CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sadiq_segaraga

Apa yang best kat Kuala Pilah?

[Copy link]
Post time 16-3-2011 05:51 PM | Show all posts
tak payah tggu maso rayo..
maso ni pun dah jem...
kalau waktu balek pejabat karang tak tahulah mcm ...
mijot Post at 14-3-2011 15:14



    patut la den tgk manjang jem jo...apo yg jem ntah..lopeh tuh xjem plak...heeeee:@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2011 04:04 PM | Show all posts
bole sapo2 tolong den dptkan no tipon rest hse kuala pilah, dlm internet ado no lamo je, den nk gi k.pilah ari khamis ni... tolong , tolong sos.
no hp den 0126906911  tolong ek org pilah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:17 PM | Show all posts
kan dah ado org bising2...
tu la maso nak buek tak nak pikir..

Kesesakan di Kuala Pilah perlukan perhatian

LALUAN dari Jalan Bahau melalui Bandar Kuala Pilah sehingga ke Bukit Putus sememangnya sudah lazim dikaitkan dengan laluan sesak dengan kenderaan terutama pada musim perayaan, musim cuti sekolah, tidak terkecuali pada hujung minggu.

Laluan ini menjadi pilihan utama pengguna yang hendak ke timur seperti ke Kuantan, Temerloh, Bandar Muazzam dan sebaliknya.

Namun begitu tindakan pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) mewujudkan petak meletak kenderaan di sepanjang laluan kiri-kanan Jalan Dato Undang Johol akan menambah kesesakan di bandar ini.

Pengguna perlu menggunakan jalan ini dengan melintasi bandar Kuala Pilah untuk ke arah timur dan juga untuk ke Bandar Seremban selain laluan alternatif yang melintasi kediaman dan rumah kakitangan kerajaan.

Kewujudan petak meletak kenderaan ini menyebabkan laluan ini menjadi selorong sahaja, paling ketara kepada pengguna yang datang dari arah Bahau untuk terus ke arah Tampin, hanya dapat meneruskan perjalanan sekiranya ada kenderaan di hadapan membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat untuk ke Seremban.

Keadaan akan menjadi kelam-kabut jika kenderaan lebar yang membawa peralatan atau kenderaan seperti kereta.

Bandar Kuala Pilah ini sememangnya sesak terutama menjelang menyambut Ramadan atau Hari Raya kerana penduduk setempat keluar membeli-belah sebagai persediaan. Sukar dibayangkan keadaan pada tahun ini, yang sudah tentu akan bertambah sesak.

Adalah menjadi harapan agar pihak berkenaan sama ada pihak JKR, polis dan MDKP mengkaji semula kesesuaian mewujudkan petak meletak kenderaan di jalan utama ini.

SHABUDDIN
Putrajaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.177501 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list