CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maya1311

[GAMBAR] Muzium Pulau Besar dan Muzium Kapal Selam

[Copy link]
Post time 27-12-2010 11:43 AM | Show all posts
setau aku banjir jumaat lepas kan??
pas ni, mesti slalu banjir kalu hujan lebat...
ada sesapa tau nape leh banjir plak kat sini???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2010 03:49 PM | Show all posts
tu ler rasa jumaat lepas sbb masa ujan tu aku keluar memang jalan dah dipenuhi air..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 04:30 PM | Show all posts
ha'ah, jumaat lepas. waktu petang
aku lalu jalan Ong Kim Wee,
dah paras setengah tayar kete aku gak ler

MELAKA MAJU kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 09:21 AM | Show all posts
xde longkang ke yang leh alirkan air tu ke sungai?padahal dekat je jalan ni ngan sungai melaka tuh..ntah ler...kat melaka ni...sistem perparitan memang tak bape baik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:44 AM | Show all posts

memorial pengisytiharan kemerdekaan

sedikit sejarah mengenai Melaka.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak Di Banda Hilir dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A'Famosa dan replika IsTana Melaka. Di hadapan memorial ini dahulunya terletak Dataran Pahlawan di mana Perdana Menteri Malaysia melaungkan perkataan keramat 'Merdeka' yang pertama di Melaka. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan orang Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.


http://akasiaholiday.blogspot.com

[email protected]

more about budget holiday in Malacca, mail us...

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 11:01 AM | Show all posts
Harus diingat juga Tun Dr Mahathir juga ader tanam perutusan untuk generasi abad ke-2020 didalam kapsul yang berbentuk bunga raya.Ianya akan dibuka menjelang tahun 2020 dan pada ketika itu matlamat Malaysia adalah Negara Maju Wawasan 2020.Terletak di dalam kompleks Dataran Pahlawan dimana ianya adalah landskap air pancut beserta kolam dan mempunyai dinding seni lakaran sejarah Negeri Melaka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2011 11:22 AM | Show all posts
terima kasih di atas peringatan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 03:28 PM | Show all posts

'Bangunan Stadthuys'...sekadar berkongsi

'BangunanStadthuys'
("dewanperbandaran" dalam
bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletakbersebelahan dengan gereja Chirst
di Jalan LAksamana, Banda Hilir, Melaka.Bangunan ini dibina pada tahun 1650
sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan senirekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidangpendidikan, yang mana pada abad ke 19
ketikapemerintahan InGGeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golonganpaderi dikenali sebagai Malacca Free School
dibina diperkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percumaoleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripadaanak-anak golongan Cina
yang kaya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825,menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka.Surat itudikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja,Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibukapada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free Schoolyang pertama ialah Encik T.H. Moore.

Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkatsehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah haridan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar
Melayu
pada masa itu tidak ramai keranakebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolahagama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lainseperti Melayu, Portugis
dan Cina
jugadiajar.

Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiransekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High Schoolatau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong.Pada tahun 1931, Malacca Free School
berpindah ke tapak barunya di JalanChan Koon Cheng hingga sekarang.

Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah & Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium T.Y.T. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantintradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.



http://akasiaholiday.blogspot.com

[email protected]

get Malacca budget holiday here..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2011 08:05 AM | Show all posts
gud info...
MMg betul tapak asal MHS kat situ...ada gambarnya kat arkib MHS...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 12:01 PM | Show all posts

Menara Taming Sari

Post Last Edit by chalfaizal at 19-1-2011 12:04


Menara Taming Sari merupakanmenara pandang setinggi 110 meter yang terletak diBanda Hilir MalaCCa(bersebelahan Dataran PAhlawan). Menara ini dapatberputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama MAlacca
secara keseluruhan. Menaraini meruopakan menara berputar jenis Gyro yang pertama seumpanya di Malaysia. Menara ini dibuka secara rasmipada 18hb April 2008.

Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk KERis Taming SAri
.Saksikanlahpanorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di MelakaBandaraya Warisan Dunia UNESCO. Anda pastinya teruja melihat keindahan dankeunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan MelakaMegamall, Pulau Besar dan Selat Melaka. Disamping itu, anda berpeluang melihatkepesatan pembangunan di Negeri Melaka. Pastinya pengalaman anda menaiki MenaraTaming Sari akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.



http://akasiaholiday.blogspot.com
[email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:20 AM | Show all posts

restaurant jamban di melaka

Post Last Edit by Darthjal at 18-2-2011 01:21

nk bkk kt melaka raya ni






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:32 AM | Show all posts
biau betul kau ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:05 AM | Show all posts
serius ada restoren gini kat melaka? ingatkan kat china je ade..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:14 AM | Show all posts
tanda melaka maju
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 03:18 AM | Show all posts
amik dlm fb derang

t-bowl kot nama dier, asal dier kt queenbay PP.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 06:33 AM | Show all posts
mcam2 manusia nih... awat tak buat restoran dalam jamban awam terus.. baru ada feel and thrill  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 06:51 AM | Show all posts
bukan halal pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 09:56 AM | Show all posts
lau halal harus ak pong pg iskh2


*lau jamban betul macam ni punya cantikkk harus ak makantido
pun xpe he2
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 12:16 PM | Show all posts
serius ada restoren gini kat melaka? ingatkan kat china je ade..
manganini Post at 18-2-2011 02:05



   Kat Lembah Klang dah lama ada restoran jamban ni... tak terhingin nak masuk makan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:56 PM | Show all posts
la restoren ke,igt kdai jual toiletbowl..heheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.248695 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list