|
[Tempatan]
Muhammad Firdaus Dulla (adik OKU, Nilai) Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
x pjg gak umo dia...
al fatihah... |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..tenanglah dikau wahai adik disana..alam yg abadi.. harap maknyer sedar dan insaf..org bersusah payah nk anak..dia ader anak mengapa diseksa begitu..x reti bersyukur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahinailaihirajiun |
|
|
|
|
|
|
|
takziah,semoga tenang disana.. |
|
|
|
|
|
|
|
td dgr katanya mak dia serahkn pd jkm untuk uruskan jenazah anak tu
i was like....sayangnya...ini kali terakhir dia dpt berbakti tuk anak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah... kuasa Allah... masa terbiar sorang2 tak meninggal... mase dalam jagaan JKM Allah tarik nyawa... |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah untuk adik firdaus.. syurgalah tempatmu wahai adik..
takziah buat keluarga adik firdaus.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah maknya...masa hayatnya, dia diabaikan,...dipenghujung hayatnya pun maknya masih tak mahu menguruskan jenazah buat kali terakhir...berbahagialah kamu disana dik,... |
|
|
|
|
|
|
|
you are a strong person
ujian yg hebat Allah turunkan utk insan yg hebat
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke
maybe sbb rs bersalah yg terlampau sgt kot
atau die pk he's in better hand without her
i don't know...maybe
|
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnahilairajiun.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah..moga ditempatkan dlm kalangan org beriman |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirojiun...al fatihah
smoga tenanglah kau di sana dik..
|
|
|
|
|
|
|
|
itu yg terdengar di radio tadi...mungkin maknya ada alasan sendiri...siapa tahu kan?....
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah untuk adik firdaus.. syurgalah tempatmu wahai adik.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah ya..turut berdukacita |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahinailaihirajiun, salam takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Impian Lolanopita Kembali Bersatu Dengan Remaja OKU Tidak Kesampaian
Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 7:30 AM
Muhammad Firdaus meninggal dunia pada petang Rabu.
SEREMBAN: Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam keadaan terabai pada tahun lalu, sudah tentu mengimpikan untuk meluangkan masa yang lebih berkualiti dengan anaknya itu selepas dibebaskan dari penjara.
Namun, kini, impian Lolanopita Sadi, 41, tidak kesampaian.
Muhammad Firdaus disahkan meninggal dunia akibat diserang sawan ketika makan tengah hari di Rumah Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah dekat sini pada Rabu.
Ibu remaja terbabit dihukum penjara empat bulan dan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan kerana mengabaikan anaknya itu.
Kisah Muhammad Firdaus terbongkar selepas pegawai Imigresen melakukan serbuan di kawasan tersebut untuk mengesan pendatang asing tanpa izin di sebuah kawasan perumahan di Taman Semarak, Nilai pada Jun tahun lalu.
Suasana pilu menyelubungi bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) apabila Lolanopita menangis tanpa henti.
Wartawan yang cuba mendekati beliau ditolak secara baik kerana beliau cuba ditenangkan dalam pelukan salah seorang saudaranya.
Pengarah HTJ, Dr Ariffin Mohamad berkata, mereka menerima satu panggilan kecemasa kira-kira pukul 12.22 tengah hari.
"Ambulans segera dihantar ke sana," katanya.
Dr Ariffin berkata seorang kakitangan perubatan cuba memulihkan Muhammad Firdaus sehingga dia tiba di hospital pada pukul 12.57 tengah hari.
"Namun, dia disahkan meninggal dunia kira-kira 1.15 petang," katanya.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi menyerahkan kepada pihaknya untuk menguruskan pengebumian anaknya.
"Kami akan menguruskan jenazah dan pengebumiannya selepas bedah siasat dilakukan dan tempat pengebumian masih dalam perbincangan lagi," katanya.
Beliau berkata, ketika rondaan dilakukan oleh pengetua Rumah Sinar Harapan, Muhammad Firdaus dalam keadaan sihat.
"Ketika sedang makan tengah hari bersama-sama rakan-rakanya, arwah diserang sawan dan pihak kami terus memanggil ambulans.
"Mengikut rekod, Muhammad Firdaus dimasukkan ke Rumah Sinar Harapan pada 21 Ogos tahun lepas dan berat terkini arwah ialah 27 kilogram," katanya.
Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Norhayati Omar berkata, kos pengurusan pengebumian Muhammad Firdaus akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Saya telah maklumkan perkara ini kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Saya ucapkan takziah kepada keluarga arwah dan terima kasih kepada pihak Rumah Sinar Harapan yang menjaganya dengan baik selama ini dan kita sememangnya terasa kehilangan adik istimewa ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|