Mengulas mengenai kematangan dalam lakonan, Alif berkata segalanya berbalik pada minat.
Katanya, tidak kira sama ada lakonan atau nyanyian namun kedua-duanya memberi kepuasan tersendiri kepada dirinya.
“Saya suka dengan apa yang saya buat. Bermula dari umur saya 16 tahun, saya menyanyi dan berlakon.
“Ia menjadi biasa untuk saya. Tiada yang saya tidak suka dalam industri ini. Saya nikmati apa yang saya buat,” katanya.
I'm checking in! Saya budak baru belajar. Kalau salah tlg tunjukkan yer. Btw...I'm one of the admin for @sweet_redvelvet . Thanks for promoting our ig.
Bila Alip and Lofa start ting tong!
Videonya tak keluar automatically. Mohon tunjuk ajar admin. *sorry...this is me trying to figure my way around here*
Hafidz dan Amira ni seconds leads kan. Bagus line-up RV ni.
Sepatutnya Hafidz Roshdi masuk set CP. Tapi Mike decide untuk ambik Fahrin Ahmad, jadi Hafidz diserapkan masuk ke dalam RV.
All the best to both!