|
Hello friends... 10 years been passed and here I am again
[Copy link]
|
|
zamkumis posted on 25-4-2014 08:04 AM
Rukun wudhu
1. Niat
2. Membasuh muka by zamkumis
Rukun wudhu
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh dua tangan sampai suku
4. Menyapu sebahagian daripada kepala dengan air
5. Membasuh dua kaki sampai kedua buku lali
6. Tertib.
Ini adalah wudhu yang asas, jika buat ini sahaja sudah sah. Ringkas daripada ini tidak ada.
Ade yang lagi ringkas bro, Imam Hambali 4 rukun je:
1. Membasuh Muka
2. Membasuh dua tangan hingga dua siku
3. Menyapu suku ( 1/4 ) daripada kepala
4. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali
Kalau yang kau ikut tu rukun Imam Syafi'i.
Kalau mengikut Imam Hambali pulak ada 7 rukun, dan Imam Maliki 7 rukun.
So apasal kau ikut Imam Syafi'i? Apa yang buat kau rasa dia paling betul?
Satu lagi soalan yang belum kau jawab, versi wudhu Nabi Muhammad versi mana satu? Imam Syafi'i ke?
So kalau masalah rukun je semua mazhab tak sama, macamana bro nak kata bro dah ikut cara Nabi? Takkan Nabi wasiatkan bermacam-macam versi?
|
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 28-4-2014 08:18 PM
Ade yang lagi ringkas bro, Imam Hambali 4 rukun je:
1. Membasuh Muka
2. Membasuh dua tangan ... Ade yang lagi ringkas bro, Imam Hambali 4 rukun je:
1. Membasuh Muka
2. Membasuh dua tangan hingga dua siku
3. Menyapu suku ( 1/4 ) daripada kepala
4. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali 4 Ini yang basic, amal hati ialah niat angkat wudhu, terakhir tertib, bermakna ikut urutan/susunan tak boleh tukar susunan. Sah
Semua 4 mahzab sah kid, jangan bimbang, yang lebih dari empat itu ialah sunnah, maksudnya tambahan dari apa yang dibuat oleh rasulullah, jika buat dapat pahala, jika ditinggalkan tetap sah. Yang basic tu adalah wajib, yang sunnah itu menjadikannya cantik.
Dalam satu hadist qudsi:
“Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia membenci maut sedang Aku tidak menyakitinya.” (Hadis oleh Al-Bukhari)
Ada beberapa lagi hadist yang menyatakan seseorang dapat menghampiri(taqarrub) kepada Allah swt dengan amalan sunat(tambahan) sehingga Allah swt mencintainya, Jadi rukun wudhu ada enam termasuk niat dan tertib, tambahan yang sunat spt kumur2, sugi, 3x, doa dan lain-lain.
Dalam memahami mahzab kita perlu faham, mereka mengambil iktibar dari Nabi berdasarkan hadist2 yang sampai kepada mereka. Ada sahabat nampak nabi wudhu mcm ni, tapi dalam waktu lain ada sahabat lain tengok nabi buat spt ini(ada tambahan). Jadi, semuanya betul. SAH.
Perbezaan antara Imam Safi`ie dan 3 lagi iman ialah, imam Syaf`ie lebih detail dan halus kajiannya. Tetapi semuanya betul tak perlu risau.
Islam tu mudah, jangan kita susah2kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan dari Abu Said al-Kudri Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Ketika kalian hendak shalat, maka buatlah pembatas di depannya dan majulah sedikit, dan janganlah membiarkan seseorang lewat di depannya. Jika ada orang yang sengaja lewat di depannya, maka hendaknya dia menghalanginya karena orang itu adalah setan.” (HR. Abu dawud dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, “Rasulullah menancapkan tombak di depannya, lalu shalat di belakang tongkat itu.” (HR. Al-Bukhari)
Sunnah ini sering diabaikan, terutama saat melakukan shalat sunnah.
Wahai saudaraku! Jadilah seperti orang yang diungkapkan oleh Abdurrahman bin Mahdi, “Aku mendengar Sufyan berkata, ‘Tiada satu hadits pun yang sampai kepadaku kecuali aku mengamalkannya meskipun hanya sekali.”
Muslim bin Yasar mengatakan, “Aku pernah melakukan shalat dengan memakai sandal padahal shalat tanpa sandal sangat mudah dilakukan. Aku melakukan itu hanya ingin menjalankan sunnah Rasul Shallallahu Alaihi wa Sallam.”
Ibnu Rajab menuturkan, “Orang yang beramal sesuai ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, meskipun amal itu sangat kecil, maka itu akan lebih baik daripada orang yang beramal tidak sesuai dengan ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam meskipun dia sangat bersungguh-sungguh.”
=========
Nabi SAW mengajarkan secara detail sesuatu hukum dari Al-quran, contoh membuat pembatas(garisan), untuk elakkan orang lalu dihadapannya. Dalam quran menerangkan suruh dirikan solat, Nabi pula menunjukkan cara solat serta batasan-batasannya, spt ini boleh, ini tidak boleh, syarat2nya, ini makruh, ini sunat, ini haram.. semua dijelaskan. Penjelasan ini amat penting supaya kita faham.
Last edited by zamkumis on 30-4-2014 10:37 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 30-4-2014 10:21 AM
4 Ini yang basic, amal hati ialah niat angkat wudhu, terakhir tertib, bermakna ikut urutan/susunan ... 4 Ini yang basic, amal hati ialah niat angkat wudhu, terakhir tertib, bermakna ikut urutan/susunan tak boleh tukar susunan. Sah
Semua 4 mahzab sah kid, jangan bimbang, yang lebih dari empat itu ialah sunnah, maksudnya tambahan dari apa yang dibuat oleh rasulullah, jika buat dapat pahala, jika ditinggalkan tetap sah. Yang basic tu adalah wajib, yang sunnah itu menjadikannya cantik.
Bro zamkumis, macamana cara berbeza-beza semua sah/betul? Dalam Qur'an wudhu 4 steps je, so kalau ade 10 steps (4 rukun, 6 tambahan) so Allah lupa nak masukkan dalam Qur'an ke? Kalau memang ade 10 steps Allah mesti masukkan dalam Qur'an, Allah takkan lupa atau kekurangan kata-kata.
Quran 6:38
..Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.
Kalau kita tengok ayat diatas, Allah tak ade tinggalkan ape-ape ke dalam Qur'an, so semua dah lengkap.
Kalau kita kate wudhu ade 10 steps, so Allah lupa masukkan yg 6 steps lagi?
Nabi Muhammad pulak takkan beliau tak konsisten, sekejap 12 steps, sekejap 10steps. Dan semua betul pulak? Itu kan observasi orang yg melihat beliau, so bukan sesuatu yg Nabi catat dan tinggalkan, kena ingat Nabi catat Qur'an je takde kitab lain.
Dalam agama kita bro, yang nampak cantik belum tentu betul, malah kita kena hati-hati dengan yang nampak cantik.
Quran 6:112
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.
So kalau nampak indah/cantik kena hati hati bro, kerana Syaitan itu membisikkan kata yang indah-indah untuk memperdaya, Syaitan bukan selalu bisikkan kata-kata jahat. yg indah-indah dia bisikkan untuk menipu kita.
Dalam satu hadist qudsi:
“Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia membenci maut sedang Aku tidak menyakitinya.” (Hadis oleh Al-Bukhari)
Ada beberapa lagi hadist yang menyatakan seseorang dapat menghampiri(taqarrub) kepada Allah swt dengan amalan sunat(tambahan) sehingga Allah swt mencintainya, Jadi rukun wudhu ada enam termasuk niat dan tertib, tambahan yang sunat spt kumur2, sugi, 3x, doa dan lain-lain.
Dalam memahami mahzab kita perlu faham, mereka mengambil iktibar dari Nabi berdasarkan hadist2 yang sampai kepada mereka. Ada sahabat nampak nabi wudhu mcm ni, tapi dalam waktu lain ada sahabat lain tengok nabi buat spt ini(ada tambahan). Jadi, semuanya betul. SAH.
Perbezaan antara Imam Safi`ie dan 3 lagi iman ialah, imam Syaf`ie lebih detail dan halus kajiannya. Tetapi semuanya betul tak perlu risau.
Islam tu mudah, jangan kita susah2kan.
Pasal hadith Qudsi ni aku tak terima, tapi aku tak nak bahas jauh-jauh kerana bukan topik kita sekarang ni. Tapi kena ingat Allah dah kata Qur'an dah complete, lengkap, sempurna, so kalau ade hadith Qudsi bermakna Allah ade tertinggal ayat-ayat lain dan lupa masukkan dalam Qur'an? Bermakan Qur'an tak complete kalau kita percaya hadith Qudsi itu firman Allah.
Isalm itu memang mudah, misalkan perkara wudhu, Allah suruh 4 steps je, simple dan jelas, Nabi Muhammad sure ikut Qur'an, lepas tu beratus tahun kemudian Imam-imam kata buat 10-12 steps, so siapa yang buat susah?
Bro zamkumis ingat pasal umat Nabi Musa yang ingkar dalam surah AlBaqarah? Pasal dia orang sembelih sapi betina?
Allah suruh diaorang sembelih sapi betina, simple je tugasan dia, tapi umat dia pulak tanya ape colornya, umurnya, dan macam-macam soalan lain sehinggakan menyembelih sapi menjadi mission impossible, so kena kita sedari yang buat susah manusia, dengan semua hukum hakam tambahan yang takde disuruh Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 23-4-2014 09:33 AM
Guna akal sikit
Rajin bro zamkumis melayan si seph anti islam ini.. dengan bahasa kesatnya sangat menjengkel kan, sangat tak ilmuan bhasanya. Berpuluh perkataan 'BODOH' di lontarkn ..sangat respek dengan bro yang menjawab setiap pertanyaan dengan berhemah. Alhamdulilah ini lah akhlak yang agama yg ptt kita contohi |
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 20-4-2014 10:02 PM
Saudara ibnur... saya tak mengelirukan, mungkin tuan kena baca lagi sikit lagi perenggan dibawah quo ...
Salam Kid,
Maaf sebab lambat reply. Ini disebabkan ada urusan lain. Juga, setiap kali saya nak reply, ada terlalu banyak yang saya nak tulis supaya kefahaman awak tu dapat diperbetulkan. Tapi saya rasa patunya saya ringkas kan sahaja supaya awak dapat digest.
Saya tak nampak apa-apa bertentangan antara amalan Rasulullah dengan Al-Quran. Semua imam mazhab sepakat dengan cara Rasulullah dan juga apa yang diwajibkan okleh Al-Quran. Saya bagi satu contoh pasal sapu kepala. Semua ulamak sepakat kata wajib sapu kepala. Rasulullah memberi tauladan cara menyapu kepala yang betul iaitu mengambil sedikit air, sapu kepala dari anak rambut dekat dahi, sapu hingga ke belakang, dan sapu ke arah depan semula. Imam-imam mazhab hanya meletakan syarat minima iaitu Shafie menyatakan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala manakal imam hanafi kata sapu sebahagian (tepi, atas, atau depan). Semuanya ini bedasarkan ayat quran yang sebut "wam sahuu bi uruu sikum".
Apa yang Quran nyatakan itu adalah rukunnya yang tak boleh ditinggalkan. Masaalahnya, bolehkah kid hanya berpandukan Quran sudah pandai berwudhu? Cuba perhatikan para jemaah di mana-mana Malaysia cara-cara mereka berwudhu? Adakah car mereka cara Rasulullah? Berapa ramai yang menepati cara Rasulullah?
Saya nak tanya @kid. Apa hukumnya atau adakah wajar apabila wudhu bahagian kaki tu kita siramkan sahaja dengan air? Betulkah cara itu seperti yang dikehendaki Al-Quran?
|
|
|
|
|
|
|
|
ibnur posted on 2-5-2014 10:55 AM
Salam Kid,
Maaf sebab lambat reply. Ini disebabkan ada urusan lain. Juga, setiap kali saya na ... Salam Kid,
Maaf sebab lambat reply. Ini disebabkan ada urusan lain. Juga, setiap kali saya nak reply, ada terlalu banyak yang saya nak tulis supaya kefahaman awak tu dapat diperbetulkan. Tapi saya rasa patunya saya ringkas kan sahaja supaya awak dapat digest.
Salam Ibnur, takpe lah kita sama jugak, saya pun kekadang sibuk juga nak carik kehidupan sikit untuk anak-anak dan keluarga
Saya tak nampak apa-apa bertentangan antara amalan Rasulullah dengan Al-Quran. Semua imam mazhab sepakat dengan cara Rasulullah dan juga apa yang diwajibkan okleh Al-Quran. Saya bagi satu contoh pasal sapu kepala. Semua ulamak sepakat kata wajib sapu kepala. Rasulullah memberi tauladan cara menyapu kepala yang betul iaitu mengambil sedikit air, sapu kepala dari anak rambut dekat dahi, sapu hingga ke belakang, dan sapu ke arah depan semula. Imam-imam mazhab hanya meletakan syarat minima iaitu Shafie menyatakan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala manakal imam hanafi kata sapu sebahagian (tepi, atas, atau depan). Semuanya ini bedasarkan ayat quran yang sebut "wam sahuu bi uruu sikum".
Kalaupun semua ulamak sepakat, bukan berarti itu kebenaran. Kerana kebenaran bukan dari kesepakatan, tapi dari hukum, iaitu Qur'an.
Ulamak Kristian semua sepakat Jesus itu anak Allah, tapi kita tahu itu bukan kebenaran, dalam Injil takde disebut Trinity pulak, tapi ulamak dia semua sepakat ade Trinity
Pendapat setiap ulamak itu adalah personal dia/mazhab versi dia, bahkan Imam-imam Mazhab takde satu orang pun jamin yg mazhab dia betul. Imam Syafi'i kata dia hanya manusia yg boleh buat kesilapan. Tapi kita pulak sekarang kata Syafi'i semua betul?
Satu kes, dalam masa modern ni, satu ulamak terbesar Bin Baz pernah berfatwa, bumi itu datar, bukan bulat, sesiapa kata bumi bulat sudah kafir. Lepas astronaut Saudi Arabia balik daripada luar angkasa dia bertemu dengan Bin Baz dan dia confirm nampak bumi bulat, Bin Baz pun tarik balik kata kata dia. Macamana dengan orang-orang yg dah terlajak percaya kata-kata Bin Baz?
Itu lah yang berlaku pada masa ni. kita trust ulamak 100% dengan semua jiwa kita, tapi sayang sekali kita tak percaya isi Qur'an pulak.
Kalau Allah kata wudhu 4 steps je, berani kah saudara Ibnur kata 10? Nabi Muhammad berani nak tambah ke?
Allah dah kata ayat/hukum Dia tak boleh diubah:
Quran 18:27 Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya
Clear dalam ayat diatas kitab ulamak atau sesiapapun tak boleh nak mengatasi Qur'an. So kalau wudhu 4 steps, memang 4 lah... takde nak tokok tambah lagi, kalau memang Ibnur ikut Qur'an.
Ibnur ikut Qur'an atau pun kitab Safi'i ke? Ini lah yang saya kata kalau bertentangan dengan Qur'an saya tak bersetuju, kalau Mazhab sama dengan Qur'an saya terima. Dalam kes wudhu ni saya kembali ke Qur'an kerana semua Mazhab menyalahi Qur'an.
Secara logik, setiap mazhab berbeza rukun (wajib) dan sunnah wudhu nya. takkan Nabi buat berbeza-beza, daripada perbezaan ini dah clear semua mesti bukan Nabi Muhammad, kerana kalau daripada Nabi takkan ada perbezaan, so yg berbeza bukan nabi, tapi ulamak dengan pendapat masing-masing. So jangan nak kata tu Nabi yang buat, itu ulamak-ulamak yang buat versi berbeza.
Cuba renungkan ayat Allah dibawah ni:
Quran 2:170 Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?
Dalam ayat diatas sangat clear... TURUTLAH QURAN.
|
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 2-5-2014 01:33 PM
Salam Ibnur, takpe lah kita sama jugak, saya pun kekadang sibuk juga nak carik keh ... Ulamak Kristian semua sepakat Jesus itu anak Allah, tapi kita tahu itu bukan kebenaran, dalam Injil takde disebut Trinity pulak, tapi ulamak dia semua sepakat ade Trinity
yup setuju ...saya menjauhkan diri dari golongan yg percaya trinity, berdoa pada patung dan mariam...walalupun golongan ini ramai di seluruh dunia...yg sikit adalah golongan macam saya....percaya pada Yesus dan Supreme....
erti kata" not numbers that counts but truth that we hold"
|
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 2-5-2014 01:33 PM
Salam Ibnur, takpe lah kita sama jugak, saya pun kekadang sibuk juga nak carik keh ...
Ya, memang saya turut Al-Quran. Al-Quran juga suruh ikut Nabi dan Rasul iaitu Muhammad s.a.w.
Saya membaca post awak, dan saya lihat hanya mencari alasan-alasan sahaja. Bumi datar, bumi bulat, ben baz.... nampaknya perbincangan yang perlu kita tumpu ialah ilmu asas. Contoh ilmu Tauhid, ilmu feqah, cara berwudhu', cara istinja'.... sebabnya, awak sangat keliru yang basic.
|
|
|
|
|
|
|
|
Truth.8 posted on 2-5-2014 02:04 PM
yup setuju ...saya menjauhkan diri dari golongan yg percaya trinity, berdoa pada patung dan ma ... yup setuju ...saya menjauhkan diri dari golongan yg percaya trinity, berdoa pada patung dan mariam...walalupun golongan ini ramai di seluruh dunia...yg sikit adalah golongan macam saya....percaya pada Yesus dan Supreme....
Sorry Truth.8, bagi aku percaya Jesus = God itu juga tak termasuk dalam category "Percaya kepada Tuhan saja"
Kerana Tuhan = 1
Jesus + Supreme = 2
Supreme only = Tuhan saja = God only <-- ini baru Percaya kepada Tuhan saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
By Ibnur
Saya nak tanya @kid. Apa hukumnya atau adakah wajar apabila wudhu bahagian kaki tu kita siramkan sahaja dengan air? Betulkah cara itu seperti yang dikehendaki Al-Quran?
Hukum mengikut Qur'an ke mengikut Mazhab?
Mengikut Qur'an: Basuh kaki sampai buku lali (simple dan jelas)
Mengikut Mazhab: Kena pilih dulu mazhab versi mana satu?
|
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 2-5-2014 03:30 PM
Hukum mengikut Qur'an ke mengikut Mazhab?
Cuba ceritakan dengan terperinci juzuk-juzuk yang wajib semasa wudhu'?
Contoh-contoh: Iaitu bahagian muka dari mana ke mana? Kepala mana? Adakah muka termasuk bahagian kepala?
Kemudian sila beri rujukan dari mana awak daoat jawapan.
Sambungan dari tu....
Cara bersolat awak dapat dari mana? Iaitu = I'tidal, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat, baca fatihah, baca tahiyat, bilangan raka'at.
Sila beri rujukan dari mana awak dapat jawapan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
By Ibnur
Cuba ceritakan dengan terperinci juzuk-juzuk yang wajib semasa wudhu'?
Contoh-contoh: Iaitu bahagian muka dari mana ke mana? Kepala mana? Adakah muka termasuk bahagian kepala?
Kemudian sila beri rujukan dari mana awak daoat jawapan.
Saudara Ibnur, saudara dah tau saya tak ikut hadith wudhu versi yang macam-macam tu, macamana saudara suruh saya explain pulak? Apa yang wajib bagi saudara tak wajib bagi saya, kerana Al-Qur'an takde syaratkan juzuk-juzuk.
Kepala pulak ada dua area wudhu, muka dan rambut. Macamana pulak soalan saudara muka bagian kepala? Tak pernah saya tau muka bagian bukan kepala, takkan bagian perut kot?
Sepatutnya saudara yg explain kat saya macamana saudara wudhu. Tapi kena bagitau versi yg mana, pasal saya tau, juzuk-juzuk ade macam-macam versi mengikut imam masing-masing.
Kalau saya wudhu kan dah clear, ikut Qur'an je. 4 steps. Takkan ikut Qur'an sesat pulak? Apakah Allah tak lengkap bagi petunjuk dalam Qur'an? Atau petunjuk dalam Qur'an diatasi oleh petunjuk daripada kitab lain?
Sambungan dari tu....
Cara bersolat awak dapat dari mana? Iaitu = I'tidal, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat, baca fatihah, baca tahiyat, bilangan raka'at.
Sila beri rujukan dari mana awak dapat jawapan tersebut.
Ini satu soalan awam yang selalu ditanya Ahlusunnah kepada pengikut Qur'an, kerana mereka menyangkakan cara-cara salat takde dalam Qur'an.
So saudara ku Ibnur, cara-cara salat ada dalam Qur'an, kenapa saudara tak tau? Bermakna saudara tak baca Qur'an dengan baik.
Saudara pulak baca hadith-hadith yg semuanya datang dari mulut ke mulut dan berbagai versi ulamak, dan sauadara percaya semua itu, tapi bab Qur'an saudara tak percaya atau tak tau?
Hudan saudara Qur'an ke Hadith?
Bagi saya Hudan saya Qur'an, Zalika alkitabu la roiba fihi hudan lil muttakim.
Kalau saya detailkan cara salat dalam Qur'an saudara takkan terima jugak, pasal saudara ikut hadith, so buat apa saya detailkan?
Last edited by kid on 3-5-2014 11:20 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 3-5-2014 11:03 AM
Saudara Ibnur, saudara dah tau saya tak ikut hadith wudhu versi yang macam-macam tu, macamana sa ...
Kid,
Awak hanya berhujah. Berhujah memang nampak hebat. Tapi, mana dia fakta dan rujukannya?
"Kepala pulak ada dua area wudhu, muka dan rambut. "
Mana rujukan dari quran atau mana-mana rujukan Rashid khalifa kot ada yang terangkan rambut dan muka adalah kepala?
Dan soalan tak terjawab, bagi fakta yang menjelaskan kawasan untuk muka/wajah. Adakah telinga termasuk wajah atau kepala? Kalau telinga masuk kepala, perlu tak sapu telinga masa sapu kepala? Dan berikan rujukan berfakta. Bukan ikut lojik suka hati.
Itu baru bab wudhu' .... yang solat pun sama jugak! Awak berhujah konon saya tak faham quran.... tapi bab rakaat pun awak masih tak boleh bagi rujukan awak.
Last edited by ibnur on 3-5-2014 01:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ade ke sebut telinga
ibnur posted on 3-5-2014 01:07 PM
Kid,
Awak hanya berhujah. Berhujah memang nampak hebat. Tapi, mana dia fakta dan rujukannya?
...
Ini rujukan wudhu:
Quran 5:6
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Itu lah fakta nya, ada ke sebut telinga?
|
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 3-5-2014 04:12 PM
Ini rujukan wudhu:
Quran 5:6
Soalan aku kau tak jawab lagi kid, kat muka kau sekarang ada jerawat tak, samada belum pecah atau dah pecah.
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 5-5-2014 08:47 AM
Soalan aku kau tak jawab lagi kid, kat muka kau sekarang ada jerawat tak, samada belum pecah atau ...
Bro... aku tak jawab pasal tak paham soalan tu, buat ape tanya jerawat bro?
Jerawat aku kadang ade kadang takde, apa kena mengenanya bro?
|
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 5-5-2014 03:04 PM
Bro... aku tak jawab pasal tak paham soalan tu, buat ape tanya jerawat bro?
Jerawat aku kadang ...
Pada renungan saya, jerawat ada kaitan dengan bersuci, namun aku tak dapat nak buktikan. Maaf.
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 5-5-2014 03:47 PM
Pada renungan saya, jerawat ada kaitan dengan bersuci, namun aku tak dapat nak buktikan. Maaf.
Pada pandangan aku takde masalah bersuci kalau ade jerawat bro, Allah tau kita nie ade yg jerawat ade yang tak jerawat.
Allah suruh kita basuh muka je untuk syarat bersuci. Allah kata wudhu atau bersuci itu bukan untuk menyusahkan kita tapi untuk:
Qur'an 5:6 (bab wudhu' - aku ambik yg last je)
... Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
So tujuan berwudhu itu bukan nak menyusahkan tapi untuk:
- Membersihkan (fisikal dan batin)
- Menyempurnakan nikmatNya kepada kita
- Supaya kita bersyukur dengan nikmatNya itu
Pasal jerawat kalau memang tak selesa, bubuh ubat jerawat je bro, kalau tak habis gak takpelah, Allah Maha Mengetahui.
Itu pandangan aku.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|