kita tgk arwah Loloq tu org nya mcm tu kann...jenis mcm rock2
tapi sebenarnya dia punya kefahaman pasal ketuhanan ni sgt dalam
tu yg nak diterjemahkan dlm lirik2 lagu M. Nasir
penemuan dia tentang hakikat siapa diri kita ni yg sebenarnya...
kalau org yg tak faham, mmg takkan minat kat lagu2 nyanyian M. Nasir ni. pada dorg lagu tu berat
Anak -anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi cambah
Tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu
tapi apasal cover album m nasir zaman kembara/80an dulu ada unsur2/lambang freemason? adakah dia ahli mason atao dari dulu dia try nak kenalkan unsur mason kpd pendengarnya supaya kita berhati2?
= mengambil sempena latah/syattah Junaid alBaghdadi => "laisa fi jubbati illallaah".
> m.nasir cuma modified perkataan jubah kpd *baju* & illallaah kpd *cinta* bertujuan utk elakkan public kontroversi ;)
> mungkin juga agar sesuai dgn mood serta beat melodi lagu; err... sib baek dia tak taruk jacket ka, tuxedo ka, kemeja coat ka, dlm jilbab ka, kebaya labuh ka, kakakaaa ;D
* ade lar hamba Allah sekor nih dia temberang ker sunggoh ker, ntah ler... ketika suasana itu hadhir, dia memgalami selazat-lazatNya limpahan rasa tanpa had.
Agaknya, tu pasal ler m.nasir guna perkataan *cinta* yakni merujuk kpd kemuncak cinta hakiki milikNya.
Itu aje gamoknye manthiq seqodar termampoo diucap. Apalah daya...
P/s: rasanya yg terselirat-birat di sebalik lirik itu telah dikupas secara terperinci oleh Puan MJ di post 45#
Memang tak dinafikan lagu lagu M Nasir mempunyai makna tersirat, aku pun kengkadang rajin juga nak mencari yg tersirat tu, tapi apa yang bahayanya, apakah penafsiran kita sama dengan apa yang cuba disampaikan oleh penulis lirik tu?
Contoh lah ada sesetengah lirik kalau dikaji mendalam, ada unsur unsur Ketuhanan, tapi apakah itu yg sebenarnya yang disampaikan oleh mereka atau cuma susunan ayat jer yang membuatkan makna nya terseleweng, sedangkan penulis lirik takdak niat pun nak menyimpan maksud tersirat tu.
Teringat plak aku ngan lagu Stan by Eminem, yg menceritakan peminat bernama Stan yang begitu obsess dengan lirik lirik Eminem.
Balik topik asal, lagu Damasutra, umpama mimpi dalam mimpi, seribu bayangan, asyik, sesat dalam rindu dan sufi tu siapa penulis lirik dia ek? tu pun mcm ada maksud tersirat jugak hehe
salam semua....
tumpang lalu....
wooohhhoooo..... berat ni.... kalu salah baca ni mau ader yg tuju ker pemahaman lain nanti....
kantung yg mana yg ente cari... yg kiri ka... yg kanan ka...
Memang tak dinafikan lagu lagu M Nasir mempunyai makna tersirat, aku pun kengkadang rajin juga nak m ...
St.Yeepi Post at 15-12-2010 00:35
S. Amin Shahab yg menulis lirik kebanyakkan lagu2 damasutra cam sufi n umpama mimpi dlm mimpi... lagu2 kebanyakkannyer M. Nasir yg buat.... hahah ayah aku suke lirik2 yg S. Amin Shah tulis dari M. Nasir.. tpi aku suke dua2 lol....