CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AdrianMutu

Bila Mana Adam Hawa Diturunkan/Manusia Seblmnya [merged:kassimbaba,ijad98]

[Copy link]
Post time 14-1-2006 02:21 AM | Show all posts
baru tgk td dalam national geographic dokumentari tentang kajian DNA.menurut saintis seluruh manusia didunia berkongsi kod DNA yg sama.ini bermakna kita semua berasal dari seorang moyang iaitu Adam.ini membuktikan Al-Quran tu betul

tp menurut saintis tu lg,sebelum Adam, dah ada manusia yg menghuni dunia ni.tp sebenarnya bukan original manusia tp manusia prasejarah(homo-sapien).bentuk badan yg besar dan kasar dan lebih menrupai orang utan.manusia prasejarah hidup berjuta-juta tahun lepas mungkin sempat bersama dinosor.dan Adam hanya hidup 60000 tahun lepas.

mungkin betul apa yg saintis tu kata.selama ini aku pelik dan hairan makhluk apa yg saintis jumpa tengkoraknya besar dan pelik2 tu.takkan Adam begitu buruk rupanya cam beruk.mungkin manusia prasejarah ini lah yg diorang ni jumpa.apa pendapat korang?

kalu nak tgk program ni ada ulangannya kul 7 pagi ni( 14 jan) kat national geographic.bagus program ni,make me think differents about the world history yg selama ni aku kabur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2006 03:18 AM | Show all posts
thanx flaming... harap2 aku sempat tgk national geographic 7 pagi ni.. menarik gak tu.. n thanx 2 u too ujad sbb kuar isu ni... lagipun manusia disuruh mencari ilmu seluas termampu selagi berlandaskan Al-Quran..

Originally posted by ijad1986 at 13-1-2006 04:38 PM
Para malaikat bertanya kepada Allah, "Wahai Allah, mengapakah Kamu memilih manusia sebagai khalifah di Bumi Kamu itu sedangkan Kamu yang Maha Mengetahui ini juga tahu akan sikap manusia yang suka merosak & mengubah bentuk muka Bumi ini.....
Melalui cerita di atas, timbullah satu teori yang mengatakan wujudnya manusia sebelum Nabi Adam A.S. Mengapa teori tersebut boleh muncul?


pada pendapat peribadi aku la.. sedangkan qada qadar, ajal dan maut manusia telah tetapkan Allah sebelum mereka lahir ke dunia... masakan sikap dan sifat manusia tak diketahui Allah yg Maha Mengetahui sebelum dijadikanNya Adam.. jadi pertanyaan para malaikat adalah berdasarkan apa yg mereka ketahui tentang apa yg bakal Allah jadikan... sesungguhnya Maha Bijaksana Allah menjadikan sesuatu Dgn Maha Mengetahui sesuatu yg dijadikanNya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 03:47 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by ijad1986 at 13-1-2006 08:26 PM
adakah 'manusia' sebelum Nabi Adam A.S inilah yang mencipta tamadun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 06:26 AM | Show all posts
aku rasa, cerita adanya manusia sebelum Adam a.s tuh masuk akal ler jugak..

kalau dari ayat2 Quran yang menceritakan kisah manusia terpilih menjadi khlifah bumi tuh, dan pertanyaan para malaikat mengenai kerosakkan yang selalu di lakukan manusia tuh, bermakna, manusialah yang selalu membuat kerosakkan itu dan bukan so call binatang atau jin.

mimie rasa, ada ayat Quran jugak yang maksudnya lebih kurang berbunyi mengenai Allah berfirman yang dia akan matikan manusia selepas dihidupkan, dimatikan lagi dan dimatikan kemudian, baru di bangkitkan pada hari kiamat kelak.. pusingan itu ada 3 kali pusingan kehidupan termasuk hidup selepas hari kiamat kelak.. nnt kalau mimie rajin, mimie attachkan ayat tersebut.

dan lagi satu, segala macam tinggalan bangunan zaman purba itu seperti piramid misalnya, para saintis sekarang pun heran kerana apabila mereka menyelidik struktur pembinaan bangunan2 tersebut, ianya merupakan ilmu enginering yang AMAT PERFECT.. seperti angle untuk setiap sudut dan kiraan ratio pada setiap structure bangunan misalnya, walaupun bangunan2 tersebut amat besar bentuknya seperti piramid, perkiraan ratio setiap sudut AMAT PERFECT.. dan mustahil manusia zaman dulu2, (era adam a.s sehingga nabi muhammad s.a.w) memiliki ilmu engineering begitu hebat.

aku tak ingat tapi tak silap aku pada tahun 2003 pun ada dokumentari sebegitu tapi kat discovery channel.. mungkin tang nih dorang tak kaji banyak lagi kot.. segala  bangunan2 yang di jumpai dalam bumi misalnya, ada antaranya telah berusia ribuan tahun dan melampaui masa turunnya nabi adam a.s di muka bumi menurut sejarah. dan di percayai, piramid2 yang masih terdapat sekarang pun, hanya pembaikpulihan bangunan lama yang sedia ada. dan bukan di bina oleh orang2 mesir sebagai bangunan baru kerana tapak bagi bahan2 binaan adalah di katakan amat sebati dengan bumi dan memiliki jangka usia yang lebih lama dari sejarah penurunan nabi adam a.s seprti yang di riwayatkan..

wallahualam..

[ Last edited by NURMIMIE at 14-1-2006 06:27 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 08:17 AM | Show all posts
Bumi ni dah tua.Kalau mengikut bidang yang Adrian ceburi, Bumi ini berumur lebih dari 4.6 billion tahun. Manusia baru ujud dibumi kalau mengikut salasilah Arab hanya dalam 100,000 ke 200,000 tahun. Scientist ada mengatakan ujudnya primitives yang berupa manusia yang diorang panggil Pekingmen le dan sebagai nya berumur 1 ke 5 juta tahun.

Jadi kesimpulannya, ada sebelum manusia macam macam mahluk sudah hidup dibumi ini. Tak tau le apa mahluk itu.... Allah saja tahu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 09:34 AM | Show all posts
rasanya, aku sependapat dengan pendapat di bawah ini..  sekadar pendapat aku bersekitaran dari persoalan ijad nih,

maksud ayat yang ijad maksudkan tuh adalah dari:

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan di bumi khalifah " Mereka berkata, "Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami melafaz sanjungan-Mu dan memanggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."

Daripada kajian tulang-tulang atau rangka manusia yang dijumpai di merata dunia, adalah dipercayai bahawa orang atau manusia terbahagi kepada beberapa spesies. Tiap-tiap spesies, yang dipanggil dengan nama-nama saintifik tertentu, mempunyai identiti sendiri, seperti pada bentuk rahang, yang dipengaruhi oleh pemakanan. Mereka tinggal pada zaman yang berlainan sehingga pupus. Terdapat juga bukti bahawa tiga spesies telah tinggal pada satu masa yang sama. Setelah mereka bertemu barulah kejadian membunuh satu sama lain berlaku, dan ada juga yang dipercayai telah memakan spesies yang lain.

Kajian yang dijalankan itu adalah sungguh Quranik, pada hemat kami, kerana menurut ayat-Nya yang berbunyi,

    "Katakanlah, 'Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana Dia memulakan ciptaan; kemudian Allah menjadikan pertumbuhan akhir bertumbuh; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu,'" (29:20).

Spesies terakhir, atau orang terakhir, adalah manusia yang masih hidup pada hari ini. Ia dipanggil Homo sapiens, dan spesies ini didapati lebih pandai daripada yang terdahulu. Selepas Homo sapiens dihapuskan, jika Dia kehendaki, Dia akan mencipta ciptaan yang baru pula.

fenomena ciptaan yang silih berganti adalah sejajar dengan firman-firman Tuhan di bawah:

    "Jika Dia menghendaki, Dia menghapuskan kamu, wahai manusia, dan mendatangkan yang lain; Allah adalah berkuasa atas yang demikian itu." (4:133)

    "Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mencipta langit dan bumi dengan benar? Jika Dia mengkehendaki, Dia menghapuskan kamu, dan mendatangkan ciptaan yang baru," (14:19)

    "Jika Dia mengkehendaki, Dia menghapuskan kamu, dan mendatangkan ciptaan yang baru, Tidaklah itu, bagi Allah, sukar." (35:16-17)

... kang aku sambung lagik arr

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2006 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by Flaming Boy at 14-1-2006 02:21 AM
tp menurut saintis tu lg,sebelum Adam, dah ada manusia yg menghuni dunia ni.tp sebenarnya bukan original manusia tp manusia prasejarah(homo-sapien).bentuk badan yg besar dan kasar dan lebih menrupai orang utan.manusia prasejarah hidup berjuta-juta tahun lepas mungkin sempat bersama dinosor.dan Adam hanya hidup 60000 tahun lepas.


pada pendapat aku pulak... adalah sifat Allah yg Maha Penyayang dan Maha Adil untuk diwujudkan dulu kehidupan di muka bumi ini sebelum diturunkan Adam dan Hawa.... kerana adalah sifat berlawanan bagi Allah untuk berlaku kejam dgn mencampak Adam dan Hawa ke Bumi yg kosong dan kontang tanpa haiwan dan tumbuhan sebagai punca makanan dan tempat berteduh.. walaubagaimana pun kewujudan haiwan sebelum Adam boleh disangkal kerana Adam telah lama dijadikan Allah sebelum diturunkan kebumi... tetapi kejadian bumi sebelum Adam....? Wallahua'lam

p/s: Semoga diampunkan Allah atas kejahilan dari diri yg serba kekurangan ini.. sesungguhnya pendapat2 di atas adalah semata-mata bersifat tafsiran peribadi untuk dikongsi bersama dan amatlah besar untuk menyatakan kepastian kerana sesungguhnya Allah jua yg Maha Mengetahui segala yg terdahulu, yg sekarang dan yg terkemudian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 10:50 AM | Show all posts
ahaks... baguih la bila skali skala berbincang isu dgn hujah2 petikan dr Al-Quran... at least boleh jugak merajinkan diri menyelak nyelak sambil menambahkan lagi ilmu yg ada dlm Al-Quran.. kalau tidak jgn kata seminggu... sebulan pun belum tentu baca Quran.. -ni aku ckp pasal diri aku la... tidak ada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau mati.. hehe... tapi baru2 ni group remaja aku dah mulakan sesi kelas tajwid.. so aku pun paksa la diri untuk join sbb aku tau, aku ni bukan yg jenis self-starter.. kena ada org push baru jalan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2006 10:56 AM | Show all posts
ahaks... baguih la bila skali skala berbincang isu dgn hujah2 petikan dr Al-Quran... at least boleh jugak merajinkan diri menyelak nyelak sambil menambahkan lagi ilmu yg ada dlm Al-Quran.. kalau tidak jgn kata seminggu... sebulan pun belum tentu baca Quran.. -ni aku ckp pasal diri aku la... tidak ada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau mati.. hehe... tapi baru2 ni group remaja aku dah mulakan sesi kelas tajwid.. so aku pun paksa la diri untuk join sbb aku tau, aku ni bukan yg jenis self-starter.. kena ada org push baru jalan...
Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 14-1-2006 11:29 AM | Show all posts
Terima kasih kepada semua orang yang telah memberikan pendapat & berkongsi ilmu pengetahuan.

Kepada semua orang terutama sekali mysara & MOONkerBULAN, memang Allah pernah berfirman di dalam Al-Quran bahawa mereka yang berfikir terlalu byk mengenai ciptaan Allah melebihi had kemampuan akal manusia boleh jadi gila. Namun begitu, kita di sini hanya ingin membincangkan ilmu-ilmu yang berdasarkan sains & Al-Quran sahaja. Tak salah sekiranya kita membincangkan sesuatu selagi tidak melebihi had kemampuan akal manusia
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 11:57 AM | Show all posts

Reply #17 ijad1986's post

ermm.... setahu sara lar... kalu ikutkan drpd pengkisahan dlm kitab2 yg dibaca oleh opah sara...

tinggi (panjang) tubuh nabi Adam a.s adalah setinggi 40 hasta ( 1 hasta lebih drpd 1 kaki kan??)
batu nisan nya pula ada tiga....

pengkisahan tu dlm pengkisahan (hadrah ker??? )

Adam siti hawa,
datuk nenek kita
wafat di jedah
di luarnya kota

panjang kuburnya 40 puluh hasta
banyak nisannya iaitu 3........

yg lenlain sara lupa....
kitab tu pon pakai tulisan jawi klasik.. susah wei nak paham..
kena tunggu sara amik course jawi.. leh blajar jawi klasik :lol

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 12:01 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by ijad1986 at 14-1-2006 11:29 AM

Selepas baca petikan dari audydotnet, Flaming Boy, audydotnet, NURMIMIE dll, Ijad rasa tulang-temulang 憁anusia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by mysara at 14-1-2006 11:57 AM
ermm.... setahu sara lar... kalu ikutkan drpd pengkisahan dlm kitab2 yg dibaca oleh opah sara...

tinggi (panjang) tubuh nabi Adam a.s adalah setinggi 40 hasta ( 1 hasta lebih drpd 1 kaki kan??)
...


kitab apa tuh sara?..

btw.. memang banyak pasal kitab2 yang menceritakan sejarah2 nabi nih..

i just wonder 1 thing!.. dalam Quran, mimie tak pernah jumpa perkataan HAWA merujuk kepada nama isteri nabi adam a.s.. melainkan perkataan HAWA yang merujuk kepada hawa nafsu.. mungkin rujukan mimie tak lengkap kot sapa lah tau..

mungkin mimie terlepas pandang.. pada siapa yang terjumpa, pls inform mimie ek surah apa ayat berapa..



p/s: peh.. nih first thread mimie posting kat board nih ekeke..
Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 14-1-2006 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 14-1-2006 12:01 PM

tang nih tak tau ler pulak Ijad, coz setahu mimie, Allah juga ada berfirman bahawa KIAMAT itu adalah hari pengakhiran dan kemusnahan untuk bumi ini.. di mana langit2 semua akan runtuh, semua kehidupan di bumi akan musnah.. so, no more ciptaan atas bumi sekarang ini kerana sekali dengan bumi2 akan hancur lebur.. (lain lah kalau Allah nak cipta bumi baru)..

still yet..

Kalau Allah nak cipta dunia baru DIA maha berkuasa dan bukan kesusahan bagi Nya..


Itulah yang Ijad maksudkan... mungkin Allah akan cipta Bumi yang baru. Atau,... kalau tak keterlaluan, mungkin Allah hanya akan hancurkan seluruh permukaan bumi sehingga seluruh kehidupan di Bumi hancur lebur. Pastu, Bumi akan mengambil masa berjuta-juta tahun lagi untuk pulih seperti asal sebelum Allah mencipta makhluk lain untuk tinggal di muka bumi,... Ini cuma pendapat peribadi & tak bermakna Ijad percaya ok??!!

p/s: Ya Allah, ampunilah dosa kami. Sesungguhnya kami hanyalah hambu-hambaMu yang serba kekurangan & hanya memiliki ilmu yang ibarat sekecil sebutir pasir berbanding diriMu yang Maha Bijaksana... Sesungguhnya, hanya Engkau yang Maha Mengetahui...

[ Last edited by ijad1986 at 14-1-2006 12:22 PM ]
Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 14-1-2006 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by mysara at 14-1-2006 11:57 AM
ermm.... setahu sara lar... kalu ikutkan drpd pengkisahan dlm kitab2 yg dibaca oleh opah sara...

tinggi (panjang) tubuh nabi Adam a.s adalah setinggi 40 hasta ( 1 hasta lebih drpd 1 kaki kan??)
...


Kata Ustazah Ijad dulu, manusia ni semakin lama semakin mengecil. Nabi Adam memang besar dahulu... rasanya ketinggiannya adalah antara langit & bumi kalau tak silap, ada orang kata... tak ingat sangat la....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 14-1-2006 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 14-1-2006 12:01 PM

kalau mengikut teori bahasa, (yo yo jer mimie pi tengok national geographic kol 7 tadik ekeke).. maksud perkataan adam itu sendiri mengikut bahasa arr.. apa ek lupa lah pulak bahasa apa, tapi bermaksud manusia..


A'ah... yelah!!! Bila Mimie cakap pasal ni baru Ijad teringat. Ijad pun pernah terdengar/terbaca pasal ni. Di dalam satu bahasa (ntah apa bahasanya... tak ingat), adam bermaksud manusia.

Thanx to mimie sebab ingatkan balik.... heheheh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ijad1986 This user has been deleted
Post time 14-1-2006 02:26 PM | Show all posts
Ni Ijad buat sedikit research & Ijad terjumpa carta & gambar nih...



(Atas) Carta salasilah hominid yang kompleks. Anak cucu Nabi Adam A.S, yakni kita adalah dikenali sebagai Homo-Sapiens.

Bila Ijad tengok carta di atas ni, barulah Ijad teringat kat dalam kitab arwah Tok Wan yang Ijad pernah baca di kampung dulu pun ada mengatakan sebelum Nabi Adam A.S diturunkan ke dunia ini, dikatakan sudah ada kira-kira 40 'Adam' atau 'manusia' lain yang sudah dicipta oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di bumi ini. Carta kat atas ini baru je tunjuk 6 salasilah 'manusia' sebelum anak cucu Adam (homo-sapiens). Yang selebihnya kita belum jumpa lagi.... Nampaknya kitab yang Ijad baca tu tak tipu & ada kebenarannya.... subhanallah...

Nanti bila Ijad balik ke kampung, insyaAllah Ijad akan cari balik kitab-kitab lama tuh... sayanglah kalau kitab-kitab tu musnah dimakan ulat nanti... huhu... itu semuanya ilmu tinggalan ulama-ulama terdahulu yang tersohor....



Rangka Toumai di Chad, Afrika (Sumber - http://news.bbc.co.uk/1/hi/sci/tech/2118055.stm)

[ Last edited by ijad1986 at 14-1-2006 02:53 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 03:00 PM | Show all posts
fuhh... interesting habih... skali lagi aku nak ucapkan terima kasih dan tahniah kat Si Ijad ni sbb perbicangan di thread dia ni begitu ilmiah dan bukan sekadar borak2 kosong ... :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 05:55 PM | Show all posts

Reply #20 NURMIMIE's post

ntah.. nanti le kalu sara balik sara tanya opah..
kitab tu dah tak berkulit dah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2006 01:53 AM | Show all posts
Originally posted by ijad1986 at 14-1-2006 12:32 PM


A'ah... yelah!!! Bila Mimie cakap pasal ni baru Ijad teringat. Ijad pun pernah terdengar/terbaca pasal ni. Di dalam satu bahasa (ntah apa bahasanya... tak ingat), adam bermaksud manusia. ...


Mengikut yang Hami baca, perkataan "Adamu" dalam bahasa Hebrew bermakna "man on Earth" atau "earthling" Ini dapat juga memberi ruang kepada kemungkinnan ada lain2 "makhluk" yang telah dicipta untuk menghuni Bumi ini atau lain2 tempat! Universe ini amat luas dan tidak mungkin hanya manusia di Bumi sahaja yang hidup di dalamnya.....:stp::stp:

Mengikut teks2 purba yang dijumpa di Mesopotamia, manusia telah berada di Bumi lebih 450,000 tahun dahulu. Yang Hami ada baca mereka yang berada sebelum  Nabi Nuh, hidup dengan usia yang panjang2. Ttg kebesaran badan mereka, mungkin juga pada keseluruhannya mereka besar, akan tetapi ada di ceritakan ttg makhluk gergasi, hibrid dari wanita manusia dan makhluk lain.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.124944 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list