CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Isu: Pencemaran Alam Sekitar - Raise Awareness To Save Environment -

 Close [Copy link]
Post time 25-4-2007 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by raven at 25-4-2007 06:01 PM





aku pun ada tertengok scene buang sampah ni..
hehehe..
mmg memalukan..
umpama cubit peha kiri, peha kanan pun terasa sakit..
adakah kerana kat malaysia ni terlalu banyak sungai ...


tapi setahu aku kos untuk merawat sungai teruk tercemar biasanya

makan kos bilion2 ..  terbukti berjaya ponn dinegara2 maju .

tapi kalo perntukan 7 juta untuk sekian2 tahun ..  aku rasa tak kemana .

lebih2 ponn buat belanja dapor depa2 yang terlibat .



tapi kenapa kita buleh bazirkan 2 biliion hanya untuk menyelamatkan syarikat2

yang hAMPIR MUFLIS ..  tetapi tidak kepada sungai kita  ??

bukankah sungai adalah satu2nya anugerah alam .

kita memang tak reti bersyukur kaa  ??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 10:28 PM | Show all posts
Bagi aku, satu sebabnya ialah mentaliti orang Asia (mostly - termasuk Singapore), ialah mereka suka develop, tapi tak suka maintain. Kat Singapore lain, mgkin kerana mereka ada penguatkuasaan ketat, duit pun banyak, jadi maintenance tak jadi masalah... cuma mentaliti mereka mgkin sama jer dgn org Malaysia. Tapi kat Malaysia nie, tengok jerlah berapa jer fund utk maintain sungai? Berapa jer elaun diberi pada penguatkuasa? Berapa ramai jer penguatkuasa yg ditugaskan? Kita banyak fokus pada budget utk development. Cukup2lah development tu. Kita dah cukup banyak development projects dibuat pada dekad 80an dan 90an. Now, we should focus on how to maintain it. Satu sbb kenapa, ialah development ini satu benda yg "nampak" dan juga memberi kebanggaan dan nama pada seseorang pemimpin. Sbb tu pemimpin suka develop, tapi tak suka maintain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 11:09 PM | Show all posts
campaign without enforcement is useless...
sedangkan kempen elakkan kemalangan jalan raya pun tak efektif, tu dalam keadaan berkepuk2 saman yg polis kuarkan...pun tak menjadik jugak...kalo yg camni pun tak lepas, toksah citer pasal kebersihan sungai la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 12:44 AM | Show all posts
Coz takdok kesedaran sivik....

[quote]Originally posted by cakciboojaki at 25-4-2007 10:33 AM
Kempen sungai bersih gagal, membazir duit rakyat
Kempen gagal -- Apa yang dicintai hanya indahkan tebing, bukan kebersihan sungai
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 01:38 AM | Show all posts
kita ada 16 sungai tercemar
kos untuk pemulihan antara RM100 juta - RM400 juta
projek baru untuk memulihkan projek yg gagal sebelumnya
MALAYSIA BOLEH!
Reply

Use magic Report

sovereign This user has been deleted
Post time 26-4-2007 02:22 AM | Show all posts

Reply #1 cakciboojaki's post

tula, aku pun tgk Far Flung Floyd tuh...malu sungguh, dlm tuh malaysia betul2 nampak very poor 3rd world country
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-4-2007 08:04 AM | Show all posts
apa apa kempen sekalipun tidak akan berjaya dan berkesan
jika tiada model / contoh yang terbaik dan tiada
kesedaran dari rumah dahulu --

nak buat kempen bersihkan sungai --
longkang kat rumah kita pun tak sama2 nak bersihkannya-
tak ajak anak isteri sama2 sedar tentang pencemaran -

semua itu bermula dari small part /small group --
and then sama2 turun padang  jalankan kegiatan
yang lebih besar untuk mengatasi masalah pencemaran tersebut

kalau kerajaan setakat kata  ok  kita beri peruntukan  bla bla bla -
untuk letak slogan - CINTAILAH SUNGAI KITA'
slogan tu pun orang tak pandang mana pun --

sampah sarap yang dibuang kat sungai gombak sungai
klang tu sebagai bukti  yang 'sapa yang pandang'
kempen ni? ---

pada saya - curriculum kat sekolah memainkan peranan yang penting
juga untuk instillkan murid2 mencintai alam sekitar --
adakan eco adventure club kat sekolah --
bawa murid2 melawat sungai or hutan dan di samping memberi
pelajaran - sama2 membersihkan sungai tersebut  - mana2 ada sampah sarap -
sama2 pungut -- walaupun terpencil -- tak banyak bahagian yang dapat nak
clean - tapi  fact that they 'did' it -- clean the area together - boleh
melahirkan semangat untuk sedarkan betapa pentingnya kebersihan tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 05:54 PM | Show all posts

Saranan Penubuhan Unit Ranjer Sungai - Kearah Sungai Yang Bersih

A'kum & Salam Sejahtera ,

Saya tertarik dengan berita pengusulan untuk menubuhkan Unit Ranjer Sungai seperti dibawah ini. Bagi saya telah tiba waktu untuk kita memastikan semua negeri mewujudkan unit yang sedemikian. Terutama sekali di Selangor ini yang saban hari kita lihat pelbagai jenis sampah di buang dalam sungai oleh pemaju2 dan peniaga2 yang sama sekali tidak peka tentang isu alam di negara kita.

Moga2 kita dapat melihat perubahan yang ketara dimasa akan datang tentang kebersihan sungai2 di Malaysia , bukan hanya setakat sungai di negeri Pahang sahaja.


_______________________________________

Tubuhkan unit Renjer SungaiKUALA LIPIS 29 April
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2007 07:59 PM | Show all posts
Pelajar perlu diajar cintakan sungai, kata Keizrul
30-04-2007

LANGKAWI:  Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Ir Keizrul Abdullah hari ini mencadangkan agar sekolah memperkenalkan modul penggunaan petunjuk biologi bagi menggalakkan pelajar mencintai sungai.

"Guru perlu kreatif menyediakan nota pelajaran mengenai petunjuk biologi kerana jika minat dan cinta terhadap sungai dipupuk sejak kecil, ia amat bermakna kepada negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau Sungai Kilim, sungai terindah dan menjadi tarikan pelancong di sini.

Keizrul berkata, antara kegiatan di bawah modul itu ialah membuat kajian terhadap tahap pencemaran sungai.

Semasa kajian itu, pelajar juga berpeluang melihat dan mengkaji flora dan fauna di persekitaran sungai.

Keizrul berkata, tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebersihan sungai kian meningkat namun tanpa disedari air sungai di negara ini masih diancam pencemaran najis.

Menurutnya, pada masa ini, 16 daripada kira-kira 2,000 sungai di negara ini dalam keadaan amat tercemar dan perlu dipulihkan segera.

Kajian pada 2005 mendapati 91 peratus daripada punca pencemaran sungai di negara ini adalah daripada najis.

Beliau berkata, JPS telah menganjurkan pelbagai kempen untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sungai seperti kempen "Cintai Sungai Kita" sejak 14 tahun lalu.

Keizrul berkata walaupun ada yang menganggap kempen itu gagal, secara amnya kempen itu telah mengubah sikap masyarakat terhadap sungai.

Mereka tidak lagi menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah sarap namun usaha yang berterusan akan dilakukan supaya sungai juga tidak menerima pencemaran daripada kegiatan pembangunan dan industri.

Beliau berkata, sistem kumbahan yang tidak sempurna dan tangki septik yang tidak pernah dicuci menyebabkan limpahan pencemaran yang turut memasuki anak-anak sungai sebelum mengalir ke sungai-sungai utama.

Keizrul menyatakan, bagi tempoh Rancangan Malaysia ke-9, sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pemulihan sungai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2007 08:54 PM | Show all posts
Perangkap sampah undang bau busuk, mencemar sungai
30-04-2007

KOTA BARU:  Kira-kira 2,000 penduduk di tiga kampung di sini terpaksa menghidu bau busuk sejak tiga bulan lalu selepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan memasang perangkap sampah di sebatang tali air di kampung mereka.

Penduduk Kampung Tanjong Chat, Kampung Redang Tikat dan Kampung Sungai Keladi itu meminta JPS mengkaji semula pemasangan perangkap yang terletak berhampiran kampung mereka dan meminta ia dipasang di tempat yang jauh dari penempatan penduduk.

"Kami bukan menolak langkah JPS untuk membersihkan tali air tetapi biarlah perangkap itu dipasang di tempat yang agak jauh dari kawasan penempatan kerana kami tidak tahan bau busuk ini," kata Yusoff Hamid, 60, dari Kampung Sungai Keladi kepada Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, tali air itu yang mengalir dari bandar ini membawa segala sampah sarap yang dibuang penduduk dan keadaan itu mencemari air Sungai Kelantan.

Berikutan itu, JPS telah mengambil langkah memasang perangkap sampah tersebut bagi mengelak sampah sarap itu dihanyutkan sehingga ke Sungai Kelantan. Sejak dipasang, baru sekali sampah tersebut dibuang iaitu selepas penduduk membuat aduan.

Yusoff berkata bau busuk itu semakin kuat ketika musim kemarau apabila ditiup angin menyebabkan kehidupan penduduk sekitar terganggu.

"Cukup tidak tahan bila ditiup angin ketika ini dan selera makan kami juga kadangkadang terputus bila menghidu bau busuk ini," katanya.

Seorang peniaga kedai makan dari Kampung Tanjong Chat, Abdullah Mohamad, 60, mendakwa pelanggan ke kedainya juga semakin berkurangan.

"Dulu ramai pelanggan tapi sejak bau busuk ni, ramai dah tak datang dan ini bermakna rezeki saya juga sudah berkurangan," katanya.

Beliau meminta JPS mengambil sampah sarap yang tersangkut pada perangkap itu setiap minggu dan bukannya hanya apabila aduan dibuat.

Khairul Anuar Hassan, 45, dari Kampung Tanjong Chat juga meminta JPS mengkaji semula lokasi pemasangan perangkap itu dan jika keadaan itu berterusan dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan.

"Apa yang saya khuatir kesihatan kami pula akan terjejas jika keadaan ini berlarutan," katanya.

-------------------------------------------------------------------------
harap2 cepat2lah ambil tindakan
membersihkan kawasan tersebut dari pencemaran darat macam ni -

macamana nak hidup selesa bila perkara2 kebersihan macam ni tak ambil berat -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2007 06:52 AM | Show all posts
Najis punca utama sungai tercemar
Oleh SHARIZA ABDULLAH

LANGKAWI 30 April
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2007 07:03 AM | Show all posts
Cemar sungai: Kuat kuasa undang-undang lebih tegas
Oleh: NAZRULLAH ROSLI

PEKAN 1 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 07:24 AM | Show all posts
dekat seksyen 7 bbb ni ada pembinaa rumah kedai sedang berjalan. rumah kongsi untuk
pekerja di buat di tepi longkan besar. longkang tu pulak bersambaung dengan sungai langat.
apa yang aku tengok kumbahan diorang ni (pekeja Indon) mengalir terus ke rumah
sungai tak de orang amek tindakan pun sedangkan ianya boleh di lihat dari jalan dengan jelas.
satu lagi pembinaa rumah kedai di jalan reko. rumah kongsi di tebing sungai langat langsung.
keadaan serupa jugak terjadi  nanti kalau senang aku amek gamba tampal kat sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2007 08:51 AM | Show all posts
Garbage spill at sea an 慳ccident抂/b]

GEORGE TOWN: No action will be taken against Eurasia Express Sdn Bhd, the operator of a barge which spilled tonnes of domestic garbage into the waters off Pulau Burung last month.

State Department of Environment director Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim said his department had concluded that the incident was an accident, and decided not to take legal action against the company.

"Furthermore, the company has taken steps to contain the contamination and clean up the mess."

He said the water, polluted by the rubbish two weeks ago, was now safe for the local fishermen to fish.

"Eurasia Express has abided by the regulations under Section 31 of the Environmental Quality Act 1974 by completing the clean-up within five days of the mishap," he added.
Eurasia Express is tasked with shipping domestic waste from Penang to a sanitary landfill in Sungai Burung on Pulau Burung.

In the incident about 2am on April 17, two containers laden with domestic garbage sank off Pulau Burung, spilling nearly 20 tonnes of rubbish, after a barge ferrying the containers hit a mudbank. Local fishermen were enraged as their catch was affected by the floating rubbish like plastic bags, paper bags and other domestic garbage.

Eurasia Express responded by hiring the fishermen to help them collect the rubbish for RM150 per boat load. The company also offered compensation to the 40-odd fishermen in the area.

----------------------------------------------------

very irresponsible and caused fishes to die and ruined habitat
and this company should be fined heavily !! -
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 2-5-2007 09:37 AM | Show all posts
its fair for me to say that as human beings, we have been cruel to this planet. not only to our sungai but to the environment in whole. Most scientists agree that the Earth is heating up, due primarily to an atmospheric increase in carbon dioxide caused mainly by the burning of fossil fuels such as coal and petroleum.

but im glad that certain people, certain countries have taken steps to memulihara the environment and that now environment is a BIG issue that is always being addressed during parliament meetings.

taking care of the environment always starts with kesedaran. if we realise how important the environment is to us, we will take care of it. humans kan? what we love, we will treassure, love and care for it. so the same goes to environment.

simple things an individual can do like, stop wasting water, recycle, save on staples, save on paper, always think before you throw, change lightbulbs to energy savers, switch off any power supply yg kita tak guna, buy electrical goods that use less power, support environmental groups, support companies that support environment conservation, donate, and to name a few... can do a lot differentce in conservating, protecting and rejuvenating the environment

based on observation, m'sia punya undang2 mmg bagus but implementation, agak kurang. if cakap nak saman... saman la. apa lagi nak di layan rayuan org and on top of that kasik discount if an individual or company bayar saman b4 certain certain dates. that doesnt help any campaign at all. takde kesedaran akan timbul if every time, people know they can get away with it

reduce, reuse, recycle.... thats the way to go

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 11:42 AM | Show all posts
posted by dexa  08:04 AM
apa apa kempen sekalipun tidak akan berjaya dan berkesan jika tiada model ....... dan tiada
kesedaran dari rumah dahulu --pada saya - curriculum kat sekolah memainkan peranan yang penting
juga untuk instillkan murid2 mencintai alam sekitar --adakan eco adventure club kat sekolah --
bawa murid2 melawat sungai or hutan dan di samping memberi pelajaran - sama2 membersihkan sungai
tersebut  - mana2 ada sampah sarap -sama2 pungut -- ......  .......melahirkan semangat untuk sedarkan betapa
pentingnya kebersihan tu ...   ...


aku SETUJU benar ecspeacially tang kesedaran kene tekannkan terhadap generasi baru yg masih peringkat
kanak2 (masih lagi fresh & mereka yg bakal lalui enviroment akan dtg..) ..sekolah2 kene mengadakan lebih
kerap gotong royong disungai2 ..semak samun yg bermacam2 jenis sampah2 tin2 minuman,puntung rokok,
palstik pek2 sampul etc..dan mengajar mengasingkan sampah ikut jenis  dr awal lg ..macam mana ngan kempen
recycle setakat nih ape perkembangan terbaru..bukan ape kat umah aku langsung xde nak harap parent
mmg la depa org lama mmg nak buat korang lak camna  selalu ke asing2 kan sampah nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


spidernfly This user has been deleted
Post time 2-5-2007 11:52 AM | Show all posts

Reply #116 mobalinbong's post

i mmg asing pasal..... council dah sediakan 2 tong. satu unt sampah biasa & the other bin is for recycle goods.

patut mcm mat2 rempit tu for example .. (ekekekeke) drpd menyaman diorang and put them behind bars, suruh diorang buat hours of community service that can benefit the environment kat m'sia tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2007 07:25 PM | Show all posts
DID preps pollution module for teachers, students

ALOR STAR: The Drainage and Irrigation Department (DID) is preparing a module on environment and river pollution to get teachers and students more interested in the issues.

The module would be incorporated in the Malay language curriculum, said DID director-general Datuk Keizrul Abdullah.

He added that the department was now waiting for feedback from a pilot project which involved 45 trainee teachers at the Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia in Langkawi.

揟he teachers were recently taught to use the bio-indicator technique to assess the quality of water in Sungai Tok Tukang in Langkawi.

揟hey also prepared lessons which would be used when they start their practical training in schools next month.

揑f the feedback is encouraging, the DID will discuss with the ministry the prospects of extending the module to all schools in the country,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2007 02:02 AM | Show all posts
Lima pendekatan selamatkan sungai


Pertama, perluaskan skop pendidikan di sekolah sebagai usaha mendidik generasi muda agar mencintai sungai. Generasi muda kini mungkin tidak menyedari kepentingan sungai apatah lagi bagi mereka yang tidak menjadikan sungai sebagai punca mencari rezeki.

Kedua, penguatkuasaan undang-undang mesti dilaksanakan supaya pesalah terhadap sungai ini dapat diambil tindakan dan didakwa berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Undang-undang yang tidak dikuat kuasa tidak akan mendidik masyarakat ke arah menghargai sungai.

Ketiga, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran mesti mempertingkat rondaan supaya kualiti sungai dapat dijaga dan diawasi. Membiarkan sungai begitu sahaja tanpa pengawasan akan memudahkan berlakunya kes-kes pencemaran sungai.

Keempat, kawalan terhadap penghuni kawasan setinggan mesti dipertingkat supaya mereka tidak membuang sampah atau najis ke dalam sungai sewenang- wenangnya. Kebanyakan mereka yang tinggal di tanah-tanah haram berhampiran sungai sering menjadikan sungai sebagai tempat membuang sampah dan sebagainya.

Kelima, perluaskan kempen cintai sungai menerusi media massa, termasuklah menerangkan akibat buruk pembuangan sampah dan segala jenis sisa ke dalam sungai dan juga denda yang bakal dikenakan jika ditangkap atas kesalahan mencemar sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2007 02:13 AM | Show all posts
spatotnye
gomen make use of our natural plants
kn msia byk pokok
pokok2 tu leh tlong bersihkn sungai
aku xtau sane dh ade ke blom plant bioremediation
kalo xsilap aku usm ade wat research psl ni
my 20 sen
nnti aku cr article psl tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.058930 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list