CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: crayzee

♪♫◄THE MANSION OF EBI KORNELIS►♫ ♪

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-10-2008 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by Inspire at 30-9-2008 09:43 AM
untuk nyah cray


ish patutlah raya pertama pun rasa nak tengok je porem sini
anak wiwi (dan kikin ) mesti cute nanti
ok lah ebi dan wiwi calon bapa mithali

[ Last edited by  crayzee at 1-10-2008 01:58 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2008 01:57 PM | Show all posts

mulusnya muka ebi.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2008 04:51 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 09:22 AM | Show all posts
hi uols, mesti sibuk beraya ni....iols update la a few 'paper lama' yang tak sempat diletak katanye

dari dbos fm,yang diambil dari utusan:

X-Fresh FM disaman

Akhbar Utusan hari ini melaporkan X-Fresh FM disaman oleh seorang pendengar setia gara-gara memutarkan lagu Indonesia My Heart dendangan cover version Ebi dan Mila. Seperti mana yang kita tahu X-Fresh FM menjanjikan kepada pendengarnya hanya lagu 'buatan Malaysia' saja yang akan diputar. Dalam usaha mengkota janji mereka, maka terdengarlah promo yang berbunyi 'akan membayar 1 juta' sekiranya pendengar terdengar lagu Indon berkumandang.

Pendengar setia saman X-Fresh FM RM1 juta

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Seorang guru muzik yang juga pendengar setia Radio X-Fresh FM hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil di sini untuk menuntut ganjaran RM1 juta seperti yang dihebahkan dalam promosi dari semasa ke semasa menerusi frekuensi 103.00fm.

Asni Annuar, 36, selaku plaintif menamakan Airtime Management & Programing Sdn. Bhd. sebagai defendan dalam saman tersebut.

Tindakan saman itu difailkan melalui Tetuan Adnan Seman & Associates.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa radio tersebut antara lain membuat tawaran seperti: "Dia orang cakap kalau tiada lagu-lagu antarabangsa, radio kita orang mesti tak popular,'' "Bagus sangat ke lagu-lagu macam ni...,'' "Ingat ...1 juta tau, kalau kita orang putarkan lagu-lagu macam ini...'', X-fresh FM 100% muzik Malaysia'' itu dipercayai untuk menarik perhatian pendengar.

Lebih menarik, dakwa plaintif lagi, radio tersebut telah membuat tawaran RM1 juta kepada pendengar jika dapat mengesan sebarang lagu antarabangsa diputarkan oleh stesen radio tersebut terutamanya lagu-lagu dari negara Indonesia berdasarkan kepada contoh-contoh lagu yang diperdengarkan ketika promosi radio tersebut disiarkan.

Pada 20 Januari lalu lebih kurang pukul 7.25 pagi, plaintif mendakwa telah mengesan stesen radio itu telah menyiarkan lagu berjudul My Heart yang telah dinyanyikan Ebi dan Mila dari Akademi Fantasia 5 semasa konsert Akademi Fantasia.

Plaintif percaya bahawa lagu tersebut walaupun dinyanyikan Ebi dan Mila tetapi ianya tetap merupakan lagu antarabangsa memandangkan lagu tersebut adalah gubahan komposer Indonesia, Anto Hoed dan Melly Goeslow dan dinyanyikan Acha Septriasa dan Irwanshah dan telah dimuatkan dalam album runut filem My Heart iaitu sebuah filem popular Indonesia.

Setelah berjaya mengesan lagu tersebut, plaintif menyatakan telah membuat aduan melalui surat bertarikh 25 Januari lalu dan mendakwa berhak mendapatkan ganjaran RM1 juta seperti yang ditawarkan jika berjaya mengesan lagu antarabangsa sebagaimana promosi yang disiarkan.

Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) yang menjalankan siasatan menyatakan radio tersebut telah mendakwa tawaran dan promo merupakan sebuah gimik pemasaran radio. Dan, tiada pemenang yang akan ditentukan menerusi promo tersebut yang mana jelas merupakan alasan pihak defendan untuk lari dari tanggungjawab membayar tawaran melalui promosi yang telah dibuat.

Melalui penjelasan yang diberikan SKMM, plaintif mendakwa, adalah jelas promosi dan tawaran radio tersebut berniat mengelirukan dan menipu pendengar sekiranya ia gimik semata-mata.

Sehubungan itu, plaintif menuntut RM1 juta sebagai bayaran yang dijanjikan, faedah lapan peratus setahun dari tarikh tindakan difailkan sehinggalah penghakiman, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai.

P/s Itulah X-Fresh FM tidak berhati-hati..hehe. Ataupun mereka perlu jelaskan definasi sebenar 'buatan Malaysia' sebab ada juga pihak yang mengaku terdengar lagu Gwen Stefani berkumandang selain pihak yang mempertikaikan lagu-lagu Che'nelle di stesyen tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 09:31 AM | Show all posts

POSSE! Kosmo!, 30 September 2008

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 09:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2008 09:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 09:39 AM | Show all posts
neh la versi online, senang sket uols baca direct:

Lupakan saja wanita itu

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]



ASALNYA membawa tiga jejaka kacak ini ke replika rumah kampung di Mid Valley adalah untuk berkongsi cerita mengenai persiapan mereka sebelum menjelang lebaran.

Saat mereka sibuk menyiapkan diri untuk sesi fotografi baru-baru ini, barulah penulis sedar bahawa ketiga-tiga mereka ini berkongsi pengalaman hidup yang hampir sama.

Ya, sama-sama baru putus cinta. Elok benarlah tu. Mungkin kisah-kisah tiga jejaka kacak ini sedikit sebanyak boleh dikongsikan kepada peminat-peminat di luar sana.

Episod cinta lara Jehan Miskin, Farid Kamil dan Ebi AF5 yang terputus di tengah jalan sebelum ini pastinya meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup mereka.

Orang selalu menganggap, hari raya bukan saja medan merapatkan silaturrahim, tetapi juga mencuri ruang anak-anak muda yang baru berkenalan memperkenalkan pasangan kepada keluarga masing-masing.

Dan ketiga mereka telah melalui pengalaman bercinta yang diketahui oleh keluarga sebelum ini. Namun saat-saat terindah yang pernah berlegar-legar diruang fikiran kini hanya tinggal kenangan dan pengajaran hidup agar tidak lagi mengulangi kesilapan lama.
Sebagai seorang lelaki yang sentiasa berfikiran ke hadapan, Jehan Miskin misalnya, mahu kembali normal.

Justeru kehidupannya sudahpun diseimbangkan semula setelah merehatkan diri di luar negara. Mahu tahu juga apabila raya menjelma,terbitkah secebis rindu pada bekas kekasih yang ditinggalkan? Dengan yakin Jehan menjawab "Langsung tiada."

Sambil menambah jejaka kacak ini memberitahu "Saya dah okaylah, dah pulih. Saya mempunyai kawan dan keluarga yang sentiasa di sisi.

"Raya tanpa dia pun, saya dah tak rasa apa-apa. Lagipun sebelum dengan bekas kekasih pun, Aidilfitri saya sudah pun sempurna. Kalau boleh, saya tak mahu hidup terumbang ambing.

"Orang akan pelik melihat cara saya, tapi saya tahu, bagi memulihkan diri ini, saya perlu jaga dan memanjakan diri dengan bercuti ke mana-mana lokasi untuk kembali normal. Lagipun, saya memang suka bercuti di tempat-tempat yang belum pernah pergi," ujarnya.

Kalau sudah kata kaki bercuti, memang tidak pelik bila mendengar jejaka ini akan beraya di Singapura bersama teman-temannya menjelang 1 Syawal kali ini.

Terus, pinta Jehan agar jangan membuat andaian yang salah ke atas faktor-faktor pemergiannya ke kota Singa itu.

"Jangan salah anggap, saya ke sana bukan sebab lupa adat atau apa. Untuk tahun ini, saya mahu menghabiskan masa raya saya bersama teman-teman di Singapura. Esok, untuk raya pertama, saya masih beraya di Kedah, cuma raya kedua saya akan terbang ke Singapura pula," kata Jehan.

Bagi jejaka kacak idaman banyak anak gadis ini, pengertian Aidilfitri kepada setiap individu adalah sesuatu yang berbeza.

"Ada yang lebih selesa dengan cara tradisional, sebab itu ramai yang balik kampung. Kepada saya raya juga hari dimana kita boleh bercuti, berehat dan meneruskan aktiviti yang kita suka seperti melancong dan sebagainya" katanya yang akan menemui penonton di kaca televisyen dalam drama Inai Malam Pengantin dan Frontpage.

Bercakap soal Aidilfitri juga, kepada Jehan ini adalah masa untuk memesrakan diri dengan kanak-kanak disekelilingnya.

Oh! Tak sangka, lelaki yang sering dianggap macho dan kontrol cun ini sebenarnya begitu menyayangi kanak-kanak. Cakaplah, kanak-kanak mana sekalipun, titipan kasih sayang pasti akan disisipkan tatkala bersua. Kerana sayangnya pada kanak-kanak, Jehan begitu rapat dengan anak-anak dalam ahli keluarganya. Bermesra sambil bermain bunga api, membawa berjalan-jalan dan memberi duit raya merupakan satu kemestian setiap kali pulang ke kampung.

"Saya memang sukakan budak. Bila raya, selalunya saya akan bawa anak-anak saudara mara saya bermain bunga api atau pun mercun yang ringan-ringan.

"Teringat balik masa zaman kanak-kanak, kegemaran saya ialah bermain mercun. Dan yang paling seronok sekali bila dapat duit raya. Dulu, bila saya dapat duit raya RM2, rasa terlalu gembira. Seronok jadi budak, tak payah fikir hal-hal berat," ujarnya.

Kalau berani datanglah ke rumah!

Sama juga dengan diri Farid Kamil, jejaka bermata menggoda ini. Sungguhpun sudah dua kali raya tanpa kekasih selepas cintanya dengan pelakon Irma Hasmie , dia menerima keadaan itu dengan sebiasa mungkin.

Tiada rasa pelik di dalam dirinya kerana sebelum ini juga, bila tibanya bulan Syawal dia dan bekas kekasih, Irma Hasmie, akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Untuk tahun pertama, memanglah terasa sebab bila tak ada kekasih, jiwa kita akan rasa kosong. Tapi bila raya, dia memang tidak pernah beraya di rumah saya. Cuma saya yang akan beraya di rumah keluarganya. Itupun selepas raya kelima ataupun keenam.

"Untuk raya tahun ini, tak mungkin dia akan datang. Tapi, kalau berani, datanglah rumah, huh!" seloroh Farid dalam ketawa besarnya, cuba bergurau.

Aidilfitri bagi Farid juga adalah hari dimana dia boleh 'berlagak' seperti orang politik terkenal. Menjadi lumrah bila salah seorang daripada orang kita kampung menjadi selebriti terkenal, mereka pasti akan disanjung tinggi oleh masyarakat setempatnya dan diraikan bersama dalam sambutan hari raya.

Beberapa tahun didunia seni, sememangnya orang-orang kampung Farid di Bandar Baru Jitra, Kedah menyanjungi akan kebolehannya sebagai pelakon yang berkaliber.

"Memang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bila pulang ke kampung, saya disambut bagaikan seorang wakil rakyat. Terharu rasanya bila orang- orang sekeliling menghargai kita, datang bersalam-salam, ambil tandatangan, jemput datang ke rumah. Meriah!

"Mula-mula rasa takut juga, maklumlah, terkejut. Bila difikirkan semula, tanpa mereka, saya tak akan berada ditahap sebegini jadi kenalah layan dan saya seronok dengan sifat persaudaraan yang mereka hulurkan," ujar jejaka bermata kuyu ini.

Tambah Farid, dia pernah 'diculik' oleh rakan-rakannya semata-mata mahu membawanya ke rumah untuk berjumpa dengan sanak saudara teman-temannya dan mengambil gambarnya. Tidak keberatan, malah Farid menganggap semua itu adalah satu penghargaan baginya.

Mengimbas kembali kenangan lalu, tergelak Farid tatkala menceritakan pengalaman lucu ketika zaman remajanya.

"Masa tingkatan empat, dimalam raya, saya dah semangat nak pakai baju raya. Tapi baju raya tu tak sempat nak tunggu sampai esok sebab saya kemalangan dan habis koyak rabak baju raya saya. Nak buat macam mana, reda jelah. Pagi raya, saya pakai je apa yang ada," katanya yang menggemari masakan rendang ayam ibunya yang menjadi juadah kemestian dipagi raya.

Ebi mahu fokus keluarga

Bintang yang semakin bersinar, Ebi pula menganggap Aidilfitri adalah masa untuk keluarga tercinta, bukannya kekasih.

Kepada Ebi, apalah ertinya satu hubungan cinta jika mahu dibandingkan dengan ahli keluarga yang telah banyak berkorban jasa dan wang ringgit untuk dirinya.

"Kalau nak cerita beraya tanpa kekasih, dulu pun saya beraya tanpa kekasih juga. Sama saja. Perlu diingat, raya tak semestinya perlu bersama kekasih. Sebaliknya, bertemu dengan keluarga yang jarang-jarang kita jumpa.

"Kita takkan tahu, sempat atau tidak untuk kita luangkan masa bersama keluarga, apatah lagi dengan kerjaya seperti saya yang sentiasa sibuk. Hari Raya Adilfitri inilah merupakan masa yang begitu sesuai untuk saling berziarah," kata bekas kekasih kepada si juara Akademi Fantasia 5, Mila ini.

Dahulu, bila menjelangnya Aidilfitri, terlalu berkira-kira jika bab bajet dikatakan. Apalagi bila tinggal bersama keluarga, sudah pasti, pelaburan wang ketika beraya agak tinggi.

Namun, perkara itu tidak lagi difikirkan. Ebi lebih selesa dengan pendapatannya. Bukan mahu berlagak kepada orang ramai. Tetapi berkat sokongan ramai, Ebi berdiri teguh di dalam industri hiburan dan kerana itu juga, sedikit sebanyak, pendapatannya mampu membantu keluarga untuk membeli barang-barang keperluan bagi meraikan kehadiran hari mulia.

"Setakat ni, tak banyak persiapan yang saya buat. Tapi adalah sikit-sikit untuk keluarga. Saya bersyukur menjadi artis sebab adalah pendapatan lebih sedikit. Dan dengan pendapatan ini saya mampu memberi lebih sikit rezeki saya pada keluarga.

"Yang penting, mereka gembira dan saya pun gembira kerana mampu mengubah kehidupan kami sekeluarga sedikit demi sedikit," ujar Ebi yang menganggap bulan Syawal merupakan bulan kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa, menahan lapar dan dahaga.

Bercerita mengenai pengalaman pertamanya beraya sebagai artis, Ebi merasa dirinya seperti goreng pisang panas.

Maklumlah, baru saja lepas habis Akademi Fantasia 5 dan Ebi mula terkenal, jadi ramailah yang bertandang ke rumah. Seronok juga dapat melayan peminat-peminat yang bermacam ragam.

"Tapi untuk tahun ni, saya pun tak pasti peminat nak datang rumah ataupun tidak. Walau apa pun, rumah saya sentiasa terbuka untuk semua," katanya yang bakal mengeluarkan single terbaru, Pahlawan Cinta tidak lama lagi.

Ketiga jejaka kacak ini sempat melayangkan ucapan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam yang bakal meraikan kehadiran 1 Syawal kali ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2008 09:47 AM | Show all posts

ewah-ewah 3 Abdul neh!




AMBOI, banyak benar kerja yang perlu dibuat untuk menyambut raya kali ini ya.
(yo yo or je kan uols )


KETIGA-tiga jejaka ini masih solo, ada yang berkenan ke?
(jehan ala-ala gomak je kan? kikin berkenan la kots ....ya ampunnnn nyah cray )


DUA pahlawan yang telah tewas dalam percintaan. Jangan marah ya Jehan dan Ebi, Kosmo! gurau saja.  
(pahlawan chenta )


"YA, raya kali ni, bolehlah cari awek ramai-ramai, kitakan sudah solo sekarang,"mungkin itu yang diguraukan oleh ketiga artis lelaki kacak ini.
(mrasa! gelak jahat )
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 09:50 AM | Show all posts
ni plak rasa dah ada dulu, from website sayangthemovie...deols update tapi still ada salah sket-sket kekeke



hokay iols nak prepare makanan, hada tetamu nak datang beraye
uols yang lain kalo ada anything update leh tepek sekali, copy ker, scan ker, apa ker.....buat tugeder-geder katanye...daa

[ Last edited by  Inspire at 3-10-2008 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 12:11 PM | Show all posts

Reply #1190 batunilam4a's post

hade verani masok tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by azalea_girl at 30-9-2008 03:25 PM



Ebi nie kan..klu ngan budak2 nmpk serasi jer...ada tokoh jadi bapa mithali nih...

anyway thanks for  the pics ins....


cute budak tu kan.ade ghupe cam ebi skit specialy tang rambut
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 12:19 PM | Show all posts

Reply #1211 alesandra's post

nyah,jangan le usik habang shahrul tu.....bagus le tu dia nak wish kita hari raya
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 12:20 PM | Show all posts

Reply #1201 crayzee's post

first raye dah masok sini.nampak sangat x de life
jangan marah arr.selamat hari raye ke-3 uols
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by Inspire at 3-10-2008 12:19 PM
nyah,jangan le usik habang shahrul tu.....bagus le tu dia nak wish kita hari raya


chewah siap tau nama betul. mesti ade ape-ape neh
mesti heols dah makan ubat katanya
hokey selamat raye habang shahrul.nanti leh gado2 lagi ekk
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 12:24 PM | Show all posts

Reply #1214 alesandra's post

hamboi masuk-masuk je terus diterjah 1-2 orang porumer
meh la turun beraya ngan weols noks....(ceh beria jer haku neh )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2008 12:29 PM | Show all posts

Reply #1206 Inspire's post

omg..double chin
thanx nyah gigih tepek
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 12:33 PM | Show all posts

Reply #1216 Inspire's post

uols tak balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 12:34 PM | Show all posts

Reply #1218 alesandra's post

iols takde kampung loh...raye kl je
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 01:11 PM | Show all posts

Reply #1219 Inspire's post

mesti boring kan.uols dah start keje kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.282435 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list