SEBULAN berlalu.Lisa masih menatap keratan akhbar. Satu berita mengenai kes bunuh Ashraf yang masih disimpan kemas dalam kotak. Satu lagi, berita yang baru dibaca dua minggu yang lalu. Azura telah membunuh diri dengan minum racun tikus ketika dalam tahanan. Azran pula yang tidak dapat menerima kenyataan adiknya telah pergi buat selamanya, telah disahkan gila oleh doktor yang merawatnya dan ditempatkan di sebuah hospital sakit jiwa di selatan tanah air.
Lisa mengeluh panjang. Begini kesudahan cerita cintanya. Imran, Ashraf, Azura dan Azran masing-masing menjadi mangsa keadaan.
“Lisa..kenapa termenung ni?” Puan Habsah pandang Lisa yang kelihatan jauh termenung.
“Oh..mak..Lisa teringat kisah dulu..”Lisa cuba senyum. Air mata ditahan dari mengalir ke pipi.
“Macam mana?Setuju tak?” Puan Habsah masih menanti kata putus Lisa.
“Entahlah mak.Lisa dah tawar hati sebenarnya dengan Imran. Kenapa dia degil sangat?”Lisa tunduk.
“Lisa..Imran tak bersalah. Janganlah kerana dia bekas banduan, Lisa tolak dia mentah-mentah!” Puan Habsah memujuk Lisa yang ternyata masih marah pada Imran.
“Mak..bukan sebab tu mak. Sebenarnya hati Lisa dah tawar nak terima dia.”Lisa mula menangis.
“Habis..sampai bila Lisa nak membujang macam ni? Kalau Lisa ada pilihan lain, cuba cakap dengan mak!” Puan Habsah tidak faham dengan sikap Lisa.
Lisa peluk ibunya dengan erat. Kali ini dia pasrah.
“Mak…buatlah apa yang baik bagi mak. Lisa ikut saja..” Lisa seolah sudah hilang arah tuju.
Last edited by Ipo on 30-6-2014 01:20 PM
|