|
Reply #90 aseela's post
mmg minggu tu byk accident dr jumaat..hubby aku nk blk kluang ..hgway kat yong peng ..lori mellintang pastu hr sabtu pulak ..sedara aku dr muo nk ke umah mak aku.jumpaa accident kat hgway lg ...kali ni x jauh dr tol air itam...melibatkan 3 kenderaan..2 kereta 1 motor..mayat pompuan tergolek gitu aje tgh jln..kereta pulak sebijk terbakar ..sebijik lagi kat tepi hgway..ngeri aku dengar citer tu..kata pakcik aku mungkin yg dlm kete tu hangus semua.. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #91 Airis's post
hati2 ris..aku ntah dpt lepas blk ke tak..td dgr berita kata lpt pun tutup..kene ikut jln dalam..nk blk muo kene ikut pekan pastu msk ikut leban chondong..itupun klu pekan x banjir ler...isk..isk...isk..raya kat sini ler nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk dakwa perparitan tak sempurna punca kawasan sering tenggelam jadi sarang binatang berbisa
MUAR: Penduduk perkampungan nelayan di Kampung Parit Baba, Seri Menanti di sini, merayu pihak berwajib terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) menurap jalan masuk ke kampung itu bagi mengelak mereka mengharungi air setiap kali hujan lebat.
Penduduk, Ramlah Sudin, 48, mendakwa, air hujan yang menenggelamkan rumahnya akibat banjir awal bulan ini menyebabkan air masih bertakung sehingga sekarang.
Beliau berkata, keadaan parit yang tidak diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan air dari saliran utama yang mengalirkan ke laut melimpah ke halaman rumah dan kebun.
"Sehingga kini, bukan saja halaman rumah yang ditenggelami air, malah air masih bertakung dalam ruang dapur rumah saya.
"Kami sekeluarga bimbang terhadap keselamatan terutama pada waktu malam dengan keadaan rumah yang ditakungi air akibat ancaman binatang berbisa iaitu ular dan kala jengking," katanya ditemui di kampung berkenaan.
Tinjauan Berita Harian kelmarin mendapati banyak tanaman keluarga nelayan itu musnah termasuk ubi, keladi dan sayur-sayuran kerana ditenggelami air.
Air yang bertakung di kawasan persekitaran tidak dapat mengalir ke tali air disebabkan sistem saliran dipenuhi semak dan tersumbat.
Selain itu, tinjauan juga mendapati kebun kelapa sawit berdekatan dengan rumah keluarga terbabit masih ditakungi air sedalam 0.2 meter, sekali gus menyebabkan ramai pekebun tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian.
Ramlah mendakwa pernah mengemukakan permohonan mendapatkan peruntukan tanah merah bagi menambak jalan masuk ke rumahnya yang rendah serta terdedah dengan ancaman banjir kilat setiap kali hujan lebat.
Bagaimanapun, katanya, sehingga sekarang belum ada sebarang tindakan daripada pihak terbabit, termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu.
"Saya kecewa dengan sikap tidak prihatin pemimpin peringkat kampung dan mukim untuk mengatasi masalah kami yang sering terdedah dengan ancaman banjir kilat setiap kali hujan lebat.
"Ini kerana ada antara jalan masuk ke kediaman penduduk tertentu di tepi jalan sekitar Seri Menanti, Parit Jamil dan Parit Bulat yang diturap tar, pada hal jalan masuk ke rumah kami yang rendah tidak diberi perhatian," katanya.
Penduduk, Mohd Budi Amin, 37, berkata banjir kilat yang melanda kawasan pedalaman itu memerlukan pemantauan segera pihak berkuasa, terutama JPS.
Beliau berkata, ini kerana hampir semua parit pertanian dalam kawasan berkenaan dipenuhi semak, selain keadaannya cetek kerana tidak diselenggarakan dengan sempurna.
"Malah, tali air utama yang mengalirkan air ke pintu air di benteng Kampung Seri Menanti ke laut juga di penuhi semak, berikutan itu setiap kali hujan lebat air akan melimpah di dalam kebun dan bertakung sehingga lebih sebulan walaupun selepas banjir surut," katanya.
Sementara itu, Ahli JKKK kampung berkenaan, Jumain Ahmad berkata, pihaknya akan mengemukakan masalah penduduk terbabit kepada penghulu mukim untuk diambil tindakan segera.
Beliau berkata, JKKK kecewa dengan sikap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah kerana sehingga kini, masih belum melaksanakan kerja membersihkan semak di saliran utama di kampung berkenaan walaupun selepas mendapat arahan kerajaan.
"Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika melawat pusat pemindahan banjir di Parit Jamil ketika banjir awal bulan lalu, mengeluarkan arahan kepada jabatan kerajaan itu supaya membersih dan menggali segera saliran yang semak dan cetek.
"Bagaimanapun hingga kini, JPS masih belum menghantar jentera pembersih ke kawasan itu menyebabkan air masih bertakung dan menenggelamkan kebun serta beberapa rumah penduduk sekali gus menjejaskan urusan harian mereka," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
macamana nak balik kg ni...kalau banjir kang tak dapat raya kat pagoh...uwwaaahhh...nanti laki aku kata balik umah dia....tak nakkkk...tak aci.....sbb raya haji mesti balik pagoh.... |
|
|
|
|
|
|
|
ehh..lupa nak sapa lak...haiii puan kodok...kak cgust...dah lama tak sembang2 kannnn...macamana sihat hari ini... |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai peringatan untuk anak2 cguct dll,
dalam berita semalam, diingatkan, jangan galakkan anak main air banjir kerana air banjir akan membawa penyakit/kuman disebabkan bawaan kencing tikus...bahaya tu...kecebur dalam bilik air aje dahle... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #108 kodoklawa's post
hubby aku siap2 dh kata tak balik muo..banjir.
.huh.. bengang betul.cepat je kata tak balik muo.InsyaAllah..ada 2-3 ari lagi ni..kot surut ke..
mendap yg mmg takleh lalu lngsung ke?..addduuu... lalu pekan pastu ikut muazam?..kena tanya mmber ni jalan nk ke situ... huhuhuu..aku tak pernah lalu pun |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #110 sHeMe's post
dr ktn ke pekan pastu sebelum leban chondong ada sign board tulis simpang ke muadzam shah..ikut situ ler.. nnt keluar kat simpang belah kiri terus ke segamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #105 anir's post
Hai rinaaa....apa kabar ? Mana lama ilang ? bz businesss sangat ke ?
sian rina...sabarrrrr...Insyaallahh...bolehlah balik tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #112 cguct1970's post
klu banjir kat pulau penarek tu lintah aje yg byk...eeeeeeeeee... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #116 kodoklawa's post
ipohh?..ermm..
aku baru pk2 nk lalu kl.ntah2 pun hb aku kata..baik balik ipoh terus..
bas Cepat dari muo ke kuantan dah 2 ari tak jalan..huh
km71 yg mendap tu kat area mane ek?
[ Last edited by sHeMe at 13-12-2007 12:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #114 kodoklawa's post
Lintahhhh ? hehe...akak geli tengok dia bergerak...lembik..
berair....gulpppp... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #118 cguct1970's post
rela tak klu lintah tu merayap kat badan atau anggota lain utk tujuan perubatan mcm kat tv tu..eeeeeeeee...merinding bulu roma ku ini kak! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|