|
Tak sangka begitu jauh tanggapan tentang thread ini, yg dituduh sebagai thread yg ingin memurtadkan orang2 Islam. Sungguh, suatu FITNAH yg besar. Tidak sangka ada juga manusia yg mendabik dada tentang dirinya yg hebat, tapi dalam masa yg sama, begitu mudah melemparkan fitnah kpd saudara seagama. Walhal thread ini hanyalah bercerita tentang rasa, yg tiada niat lain, kecuali mahu berkongsi dengan para forumers tentang RASA yg ALLAH sendiri berikan kpd hamba2NYA.
Sebenarnya kalau kita rajin berjalan2 di internet, kita akan jumpa beribu2 lagi manusia di luar sana, yg sama2 merasakan bahawa ada suatu bencana besar yg bakal berlaku, cuma tak tahu dalam bentuk apa dan tak tahu bila. Majoriti mereka yg saya temui beragama Kristian, seperti di forum2 AboveTopSecret, GodLikeProductions, DavidIcke, 2012Forum dan banyak lagi. Adakah apabila mereka menceritakan tentang apa yg mereka rasa, mereka mahu memurtadkan orang2 Kristian yg memang sudah Kristian? Sungguh jumud dan dangkalnya pemikiran.
Sungguh lucu sekali fitnah ini. Kalau anda tidak diberi 'peluang' oleh Allah merasakan apa yg orang lain rasakan, maka mengapa anda harus marah? Atau adakah anda cemburu kerana tidak diberikan 'rasa' itu, lantas anda menafikan hak orang lain utk berkongsi rasa mereka? Sungguh benar2 lucu dan sadis. Kasihan sekali. Di dalam Bod Agama, begitu ramai orang bukan islam yg mempermain dan mempersoalkan agama Islam secara terang-terangan, tapi tidak pula mereka dituduh sebagai mahu memurtadkan orang2 Islam? Kononnya thread ini mempunyai dakyah yg berjalan secara halus? Astgahfirullah al azim.
"Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan, melainkan orang yang dizalimi, maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)
"Barang siapa yang memanggil seseorang dengan kata-kata kafir, atau berkata: wahai musuh Allah, sedangkan tidak demikian halnya, maka tuduhan dan kata-kata itu kembali dan berlaku kepada dirinya." (HR Bukhari dan Muslim)
Fitnah yg dilemparkan, berdasarkan prasangka semata-mata, sangat memalukan diri pemfitnah itu sendiri. Tanpa dia sedari, pemfitnah itu sudah pun menunjukkan hati dan keperibadiannya sendiri, ketika melemparkan fitnah yg hanya berasaskan syak wasangkanya sendiri. Atau mungkin dia mendapat wahyu dari Allah, bahwa thread ini berniat mahu memurtadkan orang2 Islam?
Saya langsung tiada niat mahu berbangga, tetapi saya ingin memberitahu, dengan adanya thread ini sebagai ASBAB, sekurang2nya ada juga yg menghantar PM kepada saya dan memberitahu niat utk menjelaskan hutang piutang mereka. Alhamdulillah kalau dgn thread ini yg sebagai ASBAB, Allah memberikan kesedaran kpd para pembaca utk segera melangsaikan hutang piutang. Sekurang2nya thread sekecil ini ada menyumbang sedikit kpd para pembaca, daripada tiada langsung.
Bukankah lebih baik memberikan sumbangan kpd orang ramai, daripada hanya tahu menuding jari dan melemparkan fitnah?
Sungguh kasihan, melihat manusia yg merasakan dirinya saja yg hebat dan betul, sehingga tidak sedar akan kesilapan sendiri dan enggan melihat dosa sendiri. Kata2 nasihat yg dilemparkannya kpd orang lain, sebenarnya patut digunakan oleh dirinya sendiri. Tapi dia cukup tidak sedar. Orang putih kata, you should take your own medicine. Or better still, the pot calling the kettle black. Ironis sekali. Semakin tidak dilayan, semakin banyak pula dia meroyan. Attention seeker? Kelihatan seperti itulah. Tidak akan berhenti selagi orang tidak memberinya perhatian. Seperti anak kecil yg menghentak-hentak kaki kerana mahukan gula-gula. Tapi semua ini tetap tidak dilihatnya.
Asalnya saya tidak mahu memberi komen, tapi apabila melibatkan forumers lain, sedikit sebanyak saya harus memberi komen. Teruskanlah kalau anda rasa dengan melemparkan fitnah sebegini kpd orang lain, anda merasa hebat dan anda rasa Allah redha dgn fitnah yg anda lakukan, kononnya kerana Allah, kononnya kerana ingin menyelamatkan akidah manusia lain. Sedangkan ia hanyalah prasangka anda semata-mata. Teruskanlah dgn apa yg anda lakukan. Di pihak saya, saya berdoa kpd Allah, supaya orang yg melakukan fitnah ini, mendapat pembalasan yg setimpal dgn fitnah yg dilakukannya. Saya tidak redha dgn fitnah yg anda lakukan, dan akan saya tuntut hak saya ke atas anda, di akhirat kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka begitu jauh tanggapan tentang thread ini, yg dituduh sebagai thread yg ingin memurtadkan ...
andria Post at 28-12-2011 15:39 
Andria, saya tolong aminkan doa2 anda...aminnnn, moga2 pemfitnah itu akan mendapat balasan setimpalnya
sampai hati dia kata nanti tak dpt holy water lagi...astaghfirullahalazim |
|
|
|
|
|
|
|
kesian...kesepian...err si kera sumbang yg takde sape yg peduli |
|
|
|
|
|
|
|
rasa geram hati ku nak mencaruttttttttttttt................. tapi sabar adalah lebih baik............. |
|
|
|
|
|
|
|
Andria, saya tolong aminkan doa2 anda...aminnnn, moga2 pemfitnah itu akan mendapat balasan setim ...
ridz09 Post at 28-12-2011 16:52 
Terima kasih ridz... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1186# andria
Andria, kamu mesti rajin layan mistisfiles, dinar dirham blog, the arrivals, srikandi, Mayan prophecies...kan?
Nanti free sy update apa yg sy rasa...;) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1181# andria
kan berforum ni kanada pro n contra dia kannn
dan peganglah pegangan kamu tu
supaya org lain boleh uji
jangan dok sebut kata tak mau layan org lain
pas tu layan pulak - sombong tuuuuu kotttttttttt
akidah kamu tu - silakan
kalau salah - diperbetulkan (kalau mahu leee)
aku salah - silakan jugak
bawak geng ramai2 - pun silakan jugak
baru meriah kann kannn kannnnnnn
dari dok TAKUT MATI pasal BENCANA jeeee
bukan TAKUT KAT TUHAN (2 skop yg berbeza tuuuuuuu) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1183# sepaileman
kenapa tak syok keeee
hidup sendiri
berjalan sendiri
mati pun sendiri
faham2 leee kannnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1185# tarabas1976
ook okamacam kalau aku bawak thread ni kat mufti
atau mufti mana yg hang mau
kita boleh biar mereka tu menilai sendiri
ok tak
boleh tak
tt tak marah keeee????
sila jawab pleaseeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply tarabas1976
ook okamacam kalau aku bawak thread ni kat mufti
atau mufti mana yg han ...
orangbesi Post at 28-12-2011 08:08 PM 
kendian leh update kat sini nanti lepaih jumpa mufti.k.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply andria
Andria, kamu mesti rajin layan mistisfiles, dinar dirham blog, the arrivals, srika ...
bezita60 Post at 28-12-2011 20:04 
Tak juga. Saya cuma sekali dua melawat mistisfiles (sebelum ia offline), sekali melawat dinar dirham blog, sekali menonton Siri The Arrivals, Srikandi tu siapa (adakah yg berada di blog mistisfiles?), dan tak pernah membuat kajian menyeluruh tentang The Mayan Phrophecies atau apa2 phropecies. Apa yg saya sampaikan di sini adalah apa yg saya rasa sejak hampir 6 tahun, dan baru sekarang terdetik berkongsi dgn forumers di sini. Tak sangka pula bila saya berkongsi 'rasa' di sini, ada manusia yang mendefinisikannya sebagai mahu memurtadkan orang2 Islam. Betapa tinggi imaginasi sesetengah manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa yg rasa nak bawa thread ini pegi jumpa mufti, silakan. Buatlah apa yg anda rasa anda nak buat. Jangan lupa tanya sekali kpd mufti berkenaan, apakah hukumnya dengan sengaja melemparkan FITNAH kpd orang yg beragama Islam, kononnya orang itu mahu memurtadkan orang2 Islam di dalam thread, semata-mata berdasarkan syak wasangka, prejudis dan sangka-sangka sendiri. Kemudian update sekali jawapan mufti berkenaan di thread ini, kalau sudi. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik aku masih lagi pedulik.
Aku nasihatkan untuk mengubati ...
tarabas1976 Post at 28-12-2011 17:45 
Bro sempena Krismas ni elok bela Reindeer je....
jingle all the wayy....ho ho ho |
|
|
|
|
|
|
|
tak pela org besi kat sini........
aku baca komennya ... aku paham yg dia tulis... kita amik yg baik..... buang yang buruk...
dia mmg berilmu tapi maybe ada stailnya sendrik dlm berbicara dengan org..
mana tau di luar sn... di seorang yang di segani... kat sini saja nak borak2 dengan kita sume
bg aku sendrik..... rasa2 nih slalunya di kaitkan dengan tipudaya syaitan......
hatta kita dengar ceramah2 cth dari ust kassim elias atau ust azhar...
dia tak suruh kita pikir sume rasa2 nih sampai hati pon jadi kacau dan hidup dalam ketakutan nak menghadapi bencana tu..... yg di sarankan ialah mempersiapkan diri bukan sekadar kerana bencana.....
thred ini tak ada masalah bg aku... cuma ia perlu ada keseimbangan ... penerimaan individu adalah tak sama..... ada yang boleh jangkau isi thred nih.. ada yang tak bleh... yg bahaya bila mreka2 yang tak dapat menjangkau isi thred ini membuat tafsiran sendiri dengan pemahaman sendri..
semoga kita terpelihara dari semua tipudaya duniawi.. keimanan dan ketakwaan yg semakin akan bertambah.... memperbaiki ibadah2 kita... dan semoga kita termasuk di redhai oleh Allah
harapan aku..... aku sangat2 mahu ... mencapai satu rasa... iaitu rasa lazat yang tidak terbanding apabila menunaikan ibadah kepada Allah... tapi aku tak tahu bagaimana utk mencapainya... aku pernah merasakannya tapi ia masih datang dan pergi... bila hati sudah merasa kelazatan itu... takkan ada kebimbangan ... yg ada hanya kerinduan kepada Allah SWT... aku masih mencari rasa ini.. ya Allah bantulah aku...
sori off topik plak hehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Saya mendapat khabar, pada 28 Oktober 2011 (ya, bulan ini), satu projek bernama Dark Knight (yg menggunakan teknologi Blue Beam), akan dilancarkan serentak di 4 penjuru utama dunia - di mana di langit kita akan dapat melihat beratus-ratus kapal angkasa UFO (yg sebenarnya tidak ada di sana, cuma kelihatan seperti ada, kerana ia menggunakan hologram). Siaran televisyen seluruh dunia, akan memancarkan berita yg kononnya bumi akan diserang oleh makhluk asing, kecuali semua manusia bersatu menentangnya (inilah yg mewujudkan New World Order/NWO).
andria Post at 1-10-2011 20:32 
interesting topik...
aku tengah beklog.....
neeway mmg terjadi ape2 ke 28 oct ari tuh...? |
|
|
|
|
|
|
|
many years ago... time aku umur 17-18 gitu... aku mimpi bumi hancur.. muncul 3 matahari yg merah2... lepas slah satu meletops.....
.... bgn pagi mmg aku takut....berpeluh aku...... tp dah lame dah... dah ilang paranoid aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Begitulah... ada hikmahnya mereka yg tiada rumah, tiada kereta, tiada kad kredit (terhindar dari riba, terhindar dari hutang)... tidakkah anda merasakan kehidupan pada zaman dulu (eg. zaman Rasulullah s.a.w) adalah lebih tenang berbanding zaman ini? Tiada office yg perlu anda kejar2kan, tiada 1000 cukai dan bil2 yg perlu anda bayar.. malah anda boleh buat banyak perkara2 yg mahu anda lakukan dlm hidup anda.. nak belajar agama, belajar berkuda, berpedang, memanah... semuanya atas masa anda sendiri... anda nak cari makanan utk hari ini saja, dan hidup zuhud, tiada siapa yg bising..
andria Post at 30-11-2011 12:17 
tp semua tuh perlu duit.... lainla kl semua guna system barter.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|