CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Neksu

RESEPI DAGING

[Copy link]
Post time 30-5-2006 05:22 PM | Show all posts
MakLang, MakLang....
Kalau Yana buat macam nie...

jintan tu Yana dry roast dlm kuali..sampai wangi...
lepas tu Yana tumbuk sampai halus.
lepas tu, yana campur sekali dgn bawang merah, bawang putih ngan halia, baru yana blend jadi paste.

Paste nie Yana bahagi dua, satu salut daging, sebahagian lagi Yana tumis...

betul ke macam nie..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2006 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by DocYana at 30-5-2006 05:22 PM
MakLang, MakLang....
Kalau Yana buat macam nie...

jintan tu Yana dry roast dlm kuali..sampai wangi...
lepas tu Yana tumbuk sampai halus.
lepas tu, yana campur sekali dgn bawang merah, bawang  ...


boleh gak yana, tapi jenuhlah nak kasi jintan tu halus....jintan2 tu cuma pecah tapi tak halus..tapi setengah oghang suka serpih2 jintan tu..terpulanglah ye...nak halus pun buleh takmo pun takper...tak lari rasanya cuma banyak sampah sarap jer lah...:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 12:28 PM | Show all posts
yg sampah sarap tu lerr yg menggangguku maklang weii..
yana..kalau nk try..baik guna hok serbuk jerr..senang keja..!
jgn jadik lurus bendul cam saya udah lerr..hikhik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 03:37 PM | Show all posts
dah try dah...2 kali dah pun.....
and dua-dua kali pun sedap juga....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 01:02 PM | Show all posts
as request by Darsita..

DAGING MASAK KICAP BERCILI



Bahan-bahan:-
400 gm daging - dihiris dan direbus
3 ulas bawang merah - hiris nipis [A]
1 ulas bawang putih - hiris nipis [A]
50 gm halia - hiris nipis [A]
1/2 cawan minyak masak
3 sdb cili kering kisar
3 sdb kicap masin - boleh ditambah lagi mengikut sedap masing2
4-5 sdb kicap manis - boleh ditambah lagi mengikut sedap masing2

Bahan B:-
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan sampingan:-
2 biji bawang besar
1 biji cili hijau
1 biji cili merah

Cara:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan [A] sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan cili kering kisar.Kacau hingga cili masak dan pecah minyak.
3. Masukkan bahan B.
4. Daging yang telah empuk direbus,ditoskan.Lumurkan dgn kicap masin.Masukkan daging ke dalam kuali.Kacau rata.
5. Masukkan kicap manis.[Tak perlu masukkan gula ataupun garam kerana sudah cukup manis dan masin dari kicap sahaja]. Kalau kurang manis cuma percikkan kicap manis dan begitu jugak sebaliknya.
6. Setelah daging mesra.Masukkan hirisan bawang besar yang dihiris bulat juga cili hijau dan cili merah yg dipotong serong.Biarkan sebentar,sambil dikacau-kacau.Tutup api.

Selamat Mencuba..!


[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 22-6-2006 01:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by Kacip_Fatimah at 6/21/06 21:02
as request by Darsita..

DAGING MASAK KICAP BERCILI



Bahan-bahan:-
400 gm daging - dihiris dan direbus
3 ulas bawang merah - hiri ...


xie xie Cik Kacip

Esok eden akan pie beli daging lembu .. dan eden akan buat daging kicap ni pada hari Sabtu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2006 08:00 PM | Show all posts
Daging Bertaucu

Bahan


1/2 kg daging batang pinang
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang besar dipotong bulat
1 inci halia dihiris halus
2 inci kulit kayu manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 batang serai ditumbuk / dikisar bersama bawang putih tadi
1 biji capsicum
1 biji tomato
1 biji lobak merah dipotong nipis
1 sudu besar taucu
minyak masak
garam dan gula secukup rasa


Cara

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan bunga lawang, cengkih, kayu manis dan gaul. Kemudian masukkan daging dan gaul hingga separuh empuk. Masukkan pula taucu, lada benggala, lobak merah, bawang besar, tomato dan segala-gala perasa. Kalau nampak kering sangat masuk air sikit. Gaul hingga masak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 07:29 PM | Show all posts
maklang oo maklang..

saya dah try daging masak maklang semalam...mmg sodap....hingga menjilat jari ..hihi..mekasih maklang..:tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 07:37 PM | Show all posts
Originally posted by Kacip_Fatimah at 22-6-2006 01:02 PM
as request by Darsita..

DAGING MASAK KICAP BERCILI




tak tahan tengok daging tu tapi errr tak tahan lagi tengok pinggan tu.. cantik le..
love purple..


[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 24-8-2006 10:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by Natey at 18-8-2006 07:29 PM
maklang oo maklang..

saya dah try daging masak maklang semalam...mmg sodap....hingga menjilat jari ..hihi..mekasih maklang..:tq:


:tq:macih sbb berani cuba resepi yg maklang tempek....:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 08:49 AM | Show all posts
mak lang saya dah masak resepi daging mak lang. suami ckp sedap.. terima kasih mak lang..
sedap sgt 4 pinggan tu dia mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 12:45 PM | Show all posts
perrggghhhh... 4 pinggan!! lepas makan, perut tak sangkut kat meja ke?? ekekekke...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by Mimpi at 26-8-2006 08:49 AM
mak lang saya dah masak resepi daging mak lang. suami ckp sedap.. terima kasih mak lang..
sedap sgt 4 pinggan tu dia mkn..


macih pada mimpi...:tq: kalo sedap bagitau kawan, tak sedap maaf dipinta :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by ciku_nunu at 27-8-2006 12:45 PM
perrggghhhh... 4 pinggan!! lepas makan, perut tak sangkut kat meja ke?? ekekekke...

bukan tersangkut kat meja langsung tak boleh bgn.. wakakakakaka..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 03:56 PM | Show all posts
saje nak kongsi resepi ibu mertua ummi dgn kekawan semua

Gulai Sambal Daging



Bahan kisar(bhn A):
1/2 kilo daging (potong mcm kita nak buat kerutuk/kurma daging)
10-15 biji lada kering
15-20 ulas b.merah
2 ulas b.putih
2-3 inci halia
3 btg serai
1 sudu besar ketumbar
5 biji cili api
1 biji kelapa - ambik santan pekat @ ummi guna santan yg rega 2 ringgit tu.

bhn B
2 btg serai diketuk
garam, gula
2-3 keping asam keping

Cara:

Masukkan Semua bahan A dan B ke dalam periuk. Biarkan gulai tadi mendideh. Kecilkan api, masak hingga hampir pekat (1 jam setengah). Hidangkan dgn nasi putih atau roti.

Sebenarnya resepi ni juga sama dgn resepi nak buat sambal daging. yg bezanya daging tu tak diracik halus2 cam sambal daging dan ianya berkuah.
Selamat mencuba. :hatdown:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 01:09 PM | Show all posts
daging blackpepper n asparagus utk lunch arini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2006 03:59 PM | Show all posts
kak liza pernah belajar dari kelas masakan perpaduan masa zaman muda dulu la..
so far apa yg kakliza tahu rendang tok ni adalah rendang yg campurkan isi kelapa yg dipotong nipis dan campuran rempah ketumbar..jintan manis dan jintan putih..
bila dah masak warnanya agak gelap dan pekat berbanding ngan rendang biasa..
kalau keringkan ..lagi sedap..



RENDANG TOK

Bahan

1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [koyakkan]
3 s/b gula merah
Daun kunyit [racik halus]
garam


Bahan mesin
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b  jintan putih
1 s/b  lada hitam
3 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
25  biji cili kering
20  biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan kelapa hiris dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, kelapa hiris dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat.
5. Hidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 10:14 AM | Show all posts


dah try daging itam manis sitampok manggis mak lang.

:ting: sungguh :mll::mll::mll:

memang a must try recipe lah

thanks mak lang

i liiikkeeee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by sayajemot at 7-9-2006 10:14 AM


dah try daging itam manis sitampok manggis mak lang.

:ting: sungguh :mll::mll::mll:

memang a must try recipe lah

thanks mak la ...


...walaupun hitam ku pandang manissss jer....macih sbb sudi mencuba resepi yg tak seberapa nih:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 09:29 PM | Show all posts
Gulai Kampung



Bahan

1kg daging batang pinang dihiris nipis
Santan kelapa dari 1 setengah biji kelapa
30 gram cili kering dikisar
1/2 cawan air asam jawa
sedikit gula melaka
30 gram rempah kari daging
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa
5 batang cili merah / hijau dibelah dua

Bahan untuk menumis

Sedikit minyak masak (ikut lah.. setengah orang tak suka banyak minyak)
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
seinci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji bawang besar dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
seinci halia dimayang
6 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
seinci kunyit hidup dikisar
sedikit belacan (dikisar dgn bawang)

Cara memasak

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis. Masukkan cili kering kisar dan masakkan hingga cili agak masak. Gaul rempah kari dengan sos tomato, dan masukkan dalam masakan. Masukkan daging dan kecutkan hingga air daging agak kering. Lepas tu masukkan air asam jawa dan gula melaka. Masukkan santan, dan biarkan sehingga mendidih. Dah hampir masak, masukkan cili merah yg dibelah.

[ Last edited by  NoorMasri at 20-9-2006 05:50 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 1.730852 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list