CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Ainul Mardhiah selamat dibedah

[Copy link]
 Author| Post time 12-6-2019 06:12 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh tgk.. Each time tgk mesti menangis... Terbayang2 ank3 sendiri.. Yang kecik lebih kurang umur ainul ni.. Betapa syukur kepada Allah ank dilahirkan sihat tanpa sebarang mslh walaupun ak ni emergency caesar.. Kuat walid mama ainul.. Aunty doakan kanser tu hilang terus ainul... Kuat ye syg
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Terimakasih Allah kerana memudahkn urusan pembedahan adik Ainul..
Semua Allah jg merahmati doc2 hebat ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2019 01:30 PM | Show all posts
"Hari ini saya nampak dia senyum" - Bapa Ainul

Astro Awani |  Diterbitkan pada Jun 13, 2019 11:41 MYT




Demi kebaikan Ainul, mereka akan selesaikan semua perkara penting di London sebelum Ainul dibawa pulang ke tanah air - Foto Facebook/Ahmad Safiuddin

KUALA LUMPUR: Perkembangan terkini mengenai keadaan adik Ainul Mardhiah terus mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila kemaskini terbaru yang dikongsikan bapanya, Ahmad Safiuddin mula mendapat perhatian.

Menurut Safiuddin, keadaan Ainul semakin baik, dan jika esok bertambah baik, Ainul akan dipindahkan ke wad biasa.

"Hari ini saya nampak dia senyum."

Ketika ditanya berapa lama lagi tempoh diperlukan untuk Ainul menjalani rawatan di sana, Safiuddin memberitahu, tempohnya mungkin sebulan atau lebih.

"Mereka di sini mahu pantau Ainul dulu.


"Mereka mahu pastikan bahawa ketumbuhan itu tidak akan datang semula ( Semoga Allah jauhkan ).

"Jika mereka yakin yang Ainul bebas dari sebarang perkara yang tidak diingini ( berulang ), mungkin Ainul boleh balik," jelasnya menerusi kemaskini di Facebook.



Katanya lagi, sebagai penjaganya boleh sahaja minta Ainul segera dibawa pulang.

Tetapi, demi kebaikan Ainul, mereka akan selesaikan semua perkara penting di London sebelum Ainul dibawa pulang ke tanah air.

"Biarkan pakar buat kerja mereka, biar mereka putuskan bilakah masa sesuai untuk Ainul keluar dari hospital.

"Untuk masa terdekat ini, Ainul perlu dijaga dengan rapi, banyak perkara perlu diteliti selepas buat pembedahan.

"Selepas fasa ini selesai, berkemungkinan Ainul akan ada fasa 'belajar makan guna mulut ', " ujarnya lagi.

Pembedahan yang mengambil masa selama lima jam pada Isnin itu berjaya membuang keseluruhan 200 gram tumor di bahagian mulut Ainul.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 01:58 PM | Show all posts
Syd replied at 13-6-2019 01:30 PM
"Hari ini saya nampak dia senyum" - Bapa Ainul

Astro Awani |  Diterbitkan pada Jun 13, 2019 11:41 ...

bila baca berita ni rasa mcm nk pegi peluk je adik ainul..sbb nampak dia comel sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gws ainul. Thank you the surgeon team. Thank you dr amalina. She just a junior doctor. Tp her huge effort should be appreciated.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2019 02:38 PM | Show all posts
Tahniah buat semua team bedah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 03:55 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh dan jalani hidup macam kanak kanak lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2019 04:38 PM | Show all posts
hati yang super keras pon boleh lembut bila ikut perkembangan baby ainul ni. syukur la pembedahan berjalan lancar. harap2 lepas ni sihat seperti anak2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 07:56 PM | Show all posts
alhamdulillah.
GWS baby ainul.
semoga terus sihat & ceria.
cancer-please go away.

and tq for the effort dr amalina.
tq for all the doctors as well. huge clapped.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 08:47 PM | Show all posts
ٱلْـحَـمْـدُ للهِ
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 11-6-2019 06:08 PM
syukur Alhamdulillah..i doakan adik ainul segera sembuh dan hidup same spt org lain..berakhir sudah  ...

Makcik2 bawang tu apa la tau camna keadaan Eropah sinun..  Ce campak situ sehari konfem menangis nak balik sebab tak tau nak cakap dengan omputih tu suma.  Aku pun ada sorang makcik aku pegi tegur aku bukak tudung.  Then tuhan balas dia punya cucu pulak kepala togel kerja front ofis kat hotel.  Tau pulak kata yang dia sekarang ni tutup mata je la tengok cucu dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Fast recovery adik Ainul insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ainul menyatupadukan kita semua rakyat Malaysia.. {:love
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 08:59 AM | Show all posts
kesian mulut tu dah biasa kena ngangaa sebab ada tumor tu...dengar dia dah ada progress nak tutup mulutt...lenguh tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 09:25 AM | Show all posts
Alhamdulillah..smoga adik ainul cepat sembuh..terima kasih pada semua doktor....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2019 09:33 AM | Show all posts


Sebelum ini, menerusi perkongsian daripada ibu dan bapa Ainul Mardhiah di laman sosial masing-masing telah meluahkan rasa syukur diatas kejayaan pembeddahan berisik0 untuk anak

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 04:17 AM | Show all posts
Madel replied at 11-6-2019 09:11 PM
Bukan dr.amalina je sorg org msia
Dr.Juling Ong tu dari Penang tak silap., dr ni yg terlibat dl ...

Fuyohhhhh .... Mi baru pi stalk LinkedIn Dr. Juling Ong. Terrerrrrr youl. Specialist kat GOSH, Great Ormond Street Hospital For Children. Reputasi Hospital kanak2 yg terbaik di dunio. Impressive sungguh CV beliau.

Ogang Penang ko ???
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 08:31 AM | Show all posts
Semoga Allah permudahkan segala urusan adik Ainul
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 08:56 AM | Show all posts
Gws Baby Ainul.  Congrats to all team!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.623646 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list