Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 21,448 kes (1,241,894 kes kumulatif, 82.1%);
- Kes baharu : 23,564 kes (1,513,024 kes kumulatif);
- Kes import : 23 kes (12 warganegara, 11 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 23,541 kes [19,714 warganegara (83.7%); 3,827 bukan warganegara (16.3%)];
- Kes aktif : 257,417 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,062 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 518 kes;
- Kes kematian : 233 kes [13,713 kes kumulatif, 0.91%;
- 199 warganegara, 34 bukan warganegara; 60 kes BID (44 warganegara; 16 bukan warganegara)];
- Jumlah kluster : 4,386 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 38 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 2,964 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 1,422 kluster.
Daripada 23,564 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 431 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 23,133 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi. Secara keseluruhan, 19,362 kes (82.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Sebanyak 233 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 101 kes di Selangor, 31 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 23 kes di Johor, 17 kes di Sabah, 16 kes di Perak, 15 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Negeri Sembilan, sembilan (9) kes di Kedah, empat (4) kes di Terengganu, serta masing-masing tiga (3) kes di Kelantan dan Pahang. KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 19 OGOS 2021) Berdasarkan data terkini pada 19 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.31), diikuti oleh Sabah (nilai RT 1.22), dan Sarawak (nilai RT 1.21). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan. Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 20 Ogos 2021 @ 6:45 petang. LAMPIRAN 1 BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 20 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) NEGERI | PURATA KES 7 HARI* | KADAR INSIDEN ** | BILANGAN KES BAHARU ( ) *** | BILANGAN KES KUMULATIF | SELANGOR | 6,626 | 98.66 | 6,974 (2) | 545,120 | SABAH | 2,140 | 52.89 | 2,738 | 116,667 | KEDAH | 1,824 | 80.44 | 1,932 | 78,008 | WP KUALA LUMPUR | 1,610 | 84.28 | 1,652 (18) | 162,302 | JOHOR | 1,440 | 36.67 | 1,323 | 117,990 | PULAU PINANG | 1,419 | 78.55 | 1,523 | 67,882 | SARAWAK | 1,321 | 45.43 | 2,548 (3) | 94,564 | KELANTAN | 1,256 | 64.10 | 1,281 | 63,514 | PERAK | 1,089 | 41.70 | 1,248 | 56,134 | PAHANG | 709 | 40.52 | 517 | 37,018 | MELAKA | 689 | 70.77 | 610 | 43,196 | NEGERI SEMBILAN | 571 | 49.14 | 608 | 87,443 | TERENGGANU | 558 | 43.15 | 521 | 27,131 | PERLIS | 42 | 15.92 | 64 | 1,255 | WP PUTRAJAYA | 37 | 38.81 | 24 | 5,040 | WP LABUAN | 3 | 2.77 | 1 | 9,760 | MALAYSIA | 21,334 | 62.31 | 23,564 (23) | 1,513,024 |
*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI) **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk ***Kes import
LAMPIRAN 3 Perincian 23,564 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN | SELANGOR | 6,974 | 577 | 3,356 | 2 | 3,039 | SABAH | 2,738 | 172 | 1,616 | – | 950 | SARAWAK | 2,548 | 407 | 1,569 | 3 | 569 | KEDAH | 1,932 | 29 | 1,175 | – | 728 | WP KUALA LUMPUR | 1,652 | 192 | 782 | 18 | 660 | PULAU PINANG | 1,523 | 268 | 433 | – | 822 | JOHOR | 1,323 | 212 | 658 | – | 453 | KELANTAN | 1,281 | 171 | 792 | – | 318 | PERAK | 1,248 | 92 | 569 | – | 587 | MELAKA | 610 | 146 | 255 | – | 209 | NEGERI SEMBILAN | 608 | 39 | 343 | – | 226 | TERENGGANU | 521 | 50 | 391 | – | 80 | PAHANG | 517 | 99 | 334 | – | 84 | PERLIS | 64 | 6 | 13 | – | 45 | WP PUTRAJAYA | 24 | – | 15 | – | 9 | WP LABUAN | 1 | – | – | – | 1 | JUMLAH KESELURUHAN | 23,564 | 2,460 | 12,301 | 23 | 8,780 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara LAMPIRAN 4 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 20 OGOS 2021 NONAMA KLUSTERKATEGORIKLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Jalan Damai RayaTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras185251
2Industri Kampung Jaya 2Tempat KerjaSelangorGombak115438
3Industri Rinching Hulu DuaTempat KerjaSelangorHulu Langat5387
4Industri Dua Balakong TujuhTempat KerjaSelangorHulu Langat2946
5Tapak Bina Dua Bukit RajaTempat KerjaSelangorKlang23124
6Jalan Tun SallehTempat KerjaSelangorHulu Selangor1455
7Industri Batu Lima Lorong MananTempat KerjaSelangorKlang921
8Industri Jalan Dua Perkampungan PerabotTempat KerjaSelangorHulu Selangor835
9Jalan SeringgokTempat KerjaSarawakBau2063
10Sawit SukauTempat KerjaSabahKinabatangan dan Lahad Datu30106
11Jalan Bagan 12Tempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan43104
12Jalan ButterworthTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara26187
13Halaman Kampung JawaTempat KerjaPulau PinangBarat Daya21779
14Jalan Sungai PuyuTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara9158
15Industri Perusahaan Dua BuntarTempat KerjaPerakKerian85970
16Jalan Teknologi TigaTempat KerjaPerakKampar1451
17Jalan Post Office LamaTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Machang1217
18Kampung Rantau PanjangTempat KerjaKelantanPasir Mas755
19Industri Belati KempasTempat KerjaJohorJohor Bahru38111
20Industri Kampung Parit BaruTempat KerjaJohorPontian37235
21Jalan Sagai EmpatTempat KerjaJohorJohor Bahru3675
22Jalan Sri BengkalTempat KerjaJohorBatu Pahat12325
23Kampung Pak PuraKomunitiKelantanBachok2630
24Pasir JelatangKomunitiKelantanKota Bharu1220
25Lubok Jambu MulongKomunitiKelantanKota Bharu1115
26Kampung Hutan BulohKomunitiKelantanKota Bharu915
27Jalan Masjid Kampung BakongKomunitiKelantanPasir Mas66
28Kampung TeleminKomunitiPahangLipis25114
29Kampung Sungai LebakKomunitiPahangBentong21308
30Jalan Ah Cheong IntanKomunitiPerakHilir Perak3083
31Lorong TeruntumKomunitiSarawakKuching115284
32Long UrunKomunitiSarawakBelaga79218
33Kampung GoebiltKomunitiSarawakKuching65151
34Kampung Muara Tebas 2KomunitiSarawakKuching64135
35Lorong Temenggung Haji GobilKomunitiSarawakKuching3760
36Jalan Lama DoraniKomunitiSelangorSabak Bernam1848
37Kampung Pantai MelawiPendidikan LainKelantanBachok dan Kota Bharu2640
38Taman Bayam BaruInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPMKelantanKota Bharu dan Bachok1325
LAMPIRAN 5 NILAI RT MENGIKUT NEGERI BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 19 OGOS 2021 NEGERI | NILAI R[size=12.375px]T | PERLIS | 1.31 | SABAH | 1.22 | SARAWAK | 1.21 | PULAU PINANG | 1.19 | KELANTAN | 1.14 | KEDAH | 1.12 | PERAK | 1.11 | JOHOR | 1.07 | MELAKA | 1.07 | PAHANG | 1.07 | TERENGGANU | 1.07 | SELANGOR | 1.00 | WP KUALA LUMPUR | 0.95 | NEGERI SEMBILAN | 0.94 | WP PUTRAJAYA | 0.89 | WP LABUAN | 0 | MALAYSIA | 1.04 |
|