CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 15-11-2022 05:20 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 15-11-2022 05:27 PM

Kabin Di Lithuania

Keluarga ayah aku berasal dari sebuah negara yang dipanggil Lithuania tapi mereka sekeluarga berpindah ke Kanada sejak dari sebelum ayah aku lahir lagi.  Ada satu tahun tu ayah aku tiba-tiba saja nak merasa balik kampung, jadi dia bawaklah aku, ibu dan kawan baik aku balik ke Lithuania tu.  Kampung asal keluarga ayah aku ni memang kampung sungguhlah, masih dikelilingi hutan.  Ayah aku pulak pergi tempah satu kabin batu berusia 400 tahun di tengah-tengah hutan tu.  Tak taulah dari mana ayah aku dapat info pasal kabin tu tapi kabin tu memang sangat terceruk.  Untuk sampai ke kabin tu, kami kene memandu keluar dari kampung ayah aku tu selama 20minit lalu jalan ladang.  Nanti sampai ke pintu hutan kena memandu lagi ikut jalan tak bertar sebelum 10 minit sampailah jalan tu tamat pastu kami kene jalan kaki pulak selama 10 minit lagi nak sampai ke kabin tu.    Aku ingat lagi, pagi tu kami pergi melawat saudara-mara ayah masa tu hujan sepanjang pagi membawa ke tengahari, jadi bila kami nak masuk ke kabin tu memang suasana dalam hutan tu sejuk, berkabus dan kelam je.  Hutan tu senyap sunyi takde bunyi binatang atau unggas hutan lain.



Kabin tu diubahsuai serba sedikit dengan beberapa keperluan asas.  Cuma ada sebiji mentol jadi lampu yang menerangi ruang tamu.  Ruang tamu tu sendiri cuma ada meja kecil, bangku panjang, kerusi malas dan dapur tungku besi tu je.  Ada 2 bilik tidur lengkap dengan katil.  Bilik air dan singkinya bersambung dengan tepi bangunan kabin tu.  Dalam kabin tu pun masih ada perabut zaman dulu-dulu tinggalan pemilik lama kabin tu, macam katil bayi, cermin lama.  Benda pertama yang kami perasan pasal kabin tu adalah pintu utama kabin tu takde kunci pun.  Pintu tu pun dah tak ketat, kadangkala ianya akan terbuka sendiri kalau ditiup angin. Dengan keadaan kabin yang macam tu aku berkeras taknak tidur kat situ tapi ayah, ibu dan kawanku pujuk aku.  Diorang cakap tempat selamat sebab kat tengah hutan kan mana ada orang lain selain kami.  Nak tak nak aku pun terpaksalah jugak ikut diorang tidur situ.  Tempat tu jugak takde talian telefon.

Bila hari dah masuk malam, tempat tu jadi gelap segelap gelapnya.  Untuk menghilangkan kebosanan kami berempat main kad di ruang tamu apabila tiba-tiba muncul seorang lelaki tua entah dari mana masuk ke dalam kabin tu.  Selamba je dia bukak pintu kabin yang dah memang takde kunci tu.  Lelaki tua tu tinggi, kurus tapi dia pakai sut lengkap (ni pun pelik jugak sebab kawasan tu kan kampung je).  Kami berempat terkejut dengan kemunculan lelaki tu, tapi lelaki tua tu selamba je menyapa kami.  Dia cakap dia saja je datang situ bertanya khabar dengan kami.  Yang lagi pelik lelaki tu sangat lancar berbahasa Inggeris siap pakai loghat British lagi tu.  Ayah aku pun tanyalah pakcik ni sape? Datang dari mana?  Lelaki tu cakap dia tu jiran kami, rumah dia tak jauh dari jalan nak masuk ke kabin ni.  Jiran mana plak tengah hutan ni?  Pakcik tu pusing pulak dia cakap rumah dia kat kawasan ladang yang kami lalu tadi, jaraknya adalah dalam berbatu jugak.  Lelaki tu jemput kami ke rumah dia untuk 'makan malam'.  Padahal waktu dah masuk 10 malam dah masa tu.

Ayah aku pun tolaklah dengan  baik dengan alasan hari dah malam ni. Tapi pakcik tu sangat beriya-iya suruh kami pergi ke rumah dia tang tu jugak.  Kelakuan lelaki tu jugak agak pelik, dia macam gemuruh sikit bila bersembang dengan kami, pastu walaupun ayah aku je yang bercakap lelaki tu asyik pandang aku ibu dan kawan aku tu je.  Akhirnya ayah aku berkeras jugak tolak ajakan pakcik tu dan ayah aku pun halaulah lelaki tu balik tapi dengan cara yang terhormatlah.  Sebelum pakcik tu pergi, dia sempat kasi panduan arah ke rumah dia pastu dia cakap kalau ada apa-apa datang je ke rumah dia.  Dia akan tunggu tak kiralah pukul berapa pun.  

Lepas pakcik tu berambus dari kabin kami, ayah aku pun mulalah fikir camne taknak kasi orang masuk tiba-tiba macam tu lagi.  Kitorang pun tariklah pemegang batang besi untuk pendiang api yang berat dan diperbuat dari besi tu buat hadang pintu tu.  Lepas tu kami pun masuk tidur.  Ibu ayah aku tidur di bilik utama manakala aku dan kawan aku tidur di bilik lagi satu tu.  Tapi aku tak mampu nak tidur, aku cuma baring terkebil-kebil atas katil tu dengan tanganku erat memegang lampu suluh.  Dalam pukul 2 pagi tu,  aku terdengar di luar sana tu bunyi daun-daun ditiup angin.  Pintu masuk kami mula bergerak-gerak dan berbunyi-bunyi, tap tap tap.  Angin cuba menolak daun pintu tu tapi tak terbuka dek pemegang batang besi tu.  Bunyi tap tap tap dan angin tu memang sangat menyeramkan tapi aku tabahkan jugak hati ini.

Tiba-tiba, aku terdengar ibu aku menjerit-jerit dalam biliknya.  Terjagalah kitorang yang lain ni. Aku pun berlarilah masuk ke bilik ibu dan aku nampak ayah tengah tenangkan ibu yang sedang menggeletar ni. Ibu cakap dia bermimpi ngeri tapi dia tak ingat dia mimpi pasal apa.  Sebenarnya antara kami berempat ni ibulah orang yang paling berani sebab ibu memang orang kampung yang memang membesar dalam kabin macam ni, nilah kali pertama aku nampak ibu dalam ketakutan.

Malam tu kami sengaja taknak tutup lampu.  Sejam kemudian, kabin kami keputusan elektrik.  Kabin kami jadi gelap gelita.  Ditambah pulak dengan kesunyian dalam hutan tu, bunyi angin menderu pun takde.  Kali ni aku betul-betul ketakutan sampai aku menangis.  Nak bukak lampu suluh tapi lampu suluh aku berkelip-kelip kejap bukak kejap tutup.  Ayah aku terpaksa datang dapatkan aku dan pujuk aku yang tengah ketakutan tu.  10 minit kemudian, lampu kabin terpasang semula.

Ayah dan ibu cuba pujuk aku, diorang kata biasalah Lithuania ni kan mundur sikit memang selalu blackout macam ni.  Tiba-tiba, telefon bimbit ayahku berdering.  Kami semua terpaku.  Ayah aku pun pegilah angkat panggilan tu.  Ayah aku bercakap sebentar dengan si pemanggil.  Selepas ayah aku letak telefon, ayah aku cakap nenek aku yang sekarang ada kt Kanada tu yang telefon.  Nenek cakap dia risaukan kami, nenek sempat tanya macam mana dengan keadaan aku.

Sebenarnya, pada tahun 2000 nenek aku diserang strok yang sangat teruk.  Nenek aku jadi lumpuh tak boleh jalan,  nak bercakap pun susah pastu nenek aku ni buta IT orangnya, pastu dia agak pelupa.  Nenek aku cuma cam ayah aku je, dengan ibu dan aku sendiri dia tak berapa nak ingat. Nenek aku sekarang terpaksa ditempatkan di tempat penjagaan orang tua dan sepanjang masa dipantau oleh jururawat.  Ayah aku cakap, masa dia tengah cakap dengan nenek, jururawat tiba-tiba mencelah.  Jururawat tu kata, nenek aku takde dalam bilik dia.  Cari punya cari, nenek aku rupanya dah terbaring kat dewan utama tengah telefon ayah aku.  Masalahnya nenek aku ni tak boleh berjalan jadi macam mana dia boleh sampai ke dewan tu dari bilik dia, jaraknya jauh gak siap kena lalu dapur.  Sapa yang bawak dia?

Bila ayah aku dengar jururawat cakap macam tu, ayah aku jadi sedikit panik.  Ayah aku cuba menghubungi sepupu-sepupu kami yang berjiran kat Kanada tu, tapi malangnya tempat tu takde line.  Kami berempat ambil keputusan nak berkumpul je kat ruang tamu.  Kat ruang tamu tu, kami dengar bunyi cakaran dari atas bumbung,  pintu tu macam ditolak-tolak dari luar, sampai nak terjatuh pemegang batang besi tu, pastu bunyi ketukan tap tap tap dari keliling dinding luar kabin tu.  Masa tulah mak aku teringat igauan dia tadi, mak aku cakap dia mimpi dalam rumah tu ada sepasang suami isteri tua tinggal kat situ.  Tapi dia ingat tu je selebihnya dah tak ingat.

Kami berjaga sampai ke pagi.  Bila matahari memancarkan sinar pertamanya barulah bunyi-bunyi tu terhenti.  Esok jugak kami balik ke kampung ayah aku tu, sambil-sambil bersarapan dengan saudara-mara kami, ayah aku pun ceritalah pasal lelaki tua yang datang ke kabin kami tu.  Tapi sedara ayah aku cakap dalam kampung tu mana ada lelaki tua macam tu.  Kampung ayah aku tu ada 200 orang je mustahillah diorang tak kenal.

Balik ke Kanada, ayah aku pun pergilah melawat nenek aku tu. Ayah aku tanyalah macam mana nenek aku tu boleh berjalan semata-mata nak telefon ayah aku. Tapi nenek aku tak ingat pun kejadian tu. Ayah aku pun sembang-sembang dan terbukaklah cerita pasal kabin tu.  Spontan nenek aku cakap, 'kabin yang kau pergi tu kat situ kat situ ke?'.  Terkejutlah ayah aku sebab nenek aku boleh ingat pasal kabin buruk tu, menantu dan cucu sendiri pun dia boleh lupa.  Bila ayah aku cakap ye kabin tulah, terus nenek aku cakap kenapa ayah aku bodoh sangat tidur kat situ.

Nenek aku pun bukak cerita pasal kabin tu.  Nenek aku memang asal dan membesar kat kampung tu.  Dia cakaplah kabin yang kitorang duduk tu memang terkenal  sebab berpuaka.  Beratus tahun yang lalu, berlaku pembunuhan kat dalam kabin tu.  Sepasang wanita dan lelaki tua mati terbunuh, orang kampung percaya puaka kat situ yang membunuhnya.  Selepas orang tua tu mati ramai orang kampung nampak penampakan orang tua tu di sekitar tempat tu.  Kabin tu punyalah berpuaka sampaikan bila tentera Rusia datang menyerang kampung tu, tentera Rusia pun tak berani nak usik rumah tu,

Ayah aku pun bengang lah kenapa sedara mara dia tak halang dia dari duduk kat kabin puaka tu? Tapi selamba je jawapan sedara ayah aku tu, 'kitorang ingatkan kamu sekeluarga ni saja je nak duduk rumah berhantu.  Orang bandar kan suka benda-benda macam tu'.  Apepun itulah kali terakhir kami menginap kat kabin puaka tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-11-2022 05:20 PM
Kabin Di Lithuania

Keluarga ayah aku berasal dari sebuah negara yang dipanggil Lithuania tapi merek ...

Kurang asam punya orang kampung lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik la TT. Kipidap!????????????
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 10:47 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-11-2022 05:20 PM
Kabin Di Lithuania

Keluarga ayah aku berasal dari sebuah negara yang dipanggil Lithuania tapi merek ...

thanks utk ceritanya
terbaik



Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-11-2022 05:20 PM
Kabin Di Lithuania

Keluarga ayah aku berasal dari sebuah negara yang dipanggil Lithuania tapi merek ...

Aduhai..baik betul sedara mara dia ye..
PM 10 pun taktau lagi..kita layan citer tt yg seram sejuk ni dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2022 04:39 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 23-11-2022 04:56 PM

Jambatan Berbumbung Meem's Bottom, Mount Jackson Virginia
Aku membesar di Virginia dan kat tempat aku ni ada satu jambatan yang terkenal dengan puakanya iaitu Jambatan Berbumbung Meem's Bottom.  Menurut ceritanya, kalau korang naik kereta pastu berhenti di tengah-tengah jambatan tu, matikan enjin, bukak lampu dan turunkan cermin tingkap, korang boleh dengar keluhan dan jeritan mendayu si mati dari anak sungai bawah jambatan kayu ni.  Ada jugak yang cerita kat anak sungai tu banyak ditemui cebisan-cebisan mayat.  Ikut kata orang dulu-dulu, pokok-pokok di kiri kanan jalan nak masuk jambatan ni dulu tempat gantung orang, dah mati nanti mayat tu campak je masuk sungai.



Malam Halloween tahun 2006, malam tu aku dan kawan-kawan aku, Daren, Jake dan Chris saja je meronda-ronda naik kereta.  Antara kami berempat ni cuma Daren je yang ada lesen memandu, malam tu kitorang saja cabar Daren, jom kita pergi ke jambatan tu. Daren mulanya tak nak, tapi bila kami dok ejek-ejek dia ni penakutlah apelah, Daren rasa kelelakian dia diperkotak-katikkan jadi dia pun bawaklah kami ke situ.  Malam tu agak dingin, Daren ikut jalan dalam dan dari kejauhan kami dah nampak dah jambatan tu.  Kami lalu jalan yang dipayungi pokok-pokok tua tu, kat kawasan tu ada kabus tapi rendah je.  Tapi Daren tak sanggup nak masuk, jadi kami pun berhentilah sekejap di muka jambatan tu dan kami masing-masing pun turunkan cermin tingkap kereta.  Angin malam bertiup sendu menyelinapi ranting-ranting kayu tu, menghasilkan bunyi seakan-akan lolongan.  Kawasan dalam jambatan tu gelap-gelita tidak bercahaya.  Daren perlahan-lahan memandu masuk ke dalam jambatan tu.  Dah sampai kat tengah-tengah jambatan tu, dia pun terus matikan enjin kereta dan bukak lampu.  Kitorang berempat pun duduklah dalam kereta di tengah-tengah kegelapan nak tunggu muncul ke tak hantu jambatan tu.



Mula-mula tu, kami terdengar bunyi macam ada benda besar jatuh dalam anak sungai tu. SPLASH!! Bunyi tu bukan sekali, tapi berulang-ulang kali.  Daren yang dah memang penakut tu dah mula menggelabah,  Jake dan Chris terpaksa tekup mulut Daren taknak kasi dia buat bising.  Sebab kami nak amati tu bunyi apa sebenarnya.  Tiba-tiba kami diterpa tiupan angin yang sangat kuat, diikuti dengan suara manusia meminta tolong!  Tapi suara tu lemah je macam orang yang dah nazak.  Kami yakin tu bukan bunyi angin sebab kami dengar perkataan tolong tolong tu. Kitorang dah saling berpandangan, dalam diri kami ada rasa teruja bercampur takut, tapi Daren tak berlengah lagi, terus hidupkan enjin dan masuk gear mengundur.  Tak sampai seminit kami dah keluar dari jambatan tu.  Daren pun terus memusingkan stereng keretanya dan tekan minyak nak keluar dari tempat tu.

Kitorang bertiga ni pandang belakang, tercari-cari kotlah ada penampakan kat jambatan tu.  Daren tiba-tiba menekan brek dan dia mula jadi panik.  Dia membebel entah hape ntah dan kami pun cuba tenangkan dia, tanya kenapa ni kenapa ni.  Daren asyik-asyiklah pandang belakang.  Lepas beberapa ketika tu, barulah Daren boleh bercakap macam biasa.  "Cuba korang tengok belakang tu ada apa".   Kitorang bertiga pun pandanglah ke belakang, dan kami nampak ada sekujur tubuh tengah berayun-ayun dari sebatang pokok.  Macam orang kena gantung.  Daren dah ketakutan tapi kami bertiga masih husnozon, malam ni kan Halloween tu agaknya cuma patung yang budak-budak gantung untuk takutkan pemandu yang lalu tempat tu.

Jake ni berani sikit, Jake pun keluar dari kereta dan berjalan perlahan-lahan mendekati 'patung' tu.  Tak sampai 10 saat Jake kat bawah pokok tu, dia memecut lari masuk kereta. Dah masuk tu dia jerit-jerit kat Daren 'cepat blah wei cepat!'.  Daren pun apa lagi, masuk gear lepas brek dan tekan minyaklah.  Dalam perjalanan balik ke rumah tu, kitorang pun tanyalah Jake, apa dia nampak sebenarnya.  "Tu mayat betul wei",  Jake tarik nafas jap.  "Memang bukan patung.  Aku yakin, sebab aku siap nampak mayat tu masih panas lagi, ada wap.  Leher dia pun terkehel.  Ranting pokok tu pun aku tengok macam dah nak patah tampung berat mayat tu".  Kami semua terdiam.  Malam tu kami tumpang tidur di rumah Daren tapi aku yakin malam tu sorang pun tak boleh tidur teringatkan mayat tu.

Esok paginya, kitorang bincang-bincang pasal mayat tu.  Rasa bersalah pulak, mana tau kan tu adalah mayat orang bunuh diri pastu kitorang tinggalkan macam tu je. Suara mintak tolong tu entah-entah memang orang terjatuh dalam sungai kot.  Pakcik aku ni polis kat situ, jadi diorang pun suruh aku hubungi pakcik aku je.  Aku saja tanya, ada tak orang buat laporan polis kat kawasan jambatan tu.  Kot la kan ada orang nampak mayat ke, ada orang jatuh sungai ke. Pakcik aku cakap takde.  Jalan tu memang ramai je yang lalu kalau belah siang jadi mustahillah orang tak nampak.  Kitorang dah rasa lega dah, maksudnya malam tadi apa yang kitorang nampak tu bukanlah mayat manusia yang malang.  Tapi, habis tu sebenarnya kitorang nampak apa????  

Peristiwa tu jadi kenangan seram dan manis bagi kami berempat.  Dah macam tradisi, setiap kali cuti Halloween dari 26 Okt ke 1 Nov, kitorang mesti balik kampung dan berkumpul semula.  Kitorang masih ingat lagi peristiwa malam tu tapi sampai sekarang kami tak berani nak lalu situ malam-malam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2022 03:21 PM | Show all posts
Bandar Chester, New Hampshire

Aku tinggal di bandar Chester, dan tempat aku ni memang setiap sudut ada hantunya.  Punyalah berpuakanya bandar aku ni sampaikan majlis perbandaran sanggup panggil krew penyiasat paranormal datang ke bandar aku ni, buat kajian diorang pastu hasil penemuan tu dijadikan satu seksyen dalam perpustakaan kami khas untuk kisah-kisah paranormal di bandar aku ni.



Dalam banyak-banyak kisah hantu ni, cerita yang paling menakutkan pada aku adalah hantu kabus (The Fog Monsters).  Kat tempat kami ni, kadang-kala satu bandar akan diselimuti kabus yang mengaburi pemandangan kami.  Waktu ni orang tua-tua cakap, kalau korang perati betul-betul dalam kabus tu korang akan nampak bayang-bayang pelbagai makhluk pelbagai saiz.  Dikatakan makhluk-makhluk dalam kabus tu adalah jelmaan kanak-kanak dan remaja yang jadi peneroka awal tempat ni masa tahun 1700an dulu.  Ada 2 bayang-bayang makhluk yang sangat popular sebab ramai yang nampak.

Salah satunya adalah anjing yang sangat besar, setinggi 6 kaki atas empat kaki, lagi satu tu adalah bayang-bayang budak perempuan.  Budak perempuan tu seram sikit sebab muka dan badan dia tak nampak sangat tapi yang paling jelas adalah gaun dia, jadi korang akan nampak gaun tu macam melayang-layang tanpa kaki.  

Bayang-bayang ni nampak je seram, tapi aku tak pernah dengar lagi yang makhluk-makhluk ni mencederakan orang.  Sebaliknya, aku ada pengalaman terserempak dengan bayang-bayang ni dan depa lah yang tolong aku masa aku tersesat tak jumpa jalan balik dulu.  Semasa aku kecil aku nak balik rumah jalan kaki sekali tu aku terperangkap dalam kabus tu.  Memang tergagau-gagau la aku masa tu.  Dengan mata kepala aku sendiri aku nampak banyak bayang-bayang makhluk termasuklah bayang-bayang budak perempuan dan anjing besar tu.  Bila aku nampak bayang-bayang tu aku terpaksalah berundur atau ikut jalan lain.  Sedar tak sedar akhirnya aku jumpa jugak pintu rumah aku.

Ni pengalaman sebenar aku.  Ada jugak pengalaman orang lain, terutamanya orang lama yang dah berzaman tinggal di sini.  Diceritakan yang kadang-kala hantu budak perempuan tu akan datang melawat korang dalam mimpi, budak perempuan tu akan ajak korang masuk ke hutan untuk bermain dengan dia.  Bila korang terbangun, korang akan rasa terpanggil sangat nak pergi ke tempat yang budak perempuan tu tunjuk dalam mimpi tu, tapi sesiapa saja nak turutkan perasaan tu dan masuk ke dalam hutan tu akan hilang tak ditemui selama-lamanya.  Ada jugak yang mimpi budak perempuan tu bersama-sama dengan anjing besar tu.  Aku rasa anjing tu mungkin haiwan peliharaan budak perempuan tu kot.

Kisah lain yang terkenal kat tempat aku ni, kabin misteri.  Dalam kawasan hutan kami ni, ada laluan untuk kereta pacuan 4 roda dan motor scrambler. Ni laluan sukan lasak jadi memang berbengkang bengkok, tapi bagi sesiapa yang bernasib baik, laluan tu tiba-tiba akan jadi lurus je dan akan membawa orang tu ke satu kawasan lapang dalam hutan tu.  Kat situ, ada kabin kecil dikelilingi pokok-pokok herba, dan ladang beri.  Kabin tu katanya milik seorang ahli sihir.  Semasa aku masih kecil, aku dan kawan-kawan aku suka menjelajahi hutan tu nak cari kabin tu, kami masuk dan buat peta sekali.  Banyak kali jugak kami masuk dalam hutan tu, tapi cuma 2 kali je aku jumpa kabin tu dan kedua-dua kali tu adalah secara kebetulan.  Lepas tu kami tak jumpa dah.  Kali pertama tu masa aku ikut abang aku naik motor scrambler dia,  abang aku dah rasa pelik dah sebab laluan yang dia selalu guna tu macam dah tak sama.  Tau-tau je kami dah masuk ke kawasan lapang tu.  Masa ni aku tak tau lagi kisah pasal kabin misteri ni, abang aku pulak bila nampak kabin tu dia terus menggelabah dan pusing motor taknak lalu kawasan lapang tu.  Yang peliknya masa kitorang keluar tu aku rasa adalah dalam 1 jam je tapi rupa-rupanya dah 5 jam!  Sampai ke rumah je dah masuk makan malam.

Kali kedua, 4 tahun kemudian, masa ni sekolah aku anjurkan pertandingan  tembak pakai senapang airsoft tu.  Ada 18 kumpulan dan setiap kumpulan ada 3 orang.  Strategi kumpulan aku kitorang nak berpecah.  Tau-tau je kami bertiga dah termasuk dalam kawasan lapang tu.  Kami rasa teruja sebab jumpa jugak kabin yang jadi legenda kat bandar kami ni.  Kitorang pun berjalanlah mendekati kabin tu.  Aku ingat lagi,  aku berada di taman herba di sebelah kiri kabin tu, kawan aku sorg dah depan pintu dan lagi sorang tu kat tepi ladang beri di sebelah kanan.  Aku teringin nak masuk kabin tu saja nak tengok kan, tapi kawan-kawan aku tak setuju dan diorang nak blah je dari situ.  Terpaksalah aku ikut diorang keluar dari kawasan tu.  Tapi, masa kami nak patah balik tu kami terperasan yang laluan kami masuk tadi semua dah lenyap tiba-tiba.  Bincang punya bincang kami pun cadang nak redah je hutan tu.  Sejam jugaklah kami berjalan dan akhirnya kami berjaya keluar dari hutan tu, tapi kami tiba di jalan 102 yang bertentang dengan bandar kami.  

Kalau korang ada kesempatan nak datang sini, bolehlah melawat perpustakaan kami tu. Ada banyak lagi kisah paranormal kat bandar aku ni dan korang boleh baca kat situ. Yang aku kongsi ni adalah pengalaman sebenar aku.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2022 03:58 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 24-11-2022 04:30 PM

Dipanah Petir

Bukan citer aku, tapi ayah aku.  Ayah aku membesar di sebuah kampung kecil di Greek.  Satu hari tu ayah aku jalan kaki nak balik ke kampung dia, sekali tu hujanlah pulak.  Hujan tu agak lebat dan ayah aku menumpang teduh di bawah sebatang pokok besar.  Tengah menunggu tu, ayah aku nampak ada seorang perempuan tua, tangan sebelah pegang payung sebelah lagi pegang tongkat tengah berjalan dalam hujan tu.

Nenek tu berhenti di tepi pokok tu bila nampak ayah aku. Dia pun tanya, 'buat apa kat sini?'

Ayah aku jawab, 'tengah tunggu hujan reda ni nek.  Nanti kalau redah jugak takut demam pulak'.

Nenek tua tu pun tegurlah ayah aku, 'ala awak tu muda lagi, badan masih kuat, umur pun masih panjang.  Setakat demam sehari dua tu takde masalah'.  

Lepas tu nenek tu pun berjalan meninggalkan ayah aku.  Ayah aku pun terfikir jugak, betul jugak cakap nenek tu.  Tapi ayah aku tetap menunggu jugak, dalam seminit dua macam tu.  Niat ayah aku kot-kotla hujan makin reda ke.  Masa ni, ayah aku nampak nenek tu dah membelok masuk satu simpang membelakangi bangunan-bangunan yang ada dalam kampung tu.  Masa dah makin berjalan, hujan pun takde tanda nak berhenti, jadi ayah aku pun gasaklah dia pun berlarilah jugak dalam hujan tu.

Dalam seminit dua ayah aku meninggalkan pokok tu, tiba-tiba, boom! Ayah aku dengar bunyi petir diikuti bunyi seakan-akan letupan di belakang dia.  Terkejutlah ayah aku tengok pokok tadi tu dah dipanah petir, tumbang dan terbakar dijilat api.  Ayah aku pun berlari sekuat-kuat hatinya sampai ke rumah.



Ayah aku cakap, yang peliknya, jalan kampung dia tu ada sebatang je, takde simpang-simpang.  Masa dia tengah berlari tu sepatutnya dia mesti terserempak dengan nenek tua tu sebab nenek tu jalan perlahan.  Tapi tak jumpa pun.  Kampung tu pun kecik je, penduduknya tak ramai, tapi ayah aku tak pernah pun nampak nenek tu kat kampung tu.  Ayah aku ada cari-cari dan tanya-tanya orang jugak, tapi takde sapa yang tahu siapa nenek tu.  Ayah aku percaya mungkin nenek tu adalah malaikat yang dikirim oleh Tuhan untuk selamatkan ayah aku dari dipanah petir....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2022 05:43 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 24-11-2022 05:53 PM

Panggilan Misteri (Bukan Nenek Kamsia)

Kisah ni terjadi pada aku pada awal 2000an.  Sedikit latar belakang, aku ni anak tentera kacukan Jepun-Amerika, aku dah duduk di Jepun ni hampir 2 dekad, dan aku memang membesar di sini.  Aku ada jugaklah balik ke USA, kalau nak dibandingkan penerimaan kedua-dua negara ni tentang kisah paranormal memang sangat berbeza.  

Sepanjang musim remaja menuju ke awal 20an, aku dan kawan-kawan aku ni ada minat yang sama, kami agak obses nak menjelajahi dan menyiasat tempat-tempat angker yang ada kat Jepun ni.  Ni mungkin sebab pengaruh TV jugak sebab kat Jepun ni ada banyak rancangan tv realiti pasal menjejak hantu ni.  Selalunya rancangan-rancangan macam ni akan ditayangkan semasa musim panas, bulan Ogos paling popular sebab bulan macam bulan hantu la.

Awal 2000an, aku tamat sekolah tinggi.  Lepas tu aku sambung belajar di USA.  Tapi keluarga aku yang lain termasuklah ibubapa aku masih menetap di Jepun masa tu.  Masa tu bulan Disember, cuti musim luruh di kolej aku jadi aku pun baliklah kampung.  Sebab aku tinggal di bes tentera, dan majoriti kawan-kawan aku kat situ pun adalah anak-anak tentera USA, jadi ramailah antara mereka ni yang lepas habis sekolah je terus balik USA.  Jadi masa aku balik kampung tu dah tak ramai dah kawan aku yang tinggal kecuali dua kawan aku ni, R dan J.  Kitorang bertiga selalu lepak sama-sama kat shopping mall sambil usha-usha awek Jepun yang comel-lote.

Satu petang tu, dah bosan dah mengorat awek tapi tak dapat, J ajak kitorang ikut dia berlatih drift.  J ni ada kereta Nissan Silvia tahun 90an, J ni memang peminat sukan drift kereta, tapi jujurnya la kan bagi aku J ni bukan handal pun main drift ni.  Tapi kitorang pun ikut jelah.  J bawak kami ke Taman Asamizo yang terletak di bandar kami iaitu Sagamihara.  Taman Asamizo ni memang luas dan ada banyak tempat letak kereta merata-rata dalam taman tu.  



Tempat letak kereta yang J bawak kami pergi tu 20 minit jugak dari pintu masuk taman ni.  Kalau waktu siang, taman ni memang ramai orang, tapi bila malam memang sunyi. Nak pulak kami sampai ke tempat letak kereta tu dalam pukul 10 malam.  Aku dengan R pun lepaklah kat tepi taman tu hisap rokok sambil tengok J drift kereta dia.  Tempat kitorang lepak ni memang sunyi betul, dan bertentangan dengan kami ni adalah kawasan hutan yang disempadani belukar tebal.  Entah kenapa, sepanjang kitorang duduk situ, aku rasa macam ada seseorang di kawasan belukar tu tengah memerhatikan kami.  Beberapa kali jugaklah aku asyik tertoleh-toleh belakang sebab rasa macam ada orang kat situ tapi takde sesapa pun selain kami.

Tiba-tiba, kami dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbit adikku.  Sebenarnya masa tu aku pegang telefon adik aku, sebabnya aku takde telefon bimbit lagi, jadi senanglah kalau keluarga aku nak cari aku.  Aku tengok di skrin tak keluar pun nombor telefon, tertulis kat situ dalam tulisan Jepun bermaksud restricted number.  Aku ingatkan mungkin ni adik aku hubungi aku pakai telefon awam kot (masa ni masih wujud lagi ye pondok telefon) jadi aku pun angkatlah.

'Moshi moshi'.  Tapi yang kedengaran di hujung sana hanyalah bunyi statik je.  Berulang kali aku dok moshi moshi dan akhirnya, muncul juga suara seorang gadis Jepun, tapi aku cam suara tu bukan suara adik aku.  Aku sangkakan mungkin ni kawan adik perempuan aku kot, jadi aku pun cakaplah aku ni abang dia, nak cakap dengan adik aku tu sila guna nombor telefon rumah.  Gadis tu pun mintak maaf dan kitorang pun putuskan talian masing-masing. Aku simpan balik telefon tu di poket seluar balik dan sambung layan J tengah drift.

Tak sampai 10 minit, telefon aku berbunyi lagi. Dan sekali lagi dari restricted number. Sekali lagi panggilan dari gadis Jepun tadi.  Belum sempat aku nak cakap kenapa tak call nombor rumah aku, gadis itu memintas ayat aku. Dia tanya aku macam-macam soalan, dan soalan-soalan tu soalan nak mengayat.  Aku dah rasa pelik dah.  Sebabnya, adik aku ni muda 3 tahun daripada aku, pastu dia tak ramai kawan dan aku kenal semua kawan-kawan dia.  Yang ni memang aku tak kenal langsung sape dan dari soalan dia pun gadis ni macam tak mengenali aku.  Tapi aku layanlah jugak, aku husnozon mungkin ni kawan baru adik aku kot, diorang baru berkawan masa aku balik USA hari tu.

Antara soalan yang diajukan oleh gadis tu, dia tanya aku buat apa kat taman lewat malam ni? Aik, mana dia tau aku ada kat taman?. 'Saya tak pernah cakap pun kat awak saya ada kat taman'.  Bila dah kantoi, gadis tu tertawa kecil gedik-gedik manja, pastu dia pusing dia cakap dia agak je aku sekarang ni ada kat taman.  Aku dah rasa tak sedap hati rasa kene stalk pulak, jadi aku pun letaklah telefon.

Kebetulan jugak, J dah bosan drift kereta kat situ.  J pun ajaklah kitorang jom blah dari situ.  J bawak kami ke tempat letak kereta lain dalam taman tu pastu dia pun sambunglah main drift.  Tempat letak kereta ni dekat dengan padang bola, jadi kawasan ni agak teranglah berbanding tadi sebab turut dilimpahi cahaya lampu dari padang bola tu.  Walaupun begitu, aku masih lagi dihantui rasa macam diperhatikan tu.  Aku tergerak nak pandang ke sebelah kanan aku, ada pagar yang menyempadani kawasan letak kereta tu dengan padang bola yang kosong tu.  Aku dok renung je kawasan tu sampai aku tak sedar J dah berhenti main drift siap mati enjin. R tegur aku, kenapa tak nak angkat telefon tu. Eh ada panggilan ke, dan lagi sekali panggilan tu restricted number.

Aku rasa berat hati nak jawab call tu, jadi aku biarkan je deringan tu berhenti sendiri Aku ceritalah kat R dan J pasal gadis Jepun tadi.  Diorang cakap, mungkin kawan adik aku tu crush kat aku kot.  Diorang suruh aku layan je budak perempuan tu mana tau dapat awek.  Betul-betul lepas diorang cakap macam tu, telefonku berdering lagi.

Aku pun jawablah call tu, pakai speaker phone.  Nombor yang sama, cuma kali ni gadis tu marah aku.

'Kenapa awak pergi? Kenapa awak tinggalkan tempat tadi tu?!!'.   
'Awak cakap ape ni? Saya pergi mana?'
'Saya nampak awak tinggalkan tempat letak kereta tadi!'.

Spontan bulu romaku tegak berdiri.  Aku tak cakap pun lokasi aku kat mana, tapi macam mana dia boleh tahu?  Aku rasa tak sedap hati jadi aku terus matikan telefon.  Tak sampai beberapa saat, nombor tu keluar lagi, aku angkat dan terus hambur gadis tu. 'KO NAK APE HA???!!!'.  Gadis tu terdiam, yang kedengaran hanyalah bunyi statik.  Dalam separa berbisik, aku dengar gadis tu cakap, 'saya ada kat padang ni.... Saya nampak awak'.  Kitorang pun berpaling-paling mencari gadis tu kat padang, tapi takde sapa pun kecuali kami bertiga.  Hati aku dah berdegup kencang dah. 'Apa maksud ko? Padang mana ni?'.  Gadis tu cakap, dia nampak aku dan 2 orang kawan aku tengah berdiri, dia nampak aku pakai jaket kelabu tengah pegang telefon, kereta J pun dia nampak.  Dia cakap dia nak datang situ, nak lepak sekali dengan kitorang. Lepastu, dia pun putuskan talian.

J dan R macam tak percaya je.  Sebab memang kitorang tak nampak pun sesiapa kat situ.  Bila telefon berdering aku terus angkat.
'Awak, saya dah nak sampai ni? Awak tunggu saya ye'.  
'Ha?? Sampai mana ni? Awak ni sape? Kenapa awak asyik kacau saya je? Macam mana awak tau saya kat mana? Awak ni kawan adik saya yang mana?'
'Saya..... tak pernah cakap pun saya ni kawan adik awak'.

Aku terus letak telefon.  R dan J pun pelik, ni sapa pulak ni? Kalau bukan kawan adik aku macam mana dia dapat nombor ni? Lagipun tiada siapa yang tahu kitorang datang sini.  Aku dah rasa pelik, tapi R dan J beranggapan ni mungkin prank saja nak kenakan aku.  Bila telefon berbunyi lagi, aku taknak angkat tapi R rampas telefon bimbit tu dan dia pun bercakaplah dengan gadis tu.  R ni nakal sikit, dia tanya gadis tu, awak tengah pakai baju apa?  Mula-mula gadis tu layan jelah.  Tapi bila R tanya, baju dalam awak warna apa? Gadis tu marah R dan terus letak.  Masa ni aku rasa mesti gadis tu dah taknak kacau aku lagi dah sebab R.  

Tapi telahan aku salah.  Telefonku berbunyi lagi.  Aku angkat jelah, tapi kali ni suara gadis tu makin jelas.  Pastu aku dengar macam ada bunyi angin menderu.  Gadis tu cakap dia dah nak dekat ni.  Dia jerit kat aku, jangan pergi mana-mana.  Masa tu jugak, J tegur kami, 'eh korang. Tu sape?' sambil jarinya menuding pada sesuatu di padang itu..

Aku letak telefon.  J terus lompat masuk dalam kereta, kitorang pun ikut sekali. Memang tak tunggu dah la.  J memandu gila-gila keluar dari taman tu.  Masa tu jugak telefon aku berbunyi lagi. Aku tak nak angkat tapi J dan R paksa jugak.  Aku pasang speaker phone. Suara gadis tu. 'Sanggup ye korang bertiga tinggalkan saya. Saya dah nak sampai dah tadi.'  Kitorang senyap je tunggu dia nak cakap ape.  'Takpelah, saya boleh ikut kereta awak.  Saya tau awak bertiga nak berhenti kat Family Mart kan?'.  Aik bila masa pulak kitorang nak pergi Family Mart?

J brek mengejut, dia macam sesak nafas dan dalam kepanikan.  Kitorang nyaris-nyaris nak tersembam kalau bukan sebab kitorang sempat pakai tali pinggan keledar. J cakap kat kitorang, 'aku memang nak bawak korang ke Family Mart. Tapi macam mana dia boleh tau wei?'.

Kali ni, aku off kan telefon bimbit aku tu.  J dah tak jadi nak bawak kami ke Family Mart tu.  Sebaliknya kitorang memandu agak jauh dari taman tu sampailah kami jumpa restoran 24 jam tempat kitorang selalu lepak zaman sekolah dulu.  Masuk-masuk je, kitorang jumpa sekumpulan kawan lama kami tengah lepak kat situ jugak.  Kitorang pun joinlah diorang sekali.

Kami pesan minuman, tapi kawan-kawan kami yang lain perasan wajah kami yang pucat dan ketakutan.  Kitorang pun ceritalah apa yang terjadi tadi.  Salah seorang kawan kami tu, A-chan tanya kami kat mana kejadian tu? Kat Taman Asamizo.  A-chan dan teman lelaki dia, H pandang-memandang.  'Korang tak dengar cerita ke pasal taman tu?'. Cerita apa?

'Baru-baru ni, ada budak perempuan kene rogol dan dicekik sampai mati kat situ.  Mayat dia ditemui di sebelah belukar.  Lepas kejadian tu, aku dengar ramai yang kena kacau kat taman tu'.  Serius ke??????  Aku ingatkan mungkin A-chan cuma bergurau, tapi dia tunjuk kat aku keratan berita pasal kejadian tu.  A-chan dan H tak kasi kitorang balik rumah dulu.  Tengah malam tu jugak A-chan dan H bawak kitorang pergi ke tokong untuk menyucikan diri. Kalau tak buat macam tu, nanti hantu budak perempuan tu akan ikut kami balik....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 24-11-2022 05:43 PM
Panggilan Misteri (Bukan Nenek Kamsia)

Kisah ni terjadi pada aku pada awal 2000an.  Sedikit latar b ...

adik dia yg prank...sbb ambil fon...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 24-11-2022 05:43 PM
Panggilan Misteri (Bukan Nenek Kamsia)

Kisah ni terjadi pada aku pada awal 2000an.  Sedikit latar b ...

Paling seram antara 3 cerita yg baru..pengsan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimpi Jadi Kenyataan

Cerita ni merupakan sebuah lagi kisah dari redditor yang kongsi cerita pasal Panggilan Misteri tu

Korang semua dari USA mesti pernah dengar pasal Ouija kan?  Kat Jepun pun ada permainan yang hampir sama yang dinamakan Kokkuri.  Bezanya Kokkuri ni kena main atas kertas dan guna duit syiling 5 atau 10 yen je.  Aku pernah main Kokkuri ni sekali je, dan memang sekali tu jelah dalam seumur hidup aku main sebab lepas tu aku menerima gangguan paranormal.

Musim panas di Jepun adalah musim yang paling popular kalau nak buat aktiviti berkaitan paranormal.  Macam bulan Oktober di USA sebab waktu tu ada sambutan Halloween.  Musim panas 2005, sorang kawan baik aku dari kecik ajak aku dan kawan-kawan aku yang masih bujang ni kalau nak melepak bersama-sama dengan teman wanita dan kawan-kawan teman wanita dia. Teman wanita dia bercadang nak kenalkan kami ni dengan kawan-kawan dia yang masih single.  Kami semua pun sangat teruja.  Untuk sesi dating beramai-ramai ni, kami pun merancang nak pegi lawat tempat-tempat berhantu.  Plan kami macam ni, kalau masuk tempat macam tu mesti gadis-gadis tu takut, bolehlah kami hulurkan tangan dan bahu kami untuk diorang berpaut.  

Kitorang takdelah pergi tempat yang angker sangat, kami cuma masuk ke sebuah taman lama yang suasananya agak suram.  Dan rancangan kami berjaya, gadis-gadis tu mula nak jalan rapat-rapat dengan kami, kemesraan pun mula terjalin.  Kami keluar dari taman tu dengan wajah yang ceria dan masing-masing tersenyum puas.  Kami semua masih belum ingin tamatkan pertemuan tu, jadi kitorang pun sambunglah melepak di sebuah cafe.

Ada seorang gadis dalam kumpulan kami tu, nama dia C, C tanya kitorang, eh korang pernah tak main Kokkuri?  Rupa-rupanya dalam ramai-ramai tu cuma C sorang je ada pengalaman pernah main.  C pun ajaklah kitorang main Kokkuri, walaupun masa tu ada yang mengaku diorang rasa permainan Kokkuri tu nipu je, mesti ada yang gerakkan syiling tu.  Tapi C beriya-iya cerita memang ada roh yang datang masa dia main tu.

Kawan lelaki aku, N, orang pertama yang setuju nak main Kokkuri tu, dia jugaklah yang cadangkan kitorang pergi ke apartmen dia untuk main Kokkuri.  Dalam perjalanan tu kami sempat beli wain dan keju untuk buat makan-makan, konon romantiklah.  Kitorang main Kokkuri tu di ruang tamu rumah N.  C yang mengetuai permainan kami, dialah yang tulis huruf-huruf katana di atas sekeping kertas, dia jugaklah yang seru roh untuk datang masa kami sentuh syiling tu.  Peraturan Kokkuri ni kene bukak tingkap, walaupun masa tu dah masuk malam, kononnya nak kasi roh masuklah.  



C seorang je yang serius, kami yang lain ni gelak-gelak je.  Masih dalam mood ceria.  Sekali tu eh syiling tu bergerak pulak.  Aku pandang N, N sengih-sengih kat aku. Dalam hati aku, eh ni mesti si N yang tolak syiling tu.  (Selepas peristiwa ni, N cakap dia ingat aku yang gerakkan syiling tu). Kami semua cuma nak main-main je, tapi C pulak paling beriya-iya.  Akhirnya tak sampai setengah jam, kami pun tamatkan permainan tu.  C koyak kertas tu sebanyak 48 kali, ambil syiling tu sambil berjanji esok dia akan berbelanja pakai syiling tu supaya roh yang datang tu tak dapat jejak kami. Ni sebenarnya merupakan peraturan nak main Kokkuri.

Malam masih panjang, sementara mood bulan hantu ni masih ada, salah seorang daripada kami ni cadangkan jom kita sambung main Hyakumonogatari Kaidan-Kai atau terjemahannya Himpunan 100 Cerita-cerita Pelik.  Permainan ni senang je, tutup lampu, kena nyalakan 100 batang lilin, pastu setiap orang kene kongsi cerita pelik yang diorang tau, tak kiralah panjang ke pendek ke kisah benar atau rekaan ke, dan selepas selesai bercerita tu, dia kena tiup lilin tu sampai padam dan orang seterusnya akan sambung pulak bercerita.  Dikatakan, apabila lilin terakhir dipadamkan, akan ada entiti yang menunggu kami dalam gelap tu….



Kitorang pun pulunlah mencari 100 batang lilin di kedai-kedai berhampiran kami.  Nyalaan 100 batang lilin dalam ruang tamu rumah N tu menghasilkan atmosfera romantik dek cahaya lembut lilin tu.  Gadis-gadis tadi dah tak segan silu nak duduk rapat-rapat dengan kami sambil memaut lengan kami, kononnya takut la tu.  Bila permainan dan bermula, gadis-gadis tadi makin takut, jadi tugas kamilah yang lelaki ni nak hiburkan mereka.  Usik-mengusik, ada yang sengaja buat cerita seram yang kelakar untuk taknak kasi suasana jadi tegang.   Untuk permainan kali ni pun semua orang cuma berkongsi cerita seram yang biasa-biasa je, banyak jugak yang guna balik cerita hantu zaman kanak-kanak dulu.  Cerita punya cerita,  sampailah ke lilin terakhir, dan akulah orang bertuah yang dapat giliran tiup lilin terakhir tu.

Untuk kisah terakhir tu, aku guna pengalaman seram aku tahun sebelumnya, panggilan misteri yang aku terima masa di Taman Asamizo tu.  Sebab cerita ni memang kisah benar kan, memang terasa sangatlah aura keseramannya dalam bilik yang makin gelap tu.  Berlainan sangat dengan suasana sebelum tu.  Semua orang tersenyap krik krik krik.  Usai aku bercerita, aku pun tiuplah lilin tu.  Kami semua pun berdiam diri dalam gelap tu menantikan sesuatu yang tak pasti. Sekali tu, ppprrrruuuuuuttttttt…….. keluar bunyi kentut dari N.  Kami semua tertawa besar dengan keletah si N tu.  N mintak maaf dia cakap dia tak sengaja, banyak sangat minum wain tadi perut berangin.  N pun bukaklah lampu ruang tamu tu.  

Kami tak sedar masa dah berjalan dan sekarang dah pukul 1 pagi.  Masing-masing pun dah mengantuk dan nak balik rumah.  Sebelum balik tu aku sempat bertukar-tukar nombor telefon dengan salah seorang gadis tu.  Nampaknya lepas ni tamatlah zaman solo aku hehehe.

Malam tu, aku tak dapat nak tidur nyenyak.  Dalam tidur aku tu aku dapat satu mimpi yang pelik. Dalam mimpi aku tu, aku berada dalam sebuah rumah orang asing.  Rumah tu sejenis kondo jenis tinggi tu dlam waktu tengahari.  Aku berada di depan pintu dan bila aku berjalan masuk dalam rumah tu, aku nampak seorang lelaki yang aku tak kenal tengah berjalan mundar-mandir di halaman ruang tamu rumah tu.  Dari riak wajah lelaki tu, macam dia tengah tertekan dan sedih tentang sesuatu.  Di ruang tamu tu ada pintu yang terbuka dan menghala ke balkoni.  Aku ingat lagi, warna langsir pintu balkoni tu warna beige dan langsir tu berkuak-kuak di tiup angin.  Aku cuba nak tegur lelaki tu, tapi seolah-olah aku ni halimunan di mata dia.  Lelaki tu berterusan mundar-mandir, sambil tangannya menampar-nampar wajahnya sendiri.  Aku pulak berterusan tanya dia, encik ni ok ke? Encik tak apa-apa ke?  Tiba-tiba, lelaki itu menoleh ke arah aku, mata kami saling berpandangan.  Kemudian, lelaki tu terus berlari menuju dan balkoni dan melompat melintasi pagar balkoni tu.

Lepas tu, aku terus terbangun dalam keadaan berpeluh satu badan.  Aku lihat jam di meja tidurku sudah menunjukkan jam 7.30 pagi.  Tapi aku masih teringatkan 100% mimpi malam tadi.  Ni pun dah cukup buat aku hairan sebab selalunya bila kita mimpi kita takkan ingat mimpi tu.

Aku mula bermesej-mesej dengan gadis yang aku kenal malam sebelumnya tu, dalam minggu yang sama kami mula keluar dating.  Nampaknya sesi berkenalan malam tu membuahkan hasil padaku.  Selesai dating kali pertama, aku pun saja hubungi N nak kongsi berita gembira ni.  N ajak aku jumpa esok harinya.

Mula-mula kami berjumpa di sebuah shopping mall.  Aku agak terkejut tengok keadaan N sebab masa tu muka N nampak serabut je, dengan bawah mata dia hitam macam dah berhari-hari tak tidur.  Kami pun bersembang-sembang sekejap, N macam nak cerita sesuatu kat aku tapi macam ada sesuatu yang menghalang dia berbuat begitu.  Dah bosan lepak kat shopping mall,N ajak aku lepak di tepi pantai pulak.  Aku pun bawaklah dia ke situ naik kereta Civic aku.

Trafik nak ke pantai tu agak sibuk sikit, jadi kereta kami bergerak agak perlahan sikit.  Masa ni tengah berhenti di sebuah trafik light, kereta pertama betul-betul belakang lampu trafik tu.  Sebelah kiri aku ada restoran McDonald, sebelah kanan kami pulak, ada kompleks kondo bertingkat tinggi.  Kami tengah sembang sesuatu pasal lagu yang keluar di corong radio kami, apabila tiba-tiba kami tergerak hati nak menoleh ke arah kanan kami.  Apa yang kami nampak, macam bayang-bayang hitam yang jatuh dari atas diikuti bunyi benda terhempas.

Dengan mata kepala kami sendiri, kami nampak mayat seorang lelaki separa hancur tersangkut di besi tembok tepi jalan.  Kepalanya hancur, lehernya bengkok sebab patah termasuklah kaki dan tangannya sekali.  Yang paling mengerikan, matanya masih terbuntang seolah-olah merenung kami dengan darah mengalir deras dari setiap rongga di mukanya.  Pekerja dan pengunjung di McDonalds tadi semua menjerit meminta tolong, keadaan jadi hiruk-pikuk, sementara aku dan N macam terpukau tengok mayat tu.

Masa tu barulah aku teringat, eh ni lelaki yang muncul dalam mimpi aku hari tu.

N tiba-tiba menangis dan menjerit padaku suruh pergi dari situ.  Aku pun cepat-cepatlah tekan minyak, dalam keadaan jalan yang agak sempit tu aku dapat jugak buat pusingan u-turn.  Walaupun lampu merah kami langgar je.  Bila aku sedar yang mayat tadi tu adalah lelaki dalam mimpi tu, hati aku jadi sayu dan aku pun turut sama mengalirkan air mata.  Aku berhenti di sebuah lot letak kenderaan sebuah pejabat pos, aku tengok N masih menangis.  

Aku cerita kat N pasal mimpi aku hari tu.  Aku tau cerita aku ni memang tak masuk akal.  Tapi yang lagi tak masuk akal, bila N cakap, dia pun mimpi pasal orang yang sama.  Mimpi N pun sebijik macam mimpi aku, termasuklah bila aku cakap langsir pintu orang tu warna beige, sama macam mimpi N.

Lama-kelamaan tersebarlah cerita pasal mimpi pelik aku dan N.  Rupa-rupanya bukan kitorang berdua je, semua orang yang main permainan Kokkuri dan 100 Cerita Seram di apartmen N tu pun rupa-rupanya bermimpi benda yang sama!  C pun pelik kenapa kami semua jadi macam ni sedangkan kebanyakan daripada kami ni baru je kenal malam tu.  Sejak peristiwa tu jugaklah, kawan aku berpisah dengan teman wanitanya dan aku pulak terputus hubungan dengan gadis tu.  Aku tak rasa peristiwa ni jadi punca tapi mungkin sebab kami semua dah tak selesa.  Hubungan kami sesama kawan pun mula merenggang dan baru-baru ni je baru rapat balik.  

Sekarang aku bekerja dan tinggal di USA.  Aku dan N selalu jugak berhubungan tapi sampai sekarang N masih tak boleh nak bercerita pasal mimpi tu.  Mungkin sebab dia orang Jepun, berlainan dengan aku, aku nak kena jugak meluahkan cerita ni.  Aku tak nak simpan sebab takut memakan diri.  Sebab pengalaman nilah jugak aku tak nak dah terlibat dengan aktiviti paranormal ni walaupun cuma main-main je…..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 28-11-2022 02:28 PM
Mimpi Jadi Kenyataan

Cerita ni merupakan sebuah lagi kisah dari redditor yang kongsi cerita pasal P ...

Seram betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2022 01:58 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 6-12-2022 10:23 AM

Jeruk Purut

Aku tinggal di bandar Jakarta.  Kat Jakarta ni ada satu kisah popular di kalangan pemandu e-hailing ni iaitu kisah diorang kene bawak seekor hantu perempuan.  Citer ni dah macam urban legend la kat sini, tapi ada seorang penunggang motosikal sewa ni,  kat sini kita panggil ojek, aku kenal dia ni, nama dia Ari Lasso (bukan nama sebenar) dan dia mengaku dia pernah ada pengalaman bawak hantu tu...  

Malam tu, pukul 11 malam, dia dapat pesanan melalui apps dari seorang wanita.  Selalunye geng ojek ni kalau waktu-waktu macam ni diorang taknak amek ride dah atas sebab keselamatan.  Tapi Ari ni nak kejar mata untuk dapatkan bonus untuk hari itu jadi dia pun amek jelah pesanan tu.  Tapi..... Ari ni rasa pelik sikit sebab lokasi nak amek perempuan tu adalah di pintu hadapan tapak perkuburan Jeruk Purut. Pada korang yang mungkin baru dengar nama ni, Jeruk Purut ni adalah sebuah tempat yang terkenal dengan keangkerannya.  Bermacam-macam hantu yang orang pernah nampak kat sini, hantu takde kepala lah, hantu budak la.  Dikatakan kalau korang nak sangat tengok hantu, boleh datang ke sini malam Jumaat tapi bilangan rombongan korang mesti nombor ganjil.  Nanti adalah tu yang masuk geng korang nak cukupkan korum...



Ok kembali kepada cerita si Ari ni tadi.  Ari pun hantarlah mesej ke perempuan tu melalui apps, 'apa bener ini lokasinya buk?'.  Dan wanita tu membalas pendek je, 'iya bener'.  Ari pun kuatkan semangat dan pergilah ke lokasi yang dipin tu.  Memang betullah, ada seorang wanita dah sedia menunggu di situ.  Wanita tu nampak normal je, kaki jejak tanah, pakai tshirt putih dan seluar jeans biru.  Pakai gincu merah menyala.  Kalau ikut destinasi yang dipilih ke sebuah kawasan perumahan yang hanya 5km je dari situ, adalah dalam 5 minit je perjalanan naik motor tu.  Dari mula Ari amek perempuan tu dan sepanjang perjalanan tu, perempuan tu senyap je tak cakap apa-apa.

Bila hampir nak sampai, kat atas motor tu Ari pun tanyalah perempuan tu, 'di mana mau diturunkan ni buk?'.  Tapi perempuan tu senyap je, tak jawab apa-apa pun.  Ari pun jelinglah kat cermin motor.  Alamak! Mana pegi perempuan tu???  Hampir-hampir Ari nak terjatuh motor sebab brek mengejut sangat.  Yang paling mengejutkan, bila Ari pandang kiri kanan, dia dah ada dalam kawasan perkuburan Jeruk Purut tu! Eh camne pulak dia boleh sampai sini? Sape tak takut kan sorang-sorang dalam tanah perkuburan dengan batu nisan tercacak sana sini?  Menggelabah la si Ari ni dan dia pun cepat-cepatlah u-turn nak keluar dari tapak perkuburan tu.  Tak jauh dari situ, ada sebuah kedai kopi yang dibuka 24 jam jadi Adi pun menghala la ke situ.

Masa dia sampai kat situ, masih ada beberapa orang pelanggan.  Tuan kedai tu nampak Adi baru keluar dari tanah perkuburan tu, dia pun tanyalah Ari, 'lho bikin apa di kuburan jam 1 pagi ini?'.  1 pagi???  Adi pun tengok jam di telefon, eh ye lah dah pukul 1 pagi.  Padahal dia amek perempuan tu dalam pukul 11 malam dan bawak perempuan tu tak sampai 10 minit pun.  Adi pun semak balik senarai pesanan yang dia dapat hari tu, tapi takde pun pesanan dari perempuan tadi tu.  Rugi je Ari hari tu, penat dapat takut pun dapat, tapi lepas tu masuk pukul 11 je dia terus balik rumah je...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 1-12-2022 01:58 PM
Jeruk Purut

Aku tinggal di bandar Jakarta.  Kat Jakarta ni ada satu kisah popular di kalangan peman ...

Aduhai..ari lasso masuk dunia lain ke ape?..serrammm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2022 02:48 PM | Show all posts
Kisah Dari Perang Dunia Kedua 1

Perang Dunia Kedua ni terjadi antara tahun 1939 sehingga 1945.  Ramai para veteran tentera yang terlibat dalam perang ni berkongsi pengalaman suka duka pahit manis pelik dengan orang lain dan antara salah satu cerita yang aku dapat dari atuk aku.  Bukan atuk aku yang alami kisah ni tapi dia dapat dari kawan dia yang menyaksikan sendiri depan mata kepala dia...


Kawan atuk ni, biarlah dia namakan dia W. W dan platun dia baru selesai tanam periuk api.  Lepas tanam periuk api ni nak kena letak penunjuk khas yang hanya boleh dicam oleh tentera diorang je.  Tapi masa nak letak penunjuk tu, tiba-tiba platun W ni diserang oleh tentera lawan.  Tentera lawan guna kapal terbang dan jatuhkan bom ke atas diorang.  Dengan impak letupan dari bom bercampur periuk api tadi, memang ramailah yang cedera parah dan terkorban, salah seorang yang terkorban tu adalah ketua platun W ni yang berpangkat leftenan.  



W dan rakan-rakan dia yang terselamat berundur balik ke pangkalan membawa rakan-rakan yang tercedera, apabila mereka terdengar bunyi enjin trak tentera menghala ke tempat mereka.  W dan rakan-rakan dia dah berdebar-debar sebab diorang tak sempat nak letak penunjuk tadi, dan trak tentera tu pun mungkin tak tau kat situ ada periuk api tu.  Maksudnya trak tentera tu dan isinya pasti akan meletup kalau menuju ke arah mereka.....

Diorang pun tak boleh buat apa, diorang cuma boleh tengok je trak tu makin laju.  Tiba-tiba, di persempadanan periuk api tu, trak tu mula perlahan, dan trak bergerak bersimpang-siur mengelakkan periuk api yang ditanam tu.  Dan akhirnya trak tu selamat sampai ke W dan rakan-rakan dia.  W pun tanyalah pemandu tu, eh camne ko boleh elak periuk api tu? Jawapan dari pemandu tu sangat mengejutkan. "Leftenan korang yang tunjuk arah tadi".

Leftenan? Leftenan yang tu ke?  W menudingkan jarinya pada sekujur mayat yang masih berdarah di bawah khemah perubatan.  "Aah, yang itulah. Eh bila masa dia mati kene tembak? Tadi aku tengok elok je?".  
"Leftenan baru je terkorban sejam yang lalu".  

Pemandu trak tu kelihatan sangat keliru, "tapi aku baru nampak dia tak sampai 10 minit yang lalu.....".  Hari tu pemandu tu cepat-cepat turunkan barang yang dia bawak dan tak sabar-sabar nak pergi dari situ.

W percaya, yang roh leftenan tu muncul sekejap sebab nak selamatkan pemandu trak tu dan platun-platun dia....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow, ade cerita baru lagi.. Keep up the good work TT!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 1-12-2022 01:58 PM
Jeruk Purut

Aku tinggal di bandar Jakarta.  Kat Jakarta ni ada satu kisah popular di kalangan peman ...

mula2 baca tajuk...ingt kan jeruk perut tu mknan....rupa nya nama tempAt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 11:19 AM | Show all posts
Kisah Perang Dunia Kedua Bahagian Dua

Dulu-dulu masa zaman Perang Dunia Kedua atau kita panggil WW2 ni, zaman ni memang banyak sangat eksperimen gila yang dijalankan ke atas tentera-tentera atau tahanan perang.  Antara eksperimen tu adalah Unit 731 oleh tentera Jepun dan eksperimen oleh tentera Nazi.  Tapi ni yang berjaya dibongkar la, yang masih tersimpan rapi tu tiada sape pun yang tau.



Atuk aku dapat cerita ni dari tentera lain jugak.  Semasa WW2, tentera Jerman di bawah unit program sains diorang pun ada buat satu eksperimen, di mana diorang letakkan 5 orang tentera di bawah sebuah bunker di Berlin dan diberikan bekalan makanan dan lain-lain bekalan untuk setahun.  Tujuan eksperimen ni adalah nak menguji sejauh mana keupayaan manusia ni boleh tinggal di kawasan yang sempit dengan pengaliran udara yang terhad, sebabnya tentera Jerman nak tingkatkan lagi keupayaan kapal selam diorang.

Di penghujung WW2, ketua saintis yang mengepalai eksperimen tu lari ke USA dan menawarkan khidmat dia kepada NASA, ketua saintis ni berjaya mencipta kaedah untuk manusia tinggal dalam kapal angkasa untuk satu jangka masa yang lama.  Dia jugak merupakan salah seorang ahli pasukan yang mereka modul Apollo supaya USA dapat jejak kaki ke bulan.

Pada tahun 1980an, ketua saintis ni meninggal dunia meninggal banyak hasil kajian beliau, pastu adalah seorang peguam yang mentadbir estet mendiang ni (mendiang ni takde waris) bercadang nak dermakan je kertas-kertas kajian mendiang ni kepada NASA.  Beribu-ribu helaian nota, kertas kajian dan diari-diari mendiang ni dihantar ke ibu pejabat NASA di Washington, tapi malangnya tak diusik-usik pun sehinggalah pada 2002 ni, ada seorang pustakawan di perpustakaan NASA tu terjumpa kotak-kotak kajian ni.  Dia perasan yang kajian-kajian tu banyak dalam bahasa Jerman jadi dia pun hantarlah sesalinan kertas-kertas kajian tu kepada seorang jurubahasa Jerman.

Beberapa bulan kemudian, jurubahasa Jerman tu menghubungi semula pustakawan tu.  Jurubahasa tu ingatkan yang pustakawan ni dalam proses nak menulis novel seram.  Pustakawan tu pun kelirulah.  Jurubahasa tu terangkan pada pustakawan tu, dalam banyak-banyak kertas kajian tu, dia terjumpa satu jurnal yang mencatatkan kehidupan seharian seorang tentera WW2.  Tentera WW2 tu merupakan bahan ujikaji untuk menguji sejauh mana sekumpulan kecil manusia boleh berinteraksi dalam kumpulan kecil tu tanpa ada orang luar lain.  

Jurubahasa tu kata, jurnal tu ditulis dalam tempoh 2 tahun,  dengan catatan akhir dari tentera tu, 'aku mati tapi tiada siapa ingat padaku'.  Tapi, jurnal tu bersambung semula pada setahun kemudiannya, dengan tulisan tangan tercatat di situ, 3 tahun setelah eksperimen tu bermula, bunker tu dibuka semula dan projek tu dikelaskan sebagai gagal.  Sebabnya British telah mengebom kawasan tu menyebabkan kawasan bunker tu tertanam, dan semua orang menganggap yang kesemua subjek kajian tu dah mati.

Jurubahasa tu anggap yang jurnal tu fiksyen semata-mata dan dia kagum sebab pustakawan tu dapat idea yang menarik pasal tu.  Pustakawan tu pun terpinga-pingalah, sebabnya itu bukan jurnal dia tapi jurnal milik saintis Jerman tadi, lagipun dia bukannya tau nak menulis dalam bahasa Jerman pun.  Jurubahasa tu sambung lagi, patutlah jurnal tu macam ditulis betul-betul dari pengalaman seseorang, tapi isi jurnal tu sangat mengerikan.  Penulis jurnal tu menceritakan macam mana dia terpaksa membunuh 4 orang rakan dia yang lain tu demi kelangsungan hidup dia.  Lepas tu isi jurnal tu jadi merapu-rapu, macam khayalan seorang lelaki yang gila.

Rupa-rupanya, ketua saintis Jerman tulah yang merupakan kepala kepada eksperimen keji ni, tapi dia memang kejam sebab lepas kena bom tu dia lari macam tu sahaja meninggal kelima-lima tentera tadi terkurung di bawah bunker tu selama 2 tahun....


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 6-12-2022 11:19 AM
Kisah Perang Dunia Kedua Bahagian Dua

Dulu-dulu masa zaman Perang Dunia Kedua atau kita panggil WW2 ...

Ya Allah, sianya. Kejam betul saintis tu.WW2 yang penuh duka & cerita misteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 41606 Replies : 1607
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 99496 Replies : 4
'Tunggulah kenyataan', UMNO bantah Zafrul masuk PKR
maklukpenggoda'Tunggulah kenyataan', UMNO bant
Views : 46435 Replies : 15
Polis Indon bikin malu
maklukpenggodaPolis Indon bikin malu
Views : 78319 Replies : 33
Kenaikan harga santan dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri - Peniaga
ultra78Kenaikan harga santan dijangka berlanjut
Views : 92461 Replies : 26
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 29561 Replies : 218
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8427 Replies : 327
Keluarga mungkin kena jual tanah bayar bil guaman kes pil kuda
maklukpenggodaKeluarga mungkin kena jual tanah bayar b
Views : 48741 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.549149 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list