|
Pergolakan di Gaza - Update - sempadan mesir-gaza dibuka 3 hari!!
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak jadi mangsa trauma, ketakutan
BANDAR GAZA - Tembakan meriam artileri menghujani Tebing Gaza selepas berhari-hari wilayah berkenaan menjadi sasaran kempen serangan ganas tentera udara Israel.
Tembakan meriam tanpa henti itu menyebabkan kanak-kanak di wilayah tersebut menjadi trauma akibat ketakutan kerana setiap letupan menyebabkan kediaman mereka bergegar.
Seorang pekerja Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Sajy Elmaghinni berkata, banyak kanak-kanak kini tidak mahu menjamah makanan.
"Ramai kanak-kanak tidak aktif dan hampir tidak bercakap serta sering memeluk ibu bapa mereka kerana ketakutan. Kanak-kanak juga takut dengan kegelapan dan ia menjadi masalah besar kerana tentera Israel memotong bekalan elektrik di Gaza," ujarnya. - AFP
aku kutuk israel sekutuk kutuknyer... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
January 04, 2009
Gaza
Israeli artillery shells explode with a chemical agent designed to create smokescreen for ground forces
(Jack Guez/AFP/Getty Images) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kejam! Kejam! Kejam!
MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang
hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang
musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.
Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.
Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.
Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak 慴erundur |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikutkan berapa banyak sumpah seranah dan doa kita yang bersimpati ngan kesengsaraan rakyat Palestin. Kita yg jauh ni hanya mampu berdoa pada Yang Esa dan menghulur bantuan sekadar termampu.
Tak dapat bayangkn umat sesama Islam yg berjiran ngan Palestin hanya tengok rakyat palestin di zalimi lebih2 lg kanak2 kecil. Kalau camtu memang tiada perasaan belas kasihan langsung lah camtu.
Susah nak kata, sebenarnya Allah perlihatkan semua itu untuk kita kembali ke Fitrah hidup kita juga sebagai Islam yang beriman. Umat Islam masa kini makin jauh dari kehidupan Islam. Tiada lagi kasih sayang dan persaudaraan sesama Islam. Iman umat Islam dah tiada dalam hati masing2.
Yang aku pelik dan nak marah sesangat tu bila time mujahid berperang ngan org kafir amboi cepat jek tuduh Islam Pengganas. Apa ni... yg tuduh tu pulak sesama Islam. Mana perginya nilai Iman kita sebagai Islam dan hamba hina disisi Allah S.W.T. Sebenarnya umat Islam sendiri yg berlaku zalim kepada saudara Islam kita. Fikir-fikirkanlah dan merenung kembali Fitrah kejadian hidup yg Allah ciptakan sejak dalam kandungan ibu sudah bergelar ISLAM. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk Gaza Tiada Tempat Untuk Selamatkan Diri
Oleh Abdul Muin Majid
DUBAI, 7 Jan (Bernama) -- Ketika Gaza terus dibedil oleh tentera Israel, seorang pegawai Pertubuhan Bangsa Bersatu yang menjalankan pemerhatian di darat mendapati tiada sebuah rumah mahupun tempat perlindungan PBB selamat bagi hampir 1.5 juta penduduk di perkampungan pesisir itu.
"Tidak ada tempat selamat untuk melarikan diri. Kami menyeru semua pihak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi orang awam," kata penyelaras kemanusiaan PBB bagi Wilayah Palestin yang diduduki, Maxwell Gaylard.
Sebagai salah sebuah tempat kediaman yang paling sesak di dunia, kata beliau, adalah jelas lebih ramai orang awam akan terbunuh dan lebih banyak rumah, bangunan dan infrastruktur awam akan musnah jika konflik itu berterusan.
"Saya mengulangi desakan setiausaha agung PBB supaya dihentikan segera keganasan ini. Manusia mempunyai hak untuk hidup, mendapatkan kebebasan dan keselamatan tidak kira siapa mereka dan di mana mereka tinggal" kata Gaylard dalam komennya dikeluarkan di sini.
Beberapa usaha diplomatik sedang dijalankan bagi menyelesaikan konflik itu yang telah mengorbankan kira-kira 600 nyawa sejak Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 27 Dis.
Laporan menyatakan kira-kira 15,000 rakyat Palestin sesak memenuhi 23 buah sekolah PBB di Gaza kerana rumah mereka musnah atau mahu menyelamatkan diri dari keganasan Israel.
"Lama sebelum pertempuran sekarang berlaku, PBB telah memberikan pihak berkuasa Israel GPS yang menyelaras semua instalasinya di Gaza," kata Gaylard, merujuk kepada bedilan hebat Israel ke atas beberapa kemudahan PBB di sana.
Beliau berkata jika undang-undang kemanusiaan antarabangsa telah dilanggar, mereka yang melakukannya mesti diminta bertanggungjawab.
-- BERNAMA
kesian nyer.. kat mana nak lari... kat mana nak berlindung nih.... ke hulu ke hiliq kena serang yahudi rejim zionis laknat nih... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
mana peginya org2 arab yg berjiran? dorang senyap je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebahagian jemaah menunaikan solat jenazah mangsa yang terbunuh dalam
serangan ke atas sekolah PBB di kem pelarian Jabaliya, utara Genting Gaza, semalam. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
yg pergi tu diharap syurga la tempatnya...pergi meninggalkan dunia yg penuh kezaliman, kerakusan dan penindasan. sesungguhnya di sanalah tempat yg kekal abadi abadan. |
|
|
|
|
|
|
|
OPEN LETTER FROM TUN TO BARACK OBAMA
January 1, 2009
Dear Mr. President,
I did not vote for you in the Presidential Election because I am Malaysian.
But I consider myself one of your constituents because what you do or say will affect me and my country as well.
I welcome your promise for change. Certainly your country, the United States of America needs a lot of changes.
That is because America and Americans have become the most hated people in the world. Even Europeans dislike your arrogance. Yet you were once admired and liked because you freed a lot of countries from conquest and subjugation.
It is the custom on New Year's day for people to make resolutions. You must have listed your good resolutions already. But may I politely suggest that you also resolve to do the following in pursuit of Change.
1) Stop killing people. The United States is too fond of killing people in order to achieve its objectives. You call it war, but today's wars are not about professional soldiers fighting and killing each other. It is about killing people, ordinary innocent people by the hundreds of thousands. Whole countries will be devastated.
War is primitive, the cavemen's way of dealing with a problem. Stop your arms build up and your planning for future wars.
2) Stop indiscriminate support of Israeli killers with your money and your weapons. The planes and the bombs killing the people of Gaza are from you.
3) Stop applying sanctions against countries which cannot do the same against you.
In Iraq your sanctions killed 500,000 children through depriving them of medicine and food. Others were born deformed.
What have you achieved with this cruelty? Nothing except the hatred of the victims and right-thinking people.
4) Stop your scientists and researchers from inventing new and more diabolical weapons to kill more people more efficiently.
5) Stop your arms manufacturers from producing them. Stop your sales of arms to the world. It is blood money that you earn. It is un-Christian.
6) Stop trying to democratize all the countries of the world. Democracy may work for the United States but it does not always work for other countries.
Don't kill people because they are not democratic. Your crusade to democratize countries has killed more people than the authoritarian Governments which you overthrew. And you have not succeeded anyway.
7) Stop the casinos which you call financial institutions. Stop hedge funds, derivatives and currency trading. Stop banks from lending non-existent money by the billions.
Regulate and supervise your banks. Jail the miscreants who made profits from abusing the system.
8) Sign the Kyoto Protocol and other international agreements.
9) Show respect for the United Nations.
I have many other resolutions for change which I think you should consider and undertake.
But I think you have enough on your plate for this 2009th year of the Christian Era.
If you can do only a few of what I suggest, you will be remembered by the world as a great leader. Then the United States will again be the most admired nation. Your embassies will be able to take down the high fences and razor-wire coils that surround them.
May I wish you a Happy New Year and a great Presidency.
Yours Sincerely,
Dr. Mahathir bin Mohamad
(Former Prime Minister of Malaysia)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesir bersubahat musnah terowong
KAHERAH - Berang dengan keupayaan kumpulan Hamas membedil roket ke Israel, Amerika Syarikat (AS) bertindak menyalur dana AS$23 juta (RM81.4 juta) bagi membantu melatih pegawai keselamatan Mesir membasmi penyeludupan senjata ke Gaza menerusi terowong-terowong di kawasan sempadan.
Namun usaha AS itu gagal membuahkan hasil manakala lebih banyak roket diseludup masuk oleh kumpulan Hamas bagi membedil rakyat Israel.
Tentera rejim Zionis berkata, terdapat kira-kira 300 buah terowong dibina merentasi sempadan Mesir-Gaza sebelum Israel melancarkan serangan pada 27 Disember lalu.
Namun sejak pengeboman tersebut, berpuluh-puluh terowong musanah dibedil askar Israel.
Isu kegagalan program AS berkenaan dan kesukaran mengawal sempadan Gaza-Mesir merupakan halangan utama ketika para perunding berusaha mencapai satu gencatan senjata di Gaza.
"Sukar untuk menghalang penyeludupan senjata itu kerana Hamas jelas mahukannya dan negara-negara seperti Syria dan Iran akan membekalkannya," kata penasihat keselamatan White House, Stephen Hadley.
Cubaan menutup terowong-terowong itu sebelum ini gagal, sebahagiannya kerana syak wasangka antara Israel dan Mesir manakala sebahagian lagi akibat kegagalan Kaherah membasmi rasuah dan kemiskinan di wilayah Sinai yang bersempadan dengan Gaza.
Beribu-ribu penduduk wilayah itu yang dilanda kemiskinan terpaksa melibatkan diri dengan penyeludupan bagi menyara kehidupan mereka. - AP
tak guna punya egypt.... egypt ni negara socialist.. tapi kenapa nak subahat dengan regime zionist yang kejam ni hah!!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Israel tidak peduli arahan PBB, terus bedil Gaza
09/01/2009
BANDAR GAZA 9 Jan. _ Israel meneruskan serangan besar-besaran ke atas Genting Gaza hari ini tanpa mempedulikan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata dilaksanakan segera di wilayah itu.
Rejim Zionis itu melancarkan lebih 50 serangan udara dan membunuh sekurang-kurangnya 12 lagi penduduk awam Palestin, beberapa jam selepas Majlis Keselamatan meluluskan resolusi berkenaan.
Ketika bom-bom terus menggegarkan wilayah tepi pantai ini buat hari ke-14, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni tidak memberikan petanda serangan tenteranya akan dihentikan.
“Israel sentiasa bertindak hanya mengikut pertimbangannya sendiri,” menurut kenyataan beliau. - AFP
kurang ajar!!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Protestersthrow a shoe at a picture of US President George Bush during a protestafter Friday prayers in front of the US embassy in Kuala Lumpur, today.Some 3,000 Malaysians protested against the Gaza attacks, burningIsraeli flags and effigies. – AP pic |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penyelamat dihalang bantu mangsa
GENEVA 8 Jan. - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam menuduh tentera Israel gagal dan enggan membantu mangsa yang cedera terkena serangan mortar di sebuah penempatan awam di Gaza.
Menurut kenyataan jurucakap ICRC, tindakan tentera Yahudi itu melanggar hak undang-undang kemanusiaan.
"Mereka gagal menyelamat malah bertindak menghalang para pekerja penyelamat membantu mangsa yang cedera.
"Tindakan itu membuktikan mereka tidak menghormati undang-undang kemanusiaan malah gagal membantu walaupun lokasi kejadian hanya kira-kira 100 meter dari markas utama tentera Israel," katanya.
Dalam kejadian itu, ICRC dan Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin menemui 12 penduduk Palestin maut dan sekurang-kurang 19 cedera termasuk empat kanak-kanak.
Sementara itu, Ketua Delegasi ICRC Israel-Palestin, Pierre Wettach berkata, tentera Israel perlu menyedari peranan mereka sebagai pasukan keselamatan namun mereka tidak bertindak untuk membantu mangsa.
"Mereka hanya melihat tanpa melakukan sesuatu untuk membantu mangsa yang cedera," katanya.
- AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin Hizbullah, Libanon,Syd Hasan Nasrallah meminta seluruh Muslim utk melafazkan Quran, surah Al-Farh ayat 26-27, surah Yunus ayat 85,86 n 88...Tolong sebarkan agar israel HANCUR.Tu shj jihad kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #118 frogger's post
thanks frogger.....
kita doakan sokmo.... untuk palestinian ni.....
dan hancurkan israel regime zionist ni - |
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak Gaza cemas
SEORANG Palestin di Chile mengambil bahagian dalam bantahan kekejaman Israel membunuh warga Gaza di bandar Valparaiso, kira-kira 120 kilometer di barat laut Santiago, kelmarin.
|
Jadi mangsa serangan rejim Zionis, alami masalah psikologi
NEW YORK: Kanak-kanak adalah mangsa korban besar dalam serangan Israel di Gaza iaitu kira-kira satu daripada setiap tiga orang yang terbunuh manakala yang masih hidup mengalami masalah psikologi.
Sehingga kelmarin, 257 kanak-kanak adalah antara 758 yang dilaporkan maut. Kira-kira 1,080 kanak-kanak pula tercedera daripada 3,100, menurut statistik Kementerian Kesihatan Gaza yang disifatkan oleh pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Johb Holmes sebagai mengharukan.
Pegawai PBB berkata, kira-kira separuh daripada mangsa yang cedera adalah orang awam.
Holmes dan John Ging, ketua operasi bagi Agensi Penyelamat PBB di Gaza, melahirkan kemarahan dan kekecewaan mereka kerana terpaksa menangguhkan buat sementara penyampaian bantuan ke Semenanjung Gaza memandangkan keadaan menjadi agak merbahaya bagi pekerja mereka.
Perkara paling sukar dihadapi kanak-kanak ialah tiada tempat yang selamat dan orang dewasa tidak dapat melindungi mereka, kata pakar psikologi, Iyad Sarraj, semalam.
| SEORANG kanak-kanak Muslim Sri Lanka memegang sepanduk di Colombo, menggesa masyarakat antarabangsa menghalang Israel membunuh sesuka hati di Gaza.
|
Beliau yang tinggal di sebuah pangsapuri di Bandaraya Gaza bersama empat anak tirinya berkata, anaknya yang berusia 10 tahun, Adam ketakutan ketika serangan udara Israel dilancarkan hingga menyebabkannya diserang lelah, kata Iyad.
Ann Veneman, pengarah eksekutif agensi kanak-kanak PBB, Unicef, memberi amaran bahawa pergantungan bantuan itu akan memberi kesan lebih buruk ke atas kanak-kanak.
"Ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan meletakkan mereka pada tahap risiko lebih tinggi seperti maut atau cedera parah."
Pengedaran makanan, air, minyak dan ubat tidak sepatutnya dihalang", katanya. - Agensi
| PELAKON Venezuela berpakaian seperti Adolf Hitler (kanan), Presiden George W Bush (tengah) dan seorang pelacur mewakili PBB membuat persembahan ketika satu demonstrasi |
tok sah kata kanak2 aje.. worang dewasa pung cemas gak... apa lagi kanak2 weyyyyyyyy aku doakan tuhan turunkan bala ke atas rejim israel nih!! :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|