|
Assalamualaikum
Selamat Berkarya Fantaghiro
mertua Post at 11-7-2010 10:17 
wsalam... TQ |
|
|
|
|
|
|
|
pagi fan...next n3
asnita Post at 12-7-2010 10:38 
sambung dah... |
|
|
|
|
|
|
|
siannya...  |
|
|
|
|
|
|
|
untuk mnum petang xde n3 ke fan?? |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye...bila nak letak n3??? |
|
|
|
|
|
|
|
asnita & c2ni : mintak maap...minggu bz yang terlampau
tak sempat nak menaip smalam... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung...
‘Assalamualaikum…’ jawab Fina. Dan aku menjawab salamnya…
‘sapa ni?’ Soal ...
Fantaghiro Post at 12-7-2010 10:38 
duda mana ni? mesti ayat power. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua   |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sket...
Aku kembali membawa hati yang terluka. Kesedihanku bertambah kerana dalam masa yang terdekat, ibuku pula kembali kepada Penciptanya. Hidupku mula hilang arah sehingga aku terpaksa bercuti dari tugas untuk menenangkan perasaan yang bercelaru. Ku jejakkan kembali kakiku di pulau yang menyimpan seribu satu kisah antara aku dengan Fina. Sesekali sengaja aku luangkan masa hanya untuk melihat bumbung rumah Fina dari jauh. Aku sudah seperti org hilang akal untuk seketika kerana kesedihan yang bertimpa2.
Sebulan berlalu, ku kuatkan hati untuk menghubungi Fina. Bertanya khabar dan ingin ku ucapkan tahniah kerana bakal menempuh hidup baru dan mungkin juga untuk kali terakhir sebelum Fina di ijabkabulkan. Fina tertawa bila aku ucapkan tahniah padanya kerana bakal menjadi isteri org…
‘kenapa gelak?’ tanyaku
‘Fina tak jadi pun bertunang dengan org tu’ jawapan Fina mula buat hatiku kembali berbunga.
‘kenapa?’ tanyaku sepatah.
‘tak jadi lah bang… 3-4 hari sebelum nak bertunang tu baru terserlah sikap sebenar org tu. Baran rupanya kalau abg nak tau… Fina ni asyik kena marah je…sedangkan yang sebenarnya dia marahkan stafnya…tapi Fina lak yang kena tempiasnya… pastu sikit lagi Fina nak dapat cop mohor diraja 5 jari kat muka ni sbb Fina tegur sikapnya yang berubah tiba2’ adu Fina padaku.
‘tak berani la Fina nak pertaruhkan masa depan Fina… silap2 nnt Fina ni jadi tempat dia melepaskan marahnya pulak’ sambung Fina. Aku bersyukur kerana Fina mengambil tindakan yang tepat untuk dirinya. Tak mampu rasanya aku membayangkan Fina hidup dengan lelaki yang tiada belas kasihan pada pasangannya.
Selepas perbualanku dengan Fina, aku kembali lega. Semangatku kembali pulih, kesedihanku juga mula berkurangan. Siang malam ku berdoa semoga Allah temukan jodohku dengan Fina. Aku tak sanggup lagi kehilangannya.
Perhubungan aku dengan Fina kembali seperti sediakala. Namun dek kerana tugas yang lama tertangguh, berbulan juga Fina aku abaikan. Aku Cuma mampu berharap Fina faham keadaanku.
Disember 2006 kuterima perkhabaran Fina akan pulang bekerja di kampung kerana keadaan adiknya yang makin kritikal. Siti Sumaiyah berada dalam keadaan kritikal sudah hampir setengah tahun dan dalam setengah tahun inilah juga 2 kali dalam sebulan Fina akan balik ke kampong menjenguk adiknya. Kadang2 Fina bercuti panjang untuk menjaga adiknya dah sudah berbulan di hospital. Mujur juga majikan Fina memahami keadaannya. Selama itulah juga aku tak menemui Fina. Kepulangan Fina ke kampong melegakan hatiku, kerana aku tak pernah tenang selama Fina berjauhan dari keluarganya.
Berjauhan dari Fina, hanya telefon yang menjadi penghubung kami, itu pun Cuma sesekali aku menghubunginya kerana aku bukanlah seorang lelaki yang pandai menyusun kata untuk memikat seorang gadis. Padaku cukuplah sekadar aku bertanya khabar tentang Fina sekali sekala.
6 Oktober, 2007 jam 10pagi ku terima panggilan dari Fina setelah bertahun lamanya Fina tak pernah hubungi aku, hanya aku yang menghubunginya selama ini. Hatiku mula berbunga ceria. |
|
|
|
|
|
|
|
w'salam c2ni... |
|
|
|
|
|
|
|
rezal... buleh tahan power lor... |
|
|
|
|
|
|
|
camne agaknya hubungan FINA nie erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Sesekali sengaja aku luangkan masa hanya untuk melihat bumbung rumah Fina dari jauh.
Ni yg org kata dah angau over dose x dpt tkg org tgk bumbung rumah pun jadilah  |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sket lagi...
‘assalamualaikum’ sapaku
‘waalaikumsalam’ jawab Fina sebak. Aku mula berasa tak sedap hati.
‘kena pulak ni Fina?’ soalku ingin tahu.
‘Sumaiyah…’ jawab Fina sepatah.
‘kenapa dengan Sumaiyah? Soalku, namun aku dapat merasakan sesuatu… mungkinkah?
‘Sumaiyah dah takde’ akhirnya terungkai juga persoalanku… dan ramalanku ternyata benar. Siti Sumaiyah telah kembali ke pangkuan Ilahi jam 6.45pagi tadi pada usia 13 tahun. Ku cuba tenangkan Fina dari tangisannya sedayaku. Berakhirlah penderitaan Sumaiyah selama ini dan perginya ketempat yang lebih baik… doaku moga Fina dan keluarganya tabah dalam mengharungi ujian ini.
Ku termenung seketika memikirkan perjalan hidup Fina selama ini. Terlalu banyak dugaan yang telah Fina tempuhi dan aku tak pasti adakah aku akan melakukan sebaik yang telah Fina lakukan. Andai Allah temukan jodohku dengan Fina, aku akan cuba untuk memberi kesenangan dunia padanya… itu janjiku kerana ku tahu Fina telah banyak mengharungi kepayahan dalam hidupnya. Janjiku pada diri 2008 akan menjadi tahun terakhir aku bergelar bujang terlajak.
Beberapa bulan selepas Sumaiyah kembali ke Rahmatullah,dalam diam aku mula menyediakan serba sedikit barang2 untuk ku jadikan hantaran dihari pertunangan kami. Berbulan juga masa yang ku ambil untuk kufikirkan apa yang sesuai untuk ku hadiahkan pada Fina. Tetapi tidak ku khabarkan pada Fina kerana ku ingin memberikan Fina kejutan dengan harapan Fina takkan menolak setelah melihat kesungguhanku untuk menjadi teman hidupnya sepanjang hayatku. Aku nekad walau belum menerima persetujuan dari Fina.
Setelah segala barang2 yang bakal ku jadikan hantaran untuk Fina lengkap, termasuk sebentuk cincin berlian ku sediakan, aku mula memilih tarikh yang sesuai untuk aku nyatakan hasratku pada Fina. Mungkin 3 bulan sebelum hari lahir Fina yang jatuh pada bulan Oktober adalah masa yang sesuai fikirku sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
fan..next2 n3
asnita Post at 13-7-2010 10:29 
siapppp!!! |
|
|
|
|
|
|
|
camne agaknya hubungan FINA nie erkkk...
shahrinas Post at 13-7-2010 11:08 
ada 1 masa, Fina ni mmg ada ati kat tahir... tapi sbb tahir jarang sangat ctc Fina...
makanya Fina anggap tahir ni tak serius...n Fina tak nak terlalu berharap...
kalau tgk dari mula ceta ni stat dari thn 1999... tapi sampai thn 2008...
3 kali jek tahir luahkan isi ati dia kat Fina... |
|
|
|
|
|
|
|
Sesekali sengaja aku luangkan masa hanya untuk melihat bumbung rumah Fina dari jauh.
Ni yg org k ...
qimi08 Post at 13-7-2010 11:27 
cam tak caye...tapi itulah yg diceritakan oleh tahir... |
|
|
|
|
|
|
|
ada 1 masa, Fina ni mmg ada ati kat tahir... tapi sbb tahir jarang sangat ctc Fina...
makanya F ...
Fantaghiro Post at 13-7-2010 11:39 
nielah padahnya kalu pendam je...
x luahkan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|