|
aku quote fr her fb:
Maya Dahlan's Notes
My Long Post
Today at 5:44am
I deleted my blog after found out that several people pergi menjaja cerita bout me to gossip forum. I suka sangat blogging, bukan sebab nak share with people bout my personal life, but mostly untuk express apa yang terbenam inside my head. But tak sangka pulak semuanya dicopy and paste ke dalam gossip forum. Sakit hati bila mengenangkan, kalau dibuat oleh stranger takpe jugak, lebih memedihkan, orang yang I paling percaya yang buat macam ni. Sakit sangat hati...but well, maybe betul apa org cakap, org yang paling rapat dengan kitalah yang seharusnya kita lebih berjaga2.
Neway, by now 3/4 Malaysia dah tau bout the article, bout my relationship dengan Pierre and bout me yang kononnya dikatakan tak wujud. Just because I tak muncul dimana2 festival films, I dikatakan tak wujud? So tell me, macamana a 28 years old woman yang ada 10 months to go hendak memunculkan dirinya ditempat terbuka? I tak pernah diminta untuk dipertemukan dengan Pierre, semuanya dah ditentukan oleh Allah S.W.T
Just imagine, I tak pernah rasa happy sepanjang hidup I, sebelum I sakit, all I knw kerja kerja kerja. I was raised up by a single mother, my father is an art dealer yang selalu dekat overseas, kami adik beradik diajar untuk berdikari, I was a tomboy masa dekat sekolah, practise hockey & marching bands sampai jadi hitam legam. Bila dah besar, I kerja untuk hilang rasa boring, untuk kumpul duit so that kami semua boleh hidup dengan senang and alhamdulilah, I berjaya capai apa yang I nakkan. Walau tak sehebat mana, tapi semuanya sempurna..until the illness strikes me..
People probably think takkan I tak pernah rasa happy? or in loved? well I did, the first one tak ada jodoh manakala yang seterusnya I was conned cuz he was after my money. So I tutup pintu hati, malas, semalas2nya untuk rasa happy, hati dah jadi kering, only god knows apa I rasa dalam hati..I lose faith in everything..I even lose faith in god sekali..I tinggalkan everything, sembahyang, foundation, positiveness, segala rasa untuk teruskan hidup....I was mad dengan semua orang including myself.
Til I met Pierre, he was younger than me..sepanjang hidup I was telling myself, dun u ever dare fall in love with a younger man, but selalunya org kata apa yang kita taknak itulah yang kita dapat. betul pepatah tu, BUT I sangat bertuah walaupun dia 23 but pemikiran dia macam orang yang dah berusia 30 something. He listens to Andrea Bocelli, Elvis Presley, Rod Steward. He would rather lepak dekat rumah dari keluar clubbing. The cutest and funniest thing he ever said was 'You patutnya kena berterima kasih sebab I tak keluar gi club menari shuffle' hehehe Susah nak gambarkan his personality, dia sangat tenang bila diasak masalah, sangat tenang bila kena hamun dengan my mom yang over protective, dia selalu cakap 'Kita jangan menentang arus, ikut aliran dan semuanya akan ok..' he changed me a lot, dari berperangai seperti budak2 dia tukar I menjadi seorang yang lebih matang...
Enough bout him, but lately apabila timbulnya article, I tak tahu kenapa semua orang mengasak kami untuk keluar dan buat statement, bila seharusnya I ni yang bukan selebrity tak perlu cakap apa2. Because I tak perlu terangkan or buktikan yang I ni wujud. Cukup my family knows me, my staff, my close friends and of course Pierre. Tapi semakin lama semakin diasak dengan pelbagai article yang keluar hampir setiap minggu. Stress yang amat, sampai tiba ke satu tahap I rasa suicidal. Masya Allah, rasa macam tu dibulan ramadhan. I tak sepatutnya fikir macam tu, but almost, I almost did that sebab stress, till I compose myself, mungkin ini ujian Allah untuk buat I kembali semula kepadaNya untuk meminta bantuan dah hidayah..Me, hambanya yang lemah, dah tersesat jauh didalam kegelapan, alpa dengan harta benda, rasa gembira dan tidak bersyukur kepadaNya..untuk pertama kalinya selepas sekian lama, dahi ni sujud semula ditikar sembahyang, walaupun masalah masih ada, tetapi beban yang terasa macam diringankan, besarnya kuasa Allah S.W.T
Bila difikirkan balik, masalah I tak seberat mana,ada lagi banyak hamba2Nya diluar sana yang lagi stress dan tertekan. Macamana ahli politics yang ditekan dengan pelbagai spekulasi, bagaimana nelayan yg balik ke rumah tak dapat hasil tangkapan, bagaiman hati seorang ibu yg terpaksa melacur utk memberi anaknya makan...I masih perlu bersyukur kerana masih diberikan kemudahan walaupun tida dapat hidup lebih lama tetapi semuanya cukup sempurna, mungkin ini dugaan allah di bulan ramadhan, barang sesiapa yang lepas dugaannya, maka berjayalah seseorang itu. Insya Allah, everything will be fine, doakanlah kami agar diberi kekuatan untuk menepis segala fitnah dan gosip. Dan yang paling penting, ingin ditekan, I..maya darina, wujud dan bernafas disini....
M.D.D |
|