Post time 6-1-2023 08:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
besar harapan rakyat utk melihat kerajaan gabungan ni berjaya memimpin negara melangkaui tahap jangkaan rakyat
nak tukar2 kerajaan adalah tindakan yg tidak bagus utk sosiopolitik negara.. tukar2 kerajaan pun muka2 politikus yg sama je yg pegang jawatan kepimpinan nanti.. so sama je hampeh.. malah boleh jadi lebih hampeh
kestabilan politik negara tu penting.. so kerajaan pimpinan anwar ibrahim mesti buat yg terbaik dan tindakan2 yg betul.. tetapkan satu tahap piawaian kepimpinan yg tinggi dan boleh jadi contoh rujukan utk barisan kepimpinan negara pada masa depan
persoalannya.. kerajaan gabungan sekarang ni.. politik komited tekad atau hanya politik retorik gimik??
Post time 6-1-2023 08:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
suspek si ceo ni didakwa terima rasuah.. bagi menghubungkan kontraktor2 dgn pihak atasan.. berdasarkan pengakuan kontraktor2, mereka bayar komisen sebanyak tiga hingga lima peratus.. kemudian dinyatakan pula wang komisen tersebut dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik kononnya utk pembiayaan politik
PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan reman lima hari sehingga Selasa depan kerana disyaki menjadi orang tengah bagi pengagihan projek-projek kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, melibatkan dana RM92.5 bilion.
Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini, pada Jumaat.
Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini malam Khamis.
SPRM sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan yang difokuskan kepada dana kerajaan berjumlah RM92.5 bilion di bawah program rangsangan dan pemulihan ekonomi.
Sumber itu berkata, SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang kepada beberapa syarikat untuk memperolehi projek-projek bernilai antara RM50 juta dan RM500 juta secara runding terus.
“Hampir 90 peratus daripada projek yang diberikan adalah secara rundingan terus dan masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.
"Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10 peratus projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10 peratus hingga 20 peratus," katanya, di sini, pada Jumaat.
Menurut sumber lagi, suspek yang ditahan itu dipercayai telah menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor-kontraktor dan pihak atasan.
Berdasarkan keterangan beberapa kontraktor yang disoal siasat, mereka mengaku membayar komisyen sebanyak tiga hingga lima peratus.
Menurut sumber, wang itu dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik kononnya untuk tujuan pembiayaan politik.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi di sini, pada Jumaat mengesahkan penahanan tersebut.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Post time 6-1-2023 09:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
menarik utk diikuti kes ni utk lihat pembuktian komisen yg diberi tu sbg rasuah dan pembuktian aliran duit masuk ke akaun parti politik yg masih tak disebutkan nama lagi tu
dan juga utk lihat hubungkait dgn bekas2 menteri berkaitan; muhyiddin, zafrul, kj.. mungkin tokpa termasuk sekali juga
tapi masih panjang lagi kes ni sbb masih di tahap kena tahan reman..
sekiranya ada berlakunya jenayah rasuah oleh bekas2 menteri kerajaan lepas spt muhyiddin, zafrul, dll., masih jauh dan rumit lagi kerja2 siasatan yg perlu dilakukan sprm
Post time 6-1-2023 09:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 6-1-2023 10:40 PM
"..pengagihan projek-projek kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, melibatkan dana RM92.5 bilion"
adakah projek yg diberi tu benar2 bermaksud keseluruhan rm92.5 bilion tu?.. atau sebahagian sahaja yg belum pasti jumlahnya?
90% projek yg diberi masih belum dilaksanakan.. so gomen belum keluar duit lagi la kan?.. betul ke?
baki 10% tu pula, siasatan hanya fokus kepada 10 hingga 20%.. so fokus siasatan sprm sekarang ni adalah pada 1 hingga 2% drpd keseluruhan projek?.. adakah maknanya gomen dah keluar duit banyak ni?
sekiranya maksud berita tu kes ni betul2 melibatkan jumlah keseluruhan rm92.5b, oleh itu fokus siasatan sprm adalah sbhgn projek pada nilai 2% iaitu rm1.85 bilion
Post time 6-1-2023 10:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 6-1-2023 10:32 PM
sumber awani bgtahu wang itu dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik kononnya untuk tujuan pembiayaan politik
astro awani guna perkataan "kononnya" tu sebelum ayat "untuk tujuan pembiayaan politik"
so maknanya sumber kepada awani tu jelas dan pasti yg wang tu dimasukkan ke akaun sebuah parti politik.. yg belum pasti adalah tujuan pembiayaan politik.. tapi sumber tu pasti yg wang dimasukkan ke akaun sebuah parti politik
persoalannya.. yg disebut hanya sebuah parti politik.. adakah yg dimaksudkan adalah parti bersatu?
kemudian, yg pasal ucapan anwar merujuk kepada bekas menteri kewangan tu, adakah maksudnya tengku zafrul dan adakah juga merujuk kepada isu ni?.. sekiranya betul, macammana unsur jenayah tu berlaku?.. adakah duit masuk akaun bank milik zafrul?.. maklumat berita mengatakan wang dimasukkan ke akaun sebuah parti politik.. manakala si zafrul ni umno
persepsi awal yg kita nampak sekarang ni (sebuah) parti politik tersebut adalah bersatu.. tapi masih belum dinyatakan nama parti politik tu
Post time 8-1-2023 11:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Innrukia replied at 8-1-2023 09:39 AM
apa summary dek non... tak sempat nak review lagi?
poin paling kuat adalah anwar bagi sprm kebebasan sepenuhnya tanpa apa2 tekanan utk cekup geng2 jerung dan juga ikan bilis yg terlibat dgn salah laku rasuah... tak kisah samada di pihak pembangkang serta kerajaan.. anwar ada sebut tiada kompromi dlm memerangi rasuah.. dan dia taknak pasal ambil2 komisyen semua ni.. projek2 mesti ditender
yg ni patut dipuji sbb tak sampai 100 hari jadi pmx, dah ada ceo syarikat swasta yg dikatakan ahli bersatu segambut dan juga sepupu menantu muhyiddin dah ditahan reman.. dan ada dua pengarah kanan syarikat swasta ditahan reman juga pasal isu menara kl.. samada kes2 ni betul2 boleh heret politikus2 tahap tinggi spt muhyiddin ke panjara atau tidak, yg tu kita rakyat kena tunggu la sbb sekarang ni baru di tahap kena tahan reman.. tapi apa2 pun yg pasal ni mmg boleh dipuji
kalau pasal kes2 lim guan eng, zahid, bung.. yang ni semua rakyat kena tunggu juga utk info2 fakta yg jelas pada masa akan dtg
pasal kepimpinannya pula, apa yg disampaikan lebih kepada inspirasi dan ideologi politiknya... ada banyak contoh yg dia beri.. tapi pendek2.. pastu tak cukup utk program tempoh satu jam mcm ni utk betul2 diperjelaskan idea2 tu secara spesifik.. so kena tunggu belanjawan drpd anwar yg dijangka dibentang hujung bulan depan
ada juga dia selit2 sindir+kritik kerajaan lepas pasal projek2 yg tak ditender dan kritikannya adalah berkenaan pemunggahan kekayaan oleh sesetengah pihak yg mana ambil kesempatan atas golongan bawahan, golongan miskin
kesimpulannya... rakyat kena tunggu sekurang2nya setahun juga la baru boleh simpulkan samada kerajaan baru ni betul2 lebih baik atau sama ja pimai2tangtu mcm kerajaan2 yg lepas
kalau tak silap, ada kenyataan daripada hamzah ketua pembangkang yg mana pembangkang tak akan buat apa2 bangkangan atau gangguan utk kerajaan tadbir urus negara sekurang2nya utk tempoh setahun ni
samada betul atau tak tu taktaw la.. tapi kalau betul, maknanya ni mmg tempoh terbaik kerajaan gabungan ni utk tunjukkan potensi sebenar kemampuan dan kehebatan dalam hal2 urus tadbir negara buat tahun ni... kalau betul2 boleh buat reformasi dlm memimpin dan mentadbir negara, ada peluang besar utk benar2 pikat hati rakyat
so sesama la kita rakyat tunggu setahun ni tengok cemana hasilnya
ikut hukum yg dia kata sebelum ni, selagi tak dikenakan hukuman consider tak bersalah. takde yg membanggakan pun dgn penangkapan ceo2, dah sekian lama pun depa duk makan. Tak kena geng dia of cos 100% suruh sprm bertindak. Tggu kalau kena geng sendiri. Knowing politaik, sama2 garu belakang.... politik dendam yg dilaungkan aje setakat ni.
masih menunggu yg berkaitan rakyat...kos sara hidup, ekonomi & lain2 infrastruktur etc
Post time 9-1-2023 11:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Innrukia replied at 9-1-2023 07:09 PM
ikut hukum yg dia kata sebelum ni, selagi tak dikenakan hukuman consider tak bersalah. takde ...
kita ambil kata2 dia dulu.. lepas tu kita tunggu kata2 dari pihak pembangkang pula nanti.. tak kira siapa salah siapa betul kebenaran akan muncul jua akhirnya
yg berkaitan rakyat pula.. setakat ni kita belum nampak, terima apa2 yg padu lagi dari kerajaan.. tapi ya la, kena tunggu sekurang2nya pembentangan belanjawan daripada anwar dulu atau yg lebih baik tunggu tempoh setahun dulu baru boleh nilai samada kerajaan kali ni boleh buat reformasi atau pimai2tangtu sama je dgn kerajaan2 sebelum
setakat yg kita dengar berkaitan rakyat semasa temu bual naratif khas tu cuma lebih kepada falsafah, prinsip.. belum ada apa2 yg spesifik
berkenaan dasar antimonopoli, hanya sikit je bhgn dlm sesi temu bual tu yg sentuh pasal tender terbuka.. takde pula dia sebut pasal reformasi nak pecah monopoli sesetengah bisnes dan industri yg dimonopoli oleh segolongan taikun
tak pasti samada anwar benar2 nak buat reformasi atau tidak.. apa dasar2 yg anwar mahu bawa yg boleh menyeragamkan kekayaan, kemewahan, kesenangan hidup ke semua golongan rakyat secara adil saksama dan kemudian sama2 dpt naikkan taraf hidup... pasal ni kita tak tau lagi..
so banyak yg tak pasti lagi.. kita tunggu ja la tengok camna nanti