CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: malarky

Wira Perang @ War Heroes

[Copy link]
Post time 28-8-2006 03:37 PM | Show all posts
Citer sikit fasal wira negara sempena Hari kemerdekaan..

Demi Negara
Oleh Ziauddin Sharuddin


KEMERDEKAAN Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 pernah diperlekehkan sesetengah pihak kerana dicapai melalui jalan perundingan dan bukan dengan cara mengangkat senjata, titisan darah dan air mata.

Era selepas Perang Dunia Ke-2 menyaksikan satu demi satu negara yang dijajah bangkit menuntut kemerdekaan. Sesetengah negara terpaksa melalui proses pertumpahan darah untuk diisytiharkan sebagai negara berdaulat.

Walaupun merdeka dengan cara yang dianggap lunak, negara melalui sejarah pahit kerana masih berada dalam keadaan darurat hingga diisytiharkan tamat pada 1960 dan hingga hari ini, parutnya masih dapat dilihat.

Pengganas komunis yang kononnya bermatlamat memerdekakan Tanah Melayu terus menjadi pengkhianat menggugat kewujudan negara berdaulat hingga tahun 1970-an dan 1980-an, peristiwa anggota pasukan keselamatan terbunuh dan cacat dalam pertempuran dengan pengganas komunis masih berlaku.

Begitu juga penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 yang menerima cabaran getir anasir subversif dalam negara dan pihak luar.

Tanpa perjuangan pihak keselamatan yang meliputi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), negara ini yang baru bertatih tidak mustahil menjadi huru-hara dan kisah gemilang Malaysia hari ini belum tentu menjadi kisah benar.

Dalam sejarah perjuangan ATM dan PDRM, terdapat segelintir pejuang negara yang menunjukkan keberanian luar biasa atau melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan tanpa menghirau keselamatan diri.

Pada 1960, anugerah keberanian Bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) diperkenalkan untuk menghargai mereka yang berjuang dan berkorban untuk negara.

Bagaimanapun, SP dan PGB bukan hanya untuk anggota pasukan keselamatan, sebaliknya terbuka kepada semua.

Antara penerima bukan anggota ATM dan PDRM ialah kakitangan Jabatan Penjara Malaysia, Gean Kantar Singh a/l Gean Singh dan Ketua Juruaudit Ibu Pejabat Bank Bumiputera Malaysia Bhd (BBMB), Allahyarham Jalil Ibrahim, yang dihantar bertugas di Hong Kong untuk menyiasat skandal penyelewengan pinjaman BMF Hong Kong.

Bagaimanapun, majoriti penerima SP dan PGB adalah anggota ATM dan PDRM, terutama yang berjuang menentang pengganas komunis. Perkembangan terkini menyaksikan mereka yang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga berpeluang menerimanya.

Bagi penerima SP dan PGB, mereka tidak pernah terfikir untuk menerima anugerah yang amat dihormati itu kerana ketika bertugas, mereka bertarung untuk hidup dan mati.

Mejar (B) Lee Ah Pow bangga kerana menerima PGB dengan peristiwa dikepung Tentera Katanga di Elisabethville, Congo, menunjukkan reaksi pantas dan bijak tentera Malaysia pimpinannya di arena antarabangsa.

Sesetengah penerima seperti Leftenan Kolonel (B) Basri Omar, pada mulanya menganggap PGB sebagai biasa, tetapi apabila umur semakin meningkat dan selepas bersara, mulai merasa bahawa anugerah itu adalah sesuatu yang amat bernilai.

Mejar (B) Datuk Salehuddin Abdul Mutalib yang menceritakan kisah di Simanggang, Sarawak, kepada Berita Minggu memberitahu, ini adalah kali pertama bercakap dengan media massa kerana mahu menjaga maklumat yang pada suatu ketika mungkin sulit dan rahsia besar.

Apa pun alasan yang diberikan, penerima SP dan PGB adalah sebahagian anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan negara, suatu perkataan yang bukan diperbesarkan tetapi realiti.

Kini kemajuan dan keamanan menyebabkan segelintir rakyat mungkin terlupa untuk menghayati kemerdekaan seperti generasi awal.

Lee yang kini berusia 69 tahun terbabit secara langsung dalam peristiwa besar 31 Ogos 1957 apabila ditugaskan menjaga VIP (tetamu kehormat) pada hari itu kesal kerana lagu Negaraku tidak mendapat penghormatan sewajarnya.

?Dulu sebelum merdeka, lagu God Save the Queen dinyanyikan setiap hari di sekolah untuk memupuk kesetiaan kepada British, tetapi hari ini, Negaraku hanya dinyanyikan sekali seminggu,? katanya.

Salehuddin juga mempunyai pengalaman hampir sama apabila menonton teater di Istana Budaya, segelintir penonton mengeluh apabila diminta berdiri untuk menghormati Negaraku dan lebih malang, ada yang langsung tidak bangun.

?Kita mungkin hidup selesa, tetapi kemajuan dan keamanan tidak datang dengan sendiri dan perlu dipertahankan,? katanya.

Begitupun, Basri melihat dari sudut berbeza kerana zaman berubah dan yakin semangat rakyat mencintai negara tetap kental, tetapi bersetuju bahawa samangat itu perlu dipupuk terutama di kalangan anak-anak kecil.link
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2006 03:50 PM | Show all posts
Rela mati sebagai pejuang: Tentera Katanga kepung konvoi Berita Minggu 27/8/06

LEFTENAN Lee Ah Pow yang mengetuai Terup Nombor 2 Skuadron C2 Peninjau,
ditugaskan mengiringi 12 anggota Kumpulan Tinjau Tentera Gurkha yang
meninjau kawasan sebelah utara Lapangan Terbang Elisabethville.
  Selepas tiga jam meronda mulai jam 8 pagi, konvoi dalam satu barisan
dengan dua kereta perisai di depan, diikuti dua Land Rover dan dua kereta
perisai di belakang dihalang kira-kira 40 anggota tentera Katanga yang
tiba-tiba muncul.
  Keadaan cukup gawat dengan tentera Katanga lengkap bersenjata bersorak
dan menjerit-jerit marah. Koperal Edward Skading di kereta perisai
terakhir memberitahu Lee bahawa anggota tentera musuh sedang mengepung
konvoi itu.
  Mejar Gupta yang mengetuai tentera Gurkha menjerit ke arah Lee dengan
berkata: "Do something Lieutenant! Do something Lieutenant!" Malah
tentera Gurkha yang terkenal dengan keberanian terjun dari Land Rover dan
meniarap di tanah.
  Lee turun dari kereta perisai dan meminta tentera Katanga memberi
laluan tetapi dibalas dengan garang: "Malaysia apana mazuri. Kuinda isi
matata (Malaysia tidak baik. Datang sini untuk berlawan).
  Mereka kemudian melepaskan tembakan, termasuk hampir mengenai telinga
Lee. Dengan menggunakan radio, Lee mengarahkan semua ketua kenderaan
melepaskan tembakan jika tentera Katanga menyerbu.
  Lee berada dalam dilema kerana anggota pengaman Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak boleh bertindak agresif, tetapi dia
tidak mahu `mati katak'. Prinsipnya, kalau mati biar kerana berjuang.
  Jarak setiap kenderaan juga terlalu rapat dan ini membimbangkannya
kerana semua kenderaan membawa tangki petrol simpanan yang jika ditembak
boleh menyebabkan kebakaran besar.
  Lee mula bertindak. Dia serta-merta mengarahkan setiap kenderaan
menjarakkan kedudukan, sekali gus berusaha mengeluarkan konvoi itu
daripada kepungan.
  Walaupun keadaan di situ dipenuhi semak, Lee mengarahkan anggotanya
melakukan pergerakan mengejut dengan kereta perisai yang asalnya berada
di satu barisan bergerak menjadi berselerak, diikuti tembakan semburan
pendek terkawal.
  Tentera Katanga terkejut besar dan bertempiaran lari. Apabila kawasan
sekeliling diperiksa, dua anggota tentera Katanga terbunuh.
  Tindakan pantas dan bijak Lee dalam suasana genting, menyelamatkan
pasukan pengaman PBB yang diancam bahaya besar kerana konvoi itu
terperangkap dalam kawasan pertahanan musuh yang lengkap dengan senjata
berat termasuk pelancar roket.
  Mejar Lee Ah Pow
  * Tempat kejadian: Elisabethville, Congo - 12 September 1962
  * Menerima Pingat Panglima Gagah Berani pada 3 Jun 1964
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 03:51 PM | Show all posts
Rela mati sebagai pejuang: Jerangkap samar meletup dalam terowong hutan Gubir Berita Minggu 27/8/06

HUTAN Gubir yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand adalah
antara kubu kuat pengganas komunis yang menggunakan kelebihan itu untuk
melarikan diri ke negara jiran apabila pasukan tentera negara menggempur.
  Untuk menghalang kemaraan pasukan keselamatan, kira-kira 3,600 periuk
api diletakkan di merata tempat dalam hutan.
  Bukan sedikit anggota pasukan keselamatan yang merana seumur hidup
gara-gara periuk api yang bukan untuk membunuh, tetapi mencacatkan mangsa.
  Basri yang mengetuai Terup Nombor Satu 3 Skuadron Jurutera menerima
arahan mengejut untuk membantu Briged Ke-6 Infantri dalam Ops Gubir II.
  Pada 23 April 1976, Basri dan beberapa anggota pemusnah jerangkap samar
dihantar ke hutan Gubir membantu Terup Nombor Dua yang berada di situ
beberapa hari sebelum itu.
  Pada hari kedua di perkhemahan komunis yang ditawan, anggota tentera
menemui satu terowong.
  Walaupun tidak mempunyai peralatan lengkap untuk tugas membersihkan
jerangkap samar dalam terowong, Basri menerima arahan untuk menjalankan
tugas itu.
  Pembersihan terowong daripada jerangkap samar bertujuan membolehkan
pihak tentera mengetahui pergerakan pengganas komunis yang biasanya
menggunakan terowong untuk melarikan diri apabila diserang.
  Berdasarkan peta yang dijumpai, terowong itu mempunyai ruang menyimpan
senjata, tempat mesyuarat, generator, bilik tidur dan klinik. Antara
barangan yang dijumpai termasuk peralatan muzik lengkap untuk sebuah
pancaragam, pakaian saiz kanak-kanak hingga dewasa, alat tulis dan
barangan makanan yang sangat banyak.
  Pada 25 April, Basri bersama tiga anggota pengesan jerangkap samar dan
anggota komando menuruni 31 anak tangga untuk tiba ke lantai terowong.
  "Selepas berjalan 10 langkah dari anak tangga terakhir, saya nampak
satu benda dalam guni tepi dinding terowong yang dipercayai jerangkap
samar. Saya mengingatkan Lans Koperal Abdullah di belakang supaya
mengikut setiap jejak tapak kasut saya.
  "Ketika hendak bergerak, tetapi sebelum sempat menghabiskan langkah
pertama, bunyi letupan kedengaran," katanya.
  Abdullah di belakangnya memberitahu terkena jerangkap samar dan Basri
meminta anak buahnya bersabar.
  Letupan itu sungguh kuat hingga menyebabkan senjata terlepas daripada
tangan Basri. Terowong juga dipenuhi asap menyebabkan dia bimbang
terowong runtuh. Basri kemudian memanggil Leftenan Muda Meor Safian yang
berada di depan datang ke tempat kejadian.
  Tidak lama kemudian Meor Safian dan anggotanya tiba bersama anggota
komando yang turun ke dalam terowong selepas mendengar letupan. Basri
cedera belakang badan dan tangan kiri dan Abdullah yang cedera parah
dibawa naik.
  Bagaimanapun ketika Abdullah diusung keluar, dia menghembuskan nafas
terakhirnya.
  Leftenan Kolonel (B) Basri Omar
  * Tempat kejadian: Hutan Gubir, Kedah (Sempadan Malaysia-Thailand) - 25
April 1976
  * Menerima Pingat Panglima Gagah Berani pada 2 Jun 1976
                              (END)
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 03:53 PM | Show all posts
Rela mati sebagai pejuang: Arahan bunuh komander Paraku Berita Minggu 27/8/06

PENYERAHAN diri seorang anggota Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku),
menyebabkan pasukan keselamatan merancang menamatkan riwayat Komander
Pasukan Bersenjata 330 Paraku, Fam Tze Heung dan isterinya, Hoi Yen.
  Orang yang dipertanggungjawabkan melaksanakan misi berbahaya dan sukar
dalam Ops Tiliti II itu ialah Leftenan Salehuddin yang ketika itu adalah
Pegawai Perisikan Tentera (MIO), Sarawak di Simanggang (kini Sri Aman).
  Salehuddin diarahkan bersama empat bekas pengganas Paraku, Ah Lee, Ah
Chai, Sar Kim dan Pang Kuan, bergerak dari Simanggang ke Simpang
Engkelili, kira-kira jam 11.30 malam pada 16 Julai 1972.
  Kira-kira jam 6.15 pagi, Ah Lee, pergi ke sebuah rumah penyokong mereka
dan meninggalkan sepucuk surat untuk disampaikan kepada Heung.
  Salehuddin berkata, mereka menunggu dalam belukar selama empat hari dan
hanya membawa senjata dan peluru serta tidak boleh mandi kerana bau tubuh
selepas mandi boleh dikesan pihak musuh.
  Mengikut perjanjian antara Ah Lee dan penyokongnya, ketibaan pemimpin
Paraku dan isterinya di rumah akan dimaklumkan melalui isyarat batuk
penyokong. Tepat jam 12 tengah malam pada hari keempat, Salehuddin
terdengar bunyi batuk.
  Salehuddin menyuruh Ah Lee pergi ke rumah itu untuk menjemput Heung dan
isterinya melalui lorong, tempat dia menunggu.
  Dalam keadaan gelap, Salehuddin mendengar bunyi orang berjalan yang
kian lama semakin kuat menghampirinya. Perasaannya berdebar-debar menanti
kehadiran pasangan berkenaan dan menyudahkan misinya.
  Apabila tiba di hadapannya, Ah Lee melompat ke belakang dan tanpa
membuang masa, Salehuddin, melepaskan tembakan ke arah pasangan
berkenaan, tetapi kerana jarak terlalu dekat, Heung tidak rebah dan
sebaliknya sempat membalas beberapa tembakan.
  Salehuddin meluru dan dengan senjata MGK yang kehabisan peluru
menghayun tepat ke tengkuk Heung yang rebah ke tanah. Dia kemudian
menghunus pisau lalu menikam musuhnya untuk menamatkan riwayatnya. Hoi
Yen juga menemui ajal dengan cara sama.
  Ketika bertindak, empat bekas anggota Paraku hanya melihat. Salehuddin
berkata, mereka mungkin tidak sampai hati untuk bertindak terhadap bekas
ketua dan rakan seperjuangan.
  Katanya, operasi itu juga berisiko tinggi kerana dia hanya seorang dan
bekas anggota Paraku pada bila-bila masa boleh bertindak terhadapnya.
  Mejar (B) Datuk Salehuddin Abdul Mutalib
  * Tempat kejadian: Simpang Engkelili, Sarawak - Julai 1972
  * Menerima Pingat Panglima Gagah Berani pada 6 Jun 1973
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 03:53 PM | Show all posts
Rela mati sebagai pejuang: Peluru tembusi jantung, perut Berita Minggu 27/8/06

SETIAP kali sambutan Hari Kebangsaan, hati bekas Sarjan (B) Kanang anak
Langkau, 61, pasti sayu kerana hari istimewa itu mengingatkan beliau
kepada beberapa rentetan kenangan silam.
  Sebagai perajurit yang pernah terburai perut kerana mempertahan maruah
negara daripada ancaman anasir komunis, Kanang hampir dapat merasakan
semula semua kesakitan dan keperitan yang pernah dialaminya lebih 20
tahun lalu.
  Beliau menyertai Rejimen Renjer Diraja dari 1962 hingga 1986 dan sejak
24 tahun itu, pengalaman diserang pengganas komunis di Perak pada 1979
dan 1980 sering bermain di fikirannya.
  Katanya, dalam kejadian pada 1979 di Hutan Simpan Korbu, Lasah, Perak,
kumpulan yang dianggotai Kanang berjaya membunuh tiga pengganas komunis
dan merampas senjata mereka.
  Dalam pertempuran sengit itu, dua rakannya terkorban manakala tiga yang
lain cedera. Dalam operasi Gerak Setia itu, kecemerlangan Kanang
membolehkannya dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB).
  Kanang menerima anugerah Seri Panglima pada 1981, berikutan kejayaan
menjejak kumpulan pengganas dalam Operasi Pukat di Hutan Tanah Hitam,
Chemor, Perak. Dalam pertempuran dengan pengganas itu, dua tentera
termasuk Kanang cedera.
  Peristiwa itu terus menjadi kenangan beliau sehingga kini.
  "Apa tidaknya, parut lama akibat kejadian itu masih berbekas di
belakang, dada dan perut saya, malah bisanya masih terasa sehingga hari
ini," katanya yang kini menetap di Sri Aman.
  Dalam kejadian kedua itu, Kanang cedera parah apabila sebutir peluru
tembakan pengganas komunis mengenai belakang, terus menembusi jantungnya
sehingga bahagian kiri dadanya.
  Beberapa saat kemudian, dua lagi butir peluru masing-masing menembusi
bahagian kanan dan kiri perut beliau.
  Kesannya, beliau cedera pada belakang, jantung, dada, buah pinggang
kiri dan saluran kencing.
  Pantang ajal sebelum maut, Kanang tetap sihat sehingga hari ini kecuali
beberapa kesan parut lama pada badannya yang kelihatan.
  "Tak mengapa, itu sudah kerja saya menjejak dan menghapuskan anasir
yang cuba menimbulkan kekacauan di negara kita," katanya.
  Mengenai penyertaan Sarawak dalam pembentukan Malaysia dengan Sabah dan
Tanah Melayu pada 1963, beliau berkata, ia percaturan politik yang
terbaik untuk masa depan rakyat negeri ini oleh Kerajaan Sarawak pada
masa itu.
  Pegawai Waran I (B) Kanang anak Langkau
  * Tempat kejadian: Hutan Simpan Korbu, Lasah Perak - 1979 - Hutan Tanah
Hitam, Chemor, Perak - 1980
  * Penerima anugerah tertinggi negara pingat Seri Pahlawan (1981) dan
Panglima Gagah Berani (1980
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 03:56 PM | Show all posts
Rela mati sebagai pejuang: Pengganas serang ketika latihan dekat kem Berita Minggu 27/8/06

HARI yang sepatutnya menjadi latihan biasa kepada 20 rekrut polis yang
hanya tinggal dua minggu untuk menamatkan latihan asas selama tiga bulan
menjadi pertempuran sebenar antara pasukan keselamatan dan pengganas
komunis.
  Antara rekrut berkenaan ialah anak muda yang berasal dari Sarawak,
Mohamad Salim, yang seperti rakan lain bukan saja cetek pengalaman, malah
tidak sampai tiga bulan mengenal dan menggunakan senjata api.
  Hingga kini, Mohamad tidak boleh melupakan kejadian yang meragut nyawa
seorang jurulatih dan tiga rekrut dalam serang hendap pengganas komunis
di hutan Keramat Pulai, dekat Tanjung Rambutan, Perak.
  "Selepas latihan awal di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur,
kami dihantar ke Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan (SLPPH) Ulu Kinta
untuk menjalani latihan pertempuran di hutan," katanya.
  Kumpulan rekrut diketuai Koperal Ridzuan memasuki hutan Keramat Pulai
yang tidak begitu jauh dari SLPPH untuk memulakan latihan praktikal di
hutan pada 1 Julai 1976 yang biasanya mengambil masa beberapa hari.
  Kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari ketiga, pasukan rekrut
diserang hendap apabila dihujani peluru yang bersimpang siur dari kawasan
bukit.
  "Ada yang menjerit `down' dan kami yang terkejut dengan serangan itu
berlindung di celah pokok untuk mengelakkan menjadi mangsa. Mata saya
meliar cari Koperal Ridzuan, tetapi seorang rakan dengan bahasa isyarat
memberitahu bahawa koperal kena tembak.
  "Ibarat seperti ayam kehilangan ibu, saya membuat keputusan untuk
memberi arahan kepada rakan lain untuk menyerang balas serangan
musuh.Tetapi keadaan bukan mudah kerana musuh berada di kedudukan
strategik," katanya.
  Berbekalkan tunjuk ajar singkat dan pengalaman tidak seberapa, Mohamad
memimpin rekrut lain menyerang hingga akhirnya berjaya merapati kawasan
perkhemahan musuh di puncak bukit. Pertempuran berakhir apabila pengganas
komunis melarikan diri.
  Sarjan Mejar Mohamad Salim
  * Tempat kejadian: Hutan Keramat Pulai, Perak - 3 Jun 1976
  * Hutan Keramat Pulai, Perak - 3 Jun 1976
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2006 03:57 PM | Show all posts
just to say ler..if our ATM so bad..why so many non-malays get our highest medal of honours meh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 07:58 AM | Show all posts
Nampaknya dulu ramai kaum lain yg masuk army, sekarang macam kurang sambutan, mungkin kerana negara dah maju, peluang kerja banyak, atau mungkin juga kerana negara dah aman, tak da pergolakan, wa rasa kaum lain akan join tentera utk mempertahankan negara kalu negara dalam bahaya spt dulu2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2006 11:24 AM | Show all posts
saya ada baca buku pasal penerima PGB dan SP tulisan Mej Syed Omar Jilid 1 dan 2, pihak PDRM takde terbitkan buku pasal perwira-perwira polis? ada sesapa boleh tolong
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by huskers at 29-8-2006 11:24 AM
saya ada baca buku pasal penerima PGB dan SP tulisan Mej Syed Omar Jilid 1 dan 2, pihak PDRM takde terbitkan buku pasal perwira-perwira polis? ada sesapa boleh tolong


Kita kena ajukan soalan ni kpd PDRM. Mesti! :ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by windof at 29-8-2006 07:58
Nampaknya dulu ramai kaum lain yg masuk army, sekarang macam kurang sambutan, mungkin kerana negara dah maju, peluang kerja banyak, atau mungkin juga kerana negara dah aman, tak da pergolakan, wa r ...


Zaman dulu-dulu kalau masuk sojar, anak dara kampung cukup berkenan. Asal masuk meminang memang tak kan ditolak la. Saham melambung-lambung. Zaman sekarang kalau masuk sojar usah nak harap la. Anak dara pandang pun sbelah mata.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by Canaletto at 30-8-2006 03:43 PM


Zaman dulu-dulu kalau masuk sojar, anak dara kampung cukup berkenan. Asal masuk meminang memang tak kan ditolak la. Saham melambung-lambung. Zaman sekarang kalau masuk sojar usah nak harap la.  ...


Masalahnya, anak dara tu, dara ke tak lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 08:54 PM | Show all posts
Semua wira negara aku sanjungi.Antaranya

1. Leftenan Adnan
2. Konstabel Othman (Bukit Kepong)
3. PW 1 Kanang Anak Langkau
4. PW 1 Shaary
5. Tok Janggut

Wira Islam di zaman kegemilangan

1. Nabi Muhammad SAW
2. Saidina Umar
3. Saidina Hamzah
4. Saladin
5. Khalid al-Walid

Wira lain

1. Duke Wellington
2. Napoleon Bonaparte
3. General Rommel
4. Genghis Khan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by windof at 29-8-2006 07:58 AM
Nampaknya dulu ramai kaum lain yg masuk army, sekarang macam kurang sambutan, mungkin kerana negara dah maju, peluang kerja banyak, atau mungkin juga kerana negara dah aman, tak da pergolakan, wa r ...



atau mungkin kerana dasar kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 11:54 AM | Show all posts
Originally posted by tunteja73 at 10-5-2005 11:13 AM


Yes...sorang lagi zaman Kesultanan Melaka...How about Westerners nye Serikandi.. Emm.. Evita leh masuk ke???


http://www.lothene.demon.co.uk/others/women.html
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 11:59 AM | Show all posts
Watching the parade yesterday, especially when the time came for our King to depart, he shook hand with some of our decorated heroes. it made me wonder-some of the people who fought against the Government back in the 60s and 70s in Sarawak are now well off because they have been paid for surrendering and betraying their comrade in arms, Compare that to the fates of our former servicemen who gave up their youth fighting for their country..it made me angry. In a sick way perhaps those who had fought against the Government had won.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2006 01:25 PM | Show all posts
Off topic a bit i think but i read this book a few years back, very good book with excellent illustrations:

Women Warlords, by Tim Newark




[ Last edited by  taiaha at 1-9-2006 04:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by taiaha at 1-9-2006 01:25 PM
Off topic a bit i think but i read this book a few years back, very good book with excellent illustrations:


http://ec1.images-amazon.com/ima ... 220eca05a813c2c9010




bro ... cantik avatar .... ada lagi kaaaa???? :devil: :devil: :devil: :lol :lol





:cool::cool::cool:
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by Canaletto at 30/8/06 03:43 PM


Zaman dulu-dulu kalau masuk sojar, anak dara kampung cukup berkenan. Asal masuk meminang memang tak kan ditolak la. Saham melambung-lambung. Zaman sekarang kalau masuk sojar usah nak harap la.  ...



Ye ke :bgrin: ni nak kene tunggu mat terap nombor brp nak jumpa bapak wa :lol, ntah berani ke idak

[ Last edited by  yipun78 at 1-9-2006 01:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by Malik Al Hassan at 1-9-2006 01:49 PM




bro ... cantik avatar .... ada lagi kaaaa???? :devil: :devil: :devil: :lol :lol





:cool::cool::cool:


Check ur PM:nerd::nerd:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.325854 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list