|
SELANGOR RED GIANTS - caya la...kepala Rangel (1) vs Pahang (0)
[Copy link]
|
|
SELANGOR terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.
Bekas pemain Perak, R. Surendren menjadi wira Selangor apabila menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan itu.
Begitupun, rentak perlawanan kedua- dua pasukan agak seimbang pada separuh masa pertama yang menyaksikan mereka memiliki peluang sama rata untuk menghasilkan jaringan tetapi dinafikan penyudah yang hambar.
Penyerang Perak, Razali Umar Kandasamy juga hilang sentuhannya dan ia dilihat menjejaskan peluang Perak untuk merobek gawang lawan.
Pada separuh masa kedua, rentak kedua-dua pasukan mula berubah.
Kali ini, Selangor lebih banyak menguasai permainan dengan asakan bertali arus ke gawang lawan.
Usaha mereka berhasil pada minit ke-49 menerusi percubaan Surendren yang melepasi jangkauan penjaga gol Perak, Kamarul, Kamarul Effandi Abd Rahim.
Selangor hampir memperoleh gol kedua pada minit ke-53 menerusi rembatan Mohd. Amri Yahyah tetapi berjaya ditepis oleh Kamarul.
Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus membolehkan Selangor terus berada di puncak liga.
Pada perlawanan lain, Kedah menewaskan Negeri Sembilan 3-0 sementara PDRM tunduk 0-2 kepada KM Naza.
Kelantan kembali garang apabila membelasah UPB-MyTeam 3-0 di Kota Bharu sementara Perlis mudah menjinakkan Pahang 3-1 di Kuantan.
Johor FC pula berpesta gol apabila memusnahkan Pulau Pinang 5-0 dan Terengganu pula dimalukan KL Plus 2-0. |
|
|
|
|
|
|
|
SELANGOR JUARA FA CUP...LIGA SUPER & COMING SOON PIALA MALAYSIA |
|
|
|
|
|
|
|
sumbangsih dh dapat
fa cup dh dapat
juara liga dah nk dapat...
piala malaysia ???????????
steadyyyyyyyyyyyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
esok leh kompom satu lagi piala... |
|
|
|
|
|
|
|
terjuara laaaaaaaaaaaaa
steadyyyyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
SELANGOR juara Liga Super 2009. Gelaran itu disahkan selepas mereka membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-1 di Stadium Selayang malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by silverstar333 at 26-7-2009 16:38
Post Last Edit by silverstar333 at 26-7-2009 16:38
Hi everybody esp to senior2 and super Mod (anakomar dll)
Salam perkenalan dari Star (new comer) to board Red Giant and also
new member for SSFC.....
Semoga sudi berkongsi cerita dan info2 ngan Star.... |
|
|
|
|
|
|
|
SELANGOR juara Liga Super 2009. Gelaran itu disahkan selepas mereka membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-1 di Stadium Selayang malam tadi.
anakomar Post at 22-7-2009 09:15
menang satu dua kosong udahh lee.. |
|
|
|
|
|
|
|
tuan umah dh tukat status.....
steadyyyyyyyyyyy selangor |
|
|
|
|
|
|
|
steady selangor...try piala malaysia plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
BAMBANG Pamungkas dan Elie Aiboy menarik perhatian jurulatih Selangor, K. Devan.
Walaupun belum pasti, kedudukan kedua-dua pemain terbabit dalam kesebelasan utama hampir terjamin apabila Selangor turun menentang kelab Indonesia, Persib Bandung pada Kejohanan Piala Selangor 2009 di Stadium Shah Alam malam esok.
Biarpun kedua-dua pemain itu hanya dapat menjalani latihan bersama pemain lain untuk tempoh dua hari, Devan yakin Bambang, 29, dan Elie, 30, tidak mempunyai masalah kerana mereka pernah beraksi untuk Selangor sebelum ini.
"Sudah tentu kita akan letak Bambang dan Elie dalam kesebelasan utama. Ini kerana, kebanyakan penonton yang hadir nanti mahu melihat kelibat bekas pemain Selangor itu.
"Saya rasa kehadiran Bambang dan Elie ini akan memeriahkan suasanan perlawanan di Stadium Shah Alam Jumaat ini (esok)," kata Devan pada sidang media ketika memperkenalkan Bambang dan Elie di Kelana Jaya semalam.
Elie tiba di ibu negara pagi semalam manakala Bambang yang tiba kelmarin sempat turun beraksi ketika Selangor menewaskan Pilihan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2-0 di Stadium Kajang malam kelmarin.
Pada perlawanan tersebut, Bambang bergandingan dengan Safee Sali pada separuh masa pertama dan bergandingan dengan Rudie Ramli pada separuh masa kedua sebelum dia dikeluarkan ketika permainan berbaki 15 minit.
Safee menjaringkan gol pertama Selangor menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-22 manakala Rudie menjaringkan gol kedua selepas menyudahkan bola muntah dari dakapan penjaga gol MPKj hasil percubaan Bambang pada babak kedua.
"Rasa bangga kerana saya dapat kembali menyarung jersi Selangor walaupun hanya untuk aksi bertemu Persib Bandung. Tidak ada masalah beraksi untuk Selangor kerana saya sudah biasa bermain bersama beberapa pemain lama yang masih ada.
"Saya harap kemunculan saya nanti dapat mengubat kerinduan para peminat saya di sini. Mungkin juga ramai warga Bandung di sini mahu menyaksikan pasukan mereka," kata Bambang yang kini beraksi untuk Persija Jakarta.
Elie pula yang kini bersama pasukan PSMS Medan berkata, dia akan mempamerkan persembahan menarik untuk tidak menghampakan penonton yang hadir pada malam esok.
"Saya senang sekali untuk bermain dengan Selangor. Saya akan buat yang terbaik untuk menghiburkan peminat di sini," kata Elie.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad berkata, lebih 15,000 tiket sudah pun dijual dan pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 40,000 penonton akan memenuhi Stadium Shah Alam malam esok.
Aksi Piala Selangor 2009 malam esok turut disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan pasukan yang muncul juara bakal menerima piala pusingan dan wang tunai RM30,000 manakala naib juara RM10,000.
Sementara itu, tiket-tiket berharga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak boleh dibeli di pintu utama Stadium Shah Alam bermula hari ini dan esok dari 9 pagi hingga 7 malam. |
|
|
|
|
|
|
|
1196# mirage_46
hi bang mirage..... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu lawan singapore, bebaru ni lawan kelab indon,
bila plak selangor nak lawan team dr Thailand? Buat la satu pertandingan khas.
lepas tu buat 1 lagi lawan brunei plak, then lawan team philippine, timor leste.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|