CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahkim1

Bahasa ke-2 anda

[Copy link]
Post time 1-4-2009 09:53 AM | Show all posts
Kes ke 2 pula, lain sikit. Anak kedua llelaki ahir di Malaysia. Umur 3 bulan (maknanya belum boleh bercakap) kami bawa dia balik US.  Di US kami cakap Inggeris 100% kecuali bila jumpa geng Melayu di Embassy. Di sini semua cakap Melayu termasuklah laki aku sekali, bantai Melayu juga.

Umur dia setahun, balik cuti di Mesia. Dia cakap Inggeris dan saudara mara yang reti Inggeris layan dia dalam bahasa Inggeris. Begitulah seterusnya tiap kali balik kampong, dia cakap Inggeris saja. Ada saudara mara yg tak reti Inggeris, cakap Melayu, dia buat tak tau saja. Yang cakap Inggeris dengan dia, dia layan. Yg nak tergelaknya, bebudak yg asal tak reti Inggeris, sampai boleh cakap Inggeris sebab nak cakap ngan anask aku....  Jadi, anak aku ni rasa dia tak dak keperluan untuk cakap Melayu sebab 'he could get by with English'.
Di rumah, aku ajar dia baca buku Melayu dan Inggeris.

Begitulah seterusnya setiap kali balik, tak dak juga bunyi Melayu keluar dari mulutnya. Tapi dia dengar orang cakap Melayu , dia senyum saja kalau orang tanya apa. Sampailah kami tinggal di Thailand, dia macam tu juga. Dia boleh faham Thai sikit2, Melayu dia faham tapi tak cakap.

Selepas pindah ke Malaysia, hantar masuk sekolah, seminggu pertama tu, cikgu kata, dia tak bercakap. Kalau perlu, dia cakap dengan bebudak India sahaja sebab mereka ni cakap Inggeris. Kat rumah, kak aku cakap Melayu 100% dengan dia dan lama-kelamaan diapun perfectly bilingual sampai hari ini. Sekarang ni pun, aku banyak cakap Melayu dah dengan depa sebab pengaruh environment kut. Banyak bunyi2 Melayu di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2009 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by lilo_kill at 1-4-2009 09:09 pendapat memasing lah yer... :victory: bagi aku tak salah anak nk bahasa inggeris pun... tapi kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkanya.... bahasa tuk bdk2 kecik.. bawah 4 tahun, mmg senang ...


Soalnya lilo, Bahasa Inggeris itu perlu......Bahasa Melayu itu jugaperlu kepada kita sebab kita orang Malaysia, bangsa Melayu . Melayu apake namanya tak reti Melayu...buat malu, tak gitu? Anak2 hang no problemla...bilingual tu.... Aku, walaupun kami cakap Inggeris kat rumah,dan sewaktu di US depa tak cakap Melayu langsung, tapi aku tak risausebab aku tahu, bila aku bacakan buku2 Melayu, perkataan2 dan bunyiMelayu ni diserap dan disimpan dalam otak, ingatan mereka. Ianya hanyamenunggu waktu dan ketika yang sesuai untuk dikeluarkan, maksudnyaapabila ada keperluan penggunaan bahasa Melayu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by lilo_kill at 1-4-2009 09:09
pendapat memasing lah yer... :victory:

bagi aku tak salah anak nk bahasa inggeris pun... tapi kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkanya.... bahasa tuk bdk2 kecik.. bawah 4 tahun, mmg senang ...


haku dari malam tadi nak post tapi server dok mengong plak
pada aku.... sokati makpak le nak skeping london ka... nogori ka.... kelate ka .... sbb even masa aku kt mesia persekitaran aku ramai mak pak yg skeping london ngan anak2. even henggeris londonnya tuh jauhhh ke longkang .. berterabur grammer vocab pun ntah ape2. so bila aku tgk kapel kt sini skeping london ngan anak2 aku dah tak kesah sgt. lain le kalo jumpa aku... mak pak budak tuh coba2 skeping london berbau belacan (kenkonon lidah terbelit ckp slang melayu henggeris). mau aku gam org tuh .. tak hengen aku berckp dgn org kekwat camni.

kt mesia kengkawan aku sebuk anto anak smart reader la.. smart skool la... and try skeping london sesikit ngan anak2. even akak aku mintak aku skeping dgn anak2nya. tujuannya supaya anak2 terdedah ngan bahse inggeris. so pada aku...pepandai la mak pak nak didik anak mereka. apa pon tujuan mereka skeping london ... hanya mereka dan Allah je yg tau. samada utk pembelajaran anak2 or tunjuk hebat.... diorg jer yg tau. aku tak amek pot.

ps: sbb aku pong cam lilo gak. bila aku berromantika de amour.. aku skeping london ngan lakiku (even aku tau henggeris aku teruk, tapi aku tak kesah... yg penting aku nak blajo). ni pendapat aku jerlah. anak2 aku nanti aku nak diorg pandai english, BM, mandarin, perancis etc. skarang aku tgh nak blajo bahse jopun. nanti aku spekong jopun plak kat umah ni. niat aku hanya Allah jer yg tau. bukan utk tunjuk2.. hrp takdok yg marah dgn pendapat aku.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 09:32 PM | Show all posts

Reply #103 penmerah's post

tak marah eh... pendapat jer kan... tak suka, jgn baca,,

aku tak kisah ler ... janji anak2 kita kt obersi baik mak/pak kawen mat saleh ker, laki bini melayu jawa totok ker... tahu berbahasa ibunda.. thats it..

ituler kelebihan anak2 kita sebenarnya... syukur kan... kita dulu nak2 org kampung cam aku, belajar english tu ler dh masuk darjah 1 sekolah baru lah nk belajar...

situasi skrg, bukan sbb nk menunjuk2 atau belagak... mcm kak bel kata lah... faktor persekitaran tu...  so tak yah ler risau.. kalau kita org dewasa tak lupa asal keturunan, bangsa dan budaya, insyaallah anak kita juga tak lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 10:07 PM | Show all posts
Skang ni bru tau ckp English dgn Chinese je... Igt nak blaja Japanese plak... Ada spe2 bleh cadangkan dkat aku x dkat area KL mne bleh aku blaja Japanese ni...???
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by belanga at 1-4-2009 08:58
Buah Orange, bara betul kamu nampaknya! Adakah kamu antara pejuang Bahasa Melayu atau cuma menyampah dengan perangai orang kita yang kebanyakanya masih 'ignorant' dan kurang berfikir? ...


Belanga, aku bukan pejuang bahasa pun..  cuma meluat dgn perangai over sesetengah couples melayu yg duk overseas ni. Bayangkan mak bapak melayu tp anak2 tak reti ckp melayu, atau pun anak2 ckp melayu blh skit2 tp slang mat salleh....kahkahkah...gelak guling aku... ...mana mai slang mat salleh tu, bapak atau mak dia mat salleh ka?  Aku dah jumpa ramai couples dr iran, iraq, turki dll yg duk overseas tp tak pernah dgr pun anak2 dorg taktau ckp bhs ibunda, cuma couples melayu saja yg ada kes istimewa ni... Anak2 couples yg aku jumpa ni semua mmg blh ckp dan faham bahasa ibunda dorg + fasih bhs kbgsaan di negara yg dorg tinggal.....untungkan awal2 lagi dah menguasai 2 bhs sbb mak bapak dorg tak lupa diri, tak belagak tak mau ckp bhs ibunda dgn anak2 diorang, sbb tu anak dorg blh menguasai 2 bahasa dari kanak2 lagi.

Aku tak kisah pun dorg nak speaking london, tp klu sampai anak2 couples melayu tak reti ckp melayu paham2 sajalah....apa kes tu Over sangatlah....bangga kut org tau anak dorg tak blh ckp melayu sbb duk overseas.. mcm jakun.

Lagi satu forumer rohamica cerita psl dia g majlis kat embassy tu, couple melayu tu langsung takmo ckp melayu kecuali time nak sebut nama kuih2 melayu saja ......mcm rohamica kata sekali sekala jumpa geng2 msia kat oversea nak le seronok2 ckp melayu, ni duk over sampai sepatah perkataan melayu pun takmau ckp, macam jakun, kerek org mcm ni...aku klu jumpa org mcm ni mmg mls nak layan. Rohamica yg kawin dgn mat salleh pun (betulkan aku klu salah) nak ckp melayu bila jumpa gang msia.
Bg aku satu perkataan yg sesuai digambarkan kpd couples melayu g duk overseas tp anak2 tak blh ckp melayu ni ialah....overrrrrrrrrrrrrrr....over acting bak kata erma fatima.  Klu mat salleh tau maunya terkejut anak2 couples melayu yg duk negara depa tak reti ckp bhs ibunda sendiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2009 12:24 AM | Show all posts
aku lupa nak beritahu pasal kajian yg aku tulis sebelum ni. kajian tu apply utk family yg duduk oversea, yg memang tak balik-balik tempat asal mereka, kira mcm dah migrate teruslah. sama kes dgn kawan aku yg anak diaorg tak blih cakap melayu, diaorg memang dah migrate sini dan tak balik-balik pun ke tanahair lepas tu. utk kes mcm aku nih, balik M'sia nanti kitaorg memang kena praktis cakap English dgn shukri sebab aku tak nak dia lost BI tu. kalau dah lost,susah nak catch up balik. yalah, sebab kat m'sia bahasa pengantar bahasa melayu. jadi di sini bolehlah dia kuasai 2 bahasa. sebab kami memang akan menetap terus di M'sia, takder nak migrate ke mana-mana dah lepas nih.

so dgn penjelasan kajian ini korang tahulah korunk ni bawah mana. ada ker sesapa kat sini memang yg dah migrate terus tukar citizenship? kalau ya, memang kajian yg aku cerita ni bolehlah diapplykan. korunk tahulah kanada ni kan ramai landing immigrant.

nanti karang sambung
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by belanga at 1-4-2009 09:34


Aku pun ada baca kajian tentang penguasaan lebih dari satu bahasa di kalangan kanak2. Maknanya kita tak perlu risau tentang penguasaan bahasa kanak2. Selagi ada pendedahan, selagi mereka deng ...


Takdak sbb anak couples melayu tak blh ckp melayu sbb ko yg kawin dgn mat salleh pun, anak ko blh menguasai bahasa melayu, kira  anak ko tu kira anak mat salleh le...hehe...tp anak melayu pulak tak reti ckp melayu, malu lah skit parents2 dorg tu, overrr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by eyzlyn at 2-4-2009 00:24
aku lupa nak beritahu pasal kajian yg aku tulis sebelum ni. kajian tu apply utk family yg duduk oversea, yg memang tak balik-balik tempat asal mereka, kira mcm dah migrate teruslah. sama kes dgn  ...


ala... ko prektis jerk skeping london ngan shukri tuh, bior pandai dedua bahasa.
cam adik sepupu aku tuh, baru 2-3 thn balik mesia... dah ilang slang scottish dia. hihihi. english dia biasa2 jer and mmg dia tak mahir dah berenglish ni... dok speking nogori jo.
aku pong asek speking london jer ngan anak2 patung sbb aku nak improve english aku. kalo ada anak2... BM and english is a must, mandarin pon penting (mana aku nak anto anak blajo mandarin ye errrr uppsss lom ada anak laie).
kita nak anak kuasai manyak bahasa kalo bole. mak ayah aku dulu tak mampu anto aku blajo banyak bahasa.... so aku nak le anak aku prektis banyak bahasa ni. niat di hati tuh hanya kita dan Allah jua yg tau.

ala oren, aku ni tak makan belacan sebab resdung. tapi ikan kering aku suka sgt. at least ada le sikit malaysiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:19 AM | Show all posts
Originally posted by Orange1 at 2-4-2009 00:25


Takdak sbb anak couples melayu tak blh ckp melayu sbb ko yg kawin dgn mat salleh pun, anak ko blh menguasai bahasa melayu, kira  anak ko tu kira anak mat salleh le...hehe...tp anak melayu pul ...


ada parents yg skeping london dgn niat nak nunjuk2 dpn ko ke oren? ada lagak2 kekwat gituh ye. coba ko tanya dia... korang ni makan belacan tak? ikan kering? cencaluk? budu?.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 03:39 AM | Show all posts
Originally posted by penmerah at 2-4-2009 01:19


ada parents yg skeping london dgn niat nak nunjuk2 dpn ko ke oren? ada lagak2 kekwat gituh ye. coba ko tanya dia... korang ni makan belacan tak? ikan kering? cencaluk? budu?.


nak tanya dorang???? nak berckp pun takdak mood dgn org mcm ni, Aku sebenarnya tak kisah dorang nak speaking london, aku pun speaking london jugak, bg aku bagus dpt kuasai bahasa asing ni, yg ku pertikaikan mcm mana anak2 couples melayu sampai tak blh berbahasa ibunda sendiri, pelik tak? sedangkan mak bapak melayu, tak payah bg alasan sbb duk oberseas sbb tu anak2 tak reti ckp melayu, ramai lagi couples bangsa2 lain yg duk overseas tp anak2 dorg mmg takdak masalah dgn bahasa ibunda sendiri. Aku sendiri ada ramai kwn2 yg kawin dgn mat salleh, aku tgk dorg still nak berckp melayu dgn anak2 walaupun bukan selalu, dan anak2 dorang pun boleh jugak ckp dan faham bhs melayu. Aku pernah brsembang dgn couples melayu yg duk cerita anak dorg tak reti ckp melayu, cara bercerita mcm bangga pulak...  pelik aku org mcm ni, aku senyum2 sumbing je la, aku berusaha mendiamkan diri tidak memberi komen... klu aku bg komen kang terkejut dorg nanti.. mau tak bertegur terus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 06:48 AM | Show all posts

Reply #109 penmerah's post

pen,
haku suka amat makan belacan, almaklumlah melayu totok
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 08:33 AM | Show all posts
Tu dia...mukadimah aku hari ini gelak besar!   syok gak sembang bab bahasa ni. Orange, aku dapat rasakan perasaan menyampah hot semacam hang tuh...   aku pun kengkadang rasa cam tu tapi bukan la pasal melayu tak tau melayu sebab aku ni duk di mesia la ni.  Yang duk hot ni perkara2 lain yg menunjukkan kebodohan dan kebiadapan kebanyakan ahli masyarakat kita. Rasa cam nak jadi Superhero...

Berbalik bab melayu tak reti cakap BM. Betul tu...akupun dapat rasakan dari gaya bahasa dan airmuka serta nada suara ibubapa yg anak tak reti melayu ni, yg depa ni tak dak rasa kesal ataupun bimbang dengan situasi ini. Malah, macam yg. Orange katala...nampak cam bangga pulak. HERAN BIN AJAIB!

yg aku dulu kat rumah, pulun usaha beli buku2 cerita Melayu tiap kali balik Mesia. Baca kat depa, ajar lagu2 kanak2 Melayu. Dudui kan depa dengan lagu2 kanak2 dan pantun Melayu. Bukan apa, nak bagi depa biasa dengan bunyi Melayu dengan harapan boleh membantu penguasaan BM. Dan nampaknya berhasil.

Aku rasa, bebudak Melayu oversea yg tak boleh Melayu ni adalah disebabkan tiada kesedaran, daya usaha dan jati diri di pihak ibubapa. Yg jadi mangsa anak-anak. Kasihan....

September ni, kami akan pulang semula ke US. Hm...persekitaran Melayu memang tak ada la, kecuali setahun sekali kat embassy kut. Insyaallah, anak2 aku tak lupa bahasa. Aku berkira2 nak bawa buku2 Melayu dan nak pastikan depa baca suratkhabar dan articles Melayu dalam internet dan talipon kawan2 di sini once a week untuk sembang Melayu.

Kesempatan kami di Mesia ni aku guna sepenuhnya yg terdaya untuk serapkan bahasa dan budaya masyarakat Melayu dalam diri depa baik dari segi bahasa dan adat resam serta seni Melayu. Bahasa depa dah boleh. Cuma sekarang sedang belajar silat melayu dan bermain alat musik melayu iaitu gendang silat. Anak bujang aku minat nakl belajar serunai, tapi lum cari guru lagi. Ramai kawan2 bertanya, apasal silat? Awat tak belajar taekwondo? GOD....tolong sat...! Pleaseeee.......! Kalau ikut hati aku nak sekeh kepala orang2 ni? Ada ka tanya soalan bodoh macam tu?

[ Last edited by  belanga at 2-4-2009 08:37 ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 08:46 AM | Show all posts
Ada juga ibubapa yang tak kisah langsung tentang penguasaan bahasa kedua anak2. Ni macam terbalik kut dari kes Melayu tak reti melayu. Ada ibubapa yang asalnya belajar di luar negara di negara omputih . Maknanya bolehlah orang2 ni bercakap Inggeris, kalau tak cemana sampai boleh lulus masters ni....

Bila tenguk anak2 depa, macam anak2 Melayu yg mak pak tak pernah jejak kaki ke overseas dan tak terpelajar bila kita tenguk dari sudut penguasaan bahasa inggeris. Apa ni? Ni pun mak pak tak dak kesedaran juga. Kita dah cekap Inggeris, latih la anak2 di rumah. Jadikan anak2 bilingual seperti kita. Tuhan dah bagi kelebihan, sia2kan pula, tak panjangkan ilmu kepada anak2 sendiri....bongok ka apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 09:14 AM | Show all posts
Aku nak share satu cerita anak aku. ( Mood tulis panjang hari ini)
Dia ni umur 10+ going 11 la ni minat nak berlakon cerita2 Melayu. Ada la ujibakat di Finas untuk filem Melayu. Dia menangis sampai 2 hari ajak aku bawa dia pi ujibakat di KL nun. Aku kata, payah cek o...kita duk jauh....Dia kata kalau tak pi memang dia tak dak can dah nak berlakon filem. Tarik muka 14...Lelama akupun kesian dan fikir tak pa lah, aku pun kena pi KL nak cari kain kapas hitam untuk uniform silat.

Maka bawa dia pi Finas. Sampai je, dia  pun gi kaunter nak sign up. Tetiba kerani tu kata," Tak boleh la...rupa Mat Salleh". Pas tu dia tanya aku, anak aku  boleh cakap Melayu tak? Akupun beritahu dia, boleh, anak ni 'bilingual'. Dia jawab, tapi rupa Mat salleh la...kami nak cari rupa Melayu.

Dalam waktu tu, nasib baik ada orang lain datang, casting director kut. Dia kata boleh bagi anak aku cuba. Dia bagi skrip suruh anak aku pi practise dengan sorang budak lelaki. Lepas practise, depa di panggil masuk. ujibakat.

Selepas selesai, anak aku beritahu, kat dalam tu semua orang cakap Inggeris. Segala arahan semua BI. Dia kata, semua soalan depa tanya dia dalam BI, tapi dia jawab dalam BM. Aku tanya, " Why did you answer in Malay?' Dia jawab," This is for a Malay movie mommy. It makes more sense to speak Malay". Hm...betul juga.

Tak taulah, apa alasan sebenar dia cakap Melayu bila di soal dalam BI. Aku duk syak, ada kemungkinan dia nak 'prove' dia reti Melayu sebab orang kat luar tadi tanya samada dia reti Melayu. Dan juga..aku rasa .dia desperate nak watak budak Melayu tu...

Aku perhati la ..kat Mesia ni terutama bandar2 besar cam KL tu, BI cam bahasa utama pula. BM ni cam bahasa kedua, tu pun aku dengar yg cakap melayu ni geng Indon.

[ Last edited by  belanga at 2-4-2009 09:17 ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 12:57 AM | Show all posts
aku balik mesia settle pasai passport tp banyak prob coz aku balik guna travel document je (passport aku mampuih daa). tp pegawai immigresen kawasan ni sungguh la banyak songeh. so aku p Putrajaya, brader immigresen ni sound aku, cakap omputih la baru depa layan hang sket. aku balas balik, bukan aku takmau cakap omputih tp kang poyo plaks

tak yah p KL la belanga, kat kulim ni pun, aku nak p bukak buku kat bank. haram tak layan pun pasai aku cakap melayu. heran jugak la awat org dok mai, dok speaking walaupun bapak berteraboq. dah aku tak larat berdiri aku speaking ngan ahpek kat depan tu, bukan setakat layanan yg sungguh mesra dia bg, pegawai yg dlm bilik pun mai jumpa aku.

masa nak balik p LA, aku tepon MAS, aku cakap melayu, siot ja hung up on aku, aku call balik cakap omputih baru tergedik nak melayan (apparently i got the same person). last2 sebelum letak tepon aku cakap melayu ngan minah gedik ni, awat td saya cakap melayu letak tepon, layan lebih kurang aja. terdiam minah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2009 01:05 AM | Show all posts
satu lagi story, aku tepon kompeni kawan aku:

aku:  braderA ada kat opis?
receptionist gedik: sorry? say what
aku: braderA, dia mai opis tak lagi?
Receptionist gedik: (sambil gelak menyindir) oh braderA , he's not in yet

sushah ka nak berbahasa melayu. aku ni BM cangkui dlm SPM, ok ja cakap melayu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 12:01 AM | Show all posts
pulut,
pi lah top up gossip kat board kenamaan tu. gossip pasal Jamilah, bestpren hang tuh

off topic: busy kerja ker? lama tak call . weekend ni pi mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 12:23 AM | Show all posts
tak bleh nak top up la.. menda yg aku tau terlampau juicy. kalau cerita berserta gambaq mau pecah rahsia identiti aku ni haaa..
lagipun kalau aku cerita kesian yg terbabit tak pasai2 kena coz kebanyakan dan pulang ke negara terchenta
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:22 AM | Show all posts

Reply #119 pulut's post

kalau mcm tu, citer kat lin sorang jer la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.083622 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list