|
cik_rara posted on 24-1-2014 12:07 AM 
itu laaa makin lama makin boring la plak......igtkan bila budak2 masuk sek xde lg.... nih ade jgk. ...
post update terkini pasal abam boleh kire dgn jari je uols..
yg lain sume post merapu...
|
|
|
|
|
|
|
|
cik_rara posted on 24-1-2014 12:45 AM 
khennnn uols....
pelik plak iols shiro tak turun2... tp ade yg ckp jgn percaya sgt dgn undian tuh ...
nanti tengok undian start MLM sepahtu jugak no 1..
strategi sepahtrupers, jeppers, shuibbians ni strategi last minit...
|
|
|
|
|
|
|
|
citer harian metro esok...
adoii...
citer kembor ni jugak yg ditimbulkan... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
masterdyanna91 posted on 24-1-2014 01:43 AM
citer harian metro esok...
adoii...
citer kembor ni jugak yg ditimbulkan...
Hmm btol la tu speku kat benang sebelah pasal si Rol ni..(tapi tak kot sampai mandrem). Takat tak puas hati n ckp2 belakang la ni. Kalau heols yg bawak mulut psl Jep over tu, patutlah dua minggu merundum..masin mulut iols kekdahnyaa 
Memang mase menang last year pon heols ade wat statement 'buruk' pasal Jep kann. Time tu la yg iols start boleh beza suara Rol dgn Jep. Heh! |
|
|
|
|
|
|
|
cik_rara posted on 24-1-2014 12:52 AM
sepahtu kan berkawan dgn sume kekdahnye.... tp yg latest bocey laaaa....
gitu ker....isk2 nih t ...
Nabil pon penah jd paling popular..heols tau cane dugaan n cabaran bile ade kat atas kekdahnya.
Iols lagi suke deols ni masing2 sapot n percaya satu sama lain atas dasar dah kenal lama or sbb status kawan dlm industri. Bukan ade isu sikit, dah baling batu sembunyi tangan kat reportz LOL |
|
|
|
|
|
|
|
LauraRichis posted on 24-1-2014 09:26 AM 
Hmm btol la tu speku kat benang sebelah pasal si Rol ni..(tapi tak kot sampai mandrem). Takat tak ...
rasa mcm sharol ni jeles ngan jep..
|
|
|
|
|
|
|
|
23 Jan 2014
Isu Jep ‘Over’, Shuib Dan Rahim Beri Penjelasan
Sebelum ini kecoh apabila sebuah akhbar tempatan mengeluarkan artikel tentang “attitude” Jep dari kumpulan Sepahtu yang dikatakan sedikit “over” dan membuatkan orang disekeliling sakit hati dengannya.
Ramai juga yang turut memberi respon sedikit kecewa dengan artikel tersebut yang dianggap cuba memecah-belahkan kumpulan Sepahtu yang kini dianggap antara kumpulan terbaik dalam program MLM 2013 yang kini sedang hangat bersiaran setiap minggu di Astro Warna.
Akibat daripada artikel tersebut, dua ahli kumpulan Sepahtu iaitu Rahim da Shuib tampil memberi penjelasan supaya para peminat diluar sana tidak tersalah anggap. Jelas dua pelawak ini, artikel tersebut seolah-olah menjatuhkan imej Jep dan juga kumpulan Sepahtu.
Artikel tersebut tidak sama sekali menggambarkan identiti Jep yang sebenarnya. Jelas Shuib, Jep bukan seorang yang membangga diri seperti yang disangkakan dan dia lebih mengenali peribadi Jep sebagai seorang sahabat baik.
Tambah Shuib lagi, Jep seorang yang tidak pernah bercakap ‘besar’ dan tidak pernah menganggap populariti Sepahtu adalah hasil titik usaha Jep seorang diri. Mereka bertiga sama-sama saling membantu untuk menaikkan nama Sepahtu di gelangggang MLM 2013 sejak di minggu pertama bermula.
Masuk website meletop nk undi abam, terjumpa artikel ni |
|
|
|
|
|
|
|
Missrojak posted on 24-1-2014 10:42 AM 
Masuk website meletop nk undi abam, terjumpa artikel ni
kat meletop hari tu pasal kes ni la.......
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk kat facebook mlm.....ramai giler org kampungku pergi beratur beli tiket...
ini kalau buat open mcm kat OU hari tu mau berbelas ribu org....kat Ou hari tu pun 15 ribu org kan?
untung astro jual tiket mlm satu kepala 25 hengget, |
|
|
|
|
|
|
|
iena007 posted on 24-1-2014 10:38 AM
rasa mcm sharol ni jeles ngan jep..
Agak laa..org kenal die pon sebab di cop kembar Jep khenn. Kalau 'kembar' apsal Jep lagi pemes?? Mana tahan beb! Dgn komen2 yg dok membanding dorang dua..lama2 mmg bole terbit jeles. Lagi2 si Rol ni ade sejarah tak ngaku laki/bapak org sbb nak jaga populariti kekdahnyaa
Kalau baca statement Jep lebih cool n jelas tanak timbulkan spekulasi. Rol plak macam sentap. Apa hall?? |
|
|
|
|
|
|
|
MLM 2013: Saya Tak Pernah Ada Akaun Twitter Dan Facebook – Jep Sepahtu
Nama Jep sememang tidak asing lagi dalam dunia lawak tanah air sejak kumpulan Sepah yang turut dianggotai oleh Mamat dan Shuib diumumkan sebagai juara menerusi program Raja Lawak musim ketiga.
Karisma dan perwatakan pelawak kelahiran Kulai, Johor ini sememangnya menjadi perhatian para peminat ditambah lagi pelbagai kejayaan dalam komedi berjaya dikecapi sebelum ini. Tidak dinafikan ramai juga kaum wanita yang sangat meminati jejak ini sehingga ada peminat yang mahu melamar Jep sebagai teman hidup menerusi Twitter seperti yang dilaporkan oleh sebuah media baru-baru ini.
Bercakap kepada Astro Gempak, Jep mengakui memang ada peminat-peminat yang pernah melamarnya di laman sosial tetapi ianya selepas diberitahu oleh rakan-rakannya sendiri.
“Memang ada peminat nak melamar nak berkenalan dengan saya secara peribadi menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook tetapi itu semua selepas diberitahu sendiri oleh rakan-rakan rapat saya. Sebab secara jujur saya tidak pernah memiliki laman sosial seperti Twitter dan Facebook kecuali Instagram.
“Jadi apa-apa yang berlaku selalunya saya akan dimaklumkan sendiri oleh rakan-rakan seperti Shuib dan Rahim. Rasanya jika ada laman Twitter dan Facebook nama saya mungkin ianya dikendalikan oleh peminat sendiri. Instagram milik saya pun sebenarnya baru sahaja saya daftar selepas dipaksa oleh Shuib supaya saya dapat berkongsi aktiviti harian yang saya lakukan bersama para peminat,” jelas Jep panjang.
Tambah Jep lagi, pada awalnya dia sendiri agak risau apabila pelbagai Twitter dan Facebook menggunakan namanya kerana risau ianya disalah guna sehingga boleh menimbulkan kontroversi atau spekulasi jika tidak dikendali dengan betul.
“Saya pada awalnya risau jugak sebab bukan saya uruskan laman sosial tersebut tetapi setakat ini apa yang saya lihat semuanya perkara yang dikongsi semuanya positif. Al maklumlah kadangkala kalau kita tersilap sikit nanti akan cetus pelbagai masalah atau kontroversi.
“Cuma terima kasih kepada para peminat yang sering ambil berat terhadap saya mahupun kumpulan Sepahtu. Saya sangat menghargai segala usaha anda semua untuk terus menyokong kami,” ujar Jep lagi.
Ditanya tentang teman wanita, Jep secara terus terang masih belum bersedia untuk bercinta kerana mahu fokus dengan kerjaya sebagai seorang pelawak dan anak seni yang berjaya.
“Saya masih belum besedia untuk bercinta sebab mahu fokus dengan kerjaya saya. Masih banyak lagi benda yang saya mahu buat untuk karier saya sebagai anak seni. Perkara seperti ini akan datang bila tiba waktunya,” tambahnya pendek. |
|
|
|
|
|
|
|
iena007 posted on 24-1-2014 11:51 AM
respect dgn semua statement jep kat media....always cool.....
& tak pernah nak mengaibkan sesiapa ...
Yup statement Jep takat ni jawab utk bersihkan nama sendiri je. Isu yg over tu pon heols still bersangka baik pada semua pelawak even terang2 reportz kata isu tu timbul drpd peserta MLM sendiri.
Mase Galaksi interview pasal Sepah, Jep tanak komen pon kenapa deols berpecah. Reportz yg dok tanya2 sampai akhirnya keluar la statement Mamat tak displin etc. Ingat lagi Jep kata die rapat dgn Mamat..kawan dah lama, satu kampong lagi, smpai no ic belakang pon sama..takkan die sesaje nak reka citer burukkan Mamat. Gituew |
|
|
|
|
|
|
|
iena007 posted on 24-1-2014 12:12 PM
bagus jep masih single, ada harapan utk uolls....hehheee
Masalahnya iols yg tak single! Uwaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
iena007 posted on 24-1-2014 11:04 AM
kat meletop hari tu pasal kes ni la.......
Tak habis2 la kan. Bila dh top ni ramai yg nk menjatuhkan. Kesian abam penat nk melayan gosip2 ni semua. |
|
|
|
|
|
|
|
ishhh!!!!!!dup dap dup dap dup dap dup dap........nevesnya....nak tunggu persembahan sepahtu mlm ni... macam diri sendiri yg nak buat persembahan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|