CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antoo

hati seorang suami...

[Copy link]
Post time 26-11-2008 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by Nash^Roy at 26-11-2008 11:30 AM


antoo.. jgn marah yer.. ur wife ni mmg bijak.. dia yg wat salah.. tp end up u yg pujuk dia.. nampak tak? i can go on comment more, tp in your situation now, rasanya u will misunderstand my co ...


  tak semua wife org sama didunia ni... ada yg jenis mmg suka flirt sana sini, ade lak yg mmg tergelincir dari pegangan yg selama ni dia pegang. Ada yg looking forward nak menggoda dan buat affair, ade gak yg digoda dan akhirnya tewas... well, Allah knows what is best utk stp hambanya.. Wife antoo ni.. hmm.. rasanya jenis yg no 2 tu...

For all we know, wife ko mmg at certain point mmg dah curang dgn ko, regardless mandrem ke whatsoever, mmg dia dah belakangkan ko dan Allah ... dan mmg patut dia menangis dan memohon ampun dgn apa yg dia dah buat... ko kena belajar ikhlasly ampunkan dia supaya senag cerita dia dgn Allah.. so setel psl dia..

Yg menjadi soal now, diri antoo sendiri... bende2 yg wife ko buat, makin banyak ko tahu, makin le ko terbayang2 yg bukan2..So aku rasa stop asking her pebende yg dia dah buat dgn taik gigi tu,  tp ko kena cerita jelas2 yg ko luka, kecewa dan segala perasan ko le... walaupun ko dah ampunkan dia... Dan ko minta a lil bit of time dan space from wife ko, utk ko berhibernate.. Ko sebenarnya le ni tgh shock , bro... or kata apa.. denial stage... so kalau ko cepat sgt  buat2 cam ok, sbb ko rasa kesian wife ko dok nagis2,  in the end ko yg makan dalam...

Wife ko cikgu, kan... Gunakan space time cuti sekolah ni utk ko cari kekuatan ko sendiri, dan bair le dia cari redha allah dgn taubat nasuha...

Offtopic: Honestly aku amat risau dgn akhlak guru2 yg mendidik anak2ku.. Kalu mampu rasanya mcm nak homeschooled kan saja mrk..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2008 12:34 PM | Show all posts
hibernate, cam bruang la pulak...takderla gurau je.Kalau tgk aku dalam denial stage, memang kot, tapi sebabnya
aku tahu dan maklum dah dia buat silap, dia pun tau dah dia buat silap dan yang buat salah dia walau apa pun sebabnya,
masing-masing tau dah.Cuma betul kena bagirau kita dah berkorban dengan cara berhemah, dan jangan dia lupa tu.
Cuma malas nak fikir, penat la fikir, buang masa aku je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by antoo at 23-11-2008 03:55 PM
berbisa gak dapat nasihat manak ni, well manak, aku pun bukan jenis manusia yang percaya pada mandrem ni, but somehow aku kena terima gak benda ni
wujud dan mungkin wife aku dah melakukan kesala ...



First sekali, congratulations on you kerana memaafkan isteri - untuk memaafkan bukanlah sesuatu yang mudah tambahan dlm kes seperti yang antoo alami kerana ia melibatkan hati, perasaan, ego seorang suami.

Untuk melupakan memang sukar, tapi kenalah berusaha.  You want your marriage berjaya, kena berusaha untuk ke arah itu. Bila teringat sebagai contoh, mintalah pada Allah supaya dikuatkan iman dan perasaan tu dpt dikawal....pandang kebaikan isteri dari sudut lain....jangan terlalu cepat menghukum.

Some people may call you dayus, but if you can fight rasa geram, marah tu semua I salute you!!!  sebab to do this is something not everybody boleh buat....both of you diduga at the moment....jangan dilayan sgt perasaan tu.

Stop asking why, this and that....look forward dan berusaha untuk membimbing isteri.

You know, in a way both of you are very lucky.   Some women, bila dah terbabas.....tak tahu nak patah balik lagi dah, terus lalai dan lalai, begitu juga some men......at least your wife mohon ampun dan maaf, stop questioning kenapa sekarang baru nak confess....perhaps sbb dia sendiri nak bina kekuatan.  You see, it is not easy to admit things - tak semua orang sanggup mengaku kesilapan sendiri.  Dari cerita antoo sendiri admit wife berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

And for you, memaafkan isteri adalah satu sifat yang mulia tak semua orang boleh buat begini  - so teruskan sifat murni, stop thinking about the past and live in the moment and for the future.....

To forget is not easy, some things sampai mati tak boleh dilupakan.....tapi start with forgiveness...ingatlah that semua kita akan diuji, tak kira siapa pun.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:46 PM | Show all posts

Seriau ~ Bini zaman sekarang

Seriau aku mendengar cite bini-bini zaman sekarang.....

Tambah2 lg zaman IT ni... Laki pi keje, bini dok asyik melayan chatting... pas tu dating... sedar2 dah bunting... Semua orang pening...


P/S : Walaubagaimanapun, ambo respect kat tuan rumah ni diatas kesabarannya... Setiap diri akan diadili kelak berdasarkan perbuatan masing-masing... Hidup didunia sekadar perkongsian yg bersifat sementara. Cinta yang paling utama haruslah kepada Ilahi... Anak,Isteri, pangkat dan harta sekadar hiasan dunia... Akhirat destinasi kita.. :bg: :bg:

Dlm situasi ini, isteri saudara yg lebih byk menanggung akibat dan tekanan... Kesudian saudara memaafkan isteri mungkin telah menyelamatkan dirinya dr jurang neraka.... Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Penyayang. Walau menggunung dosa manusia, jika ampun dipinta, pasti dimaafi jua...   Tahniah buat saudara kerna memberi peluang kedua kpd isteri...

******************************************
'Everybody deserve a second chance... don't you'

[ Last edited by  allnighter at 27-11-2008 10:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:00 PM | Show all posts
Originally posted by nighunter71 at 26-11-2008 09:28 PM


tak baik cakap macam tu..dia jauh dari dayus lagi...

Dayus meaning tahu tapi tak berdaya buat apa2 dan merelakan...macam dia..dia tak tahu...bila dah tahu terus ada action..ok lah tu.

B ...



sorry, emo kena buka kamus semula - sebab to some dlm masyarakat kita bila suami memaafkan dlm kes cam antoo, di kira dayus

of course antoo bukan dayus, memaafkan isteri dan cuba untuk menangani masalah kemelut jiwa dia tu satu usaha yang mulia

jom kita semua bagi support supaya antoo lebih tenang...

but to antoo, yang boleh beri ketenangan sebenarnya Allah....so banyak2 minta pada Allah ya

[ Last edited by  hemorion at 26-11-2008 10:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:24 PM | Show all posts
sabo jek lerrrr antoo......dah nick pung antoo, camner lerrr bini tak terasa nak jdk antoo skalik skala.......pi tuko nick yg nampak skittt budiman....nak pakai lelakibudiman pung takpa....takdok sapa nak marah.........sokmokan, kalu somi cureng2 ni org sure pesan kat bini tuhhhhh.........sabo lerrr, pi muhasabah diri, tgk apa kurang kat diri tuhhhh saampai somi berubah arah, ingat Tuhan, redha dan kena ingat hidup ni bkn donia semata..........tp,

kalu bini yg tercureng, takde plakkk aku ternampak yg nasihatkan perkara yg sama.....kalu ader tuhhh aku terlepas sowi lerrr tp cam takdok jekkkk...........tak aci lerrrr

ingat jek la antoo, Tuhan nak bg ko dugaan agar ko sedar kesilapan ko kat donia ni....bahwasanya sblm ko  dikeciwakan ngan perbuatan isteri ko, ko maybe kdg2 lupa gakkk nak syukur dan hargai nikmat yg dah Tuhan bagi, lupa nak hargai pengorbanan anak isteri ko..........moga ko tersedar dr lena, tersentap bak kata sapa ntahhhh tuhhhh.....ko lihat la dunia yg indah ni, jgn disiakan nikmat yg Tuhan dah berikan......hargai anak bini, didik mereka agar ko mampu tersenyum  di kemudian hari.................


dannnnnnnn, tak yah ler dok pikir dan mengungkit bagai ingat segala apa yg dah dia buat.....kalu btuii ko dah maafkan dia, didik la dia supaya jadik yg lebih baik.......akhir kata, moga bahagia senantiasa....



jom lepak kat yahala.................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2008 10:31 PM | Show all posts



sungguh awesome thread ini.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:39 PM | Show all posts

Petua Keluarga Bahagia

Sambil2 tu mari check jap resepi keluarga bahagia Dr Fadhilah.

63 petua bahagia - DR FADZILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang'.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan 'pasangan'.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosiol
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai


56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 11:19 PM | Show all posts
Kisah utk teladan... teruja nak kasi korang baca....   drpd email yg ambo terima...

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 11:32 PM | Show all posts

Manangani Ujian

Sekadar Renungan...

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " -Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. " -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', " -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... " -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. " -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. " -Surah Yusof ayat 87
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 10:05 AM | Show all posts

cadangan aku

aku baru jumpa trid ni.

cuba kau amalkan zikir ni...di akhir hari, kau serahkan pada Allah semua urusan kau di dunia ni

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah

My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah

aku harap sgt kau dpt ketenangan, nak lupakan tu mungkin impossible. tapi harap2nye lepas ni kalau teringat2 taklah pedih sgt hati kau tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 11:12 AM | Show all posts
Ada dalam zikir munajat kan, aku selalu dengar, tak tau plak maknanya.Syahdu maknanya...


Terima kasih kawan-kawan,
Al-hamdulillah aku dapat mengharungi hidup dengan lebih positif sekarang,

Walaupun kadang-kadang diganggu ingatan yang pahit.Aku bersyukur kat sini r
upanya aku boleh meluah perasaan,sebelum ni aku rasa mcm nak gila, menangis setiap kali atas motor bila pergi dan balik kerje.
Aku
terpaksa trima hakikat bahawa wife aku pun melakukan kesilapan, kalau dia pun

tak layan sms dulu taklah jadi macam ni.Mungkin dia pun tak menyangka macam ni akhirnya,
niat awal mungkin sebagai rakan je, bukannya niat dia nak buat macam tu.Sikap aku pun sedikit
sebanyak menyumbang pada kesalahan dia.Aku pun bukanlah suami yang sempurna.

nanti aku sambung....

[ Last edited by  antoo at 28-11-2008 11:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by antoo at 28-11-2008 11:12 AM
.Mungkin dia pun tak menyangka macam ni akhirnya,
niat awal mungkin sebagai rakan je, bukannya niat dia nak buat macam tu

aku pnah baca kat forum ni gak, takde org yg keluar rumah terus pasang niat nak curang...mende ni bersangkut paut dgn kita punya action sendiri...kalau nasib baik, selamat...kalau nasib tak baik, jadi la macam2
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by antoo at 28-11-2008 11:12 AM
Ada dalam zikir munajat kan, aku selalu dengar, tak tau plak maknanya.Syahdu maknanya...


Terima kasih kawan-kawan,
Al-hamdulillah aku dapat mengharungi hidup dengan lebih positif sekarang, ...menangis setiap kali atas motor bila pergi dan balik kerje.



macam satu orang tu pulak.......... tapi orang tu menangis kat dalam kereta...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 03:36 PM | Show all posts
salam... yg lepas tu lepas la... awk x payah nak ingat2 lg kalo teringat pun think positif... bini  awk pun dah berubah.. awk ikhlas kan maafkan dia.. so now jagala rumahtangga bebaik.. semua org pernah bt kesilapan... so blaja la dr kesilapan.. muhasabah diri bebyk.. kenapa dl dia blh terbercinta dgn mangkuk tu.. mungkin kurang perhatian awk.. kurang belaian..  kekadang simple things tu penyebabnya... good luck

aku yang dahaga..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 05:54 PM | Show all posts
Celaka je jawapannya utk jantan mangkuk yg ganggu / pukau bini lu tu bro...

Klu aku, aku upah org, lanyak cukup2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2009 08:24 AM | Show all posts
Kalau ada update dari antoo ok juga ni... selalunya kisah2 macam ni.. bila dah settle... terus diam jer.. tak tau perkembangan selanjutnya... adakah terus settle atau masih bergolak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by antoo at 28-11-2008 11:12
Ada dalam zikir munajat kan, aku selalu dengar, tak tau plak maknanya.Syahdu maknanya...


Terima kasih kawan-kawan,
Al-hamdulillah aku dapat mengharungi hidup dengan lebih positif sekarang, ...


Ni bukan salah lu atau isteri lu bro.......

Ini dah terang2 mangkuk tu nak wat onar dlm rtangga lu......:@

Jwpn plg mudah utk magkuk nie........  kasi cantas je......:@
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by mjla at 16-5-2009 09:14


Ni bukan salah lu atau isteri lu bro.......

Ini dah terang2 mangkuk tu nak wat onar dlm rtangga lu......:@

Jwpn plg mudah utk magkuk nie........  kasi cantas je......:@


Sebenarnya keseronokkan sesuatu yang terlarang tu boleh menggugat keimanan dan kesetiaan seseorang.. tu sebab selalu kena ingat... kalau berdua2an tu.. pasti ada yang ke tiga...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by mala0n at 28-11-2008 10:05
aku baru jumpa trid ni.

cuba kau amalkan zikir ni...di akhir hari, kau serahkan pada Allah semua urusan kau di dunia ni

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah

My Lord is eno ...


my son suka dendangkan zikir tu sb my hubby letakkan zikir munajat tu kat all the laptops...i oso tak tau makna nya sgt indah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.217853 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list