|
Originally posted by 7276 at 4-6-2006 11:56 AM
aku rasa macam jatuh cinta ngan lawak ni....... macam best!! dan kretip!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayugirl23 at 4-6-2006 03:03 PM
kat mana ni? :hmm: nampak cam papan tanda tu diedit pakai teknik graphic je tu...
:setuju:
dah tu letak pondok tepon walaupun yg tu tak diedit..:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha hampa nih wat aku gelak sakan la kat opis nih sesorang :pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari. |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd. Jamil.
"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."
"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin tahu.
"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."
"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"
"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."
"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"
"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."
"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.
"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.
"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"
"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya'...!" |
|
|
|
|
|
|
|
satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.
Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.
Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...
5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak di kecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
Pesakit: Doktor, berapa lama tulang saya yang retak ini akan sembuh ?"
Doktor: "Paling cepat enam minggu lagi "
Pesakit: "Bila saya telah sembuh, adakah saya akan mampu bermain muzik ? "
Doktor: "Oh .... tentu saja ! "
Pesakit: "Hebat! Padahal sebelum ini saya belum pernah bermain muzik. " |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian ini berlaku di dalam mahkamah di sebuah bandar kecil. Pihak Peguam Pendakwa Raya telah menjemput seorang wanita tua, Puan Minah, yang menjadi saksi dalam kes perbicaraan supaya tampil dikandang saksi. Pendakwa Raya itu pun memulakan pertanyaannya begini,
Puan Minah, awak kenal pada saya??
Puan Minah pun menjawab, Hah kenapa? Memang aku kenal kau Encik Dollah. Aku mengenali kau dari semenjak kau kecik anak lagi. Engkaulah satu satunya orang yang sangat menghampakan aku. Kau penipu besar, curang pada isteri, menggunakan kebijaksanaan kau bercakap dengan memutar belitkan ramai orang, dan suka mengata dan mengumpat hal tepi kain, dalam kain orang. Kau ingat kau dah jadik orang besau sekarang huh, sedang kau sebenarnya takda otak untuk menyedar diri sendirik yang kau bak umpama penolak kertas sampah jer. Memang aku kenal pada kau!?
Peguam Pendakwa Raya itu sungguh terkejut dan malu besar. Tak tahu apa nak dilakukan, dengan muka yang dah merah padam tu maka dia pun menunjukkan jarinya ke suatu arah
dibilik mahkamah itu sambil bertanya, Puan Minah, awak kenal tak pada Penguam Bela itu??
Puan Minah pun menjawab, Hah apasal lak? Memang aku kenal betul Encik Zam tu dari kecik anak lagi, seperti mana aku mengenali kau. Aku pernah menjaganya ketika dia masih bayi lagi, kerana kesian kan mak bapaknya yang terpaksa bekerja pada waktu tu. Dia pun macam kau jugak, diantara satu satunya orang yang sangat menghampakan aku. Dia sangat pemalas, berfikiran sempit, dan kaki minum arak. Kerana sifat dan kelakuannya, dia susah berkawan dengan sesiapa pun. Dan kepakarannya dalam ilmu undang undang adalah yang paling teruk sekali diseluruh negeri ini. Tentu sekali aku kenal pada dia!?
Kelihatan ramai hadirin yang tersenyum, ada yang ketawa berdekah-dekah, dan jadi riuh-rendah sidang perhakiman tersebut. Seterusnya serta-merta Hakim mahkamah menyuruh semua yang hadir diam, dan memanggil kedua-dua Peguam Pendakwa Raya dan Peguam Bela menghadapnya dimeja Penghakiman. Dengan suara yang perlahan, dan menunjukkan muka yang mengancam, Hakim tersebut berkata, Sekiranya ada di antara kamu berdua yang bertanyakan pada perempuan tua itu samada dia kenal pada saya atau tidak, saya akan dakwa kamu dalam Akta Melanggar Undang Undang Perhakiman dan Menghina Mahkamah! |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada petugas di
resepsi adakah kamar no. 27 ada pesakitnya.
Petugas tersebut lalu memeriksa kamar tersebut dan segera kembali ke
telefon, memberitahu lelaki tersebut bahawa kamar no. 27 itu memang kosong.
"Bagus sekali!" kata si lelaki. "Itu bererti aku sudah betul-betul
berjaya melarikan diri!" |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang wanita yang baru beberapa bulan menikah berkata kepada suaminya yang baru saja pulang dari kerja, "Aku punya berita yang sangat menggembirakan. Tidak lama lagi penghuni rumah ini akan bertambah satu orang, sayang. Kita tidak lagi berdua, tetapi
bertiga ...."
Si suami melompat kegembiraan, menghadiahi isterinya dengan ciuman yang bertubi-tubi dan berkata, "Oh sayang, saat ini aku adalah
insan yang paling bahagia di dunia."
Kemudian si isteri berkata, "Aku juga sangat bahagia kerana kebahagiaanmu. Jadi, mulai
esok pagi ibuku akan tinggal di rumah kita!" |
|
|
|
|
|
|
|
Dua orang ibu yang sudah lama tidak bertemu temannya dari satu
kampung.
Kerana satu kampung, sudah pasti akrab. Mereka masing-masing bertanyakan
hal keluarga.
Ibu 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat baik.
Ibu 2: Adakah dia merokok?"
Ibu 1: "Oh, tidak! Tidak sama sekali! "
Ibu 2: "Dia kadang-kadang minum arak?
Ibu 1: "Oh, jelas tidak! Dia anak baik-baik"
Ibu 2: "Dia pernah berfoya-foya, suka pulang larut malam ke rumah?"
Ibu 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak lelaki harapan keluarga"
Ibu 2: "Wah, bererti dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa umurnya?"
Ibu 1: "Minggu depan dia akan genap berusia enam bulan!" |
|
|
|
|
|
|
|
Sepasang kekasih sedang bercakap di telefon dengan mesra. Si pemuda melontarkan ayat-ayat power.
Dollah : "Sayangku, engkau tidak usah meragukan cintaku kepadamu. Apa pun yang terjadi aku tetap mencintaimu. Tak ada yang bisa menghalanginya."
Tipah : "Ah, abang tipuuu...."
Dollah : "Sumpah sayang! Lautan dalam pun akan kuselami demi cintaku kepadamu"
Tipah : "Hhmmm..."
Dollah : "Lebarnya lautan akan kuseberangi demi cintaku kepadamu.."
Tipah : "Hhhmmmm..."
Dollah : "Lautan api akan ku renang demi cintaku padamu"
Tipah : "Terima kasih, kekasihku. Sekarang, marilah kesini.. saya rindu nak bertemu..."
Dollah : "Hmm, sayangku. Maaf, kalau sekarang tidak boleh, sekarangkan sedang hujan.
Sedangkan kereta abang baru saja dibasuh tadi...!" |
|
|
|
|
|
|
|
Ebok, trima kasih pasai hang menceriakan pagi aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi
Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?" |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut dipanggil penipu, penjual berkata "Eh! tadi merah, pasal jatuh tu la, dia takut jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka penjual tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam sebuah kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya.
Kamu hendak ke mana? Syurga atau neraka?Siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan...!!"
Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.
Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, Siapa hendak ke neraka?
Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi...dengan kehairanan ustaz itu bertanya. Bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan....habis awak nak ke mana??
Jawab murid itu, Saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai dia jemput. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanis00 at 6-6-2006 10:24 AM
Ebok, trima kasih pasai hang menceriakan pagi aku.
sama-sama kaseh hanisku :love::love::love: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|