CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cinta_ungu

Reaksi Adam yang dilamun chenta (x_X)

[Copy link]
 Author| Post time 17-6-2011 03:53 PM | Show all posts
waalaikummussalam...

tunggu org len komen dulu
akkula Post at 17/6/2011 15:48



    tue orang lain dah komen dahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 03:58 PM | Show all posts
hai...saya orang tak bape baru tak bape lama...suam2 kuku je..

salam kenal gaks
...
cinta_ungu Post at 17-6-2011 14:59


haiii.. salam2
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 04:11 PM | Show all posts
Reply  cinta_ungu



dok tengah merayau2..tetiba tengok "SESUATU" disini..jadi terus masuk :lol ...
Encik_Hubby Post at 17-6-2011 02:43



    be my boyfriend pleaseeeee.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 09:44 PM | Show all posts
mine pulak...terputus hubungan time tido jek..celik mata jek dia mesti sms...lepas tu mand siap2 jumpa...makan ke, tengok la aktiviti apa yang best..lepas tu balik, baju pun tak sempat tukar dia da sms buat apa la tu la ni la...stop bila tido je la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 09:54 PM | Show all posts
Ni pengalaman diri sendiri dari kacamata seorang lelaki
Masa mula2 dilamun cinta:
a) Terbayang wajah si dia 24 jam
b) Sentiasa tertanya2 apakah aktivitinya
c) Selalu bertanyakan pandangan keluarga dia terhadap diri yang hina ini.
d) Suaranya selalu terngiang2 di telinga
e) Selalu nak jadi yang terbaik di matanya dari sudut ketrampilan diri, tatarias, dan budi bahasa
f) Akan ingat setiap point dalam perbualan dari sekecil2 hal contohnya nama nenek saudara sebelah ayahnya.

1 tahun bercinta :
a) Hanya terfikir pasal dia apabila berjumpa sahaja
b) Rasa senang bersamanya
c) Tak peduli lagi apa pandangan keluarganya
d) Mahu dia pula jadi yang terbaik di mata ini. make upnya, pakaiannya, budi bahasanya.

Berkahwin:
a) Kalau dia ada, tak rasa apa2 tapi rasa sunyi kalau dia takda
b) Bila ada masalah dan berita buruk, dia yang mula2 muncul di kepala untuk dikongsi cerita
c) Tak pedulikan sangat tentang ketrampilan diri sendiri.
d) Mahu dia jadi yang terbaik di mata keluarga.
e) Tak ingat dah apa yang dia pesan walaupun perbualan berlangsung 1 jam yang lalu.

Hehe walau  tingkah laku dah berubah terhadap isteri, tapi sayang tetap tak berubah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:25 PM | Show all posts
Hehe walau  tingkah laku dah berubah terhadap isteri, tapi sayang tetap tak berubah..
AbangSidi Post at 17-6-2011 21:54

like......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2011 01:54 AM | Show all posts
for me,my reactions were :
-If she smiled at me,I'll be in a good mood for the whole day and people will be asking me "Why the F are you so happy about??You won the lottery or something??"hahaha
-I'll start thinking about her when I'm on my bed(mostly) and sort of having a "discussion" with myself like "Dia sihat ke tak?","I wonder if she knows i like her??",etc....
-I'll start to "gila bayang"...basically,she's "Everywhere" i go when i go out....
-I'll start to wonder if the feeling i'm having is real or not?? What if it's just pure lust or maybe it's really "love"?That's where i ask God really(prayers)...
-I'll start hoping if I can see her again the next day.
-I'll start making "Indirect" signs to her that i'm interested.

I guess that's all of it...all of that happened with only that 1 girl....damn,even writing this down makes me miss her already...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 11:22 AM | Show all posts
bf manja giler...hahaha.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2011 11:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by martasha at 18-6-2011 11:40

topic yg seronok.. nak komen jugak

i banyak juga pengalaman menarik nak kongsi pasal kaum adam yg jatuh cintan sngt2 pd kita ni...

pengalaman dgn my ex (2thn ++ bercinta)  

kitaorg sm kos dekat u.. mula2 hubungan bermula dgn ikatan sahabat baik sbb dua2 asal dr negeri yg sama n terlibat dlm persatuan yang sama so dari itu timbul la perasaan unt bercinta.. so kami berkawan rapat setahun b4 bercinta.. masa dalam tempoh bercinta tu ex sy ni angau tahap kronik jg.. antaranya:

- 24/7 nak bergayut/msg/video call/dating
- agak mengongkong x bg rapat dgn guy terutama dr kelas yg sm..
- kalo jumpa asyik nak lama2
- caring yg amat.. sgala sakit pening ada org jg mengalahkan mak ayah pulak
- protective.. sgala kesakitan/kesususahan sy dia sanggup tanggung
- sanggup berkorban apa sj
- sanggup ikut apa je rentak sy.. tak pernah say 'No'

tapi lastly takde jodoh sbb keserasian itu makin hilang + takde jodoh..akhirnya sy bertemu dgn guy yg kini merangkap suami sy... sy kenal dgn guy ni da lama tp as kenalan gitu2 aja sbb masa tu bercinta dgn ex.. tp x sngka rupanya itulah jodoh terbaik untuk sy..

ms bercinta & bertunang suami sy ni

- sngt2 menyayangi, menghargai, menghormati sy
- 24/7 ingin selalu berhubung
- hampir setiap malam bergayut sampai bil tepon cecah rm600
- gambar sy di hp/wallet dia n dia begitu berbangga/bsyukur mendptkan sy as teman dia
- sayalah wanita pertama yang berkasih dgn dia
- terima semua kekurangan sy
- slalu cerita hal sy pd family/teman dia (dia yg bgtau)
- ms mula2 berhubung terus dia nak jumpa family sy
- bila sy sakit dia sngup datang dari jauh..(kitaorg lain negeri) smpai cuti keje
- dia sngt ekonomi orgnya/jenis penjimat x suka boros tapi kalo untuk sy apa je sngup dibeli/dibelanjakan
- suka memujuk/ bersabar sngt
DAN BANYAK LAGI.....................................

dan kini kami telah berkahwin 4bulan & sy da pregnant 3bulan..

dan dia masih sama malah semakin sayang:

- sy alahan pregnant teruk sngt selama 2 bulan lepas, dia jaga sy dari segala sudut termasuk hal rumah semua dia uruskan
- masa dia banyak bersama sy, lepas balik kerja x sabar blk umah
- kat tempat kerja pun selalu call
- kalo msg masih lagi cakap i love u
- tak boleh berjauhan langsung
- time sy muntah2,  tgh2 menonton tv boleh lagi dia ketuk pintu bilik air tanya sy ok ke x pdhal hampir tiap hari sy muntah so should be benda da biasa
- kalo g jalan2 dia asyik nak pegang tangan n bahu sy..
- kat rumah kami bermesra mcm orang baru bercinta

harap2 kekal lah smpai ke akhir hayat... yang penting kalo kita nak menerima kita pun jgn lokek memberi means manjakan suami baru suami pun akan manjakan kita tak kira berapa lama pun hubungan tu.. ni nak harap si dia je beri layanan superb kat kita tapi kita sendri malas nak memberi camne kan..


p/s: ramai lelaki sebenarnya suke dimanjakan tp ada sesetengah malu nak mengaku..
http://www.nitab-dihatiku.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 01:00 PM | Show all posts
emm nak citer pengorbanan bf aka somi ak nih...
time bercinta dulu sanggup tolak keta sebab tayar bocor demi nak berkenai2
ngn mak bapak ak dari kulai ke pengerang kota tinggi(sape duk kota tinggi tau la )
semata2 nak jumpa family ak....time 2 xde kedai bukak sbb dia bertolak malam
dari batu pahat ke kota tinggi....
kiranya waktu 2 ak terharu sesangat la....
betul la pepatah kata kerana cinta lautan jalanraya sanggup ak redahi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 04:34 PM | Show all posts
for me,my reactions were :
-If she smiled at me,I'll be in a good mood for the whole day and people ...
R3X Post at 18-6-2011 01:54


kesiannya uols udah semacam gila bayang je.  dah bagi tau kat dia ke? kalao belum cepat2 la kasi tau..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 11:40 PM | Show all posts
ade org bgtau aku
"bila bercinta, rasa lebih dekat, lebih tumpuan, lebih dihargai..lagi satu rasa menyayangi dan disayangi"

wallahuallam
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 10:56 AM | Show all posts
akan cuba pikat sampai dapat, sanggup perabiskan wang (beli hadiah, belanja makan, tgk wayang etc), habiskan masa, tenaga.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 02:42 PM | Show all posts
umo dah 19, tak tau pun kalau diri jatuh cinta ke tidak

pengalaman direject serta-merta banyak kali dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 07:38 PM | Show all posts
Reply 114# kroit92


    eh,sebaya la..awat kena reject?x reti mengayat la tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 10:24 PM | Show all posts
semakin ku jauh darimu, semakin ku dekat pada-Nya...

mood : putus chenta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2011 10:38 PM | Show all posts
nanti dune post as lelaki..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 11:22 PM | Show all posts
Reply 115# myralolx92


tepat sekali, 100 markah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 08:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by mamatarosan at 20-6-2011 09:00

tersinggah jap kat sini dh lama tak bole online...
ni pendapat sebagai lelaki... taknak cite bab perasaan yang dah berkubur dulu2..
perasaan sekarang..
mula bercinta(tak sempat lama):
1. rasa dihargai sangat2 dan cemburu bila dia melayan lelaki lain walaupun cuma kawan(mendengar kata dan berubah penampilan dan pergaulan tanpa dipaksa) automatic saya jadi malu dan berubah juga pelan2 sebab dah tak tau nak tegur apa lagi yg tak berkenan dihati..
2. sentiasa diambil perhatian dan suka bila dia memahami plan arah tuju perkenalan kami...( tak pernah menyusahkan dan memahami masa yang sesuai untuk 'mencari' saya)
3. menipulah kalo tak penah selisih paham cuma jadi seronok bila dipujuk dan tak pernah meninggi suara walaupun time tu sy yg salah..(dia pandai bagi ruang untuk sy tenang dan lama2 sy yang akan cari dia semula)
4. terhibur bila bersama dia walaupun masih penat keje(pandai bergurau ikut situasi mood sy)
5. bila sy outstation selalu rasa risau bila berjauhan tapi dia akan cepat2 mesej atau videocall untuk bagitau dia katne, buat apa time tu..
6. saya perokok tegar, dan dia pandai pujuk saya sehingga sekarang untuk kurangkn menghisap rokok cuma time lepas makan je atau time sy kusut dgn keje...( rasa bersalah kalo sy tipu belakang dia)
7. rasa insaf bila dia tau dan bole terima kekurangan diri sy selama ni...(tak pernah ungkit kisah silam sy walaupun dia penah kenal ex sy)
8. puas bila dapat lihat dia hari2 walaupun cuma sekadar mms pic..
9. semangat nak kerja makin kuat untuk masa perancangan masa depan sebab dia dan anak2 kami akan datang( takdelah nyusahkn dia kalo mati nanti harta semua bagi kat dia dan anak2)
10. yang bestnya perut da naik skit, badan da jadi 75kg skrg sebab hari2 rasa masakan dia( hari2 dipangil dtg umah dan family dia sporting terima sy mcm dah jadi menantu takde berlakon baik depan2 tapi belakang sebenarnya tak suka)

pendek kata, mcmne pmpuan rasa sbnrnya laki pun sama cuma pmpuan ni kebiasaannya(bukan semua) walaupun sesuatu perkara tu kecil je, bagi mereka terlalu detail tu yg kadang2 susah lelaki nak faham apa maksud sbnr perkara tu yang kadang2 bole menjadi perbalahan besar jika masing2 taknak ngalah...

dan bagi lelaki biasanya(tak taulah lelaki setuju ke tak dgn apa sy taip ni) sesuatu perkara bagi lelaki adalah general dan dipandang luas bagi tiap perkara atau perbuatan dalam keputusannya dan walau dipandang pmpuan sikap lelaki tu sebagai sikap macam tak kisah pada perempuan, tu je sebenarnya sebaliknya cuma lelaki biasanya susah nak tunjukkan dgn emosi atau ungkapan melainkn perbuatan je sebagai tanda menghargai...

memang kalo nak dibandingkan masa mula kenal dgn dah lama kenal akan berbeza sikap lelaki terhadap pasangan tu bagi lelaki, bila dah dapat, sikap acuh tak acuh tu kebiasaannya akan menjadi biasa je bukan sebab dia ego atau tak amik berat dgn perhubungan atau dah jemu, sebab kalo lelaki tu jenis bertanggungjawab, lelaki lebih tertumpu pada perancangan masa depan(ada jgk dah jemu sbnrnya atau dah memang jenis buaya) ...

tulah sebabnya nak sama2 memahami antara pasangan susah bila bercinta dan tak memahami arah tuju sebenar hubungan tu... bila dah lama2 ada je yang tak kena bagi mata wanita tentang lelaki dan selalunya berakhir dgn perkara tak dijangka dgn alasan dah takde perasaan.. macamne perempuan takut lelakinya dirampas orang lain atau curang dgnnya, mcmtulah jugak perasaan lelaki sebenarnya...
nak dapat keserasian tu susah sebenarnya dalam tiap perkara tapi jika bijak memupuk keserasian tu, Insya-Allah akan berjalan dengan sempurna hubungan tu seperti yang dirancang...
yang penting kepercayaan, memahami, menghargai dan menghormati siapa pasangan tu...
ntahlah, tu je kut yg sy rasa sebab sekarang dah rasa lain tak seperti sebelum ni sebab kami dah kahwin... yang paling sy suka, walaupun dia bole dikalsifikasikan terlalu muda daripada sy, tapi sejak kami kenal, ego saya makin lama makin kurang dan rasa malu bila nak meninggi suara dgn dia... mcm cakap dgn patung bila dimarah dia diam je... mati akal saya jadinya... baran pun dah kurang... duk dekat2 pantang sentuh je terus mengaum... hehehe.. harap2 perasaan cinta selama ni makin kuat bila dah bersama skrg... Alhamdulillah, saya bahagia sekarang sebab tak sangka jodoh saya bermula daripada perkataan terima kasih darinya dan sama2 kasih dari sy masa beli rokok dikedainya akhirnya kami bersatu juga sebagai suami isteri... ameen..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 09:42 AM | Show all posts
semakin ku jauh darimu, semakin ku dekat pada-Nya...

mood : putus chenta...
hAzEL^nut Post at 19/6/2011 22:24



    agreed
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049477 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list