CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

[Lain-Lain] PUAKA TEBING BIRU

[Copy link]
Post time 22-2-2007 06:20 PM | Show all posts
SPOILER WARNING!~!!!!!

dah tengok dah semalam.... x sangka plak si umie aida tu mati sbb jatuh perigi.. Ingatkan kener rogol lagi ker oleh sesaper cam citer Embun lps tu jd hantu sbb nk balas dendam.. Aleh2 citer dier camni plak  .. BTW, lakonan Fahrin dlm citer ni x boleh dibanggakan.. Ingatkan lepas si amani tu dah jd hantu , citer dier dh nk abis dah ... rupernyer panjang lg .. Seriusous ly , part yg really seram pun taim si amani tu dah kener rasuk .. Issh!!! Bingit beb... BTW , yg buat bosan asik bermadah jer kot ...Saper yg nyanyi lagu background tu ???

[ Last edited by  DDT_pacak85 at 23-2-2007 05:47 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 10:21 AM | Show all posts

Hi!!!!!!!!!

gonna watch it ptg nih...


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by DDT_pacak85 at 22-2-2007 06:20 PM
dah tengok dah semalam.... x sangka plak si umie aida tu mati sbb jatuh perigi.. Ingatkan kener rogol lagi ker oleh sesaper cam citer Embun lps tu jd hantu sbb nk balas dendam.. Aleh2 citer dier  ...


laaa..awat tak letak spoiler warning? kan dah tak thrill lagi bagi yg belum menonton tu.....anyway, yg menyanyi lagu background yg mendayu2 to Umie Aida sendiri....but in certain parts it's quite irritating..........dontcha think?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:41 AM | Show all posts
kureng lah....

tapi oklah kalau nak rasa meremang skit2...


huhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

lynnexscully This user has been deleted
Post time 23-2-2007 01:44 PM | Show all posts
dah tgk.. aku rasa byk meleret la...
Reply

Use magic Report

youngest This user has been deleted
Post time 23-2-2007 02:08 PM | Show all posts
nak tgk ke tak nih..........? musykil aku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2007 03:01 PM | Show all posts
tgk promo mcm bagus aje..
tapi bila siti jarum komen..mcm tak best pulak bunyinya..
katanya ngantuk dan kelakar..
betul ke..atau hanya pandangan peribadi dia aje..
kekawan yg dah gie tgk apa cerita ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 03:54 PM | Show all posts

Reply #107 princess06's post

Jgn pcaye sngt ngan siti jarum tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 04:15 PM | Show all posts
Aditya: Dalil kecil sang puaka!
23-02-2007 11:29:32 AM
Oleh ADITYA PUTRA  


APABILA Osman Ali mengarah Puaka Tebing Biru, ramai yang cuba untuk mendekati filem itu, menilai hasil pertama pengarah ini selepas diwar-warkan "kehebatannya" lewat filem-filem pendek sebelum ini seperti Malaikat Di Jendela dan Bukak Api.

Atau dengan kata mudah, Puaka Tebing Biru menjadi arahan pertamanya di dalam arena arus perdana selepas sekian lama mencuri perhatian di pentas "indie". Dan untungnya perhatian itu melebar lebih besar sehingga Tayangan Unggul Sdn Bhd menguji Osman melalui suntikan komersial ini.

Aditya antara penonton hari pertama mengunjungi GSC untuk tayangan pembukaannya pada 18 Februari lalu. Teringin sangat nak tengok hasilnya sebab bukan main lagi orang media bercakap tentang filem ini. 20 minit pertama, degup jantung berdenyut kencang dengan adegan-adegan suspen, muncul hantu budak dalam peti mayat, hantu dua beranak di tengah jalan dan sebagainya.

Dan minit-minit seterusnya, degup jantung makin menguncup terus hilang debaran. Dan makin hilang berganti bosan dan bayangkan lebih kurang dua jam itu, Aditya menanti dalam rengsa. Lima enam penonton bangun meninggalkan tempat duduk, agaknya nak ke tandas beramai-ramai tetapi silap kerana mereka tak kembali sampai sudah filem itu.

Aditya cuba untuk menghormati filem ini dengan tidak meninggalkan panggung (tidak mahu membazir RM10 biarpun masa kian terbuang dengan kebosanan).

Puaka Tebing Biru semacam Malaikat Di Jendela versi filem panjang. Elemen air masih bertaut pada Osman, seakan sama yang kita lihat di dalam filem pontianak Nang Nak dari Thailand. Tidak pula menuduh Osman menggunakan idea itu tetapi menarik juga kalau ia sesuai digunapakai dalam filem kita.

Puaka Tebing Biru sebenarnya ada ceritanya sendiri. Kisah Ratna yang berhijrah mencari rezeki ke Kuala Lumpur meninggalkan kampung halaman serta keluarga di Pangkor yang mengusahakan hasil laut seperti pembuatan ikan kering dan belacan.

Osman menggunakan tema kekeluargaan untuk filem yang bertajuk seram ini dengan menyatakan pemergian Ratna itu tidak direstui oleh ibunya, sekali gus menghantuinya sepanjang penghijrahan itu.

Osman cuba memperkuatkan lagi dengan kisah cinta Ayu dan Mohsin yang keterlanjuran. Mereka tidak dikahwinkan di dalam cerita ini atas alasan yang kurang pandai dibuat oleh Mohsin atau Osman sendiri. Pertama, ketika kandungan Ayu masih kecil, Mohsin janji untuk kahwin sebaik pulang dari laut (Mohsin seorang nelayan). Malangnya bot mereka dihempas ribut dan ombak, Mohsin antara awak yang maut.

Kedua, yang akan memelikkan penonton apabila Mohsin muncul semula di samping Ayu yang sarat membusung kandungan. Hairannya, kemunculan Mohsin yang mati hidup semula itu yang tergantung tanpa sebarang penjelasan dan Osman membiarkan Mohsin hidup sehingga menjadi pencinta dan penyesal setia yang menjaga mayat Ayu.

Puaka Tebing Biru cuma gah pada judul filemnya kerana kira-kira 80% adalah drama keluarga, drama penyesalan atas kesilapan lalu untuk ditebus hari ini. Klise yang membosankan dan anda harus habiskan dua jam untuk melihat Ratna bercakap dengan Ayu yang tampil dalam bentuk hantu!

Sayangnya Osman memulakan kejutan seram terlalu awal. Objek hantu dipaparkan sehingga tiada yang suspen lagi untuk dirasainya. Di mana puaka sebenar?

Sepatutnya pada kolum ini, Aditya bukan berniat untuk mengulas filem namun anggap saja catatan kali ini sebagai apa yang Aditya rasa apabila menonton Puaka Tebing Biru.

Selain elemen drama yang diutamakan serta kekeliruan Mohsin dan cintanya kepada Ayu, sempat Aditya kumpulkan beberapa pertanyaan yang musykil sepanjang dua jam duduk di kerusi bernombor B12 panggung 10 di multipleks itu. Senang cerita, anggaplah ia sebagai dalil kecil yang terbit dek pancaran lampu ke layar putih Puaka Tebing Biru. Bukan mencari kesilapan tetapi itu yang terlihat kali ini hasil menonton tempoh hari.

Dalil-dalil kecil:

1. Ratna seorang pembantu hospital, kerjanya selalu di bilik mayat. Trauma memanjang dengan mimpi-mimpinya. Hidup senang dengan memandu Toyota Vios dan tinggal di apartmen yang mampu diduduki eksekutif korporat. Teman serumahnya dipaparkan begitu erat memeluk Ratna sehingga ada ura-ura mengatakan mereka lesbian. Kalau lesbian, Osman tidak menyatakan dengan jelas di dalam filem ini. Faham-faham sendirilah!

2.  Ratna diganggu hantu ketika menetap di Kuala Lumpur. Adegan ini terlalu banyak disumbat pada awal cerita sehingga pertengahan dan pengakhiran yang tiada lagi untuk dikejutkan kepada penonton. Tidak salah membuat drama tetapi judul "puaka" filem ini sudah menipu semangat penonton. Malah banyak babak yang tidak perlu termasuk ketika Ratna memanjat tangga ke alang rumahnya dan melihat hantu mencangkung selepas beberapa babak lain yang cukup untuk menggambarkan tekanan Ratna. Osman semacam ghairah untuk tunjuk hantu sehingga hilang suspen.

3.  Paparan orang gila di stesen keretapi tidak perlu. Karakter itu memang wujud di dalam kehidupan seharian kita tetapi Osman terlalu sayangkan gambar itu daripada sayangkan durasi yang makin panjang.

4.  Siapakah Atilia sebenar? Dari awal kemunculan karakter ini, seperti dia bukan lagi manusia bernyawa dikandung badan. Malah dia juga dimatikan ketika babak di kampungnya dan mayat itu dijumpai kakaknya, Ratna tetapi esoknya hidup semula.

5. Tenaga Atilia begitu kuat berbanding badannya. Karakter ini dilakonkan oleh Sharifah Amani yang bertubuh comel dan bersaiz kecil tetapi mampu membaiki buaian kayu di tepi pantai sebelum ditolong Ratna. Hello? Kayu buaian masih kukuh walaupun bertahun ditinggalkan di tepi laut berair masin itu kerana buaian asal itu dibina oleh Mohsin untuk anaknya, Ika.

6. Kelakarnya hantu Osman pelbagai karakter. Hisap darah boleh, makan nasi boleh, mengayuh sampan di tengah hari, berjalan di celah batu, boleh dipegang dan bercakap dengan Ratna. Apa yang Osman cuba tonjolkan? Mungkin Aditya belum membaca kisah hantu yang dibawakan oleh Umie Aida itu.

7. Tahan sunggup bateri laptop Ratna sehingga mampu bertahan dua tiga sepanjang berada di bekas rumah lama ibunya. Mungkin sambung dengan bateri kereta? Tidak tahu apa fungsinya laptop itu untuk babak-babak di rumah usang tersebut. Paling tidak boleh anggap saja ia props yang cantik.

8. Setelah dijemput oleh Atilia di stesen keretapi, Ratna memandu Viosnya ke kampungnya. Kalau singgah sebentar untuk melihat-lihat rumah yang ditinggalkan itu, mungkin logik kerana sudah 7 tahun dia tidak menjenguk ibunya. Tujuannya balik kampung pun kerana ibunya tetapi masih sempat berseronok bermain hide and seek dengan puaka di tepi pantai itu. Apa salahnya, kalau terus ke rumah dan esoknya datang semula sekiranya untuk mencipta keseraman pondok usang itu?

9. Bercakap mengenai pondok usang, Ayu yang sarat mengandung ditinggalkan seorang diri di sebuah rumah kerana malu, bimbang dilihat oleh orang kampung. Ayu melahirkan Ika seorang diri dalam hujan lebat di beranda. Dalam hujan lebat itu, cahaya begitu terang sedangkan lampu minyak (lampu ayam) yang tergantung dan terpadam terhuyung hayang ditiup angin. Dari mana cahaya itu kalau tidak pengcahayaan yang tidak baik.

10.  Perlukah tubuh Fahrin dibogelkan ketika dia mandi di perigi rumahnya? Bukan setakat satu syot tetapi siap dengan tracking. Osman pandai mengambil kesempatan untuk menjual filem ini melalui Fahrin. Tidak menjadi salah kerana elemen itu mempunyai sebab musabab oleh Osman untuk mendirikan babak tersebut. Perlukah?

11. Teringat kepada ibu Ratna, Mak Esah yang menjaga Ayu. Di mana dia ketika Ayu sedang bermasalah?

Sudah terlalu panjang catatan kali ini dan perlu Aditya berhenti kerana ia boleh membosankan pembaca mStar. Sayangnya Puaka Tebing Biru ada cerita yang lebih menarik untuk difokuskan terutama Ayu dan Mohsin!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 05:05 PM | Show all posts
scene atau dialog yg x logik dalam filem ni bg aku adalah:

1) sewaktu ratna panjat tangga untuk tgk atas bumbung rumahnye... bkn ke dia tggl di apartment? mungkin juga
panthouse tp mcm x logik sbb nampk atas bumbung tu mcm rumah besar atau rumah teres

2) ratna kata kat adiknya yg mereka hanya mahu tinggal semalaman je di rumah lama mereka itu sebelum pulang berjumpa ibu mereka..tp ditunjukkan siang dan malam silih berganti tapi mereka tetap juga tggl di rumah usang itu..

3) sewaktu ratna bertemu balik adiknye di dalam sampan di tepi laut... apabila ratna terdgr suara2 dr umah ayu dia terus biarkan adiknye itu tenat sorang2 terdampar kt tepi laut..dia lak pg dptkan ayu.. dan pelik sbb adik ratna dibawa ayu ke laut
seolah-olah membayang yg dia akan mati tp dia hidup balik... huh~

ada lagi la beberapa kemusykilan slps tgk filem ni tp ni antaranye la...

:hmm: :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 05:46 PM | Show all posts
Originally posted by youngest at 23-2-2007 02:08 PM
nak tgk ke tak nih..........? musykil aku...



tengokla... it's ok .. different dr citer2 seram kt malaysia ... ader lah cerita .. menjerit2 pun kurang ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 05:52 PM | Show all posts
ak ingat stat2 sharifah amani ni dh mati sebenarnyer ... Nasha aziz yg khayal lebih .. scene2 awal jer seram ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 05:53 PM | Show all posts
mak si atilia ni x risau ker si atilia tinggal ngan kakak dier kt rumah usang tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 11:32 AM | Show all posts
kalo tgk dark waTERs lagi penang... ke su yg pening :gila::gila:
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 02:22 PM | Show all posts

Reply #109 Syd's post

Hmm..setuju part elemen seram dimasukkan terlalu awal..masuk2 panggung trus ade part seram..trus jadik x seram dah..hahaha..part tgh cite nih memang boring..sbb citer die slow..tambah dgn certain parts yg x leh diterime akal..

mcm ms Aish kate pasal ceiling apartment ratna yg looked soo kampung..heloo..it's an apartment ok..mane ade pakai 4'x2' ceiling board dh..seme pakai plastered ceiling oqqay..   

flashback yg sengaje dibuat..first flashback was mase nasha floating kt pool tuh..pas flashback abih tetibe ratna tgh driving..mm..

lg satu pasal flashback nih..mcm x perlu tulis 'ika dan ara' or 'mokhsin dan ayu' tuh seme jus to tell d audience dat..ok..skarang tgh flashback yer para penonton sekalian..waa..osman ali x pandai nk wat flashback ka..?? or it's jus one of his style of doing it..soo very not stylo ok..??

kalu part ratna yg beria nk balik umah buruk die tuh instead of seeing her mom after 7 years..well..memule ku curious gak..but ratna has explained it to hantu ayu yg die malu and so on..tat's why osman emphasis d tag 'malu itu yg buat aku bla bla bla...' cume x kuat..si lia xkanlaa dh 2-3 ari kat ctu baru nk tanye tanak balik ke..baru laa beria ajak balik..and..mak diorg x ghiso ke lia x balik 2-3 ari..sporting sungguh mak esah..

pastuh..umah buruk tuh x de laa buruk mane..cume diorg semakkan dgn daun kering, dahan and d trees..osman ali x bpe detail on tis part..he shud make it more real..after 7 years..x kan laa kuat lagi umah tuh..ujan lebat tp x bocor..well..maybe die x tunjuk..tp seme kelengkapan dapur yg diorg gune tuh lengkap sungguh..kalu peninggalan diorg pun..after 7 years..it wouldn't b that ok..ok?? x berkarat ke..?? x sanguup aku nk pakai alat yg dh lame tinggal usang cenggituh..

dan yg paling aku x paham nape ika mcm terlalu berdendam..?? dgn mate yg seram..(ok she's a ghost..fine..) tp ape kenengene die ngan ratna n lia.. n d way she pushed lia mcm berdendam betul.. :@

dan aku berpendapat mungkin hantu ayu nk sedarkan ratna yg kedatangan die ke situ dan ke'refuse'an  die balik jumpe mak die adelah satu mistake..tat's why die amik lia..kire mcm..padan muke ko..sape suruh ko dtg sini..mm..

n last but not least..watak lesbo partner ratna abih cenggituh jek..diorg end up cemane..?? hahaha.. nak tau gak..

moral of the storiy is..tentunye pasal hubungan ibu dan anak..start dgn lia yg x sampai ati pisahkan mak kerang ngan anak kerang..mak esah yg masih sayang dan tunggu anaknye walopun 7 taun tp x reti2 nk balik kampung..hantu ayu yg datang waktu tgh malam utk nenenkan babynyer..dan mak ara yg x kesahkan org dok ngutuk kate anak angkat die tuh anak puake..mulut puake sungguh diorg tuh..heh..

neway..seme komen tuh adalah soklan yg masih aku pikir..bkn kate bagus ke ape..of course osman ali is 1,000,000 times better than me in this case..tp those are the questions yg ku n my fren discuss pas tgk citer tuh.. peace..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 08:36 PM | Show all posts
aku cukup menyampah dgn org yang nyanyi lagu background tuh............. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
aku rase nak ramas jer molot dier pastuh masokkan cili padi.da la mase aku tgk tuh time midnight,tros x der mood nak tgk lagi,bukannye menyeramkan tapi menyakitkan hati jer....................

anyway citer ni not bad berbanding ngan citer pontiank menari tuh...............cume x baper logik sangat la.................kalau aku,aku x sanggop nak masok umah tu balik.

nak tanye,ayu tuh adik badik ratna ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Miss_Ted This user has been deleted
Post time 25-2-2007 12:18 AM | Show all posts
Originally posted by nameloo at 24-2-2007 08:36 PM

nak tanye,ayu tuh adik badik ratna ker?


diorang tu best friends.... kalau ikut sinopsis rasmi dia. tapi mmg aku tgk pun mula2 ingatkan diorang adik beradik

[ Last edited by  Miss_Ted at 25-2-2007 12:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 11:42 AM | Show all posts
aku dah tgk..
TAK BEST!!!
rasa lama giller cerita ni....
nyesal gak aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 23-2-2007 04:15 PM
Aditya: Dalil kecil sang puaka!
23-02-2007 11:29:32 AM
Oleh ADITYA PUTRA  


APABILA Osman Ali mengarah Puaka Tebing Biru, ramai yang cuba untuk mendekati filem itu, menilai hasil pertama p ...

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 01:52 PM | Show all posts
aku dah tengok cerita ni semalam..aku suka..bagi aku cerita ni best dan lakonan umie aida n nasha mmg best..boleh tercalon utk best actress..eskpressi muka diorg memang betul2 menyentuh kalbu..

p/s pasal bumbung apartment tu...mmgla apartment takde bumbung...itu adalah simbolik kepada gangguan yg ratna terima...seolah2 ayu macam bagi klu ada sesuatu kan bumbung rumah..tapi penonton tak tahu lagi bumbung rumah yg mana...itu pun korang tak faham ker? yg kelasnya tetiba ada tangga kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.068478 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list