CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/11/24)

[Copy link]
Post time 18-6-2019 09:59 AM | Show all posts
tahniah tt..
kadang aku baca citer tt mcm teringat2 bed time story si lombok.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2019 10:28 AM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 09:49 PM

Lalu aku membuat keputusan yang agak bernas ketika itu, iaitu menutup TV…terus suasana ketika itu jadi awkward silence. Bertambah2 risau aku bila sunyi sepi macam tu, dibuatnya dia ngajak bersembang nanti kan ke naya. Macam2 ku rasakan ketika itu, nak terkucil pun ada…tapi tandas lagi lah tempat dia. Aku menutup mataku serapat2nya dan mula membaca apa2 yang patut sebelum tidor.

“Takkan nak tidor dah?”, aku terdengar suara yang hampir dengan telingaku.
Peluh membasahi mukaku…setahu aku hanya aku sorang je manusia dalam rumah ketika itu. Aku ke dapur untuk buat2 minum air, aku sendiri pun tak tahu apa rasionalnya tindakan aku ketika ini. Mungkin aku hanya nak keluar dari tempat kejadian dan duduk di bawah lampu yang terang.

Sedang aku duduk di meja makan sambil meneguk air perlahan2, tiba2 pintu bilik air yang berhampiran dapur tu ditutup dengan kuat. Nyaris aku nak kena heart attack, tapi ia tak berhenti di situ. Bunyi orang mandi menggunakan gayung di kolah bilik air pula. “Time ni la kau nak mandi”, kataku di dalam hati. “Tak boleh jadi ni…makin nak terkucil aku dibuatnya, dah la pergi minum air lagi tadi”, sambungku lagi di dalam hati.

Aku berjalan kembali ke ruang tamu, menjauhkan diriku dari makhluk yang tak bermoral itu. Jalan nak ke ruang tamu tu ada 1 almari cermin lama, kebiasaan orang tua dulu2 menutup cermin dengan kain bila nak masuk senja. Tapi aku bukannya tau nak buat benda macam tu kan? Jadinya bila aku lalu cermin tu, seakan ada perempuan tua di dalam cermin memandang aku melintasinya. Langkahku terhenti seketika... “Apa benda kejadah terpacak dalam cermin tadi tu? Nak ngundor balik tengok macam tak kena pula, parah…parah…”, kataku di dalam hati.

Dengan tanganku yang terketar2 ketika itu, aku cuba memasang plug radio. Manalah tahu kalau2 ada siaran orang mengaji ke. Buat pengetahuan semua, amatlah sukar nak masukkan plug 2 pin kalau tangan tengah terketar2. “Dah kenapa radio kena plug 2 pin? Kan dah payah nak pasang time2 emergency macam ni”, sekali lagi aku bermonolog di dalam hati. Aku perlu berhati2 dan memastikan apa yang ku cakap kekal di dalam hati, kalau tak makhluk tu menjawap pula.

“Hah…masuk pun”, kata2 yang terpacul dari mulutku ketika itu. Aku terdengar bunyi tepukan dari arah belakang disusuli dengan suara, “boleh la dengar lagu sambil menari”.
Oh tidak…punyalah aku jaga dari tadi, keluar juga perkataan dari mulutku. Dah la makhluk tu ajak dancing2… Aku pun membatalkan niatku untuk memasang radio, habis spoiled moodku. Aku beranikan diri untuk ke bilik air dan mengambil wudhuk.

Kemudiannya aku memasang lampu di ruang tamu dan membuka kitab al-Quran. Pesan Pak Tahir dulu kalau nak bersihkan rumah dari makhluk2 macam ni, baca surah al-Baqarah. Ketika itu aku terdengar suara itu berkata, “woi! Main kasar nampak?”.

“Eleeehhh…dia main kasar dari tadi takpe pulak”, balasku di dalam hati. Aku menyambung bacaanku dengan tenang sebelum aku terdengar bunyi pinggan mangkuk kaca dipecahkan di dapur.

“Wah…main gila ni. Nanti aku yang kena marah dengan mak aku bila tau pinggan mangkuk dia pecah”, kataku sendiri di dalam hati.

Tapi aku tak mengendahkannya, aku meneruskan bacaan walaupun dilakukan beberapa gangguan. Antaranya bunyi meraung, radio terpasang lagu, “nona2 zaman sekarang…” dan bunyi cakar2 pada daun jendela dari sebelah luar.
“Aku cakap berhenti! Kau tak faham ke?”, makhluk itu berkata dengan nada yang kuat. Tapi kali ini dia berdiri betul2 di hadapanku. Aku memandang dari bawah ke atas perlahan2, kain putihnya lusuh, kotor dan koyak2 sana sini. Tangannya terketar2 seperti sudah tidak tahan lagi untuk menyerangku. Mukanya hodoh, mata tersembul keluar dan rambutnya menggerbang serta panjang, memenuhi dinding dan siling di rumah Opahku.

Aku menelan air liurku…inilah penampakan yang paling teruk pernah ku alami, dalam keadaan aku tak boleh ke mana2 kerana kaki ku yang semut2 disebabkan bersila lama. Aku pun tunduk kembali, lantas mulutku terpacul ayat2 yang aku pandang di dalam al-Quran. Sukar untuk aku gambarkan apa yang ku rasa ketika itu, aku seperti numb? Lali? Aku hanya meneruskan saja walaupun makhluk di hadapanku menghempas2kan telapak tangannya ke lantai papan di hadapanku. Aku seperti tidak sedar, walaupun mataku melihat dan mulutku melafazkan ayat2 al-Quran.

Kesedaran diriku datang semula apabila alarm henfonku berbunyi menandakan hampir waktu subuh. Aku melihat sekelilingku, tiada lagi makhluk itu. “Alhamdulillah…”, lafazku. Aku pun segera bangun... “Oh my leeeeggggggg...!!”, jeritku pada pagi2 alam itu. Kakiku sangat kebas kerana bersila terlalu lama. Dengan kaki yang terketar2 aku meneruskan langkah ke masjid kampung. Mukaku mengantuk ketika itu menyebabkan Pak Itam membahanku, “aik? Orang bujang pun mengantuk pagi ni? Ada aktiviti malam Jumaat juga ke? Hahahaha”.

Aku hanya mampu berdiri di situ sambil membuat renungan maut ke arah orang tua itu, kemudiannya aku menghela nafas panjang sambil berkata di dalam hati, “sabar…dah kenapa lah orang2 tua kampung ni kuat sangat membahan?”. Tiba2 aku terdengar suara dari belakangku, “sebenarnya makhluk tu yang malu dengan kita…kalau tak, kenapa dia tak muncul bila waktu terang siang? Hanya berani bila gelap saja”. Kata2 yang sama seperti yang pernah dikatakan arwah Pak Tahir padaku dahulu. Lantas aku pun memusingkan badanku ke belakang untuk melihat siapa yang empunya suara. Tetapi hanyalah kosong saja di belakangku, tiada siapa2.

Usai saja solat subuh, aku memeriksa pinggan mangkuk mak aku di dapur, mak aku lebih menakutkan kalau pinggan arcopalnya pecah. Tapi tak ada apa2 pun? Sebarang pinggan mangkuk kaca memang tak ada di dapur. Pinggan plastik untuk budak2 kecik pakai training makan tu ada la. Seterusnya aku menunggu bas di hadapan rumah untuk ke pekan dan kembali ke rumah kuarters ayahku di Ipoh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2019 10:40 AM | Show all posts
msTazmania replied at 17-6-2019 02:16 PM
ate, bile tt nak continue ceghite nye?

best ayat tt, nak seram tapi tak jadi nk seram.

dah sambung dah pun...
minggu ni sibuk sikit, ramai orang mintak jadi saksi borang daftar nikah & nak ke sabah pula khamis ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 11:55 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 18-6-2019 10:40 AM
dah sambung dah pun...
minggu ni sibuk sikit, ramai orang mintak jadi saksi borang daftar nika ...

terbaik

kalau jd tt tu mau lari tak cukup tanah gamaknye.hahah

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 12:59 PM | Show all posts
Kering jugak hati encik tt ni, kalau hakak mau pitam kat situ sampai subuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2019 01:21 PM | Show all posts
msTazmania replied at 18-6-2019 11:55 AM
terbaik  

kalau jd tt tu mau lari tak cukup tanah gamaknye.hahah

keadaan memaksa...nak lari mana lagi masa tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2019 01:27 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 11-6-2019 10:28 AM
Di saat2 cemas tu, Ramli pun masuk ke dalam khemah dan menarik zip untuk menutup khemah. Aku pula ma ...

astagfirullahalazim.. ya ampunnnn, pitam aku bace kisah si fendi ni. dah kenape lurus bendul bebeno? hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 02:30 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 18-6-2019 01:21 PM
keadaan memaksa...nak lari mana lagi masa tu?

takpun pengsan situ gak.hahah

tapi semalam balik keje pun jadi takut lepas baca semua cerita tt. malam + lalu kubur islam + lalu jerat cina..uihh,meremang sepanjang jalan.

p/s: sy org ipoh.haha.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2019 06:59 AM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 10:06 PM

Circa 2005, aku masih lagi mencari2 kerja yang tetap…dalam pada itu aku melakukan kerja2 part time di KL dan tinggal di rumah kakakku. Satu hari tu aku menerima panggilan dari Ramli.

Ramli: Hello, roti John 1
Aku: Kau pernah tengok orang bernama Ramli kena masak macam burger Ramly?
Ramli: Hahahaha…aku gurau pun nak marah. Kau free tak esok? Ikut aku outstation kat JB.
Aku: Mak aih…jauh gila. Free tu memang lah free beberapa hari ni, tapi apahal plak aku nak ikut kau ke sana? Kau pergi kerja aku pulak kutei sorang2 dalam bilik hotel.
Ramli: Siapa cakap kita duk hotel? Kita duduk rumah banglo RM50 la…hahaha
Aku: OK, bye…
Ramli: Woit…woit…rileks la bro. Kau ni nak gurau2 pun tak boleh dah. Esok aku ambil kau kat LRT Setiawangsa pukul 6, kita gerak pelan2.
Aku: Hmmm…kau sponsor semua kan?
Ramli: Small the matter lah…tu eres mi hermano. Oh ye…adik perempuan kau singl…

Aku terus meletakkan telefon sebelum Ramli melakukan kekarutannya. Pada keesokan harinya, aku bertemu dengan Ramli di tempat dan pada waktu yang dijanjikan. Ramli membawa kereta yang baru dibelinya ketika itu iaitu Myvi.

Aku: Aik? Baru kompom keje dah beli kereta?
Ramli: Haruslah…baru lah awek2 usya masyuuuukkk.
Aku: Lantak kau lah Ramli…kau jangan pulak ikut jalan lama macam masa kita pergi rumah nenek kau kat Batu Pahat dulu.
Ramli: Ooo…kenangan manis waktu kita belajar kat utara dulu.
Aku: Manis pala bana hang (opss…tersilap loghat)


Perjalanan ke Batu Pahat

Masa tu kami sedang cuti semester, aku lepak di rumah kakakku di KL konon nak cuba kerja gaji lebih sikit dengan bekerja part time. Tapi rancanganku telah diganggu oleh Ramli yang hari2 duk SMS pujuk aku teman dia balik Batu Pahat. Last2 aku mengalah juga bila dia guna kabel, mak dia pelawa datang rumah dan mintak temankan Ramli ke Batu Pahat. Yelah…mak Ramli tu dah beberapa kali melayan aku dan kawan2 yang lain dengan baik, jadinya agak segan lah juga nak tolak.

Aku menaiki bas ekspress ke Tampin dan diambil oleh Ramli sebaik tiba di stesen bas. Hari pertama itu kami tidak ke mana2 sebab aku baru je sampai, jadi mak Ramli mencadangkan untuk aku berehat2 dahulu. Keesokan malamnya barulah kami bergerak ke Batu Pahat. Ramli memang suka drive waktu malam…tingkap kereta diturunkan, angin malam yang nyaman, hisap rokok pelan2, nikmat baginya. Aku pula melayan saja mata sampai terlelap dan kembali terjaga apabila Ramli memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Aku: Apa dah jadi?
Ramli: Takde ape…aku lapar pulak tengah2 malam ni. Jomla turun singgah makan kejap.
Aku: Aiii…tadi melantak nasi 3 pinggan pun lapor juge lagi?
Ramli: Tadi tu lain kira

Aku menurutkan saja kehendak Ramli yang tengah kebulor tu dan duduk kerusi meja makan. Keadaan gerai tu gelap, hanya berlampukan cahaya dari pelita saja. Meja dan bangkunya panjang2 seperti di kantin sekolah dan dibuat dari papan. Tepi dinding dan atapnya pula dibuat dari buloh dan daun pokok rumbia

Aku: Kita dah sampai mana ni?
Ramli: Entah lah…dari tadi aku cari kedai makan, ni je yang ada. Jalan kiri kanan pun gelap je dari tadi.
Aku: Kedai ni takde letrik ke? Guna pelita je…tengok kedai ni pun dah macam dalam cerita P Ramlee pun ada.
Ramli: Fulamak…awek…

Seorang gadis datang menghampiri meja kami, berpakaian baju kebaya dan berkain batik. Kulitnya putih melepak, rambutnya pula tercucuk rapi bersanggul.

Aku: …… (dalam hati: ada lagi ke budak2 perempuan sekarang pakai pakaian macam ni? Atau konsep kedai makan?)
Ramli: Cik adik…cik adik…namanya shiape? (gatai merenyam)
Haryati: Nama saya Haryati, bang… (tersipu2 malu)
Ramli: Bang? Mintak nombor tele… (gaya macam nak terkam Haryati)
Aku: Woi…kau nak makan ke ape?
Ramli: Alah…kau ni. Kacau daun. Haryati…Haryati, makan2 apa yang ada ye?
Haryati: Kalau makan tu ada tinggal mee goreng saja, air pun tinggal teh o panas, bang…
Ramli: Hah…boleh lah kalau macam tu. Haryati bagi abang mee goreng dengan teh o panas. (dengan nada manja2 gatal). Kau John? (kemain kasar lagi suara)
Aku: Takpelah…aku tak lapar.

Haryati berjalan kembali ke dapur yang berdindingkan daun pokok rumbia sambil disaksikan Ramli akan lenggang lenggok jalannya. Kelihatan dari jendela yang ditongkat itu ada seorang lelaki separuh umur sedang mencuci pinggan mangkuk.

Ramli: Aku rasa…aku dah jumpa jodoh aku
Aku: Hah? Apsal pulak? Baru tanya nama, cakap pun tak sampai 50 patah perkataan.
Ramli: Kau tak nampak ke tadi?
Aku: Nampak apa?
Ramli: Dia tak pakai br…

Peleppaaappp…aku melempang ramli

Aku: Bongok kau ni, ayah dia kat dapur tu. Kalau dengar nanti kan sia2 je kena kejar dengan parang?
Ramli: Oh my bapak mertuaku…

Ni lah kali pertama pelempangku tak membawa apa2 kesan kepada Ramli. Biasanya dia akan cuba membalas atau mula berpijak di bumi yang nyata. Lalu aku melihat kedai itu dari tempat dudukku, semuanya kelihatan seperti zaman dahulukala. Sekali sekala baru ada kenderaan lalu di kawasan itu tapi tiada pula yang singgah seperti kami. Sedang aku asyik melihat2 sekelilingku, Haryati datang menghampiri kami dengan membawa sepinggan mee goreng dan secerek teh o. Lalu dia menuangkan air ke dalam cawan yang disediakan di atas meja kami.

Ramli: Haryati dah makan? Mari lah teman abang… (kegatalannya bersambung kembali)
Haryati: Tak mengapa…abang makan lah dulu, mesti abang lapar kan? Saya mahu menolong ayah di dapur.

Sekali lagi Ramli melihat saja lenggang lenggok Haryati berjalan sehinggalah hilang dari pandangan kami. Aku pula masih lagi menggaru2 leherku kerana miang akibat mendengar ayat2 Ramli dari tadi.


Bersambung…


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:43 AM | Show all posts
ok suspen ni...tengah imejin ramli makan ke tidak mee goreng tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 11:15 AM | Show all posts
Mesti kedai makan tu sebenarnya dah tak wujud sbb kewujudannya pd 2-3 dekad yg lepas. Mee goreng = cacing.  
eheheheh sila smbg ye tt
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 11:16 AM | Show all posts
ok saspen ni.. tengah imejin haryati tak pakai brrr...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:56 PM | Show all posts
Okay nak tunggu sambungan haryati haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 06:29 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 10:13 PM

Ramli terus menyuapkan mee goreng tersebut ke dalam mulutnya dengan lahap. “Sedap ni John”, katanya dalam keadaan mulutnya penuh dengan mee goreng. Manakala aku pula masih lagi melihat2 di sekeliling gerai tersebut, “macam ada yang tak kena…tapi apa ya?”, kataku sendirian. Ramli yang mendengarku pula membalas, “aku masa sampai tadi nampak gerai ni seram semacam”.
Tiba2 saja aku terasa 2 pasang mata sedang merenungku dengan tajam, lantas aku pun menolehnya. Di dapur kelihatan 2 pasang mata yang berwarna merah sedang memandang aku dan Ramli. “Tapi lepas aku tengok Haryati tadi, fullamak… Perasaan kau je lah tu”, sambung Ramli lagi. Mendengar Ramli berkata demikian, maka Haryati dan ayahnya menyambung kerja mereka.

“Perasaan aku je? Yang tadi tu apahalnya sampai merah matanya? Lepas tu diorang sambung buat kerja balik macam aku tak nampak je?”, kataku di dalam hati, dahiku berpeluh2 sejuk dan bulu romaku berdiri tegak. Aku memejamkan mataku dan berkata di dalam hati, “ya Allah…seandainya hambaMu ini di dalam bahaya, kau tunjukkanlah…”. Perlahan2 aku membuka mataku dan aku melihat Ramli sedang lahap memakan cacing2 di dalam pinggannya. Apabila dia hendak mencapai cawan yang berisi air yang keruh warnanya itu, aku cepat2 menahan tangannya.

“Kau dah kenapa?”, tanya Ramli kepadaku sambil mulutnya tersembur cacing2 yang dikunyahnya. Aku tengok ada yang dah tinggal separuh badan cacing tu dikunyahnya. Dalam pada itu, aku cuba memikirkan apa caranya nak bagitau budak pervert ni. “Tadi kau makan tak baca doa kan? Macam mana bapak Haryati nak ambil kau jadi menantu?”, aku memberi jawapanku kepada Ramli yang mukanya dah macam nak makan orang itu. “Astaghfirullah hal azim…betul juga cakap kau tu…”, balas Ramli. Dia pun membaca doa, sekali gus keluar muntah dari mulut dan hidungnya. “Apa dah jadi ni John?”, pertanyaannya kepada aku.


Ketika itu aku hendak saja menjawap, “apa kata kita sambung perjalanan kita ke rumah nenek kau, dah siang nanti aku cerita”. Tapi keadaan Ramli ketika itu sukar untuk dikawal, dia memanggil2 nama Haryati. Aku hanya mampu duduk bersila di atas tanah…eh? Tanah? Aku melihat sekeliling ku gerai tadi telah pun hilang, yang ada hanyalah cacing2 beralaskan daun pisang. Lantas aku segera menarik lengan Ramli memasuki keretanya dan meminta kunci keretanya untuk ku pandu pergi dari situ. Tetapi Ramli masih lagi termangu dan tak keruan walaupun dilempang berkali2. Maka terpaksa lah aku mencari2 di poketnya, sangat2 lah tak rela aku masa tu mencari kunci dalam poket seluar lelaki.

Sebaik saja enjin dihidupkan, aku terdengar suara gelak tawa laki dan perempuan dari arah belukar di hadapan kereta. Dengan pantas aku mengundurkan kereta dan memecut laju ke arah Batu Pahat. Masalah yang lebih besar timbul ketika itu, aku tak tahu mana rumah nenek si Ramli ni. Dianya pula masih lagi macam orang tak betul, termenung saja. Jadi terpaksalah aku membawanya ke masjid dan berharap pak imam boleh la membetuikan budak sekor ni. Itulah permulaan kisah di antara kami dan Haryati…

*Kembali kepada kami yang dalam perjalanan nak ke JB
Ramli: Hahahaha…tu perkara lama. Barang yang lepas jangan dikenang, tapi barang yang macam Haryati tu payah nak jumpa.
Aku: Udah2 la Haryati tu…penat aku ngirakan hal tu. Nasib baik la imam tu boleh ngubatkan kau time tu. Kalau dia kata dia boleh imam solat je, kan ke parah?
Ramli: Haha…macam kes kat kampung kau dulu?


Bersambung…

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 19-6-2019 06:29 PM
Ramli terus menyuapkan mee goreng tersebut ke dalam mulutnya dengan lahap. “Sedap ni John”, katany ...

Selamat Hari Raya tt. Selamat merempit thread tt. Penulisan yg sangat bagus. tt kampung kat Teluk Intan ke. Ke area Perak Tengah sana. Belah2 parit ke bota ke. Iollsss teka je. Hehehehe. Tggu smbungan tt.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 12:21 AM | Show all posts
best penulisan tt. seram + kelako. gigih aku membaca walau di tengah malam. meremang bulu roma baca kisah kat umah opah..

sambungannya kene baca waktu siang hari

selamat hari raya tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita TT..sambung lg ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 10:28 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 19-6-2019 06:29 PM
Ramli terus menyuapkan mee goreng tersebut ke dalam mulutnya dengan lahap. “Sedap ni John”, katany ...

huhu ramli2, naper la ko gi bedal jugak mee goreng tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 10:52 AM | Show all posts
makan mee goreng cacing macam dalam filem husin mon dan jin pakai toncit
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Best lah tt. Sila sambung cepat.best sgt ni.tahniah penceritaan jelas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055066 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list