Seiring dengan berita kehamilan Christina Aguilera yang heboh dikatakan di internet sekitar dua minggu lepas, ada yang meluahkan rasa risau kalau-kalau penyanyi terkenal itu membatalkan kehadirannya ke Malaysia pada bulan ini.
Namun, nampaknya peminat kini boleh menarik nafas lega apabila pihak penganjur konsert Twin Towers @LiVe 2014, Live At Work, telahpun menghubungi OHBULAN! semalam dan mengesahkan Christina akan tetap hadir menghiburkan peminat tempatan seperti yang dijanjikan pada hari pertama konsert itu diadakan.
Hamil Lagi, Adakah Christina Akan Batalkan Kedatangannya Ke Malaysia Mac Ini?
Pengesahan itu sekaligus menjawab segala spekulasi dan ini bermakna penyanyi yang terkenal dengan lagu Genie In A Bottle itu dijangka mampu memberikan persembahan terbaik selama 75 minit demi menjadikan kemunculan pertamanya di Malaysia sebagai realiti biarpun sedang berbadan dua.
Menurut wakil penganjur, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kehadiran Christina pastinya membuatkan ribuan pengunjung tidak akan melupakan konsert pada tahun ini dengan kemantapan vokalnya yang sudah diketahui cukup memukau.
Selain daripada Christina, Twin Towers @Live yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 Mac 2014 turut diserikan dengan persembahan daripada Craig David, Rain dan beberapa lagi penghibur terkenal dari dalam dan luar negara.
Buat semua pembaca OHBULAN! jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan artis-artis di atas secara langsung di Plaza Petronas, KLCC kerana konsert ini diadakan secara percuma dan semua orang dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana.
Biarpun sudah beberapa kali kami hidangkan anda dengan muzik video terbaru Christina, tapi kami tetap juga ingin anda dengar dan hayati lagu berjudul Say Something di bawah ini.
Post time 21-3-2014 07:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pestol posted on 20-3-2014 01:29 PM
Seiring dengan berita kehamilan Christina Aguilera yang heboh dikatakan di internet sekitar dua ming ...
Dia seksi xhengat dunia..aka Madonna..ada ke diorg bg dia etika pemakaian..?.sapa lah yg tanggung kos2 depa ni sumer..bukan murah2..pmbaziran duit dan penambahan dosa...hmmm...
xtahumenahu posted on 20-3-2014 01:26 PM
bak quote dr page saiful nang...boleh je konsert...tp sila asingkan laki n pompuan
btol aku setuju, nak sekat 100% xbleh sbb manusia secara nalurinya mmg sukakan hiburan.....yg penting kerajaan perlu menyediakan garis panduan yg jelas utk setiap penganjuran konsert, melarang percampuran yg bebas tanpa batasan, pengedaran bahan2 terlarang, dan jenis2 muzik yg dipersembahkan dan juga menguatkuasakan garis panduan yg disediakan......