CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rizalman82

Hobin Jang Hobin..[Tujuh muka baru kuatkan NS]

[Copy link]
Post time 3-11-2009 11:42 AM | Show all posts
RM100,000 menanti pemain NS

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
[email protected]


Mohamad Hasan memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain bola sepak Negeri Sembilan di Seremban semalam.

NEGERI SEMBILAN belum lagi menjulang Piala Malaysia, tetapi mereka sudah mendapat durian runtuh.

Sejumlah RM100,000 sudah berada dalam genggaman pemain selepas kejayaan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Andai berjaya menjulang piala tersebut, pemain Negeri Sembilan boleh mengimpikan kemewahan selepas ini.

Semalam, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu mendapat suntikan semangat apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) memberikan insentif berbentuk wang tunai sebanyak RM100,000 pada satu majlis minum petang bersama jurulatih, pemain dan pegawai PBNS di Klana Resort, Seremban.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insentif berkenaan adalah sebagai menghargai jasa pemain selepas berjaya melayakkan diri ke pentas akhir setelah menunjukkan aksi cemerlang sepanjang saingan Piala Malaysia musim ini.

"Saya berharap dengan insentif berkenaan ia dapat menyuntik semangat pemain untuk terus memberikan prestasi cemerlang dengan menjulang Piala Malaysia selepas memenanginya pada tahun 1948.

"Saya percaya pasukan ini mampu menjulang Piala Malaysia sekiranya pemain yakin dengan diri sendiri dan mengekalkan prestasi cemerlang.

"Negeri Sembilan merupakan sebuah pasukan yang serba lengkap di semua posisi," katanya.

Mohamad yang juga Menteri Besar, menambah, sekiranya skuad kendalian Wan Jamak itu berjaya menjulang piala paling berprestij itu, pemain bakal menerima insentif termasuk bonus.

Dalam pada itu, Mohamad, menyarankan penyokong-penyokong Negeri Sembilan agar memakai baju berwarna kuning kerana skuad kendalian Wan Jamak akan turun beraksi dengan jersi kuning pada perlawanan akhir itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2009 12:10 PM | Show all posts
FINAL nnti mogo HOBEN JANG HOBEN monang bogayo...
------------dan mogo penantian tok mendakap PIALA MALAYSIA slamo 48 thn ni berakhir pada malam tuh!

InsyaAllah....pasukan WARIGH akan jadik JUARO!

p/s meh turun stedium ghamai2...
      hehe~sey kalu stedium s.alam slalu la turun
      tp bkt jalil jauh arr dr ghumah seyy..
      ngeee~
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 01:22 PM | Show all posts
Habuan Menanti Forumer

sempena final pialo malaysia nanti bukan tok mat jo yang akan bagi habuan kek player n9.. waghieh kek sini jugo tak dilupokan...

Hadiah kredit monanti forumer waghieh N9 jika skuad jang jadi jore pialo molaysia... jadi camno nak dapek mondo2 tu sumo..ah nantikan yo laa pengumuman dari den..
salamekom..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 01:47 PM | Show all posts
Dari sawah turun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

1 - 0 kocik bonar
4-1 sonyum lebar
Kalau boleh 7 - 0,
Biar dio balik tolopong, tolopong-lopong

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang luak sokong kito
Jangan buek malu muko

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaring kuyak
Main mesti hati-hati
Jangan masuk gol sendighi..sendighi

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 05:15 PM | Show all posts
Moh kito ramai2 sokong HOBEN JANG HOBEN..:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 09:38 PM | Show all posts
insyaAllah buleh monang nant
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2009 10:56 PM | Show all posts
monang totap monang cuma kito monang bergayo sikt lah






kamasutra dalam bahasa melayu
http://tinyurl.com/c6dk5f
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 01:17 AM | Show all posts
salam,

dah lamo tak monang..insyaallah monang la tahun ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 03:40 AM | Show all posts
den nak poie stadium tp tkut kono mocun plak..  kang kuar stadium toguih gi spital plak..
tp den harap dapek la pialo kali ni, jgn la terlopeh lg mcm final lwn perak dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 03:41 AM | Show all posts
Dari sawah turun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

1 - 0 kocik bonar
4- ...
MetalFire Post at 3-11-2009 13:47
boleh ko klau den nk download lagu ni? blues gang nyanyi kan kalau xsilap?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 12:04 PM | Show all posts
carik yo lagu tu annoyz.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 05:50 PM | Show all posts
tak sabar nak monang 4 5 bidang tanah dari mod metal
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 06:27 PM | Show all posts
den nak poie stadium tp tkut kono mocun plak..  kang kuar stadium toguih gi spital plak..
tp den harap dapek la pialo kali ni, jgn la terlopeh lg mcm final lwn perak dulu..
anoyzz Post at 4-11-2009 03:40


aiseh macam ni punyo alasan pun ado ko?

bukan selalu n9 masuk final...diulang bukan selalu

stadium nasional tu bosa...dok la jauh2 dari geng tom yam tu

ayoooo kau ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 06:48 PM | Show all posts
moh lah kito berdoa berhamai2....
mogo2 dapek la neghori mendakap pialo yang dah lamo diidamkan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 08:46 PM | Show all posts
abg aku luper beli tiket utk aku...huwaaa...kejamnyeee doniaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 10:07 PM | Show all posts
tiket melampoh laei kek stadium nasional tuh,..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2009 09:55 AM | Show all posts
den tgk kek tb yo nnti
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 11:47 AM | Show all posts
sekrg melotup2 kek radio era pasal lagu skuad hoben jang hoben vs ghome kelate ghomo..kelate..adoii sonyum den sorang2 tgh drive kete

HOBEN JANG,,JANGAN X HOBEN..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:43 PM | Show all posts
Amaran tegas kepada penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan


KUALA LUMPUR: Polis beri amaran tegas kepada penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan supaya tidak membawa barangan larangan seperti bunga api, mercun dan senjata berbahaya ketika perlawasan akhir Piala Malaysia, bagi mengelakkan sebarang kejadan tidak diingini.

Dijangka kira-kira 80,000 penyokong akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 03:29 PM | Show all posts
Selamat Berjaya NS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.258372 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list