CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Ada sebab kenapa Tun M selalu turun bazar

[Copy link]
Post time 25-6-2015 12:03 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 24-6-2015 11:23 PM
setakat pi cari popia kat Bazar jadi viral...apa kelass?..bukan org tak tahu tun jenis suka cari gle ...

Tun Det nak "test market" la tu Uncle.. dia juga ingin naikkan populariti beliau di kala saat2 begini.. Tun Det bijak mengambil peluang dari dahulu lagi

DS Najib pun patut mencuba untuk naikkan populariti.. ada peluang pun, DS Najib sia2 kan.. siapa yang rugi nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 12:07 AM | Show all posts
silencekiller replied at 25-6-2015 12:03 AM
Tun Det nak "test market" la tu Uncle.. dia juga ingin naikkan populariti beliau di kala saat2 beg ...

Yg peliknya...masa Tun perintah 22 tahun tu..tak plak dia lawat semua bazar ramadhan...habis kuat pun lawat 1 ke 2 je..tapi biasanya dia lawat kat Cowket lah.

Mmmm...najib tu bukan licik macam Tun....tengok cara pun tahu..Tun tu jenis bermuka2...kunun2 sinislah..macai2 je tak perasan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:12 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-6-2015 12:07 AM
Yg peliknya...masa Tun perintah 22 tahun tu..tak plak dia lawat semua bazar ramadhan...habis kuat  ...

Ini bukan sebab bermuka-muka atau tak Uncle. dah nama pun politician kan... patut DS Najib kena usaha ke arah tuu... Harap2 DS Najib belajar untuk naikkan populariti secara tersusun, bukan jenis syiokk sendiri jaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:16 AM | Show all posts
tun adalah lelaki yang aku tak kisah utk aku salam. hahahaha. aku rempuh seme org kt dewan besar upm. dapat salam dia ngan tun hasmah. aku sakit ati bile org ngate tun macam2. i am a die hard fan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:17 AM | Show all posts
silencekiller replied at 25-6-2015 12:12 AM
Ini bukan sebab bermuka-muka atau tak Uncle. dah nama pun politician kan... patut DS Najib kena us ...

entahlah...saya tengok dia sejak dari ketua pemuda lagi tak pandai nak berlakun mcam tun tu..mungkin dia tak pandai kot macam tun dlm politik ni...belit boleh, berlakun boleh, nagis boleh, selfie boleh, tanya boleh, fitnah pun boleh..kira serba boleh lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:21 AM | Show all posts
silencekiller replied at 25-6-2015 12:03 AM
Tun Det nak "test market" la tu Uncle.. dia juga ingin naikkan populariti beliau di kala saat2 beg ...

good idea tapi najib kena pakai toupe  limkokwing la baru nampak kelainan...kan kata nak improved imej pakai image consultant bagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2015 12:33 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-6-2015 12:17 AM
entahlah...saya tengok dia sejak dari ketua pemuda lagi tak pandai nak berlakun mcam tun tu..mungk ...

Apa guna ada penasihat2 yang dibayar Uncle.. Dah nama politician, kena la pandai sikitt

Penasihat kaa consultant ka apa ka dibayaq mahal, bukan macam "punaisihat RM1" dulu2 tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
cHimo replied at 24-6-2015 10:39 AM
Kalau bijan rajin turun padang cmni kalau ada waktu terluang mesti bijan akan lebih disayangi rakyat ...

Dia lg la tak kot...pulak skrg cuaca panas.. Alangkn banjir pun lmbt dia dtg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 12:51 AM | Show all posts
rakyat mesia ni yg rasa macam up pon sebenarnya masih lebih kurang indon je. Kalau nak amek ati rakyat kena turun padang, redah banjir, korek longkang, tong sampah. sebab amalan macam ni lah si Jokowi buleh jadi pak presiden. mentaliti dunia ketiga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 01:00 AM | Show all posts
silencekiller replied at 25-6-2015 12:33 AM
Apa guna ada penasihat2 yang dibayar Uncle.. Dah nama politician, kena la pandai sikitt

Pena ...

Mmmmmm...entahlah....kalau saya..tak payah lah semua tu..baik jumpa manusia yg memerlukan bantuan..spt jumpa pemandu teksi, jumpa peneroka risda, felda..dsb...selami masalah mereka...tu lebih baik...mai bazar ramadhan...jln2 sambil selfie boleh lah..sambil2 tu ckplah saya cari popia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang dengki tdm pi pasar Ramadan cari popia.....sakitnya hati dia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 01:06 AM | Show all posts
perang_candu replied at 25-6-2015 12:51 AM
rakyat mesia ni yg rasa macam up pon sebenarnya masih lebih kurang indon je. Kalau nak amek ati raky ...

tak baik lah ko ckp macam tu..terasa macai tun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 01:08 AM | Show all posts
Nak cari POPIA JAMAL mahkamah kalu kena balik mai aloq staq laaa tundet......depa dah buka restoran dah dekat bangunan KPTM Jalan Putra, x juai dekat mahkamah lagi dah.......





Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 01:09 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-6-2015 01:06 AM
tak baik lah ko ckp macam tu..terasa macai tun..

aku bukan ape. pasal mentaliti mcm ni la. orang orang mcm maslan, hasan malek bule kekal, tapi idris jala wahid omar  hilang pon org tak perasan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 01:12 AM | Show all posts
Santai

Keenakan popia Jamal


Alor Setar adalah lubuk pelbagai makanan utara yang membuka selera. Justeru, jika tiba ibu negeri Kedah pada waktu malam, mencari lokasi menjamu selera bukan satu masalah.

Antara destinasi harus dikunjungi ialah menikmati Popia Jamal.

Popia warisan turun temurun tiga generasi ini memiliki sejarah tersendiri kerana dulunya ia pernah diusahakan secara kecil-kecilan di warung di tepi bangunan Mahkamah Tinggi lama.

Hingga kini, Popia Jamal masih diminati dan anda pastinya akan terkilan jika tidak singgah menikmatinya jika berada di bandar itu.


Dulunya, Popia Jamal ini diusahakan Pak Jamal lebih 60 tahun sejak 1952 dan kini ia diwarisi anaknya Fakir Mohamad Jamal, 38.


Sambutan ramai terhadap Popia Jamal ini mendorong Fakir membuka beberapa cawangan sekitar Alor Setar menjadikan Popia Jamal sebagai makanan popular Kedah.

Fakir bersama ayahnya, Pak Jamal, 80, gigih menyiapkan kuah popia dan intinya yang dibuat sendiri Pak Jamal.

Menurut Fakir, Popia Jamal ini lain daripada popia lain kerana resipi pembuatannya adalah resipi turun-temurun.

“Untuk menghasilkan Popia Jamal ini, bapa masih mengekalkan resipi asal membuat kuah popia mengikut resipi datuk, Kadir Maidin.

“Justeru, keistimewaan dan keenakan Popia Jamal kerana kuahnya yang digemari pelanggan sejak dulu lagi,” katanya.

Mengenai inti Popia Jamal ini, ia adalah campuran ubi sengkuang, kacang panjang, lobak merah dan tauge.

Kulit popia yang digunakan pula dibuat sendiri oleh anak-anaknya dengan menggunakan 10 kilogram tepung gandum sehari untuk 500 hingga 800 biji popia dan semua itu habis dijual di cawangan popia Jamal setiap hari.

Keenakan Popia Jamal ini bukan saja menjadi kegemaran pelanggannya tetapi ramai menempah untuk majlis kenduri kahwin, jabatan kerajaan serta orang kenamaan.

Terbaru, Popia Jamal menjadi salah satu hidangan di majlis jamuan rakyat di Stadium Suka Menanti yang dihadiri warga Alor Setar bersama exco kerajaan dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Paduka Haji Ahmad Bashah Mad Hanipah.

Popia Jamal menyertai Karnival dan Pesta Makanan di Gunung Keriang, Alor Setar anjuran pihak Muzium Negeri Kedah serta Karnival Kahwin-Kahwin 2013 yang dihadiri oleh Tuanku Puteri Intan Syafinaz.

Sambutan memberangsangkan itu mendorong Fakir membuka cawangan di Langkawi.

Terbaru Fakir bersama anaknya, Benazir Nisa, 17, mengadakan demo membuat popia di perkarangan Sri Pentas, TV3 dalam Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) sempena Hari Bapa.

Popia Jamal juga boleh dinikmati di cawangan seperti Medan Selera Tesco Mergong, Medan Selera Tesco Stargate dan Kios Persiaran Sultan Abdul Hamid.

Selain itu, Pak Jamal sendiri mengendalikan kedai di bawah Bangunan Mara, Jalan Putra, Alor Setar Kedah.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articl ... thash.apBgHcpv.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 01:13 AM | Show all posts
Popia, mi abu kegemaran Sultan Abdul Halim
0  0
Popia Muhamad dan Mi Abu yang cukup terkenal di kalangan penduduk bandaraya utara Semenanjung ini, bukan sahaja menjadi kegemaran penduduk di sini tetapi juga kegemaran Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Sultan Kedah.

Kedua-dua makanan itu juga merupakan menu pilihan Seri Paduka pada majlis rasmi kerajaan negeri di Istana Anak Bukit sejak baginda menaiki takhta pada 1958, menurut kedua-dua pengeluar makanan tersebut kepada Bernama.

Bagi Seeni Mohamad Jamal Mohamad, 45, generasi ketiga "Popia Mohamad" berkata popianya itu mempunyai keunikan tersendiri yang dihasilkan berdasarkan resipi warisan turun-temurun keluarga, yang dicipta oleh datuknya Kadir Myden.

Beliau yang menjalankan perniagaan menjual popia itu di Jalan Tun Razak di Alor Setar sejak 20 tahun lalu, berkata beliau sering mendapat tempahan daripada pihak Istana Anak Bukit jika berlangsungnya majlis di mana Sultan Kedah berangkat.

Kenangan manis yang tidak dapat dilupakannya ialah ketika Tuanku Abdul Halim sendiri meminta untuk ditambah popia pada satu majlis keraian di sebuah hotel di Alor Setar pada April 2001.

"Saya terkejut apabila Tuanku datang sendiri bertemu saya untuk menambah popia kerana sebelum ini saya yang akan pergi ke meja Tuanku untuk menambah popia tersebut," katanya.

Seeni Mohamad berkata rahsia popianya yang menjadi makanan kegemaran ramai termasuk Tuanku Abdul Halim mungkin kerana kuahnya yang merupakan resipi sejak turun-temurun, dan ini membezakan popianya dengan yang lain.

Selain itu, kulit popia yang dibuatnya sendiri menjadikan popia tersebut unik, lembut dan sukar untuk ditandingi oleh pembuat popia lain, katanya.

Beliau yang amat berbangga dengan Tuanku Abdul Halim yang dilantik semula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkata baginda merupakan seorang Raja berjiwa rakyat dan sentiasa berdamping dengan rakyat di negeri ini.

Sementara itu, penjual mi abu, Seeni Mohamed Abd Kadir, 58, yang berniaga mi rebus lebih 40 tahun lalu berkata mi rebus dan mi gorengnya menjadi istimewa kerana dimasak menggunakan dapur arang kayu serta ramuan tersendiri.

Beliau yang kini beroperasi di Jalan Sultanah di sini sejak mengambil alih perniagaan bapa saudaranya S.S Abu Faliru pada tahun 1990-an berkata walaupun hanya menggunakan mi kuning, tauhu, cucur udang, telur dan limpa lembu serta kuah bercampur ubi, rasanya tetap menarik kerana dihasilkan dengan menggunakan arang kayu yang boleh mengekalkan rasa rencah yang diadunkannya.

"Apabila kita memasak menggunakan arang, ramuan bahan-bahan dan mi dapat masak baik tanpa menjejaskan rasanya dan mi tersebut dapat masak sepenuhnya tanpa perlu pengawalan api seperti dapur gas," katanya.

Beliau berkata perniagaan bapa saudaranya yang dahulunya beroperasi berhampiran Kolej Sultan Abdul Hamid sejak tahun 1966 menjadi faktor utama ramai pemimpin negara dan negeri.

Baginda yang merupakan bekas pelajar kolej itu meminati mi abu tersebut dan turut diminati pemimpin besar negeri ini kerana ramai daripada mereka merupakan bekas pelajar kolej yang sering makan di situ.

Beliau yang berbangga dengan Tuanku Abdul Halim yang berjiwa rakyat dan disanjung tinggi oleh rakyat negeri ini dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua dan berdoa agar baginda sentiasa sihat serta kekal berada di takhta terus memerintah negara ini khususnya negeri Kedah, agar sentiasa aman dan harmoni.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahathir dah jadi rakyat marhein biasa...dia baru tersedar.

Bagus lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 06:49 AM | Show all posts
aku pon nak popiaaaaa...sedapppnya sos diaaa.....manis manis pedassss...
biler gigit ranggupnya..kruk krak kruk krak....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 07:33 AM | Show all posts
muka tenang je Tun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 07:46 AM | Show all posts
amansihat replied at 24-6-2015 06:03 PM
https://www.youtube.com/watch?v=RKqAiPOwka8

Pada tahun 2011, Tun disifatkan sebagai 'Negarawan Ulung'. Tahun 2015 ni nampak gaya jasa Tun sebelum ni seperti tiada langsung.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.421305 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list