|
Akhirnya dah tamat drama siri Aku Budak Minang...penamat yg best.Harap2 penerbit minat la nak sambung lagi cerita nih. |
|
|
|
|
|
|
|
laie sodap kalau ujang tu kalau ebby yus yang jadi . Maun tebaghai poghut tegholak....nengok muko yoh dah goli...bolum bukak mulut laie doh...
Kalau tak dapek jadi ujang, jadi abah atau pak sedagho dio pun buleh gak...janji dio belakon samo2. |
|
|
|
|
|
|
|
laie sodap kalau ujang tu kalau ebby yus yang jadi . Maun tebaghai poghut tegholak....nengok muko yoh dah goli...bolum bukak mulut laie doh...
Kalau tak dapek jadi ujang, jadi abah atau pak sedagho d ...
dikdang Post at 25-12-2009 22:55
boto3x (dah jadi upin ipin daaa...). kalo ebby yus tuh yang jadi ujang, maun box opih ceghito tuh.... dio selambo yoo... dongan perkataan yang kuar dari mulut eh...... dongan mimik muko eh...... halaaaaaa...... dah abih dah..... malam esok ghaso maleh nak ngadap tibi laiiii........ |
|
|
|
|
|
|
|
dorang blakon kek area rantau kan.. rantau ni kek bolah mano?? |
|
|
|
|
|
|
|
maso episod akhir tu,den tak ponah lak baco lam majalah ABM tu.ni yg sambungan eh tu ko.yg tajuk eh ACA tu |
|
|
|
|
|
|
|
tak salah den bolah-bolah kg ulu sega sanun...dokek kualo sawah |
|
|
|
|
|
|
|
skang cito ACA dan ATOK kek tibi duo....tp, xbest la...sumo pelakon ckp nogori pn xghoti...makin xbest lak... |
|
|
|
|
|
|
|
107# marry_markonah
atuk(hamid gurkha) kigho okey la loghat ey,,yang lain semuo ey tak boley blah la bercakap loghat noghogi,, |
|
|
|
|
|
|
|
tu yang achik tak goma ngonangkan nyo tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
watak aca tu mcm tak tepat dengan stail dan percakapan allayarham aca yg sebenar. Aku tak puas hati dgn pemilihan pelakon. Aca yg sebenar berperwatakan cool, sempoi, selalu senyum walaupun dia jenis lurus bendul. Berjumpa allaryarham kat mana2 pun buat hati rasa terhibur dgn karektor dia yg bersahaja tu. .
Aku ingat lagi masa dia sekolah rendah abis duit dia masa main taruhan duit syiling (bet kepala atau bunga) dgn adik aku.....kesian pulak aku tgk dia masa itu sebab mengenangkan keadaan dia yg lurus bendul mcm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
macam bangang cerita atuk dgn aca yang baru nih...pelakon lain...pengarah lain...penerbit lain..Dah jadi cerita bingai kesudahannya.......... |
|
|
|
|
|
|
|
baik tudung yoh tibi tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
wah ko mmg kenal bebetul dgn family ujang ni ye:pompom:
nak tanya sket, bila arwah Aca meninggal? dia sakit ke?
iols masih ingat lg trademark Aca dlm mjlh gila2 dulu, seluar 3 suku, selipar ...
cmf_premierleag Post at 12-1-2010 09:42
ujang tu sekampung dgn den.....
Aca meninggal sobab dilanggar oleh keto kalau tak silap maso bawak moto dlm 3`4 tahun lopeh. Itu berlaku lopeh kali terakhir jumpo dio 2 minggu sebelum tu kek somban. Sodih botol den mengonangkan eh... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ado tak Ujang keluarkan majalah laie lopeh Aku Budak Minang tuh...lamo tul tak boli ... |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Nordiana, Joey, XY Zakari dalam Drama Bersiri Aku Budak Minang 2
AKU BUDAK MINANG SIRI 2 KEMBALI TEMUI PENONTON RTM
Kesinambungan dari kisah drama bersiri Aku Budak Minang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 17 November lalu menyiarkan pula Aku Budak Minang 2 pada setiap Rabu, jam 8.30 malam di TV2 yang masih meneruskan kisah hidup suka-duka Ujang bersama adiknya Aca dan juga Atuk yang masih terus tinggal di desa sambil menguruskan ternakan ayam yang semakin maju.
Selepas kematian kedua ibu bapa mereka, Ujang mula terasa tanggungjawab untuk menjaga adiknya kini terbeban di bahunya. Apatah lagi tugas itu telah diamanahkan kepadanya sebelum Ibunya menghembuskan nafas terakhir.
babak dalam aku budak minang
Dibintangi oleh Joey, XY Zakari, Zulkeflie M. Osman, Baharudin Omar dan penyanyi wanita, Siti Nordiana, kisah drama bersiri 13 episod kali ini lebih menyorot kepada kehidupan Ujang bersama Aca dalam mengharungi kehidupan seharian yang penuh onak dan duri. Ujang pula bertemu secara tidak sengaja dengan Joe yang sebenarnya adalah adik kandung kepada ”Abang Joe” yang pernah menjadi kawan karib Ujang semasa di Kuala Lumpur dahulu. Mereka bertemu semasa Ujang dan Aca berkelah di Ulu Bendul dan ketika itu Joe terjatuh dari atas batu dan kakinya terseliuh. Ujanglah yang merawatnya.
Nasib malang menimpa Ujang dan Aca apabila terpaksa di bermalam dilokap akibat salah faham tuduhan terlibat dengan najis dadah. Akibatnya Aca jatuh sakit dan terpaksa di hantar ke hospital. Namun akhirnya Ujang dan Aca dibebaskan atas tuduhan terlibat dengan najis dadah setelah didapati negatif ujian air kencing.
Pun begitu Aca yang tertekan mula menjadi murung dan hilang selera makan. Atas nasihat Atuk, Ujang membawa Aca bersiar-siar di Kuala Lumpur untuk memulihkan semangatnya kembali. Di sana Ujang telah ke rumah Joe untuk bermalam. Pada asalnya Atuk menyuruh mereka bermalam di rumah Kak Wok. Namun Ujang yang masih terasa hati dengan Kak Wok tidak mahu lagi ke rumah Kak Wok.
Ketika Ujang tinggal di rumah Joe barulah Ujang tahu Joe adalah adik kandung kepada ”Abang Joe” dan mereka telah terpisah semenjak kecil lagi. Joe yang tinggal bersama adik dan Ayahnya pula menghadapi masalah keluarga yang serius.
Maka itu, ketika Ujang dan Aca ingin pulang ke kampung semula, Joe telah menyatakan hasratnya untuk mengikut Ujang dan Aca pulang sama. Alasannya adalah ingin merasai cara hirdup di kampung. Tetapi sebenarnya Joe ingin lari dari masalah hidupnya.
Semasa di kampung, Joe banyak membantu Ujang sekeluarga dalam usaha penternakan ayam termasuklah memberikan modal kewangan. Ujang, Aca dan Atuk mula rapat dengan Joe. Namun hidup di kampung bukanlah semudah yang disangka oleh Joe apabila dia pernah menjadi mangsa belasahan orang kampung yang menyangkanya adalah seorang pencuri kerana orang kampung tidak pernah melihatnya sebelum ini.
Begitu juga konflik yang ditimbulkan oleh Din Gitar yang melancarkan hasutan pemulauan terhadap segala aktiviti orang tua kampung termasuklah majlis kenduri-kendara dan sebagainya. Ujang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak sering menjadi mangsa gertakan Din Gitar namun apabila berkelahi Ujang sentiasa menang.
Aca pula yang semakin rapat dengan Joe mula merancang untuk menjalankan Projek Ternakan Kolam Ikan. Namun usaha itu hampir terbantut apabila Joe terpaksa pulang ke kampungnya di Perak kerana berita kematian Ibunya telah disampaikan oleh adiknya Haniza.
Aca yang berharap sangat Projek Ternakan Kolam Ikannya akan berjaya telah meminta pertolongan Ujang, namun Ujang yang tidak tahu menguruskan hal itu telah mengecewakan Aca. Akibatnya Aca mengurungkan diri seharian di biliknya kerana merajuk dan kecewa dengan Ujang.
Namun akhirnya atas bantuan Atuk dan Tok Penghulu, Projek Ternakan Kolam Ikan itu berjaya diteruskan secara berkelompok dengan penduduk kampung yang berminat. Dan manusia yang paling gembira pastinya adalah Aca yang sering berlari mengelilingi kolam ikannya setiap hari.
Ujang pula hanya mampu tersenyum kerana Aca masih bersamanya dan dia masih mampu menunaikan amanat terakhir Ibunya supaya menjaga Aca sebaik mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 112# APOLLYON
aaa laaa aku waser camtue jugak....kalo nak sambungan pung biorlaaa org yg sama... tak kisah laaa pengarah dan penebit berbeza pung...cam dah lari dr konsep lak... kekadang tue yg wat citer bukan kisah sgt pendapt org laing pung janji duit masyuk.... ini berlaku kat ujang biler majalah ujang di keluarkan... rerupanya..biler dia sign perjajanjian tue bukan bagi kebenarang utk guna nama dia jer..abis semua karya dan identiti dia dah jadi milik org laing siap ader term lagi kat ctue si ujang tak leh melukis selain tepat kat ctue laaa... tue yg si ujang lari tue... kat Gila2 tapi tak leh berkarya... kena injuksi... kesian2 dia turun naik mahkamah kerna sudah kenah kapur oleh bekas majikan dia dulu.
kalo fakta salah tolong betulkan yer... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|