CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeeBuzz

Kraftangan dan alat muzik tradisi Sabah..

[Copy link]
 Author| Post time 26-3-2004 05:29 AM | Show all posts
Originally posted by fatin at 24-3-2004 21:24:
wahhhh.. dari alat muzik sampai ke borak dragon ballz... hehe

minta tolong bagitau.. di mana boleh dapat alat muzik sabah yang kecil kecil untuk jadi mainan budak budak tadika... yang ku liat di ...



[color=dark Green]Apa boleh buat.....thread aku selalu bertukar jadi borak....nak ngelak takde tempat lain....

Nda tau pula bee...tapi rasanya pegi pasar kraftangan di KK...

Sana semuanya ada....maybe jumpa sesuatu di sana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2004 05:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:32 AM | Show all posts

lari topik sikit.......makanan sabah..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-3-2004 05:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2004 05:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:37 AM | Show all posts















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:51 AM | Show all posts
Fungsi
Kraftangan di kalangan masyarakat asli Sabah bermula dalam usaha mereka untuk berteduh/berlindung, menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali. Mereka menghasilkan berbagai-bagai barang yang banyak dengan menumpukan kepada fungsi bahan yang dihasilkan dan kurang perhatian pada hiasan. Benda-benda yang dihasilkan meliputi kelengkapan rumah, pertanian dan pemburuan di samping benda untuk kegunaan ritual dan upacara keagamaan. Penghasilan kraftangan mereka bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya.

Kepelbagaian

Kraf yang dihasilkan oleh penduduk dari berbagai-bagai budaya dalam berbilang daerah mempunyai variasi yang luas. Sebagai contoh, penduduk pesisiran pantai yang penghidupannya bergantung pada laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih mengamalkan penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta menangkap ikan sungai. Perbezaan juga wujud di antara kebudayaan kebendaan penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma. Perbezaan bukan sahaja terdapat pada alat-alat 憉tilitarian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:53 AM | Show all posts

MUSIK TRADISIONAL SABAH

Keseragaman

Muzik bagi orang Greek adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari alam percintaan mereka. Muzik di Sabah merupakan sebahagian yang penting bagi hampir semua kegiatan sosial di peringkat kampung.

Muzik melambangkan keselarasan tradisional yang wujud di kalangan penduduknya sejak bertahun-tahun. Ia dimain semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan. Setiap kumpulan etnik mempunyai bentuk muzik yang tersendiri walaupun banyak alat-alat muzik utama merupakan alat yang sama digunakan. Setiap alat dibuat dengan perasan sayang dengan memotong, membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat muzik mempunyai keistimewaannya sendiri dengan perbezaan dalam segi bentuk, rentak dan nada. Terdapat juga alat-alat muzik tertentu yang hanya digunakan oleh satu kumpulan masyarakat sahaja dan tidak dimain oleh masyarakat yang lain.

Muzik tempatan sering berkait rapat dengan tarian. Ia juga berfungsi sebagai muzik latar dalam sesuatu majlis upacara. Sesetengah alat lazimnya digunakan oleh orang perseorangan untuk hiburan diri sendiri.

Tradisi Lisan
Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja. Sebagai contoh, kaum lelaki umumnya main gong bercombol besar dan gendang dan kaum wanita kulintangan dan gong leper.

Jenis Alat Muzik

Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma.

Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada kordofon (tongkungon, gambus, sundatang atau gagayan), erofon (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton, idofon (togunggak, gong, kulintangan) dan membranofon (kompang, gendang atau tontog).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 05:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2004 05:58 AM | Show all posts

KRAFTANGAN ETNIK DISABAH

Sabah atau dikenali juga sebagai Negeri di bawah Bayu mempunyai lebih 30 suku kaum etnik dan mempunyai lebih 50 dialek bahasa. Dengan keperbagaian etnik yang kebanyakan tinggal dalam alam semula jadi telah mengindahkan lagi sumbangan kepada alam penciptaan kraftangan. Tamaddun manusia menunjukan penghasilan kraftangan bermula daripada ciptaan barangan kegunaan harian. Ada yang berpendapat pada zaman dahulu manusia mempunyai masa lapang yang terluang dan dengan masa tersebut mereka mengisikan masa dengan menghasil barangan untuk kegunaan harian mereka dan seterusnya menjadi satu budaya dalam penghidupan seharian mereka.



Penghidupan mereka yang sebahagian daripada penghuni alam semula jadi menjadikan mereka menjadi kreatif menghasilkan rekaan mereka. Bahan mentah yang mudah diperolehi dapat membantu berbagai bagai produk dan kegunaan dapat dihasilkan. Penciptaan produk produk untuk kegunaan harian sedikit demi sedikit dan daya pengamatan kepada alam semulajadi telah mengolahkan berbagai motif, warna, teknik anyaman, gubahan dan penggunaan bahan mentah.



Penghasilan kepelbagaian kraftangan adalah disebabkan penggunaanya begitu penting dalam mempengaruhi budaya dan adat resam etnik berkenaan. Penggunaan produk kraftangan begitu penting dalam upacara majlis perkahwinan, ritual dan juga adat adat etnik berkenaan. Contohnya Etnik Bajau Palaau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 06:00 AM | Show all posts

TENUNAN DASTAR




Tenunan merupakan salah satu kerjatangan tradisi suku kaum Irranun di Daerah Kota Belud. Ianya diusahakan oleh kaum wanita suku kaum ini. Terdapat berbagai teknik tenunan yang dihasilkan oleh suku kaum ini seperti Tenunan Dastar, Tenunan Mugah, Tenunan Baraguru, Tenunan Ampik, Tenunan Ampik dan Tenunan Tapak Sila.



Tenunan Dastar merupakan tenunan yang biasa dihasilkan oleh suku kaum ini kerana ianya mudah dikerjakan dan produk yang dihasilkan mudah dipasarkan.



Antara produk produk yang biasa dihasilkan adalah seperti Kain Podong atau kain untuk di ikat dikepala (tanjak atau tengkolok) yang dipakai semasa perayaan rasmi atau majlis keramaian.



Selain daripada kain podong ianya boleh dihasilkan sebagai hiasan dinding, alas meja, alas pinggan dan sebagainya.



Antara motif yang biasa digunakan adalah kuda serta motif motif yang diambil dari flora dan fauna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 06:01 AM | Show all posts

ANYAMAN ROTAN

Hutan rimba Malaysia di kurniakan dengan pelbagai sumber asli hutan seperti rotan. Terdapat 104 spesi dari 8 gebera rotan dimerata negara ini. Namun begitu hanya 20 jenis spesis yang berpotensi dan bernilai komersial.



Rotan yang lebih besar biasanya digunakan untuk membuat perabot, manakala rotan yang kecil dan halus digunakan untuk menganyam aneka jenis raga dan bakul.



Rotan amat berfungsi dalam budaya dan kesenian kebanyakan suku kaum etnik di Sabah. Banyak produk kraftangan yang dihasilkan menggunakan bahan rotan seperti kerusi, meja, tikar lampit, berait, bakul pasar, bakul buah dan sebagainya.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2004 06:03 AM | Show all posts

PANDAN/ MENGKUANG

Anyaman Pandan/Mengkuang merupakan salah satu kerjatangan yang banyak dihasilkan oleh kebanyakan suku kaum di Sabah terutamanya di pesisiran pantai. Di Pulau Banggi dan Kudat ianya dihasilkan oleh suku kaum Obian, Daerah Kota Belud oleh suku kaum Bajau dan Irranun. Di daerah Papar, Kuala Penyu dan Sipitang oleh suku kaum Berunei dan Semporna dan kawasan sekitarnya oleh suku kaum Bajau Palau.



Kebanyakan produk yang dihasilkan adalah digunakan untuk kegunaan harian seperti tikar. Terdapat juga lain lain produk yang dihasilkan seperti topi, beg, bekas serbaguna dan hiasan dinding.



Kebanyakan produk yang dihasilkan adalah berwarna yang terang seperti merah, biru dan hijau.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.575261 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list